Sunday, September 9, 2012

Cinta, Jodoh, Takdir.

As salam



Memang ramai mata yang memandang,
mungkin memandang wajah kacaknya,
atau kereta BMW X5 nya,
ku akui, Hariz sungguh kacak,
renungan matanya sungguh redup, badannya sasa ,
hangat berada dalam dakapannya.





Hahaha, aku nak tiru cara penulisan novel, dah bertahun tak baca novel memang tak ar kan , nak puitisnya  


zaman belasan tahun dan ke bawah, 

Kita selalu admire orang yang kacak, masing-masing ada citarasa yang pelbagai, tinggi, kuat bersukan, putih...and so on.   

 20 an

Paras rupa kan kefofuleran bukan lagi ukuran, ciri -siri suami budiman lebih diberi perhatian.. senyuman manis walaupun gigi jongang sudah cukup, keseriusan dalam menuju ke gerbang perkahwinan lebih dititik beratkan. 

 30 an ke atas  

Taktahu sebab tak rasa lagi, mungkin time ni tak kisah kalau hidup sendiri.

Motif aku buat entry ni bukan apa, cuma sejak dua menjak ni, orang sekeliling aku dan sekitar facebook, melangsungkan perkahwinan, menemui cinta baru, dan mencari cinta lain. Ade jugak yang sedih bila ditinggalkan sebab , kekasih hati tu menemui cinta lain.   
Ha, inilah isunya sebenarnya!  

muqqaodimah (disebut dengan qalqalah) kemain panjang .

Adakah anda bersedih,bila bekas kekasih anda mahu bertunang atau berkahwin dengan orang lain.
walaupun sekarang anda sudah ada kehidupan baru atau sudah lama berpisah?

Kristen Stewart tu dah dapat pontianak kacak, Robert Pattison boleh plak skandal dengan orang tua.(tetibe)

well, aku pasti ramai yang sedih punya, korang dengan dia bercinta bagai nak ghak, kemain lama lagi, boleh pulak si dia tinggalkan korang sebab orang lain, dah lah kenal tak lama terus nak kahwin.
Selalunya perempuan lah yang kene dump ( mungkin sebab kes-kes yang aku temui semua melibatkan perempuan)

OMG,
Nak salahkan ke si Lelaki ?
Si curang?
Nak ikutkan dia mudah beralih arah, dia bercinta ngan korang lama apa,
Perempuan yang dia suka, bukanlah lebih baik dari korang,
korang pun pandai melawa ape.
vogue ape.

.

Aku percaya,
ini adalah takdir..

Kalau kes Dejavu di Kinabalu tu,
Bayangkan kau dapat tunang yang kaya, handsome , penyabar, baik , setia , semualah, sanggup pulak bercinta dengan orang yang ada penyakit jantung.
Tapi, sebab kau dah transplan jantung kau, pakai jantung orang lain, kau boleh pulak jatuh cinta dengan kekasih penderma jantung kau tu..

weh,  tak payah tunggu tukar jantung pun,
cinta boleh beralih arah ape,

Jodoh kau bukan dengan dia . Ini takdir.
Hidup ni penuh dengan elemen surprise,
tak semua yang kita rancang  menjadi,
dalam perjalanan, kadang-kadang ada jam,
accident,
kalau highway mesti ada tol.

Bila bukan jodoh, kau bercinta, selama mana pun,
pasangan ideal , sama cantik, sama padan, pun,
Tak jadik.

kalau dah  jodoh,
dia jumpa budak tu kat mesin ATM, cakap 5 minit je pun,
3 bulan lepas tu terus ikat tunang, kahwin.

Alah, sedangkan orang 20 tahun kahwin pun boleh cerai ini, setakat couple, betunang...

Habis tu nak buat apa?
bersedih?
Menangis?
Logiklah kau nak menangiskan...2 jam , 3 jam?

Habis tu nak terus bermurung?


When one door closes another door opens; but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us.

 ~Alexander Graham Bell~

Kita pernah, berada dalam keadaan paling teruk , masalah kewangan ,hutang, kerja tak dapat, keluarga masalah, ,rasa macam hidup nak diakhiri, yang kita rasa tak da jalan dah.

kita rasa dah tak tahu macam mana nak teruskan hidup, tapi kita akhirnya ditemukan dengan jalan yang tak disangka.
Mengapa?
ketika itu kita mengalirkan air mata..
Kita mengadu kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
Dan Allah maha Penyayang,
dan orang yang susah, adalah orang yang dekat dengan Allah

bila kita bersedih, kita sentiasa ingat Allah.

Allah adalah sebaik-baik perancang,
bila kita berpisah, kita bersedih, kebahagiaan untuk si dia,
dan kita menemui cinta baru.
Kebahagiaan untuk kita.
Itu terjadi ,
di mana-mana, kenalan facebook, kawan sekolah, Irma Hasmie dan Nabil, Ina Naim dan Mawi,
berpisah, patah hati, dan Allah temukan dengan jodoh yang terbaik untuk masing-masing.

Teruskan berdoa.




I thought when love for you died, I should die.

It's dead. Alone, most strangely, I live on.

~Rupert Brooke






Ikhlas dari pakar cinta (yang tak pernah bercinta)

haha, tak boleh pakai punya orang.huhu.

md : hari ni jek, dah 2 orang tanya ciri-ciri lelaki yang jadi pilihan aku. Mesti tak baca blog aku nih. bagi link sikit. ciri lelaki idaman (idaman lah sangat)



8 comments:

  1. weh..ap kes..jtuh cinta ngn laki org?pakwe org? tunang org? hahahaha

    ReplyDelete
  2. AKU cam tak dpt tangkap persoalan ko nih.. hahahaha.. ko tanye aku jatuh cinta dengan laki orang ke tak ke?
    atau kau tanye apa akan terjadi bila jatuh cinta dengn laki org? pakwe org? tunang orang?

    aku memang selalu jatuh cinta dngan orang yang dah berpunya...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau syg org lain , tp dlm smbhyang , doa teringat org lain mcmana?

      Delete
    2. saya bukan org yg pakar... agama kita dah bagi panduan, kadang kita dah ikut jalan yang betul... namun, syaitan sentiasa menghasut...wallahualam

      Delete
  3. dh tu aku..aku bercinta setahun dpt tahu bf aku ada org lain iaitu gf dia (6tahun bercinta)..aku diam..bercinta lg smpi dekat 3tahun..dh terbongkar plak dia kawen dgn pompuan tu siap ada anak..ko rasa?
    ni jodoh ka bodoh ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, sy x rasa apa yg awak rasa, mungkin awak ada alasan dendiri.
      Awak sendiri tahu jawapan bagi soalan awak.
      Logik akal akan kata tindakan awak tak betul.
      Carilah kebahagiaan awak sendiri. InsyaAllah ada jalannya. #gitubaginasihat hehe

      Delete
  4. well, aku pasti ramai yang sedih punya, korang dengan dia bercinta bagai nak ghak, kemain lama lagi, boleh pulak si dia tinggalkan korang sebab orang lain, dah lah kenal tak lama terus nak kahwin.
    Selalunya perempuan lah yang kene dump..

    sekarang dah terbalik..lelaki pula yg kena..cibai!! stress depression..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de yang terbalik,
      saya quote balik,

      Kita pernah, berada dalam keadaan paling teruk , masalah kewangan ,hutang, kerja tak dapat, keluarga masalah, ,rasa macam hidup nak diakhiri, yang kita rasa tak da jalan dah.

      kita rasa dah tak tahu macam mana nak teruskan hidup, tapi kita akhirnya ditemukan dengan jalan yang tak disangka.
      Mengapa?
      ketika itu kita mengalirkan air mata..
      Kita mengadu kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
      Dan Allah maha Penyayang,
      dan orang yang susah, adalah orang yang dekat dengan Allah

      bila kita bersedih, kita sentiasa ingat Allah.

      Allah adalah sebaik-baik perancang.

      Delete

terima kasih sudi baca :D