Wednesday, June 20, 2012

Saat ini

as salam,

Saat ini,

telefon genggam Cokia ku punah, gelap, langsung tak cerah
mengapa?
bukankah kau seharusnya gangster, jatuh bercalar tetap tegar  berjasa ,
mana taknya, sudah berapa kali cokia kene mandi dalam beg,
dek tumpahnya air bekal,
aku rasa hilang bila kau tiada,
bukan kerana risau putus hubungan dengan kawan,
tapi lebih kepada tiada gambar terbaruku untuk menjadi simpanan.


Saat ini,

aku mahu menjadi pelajar semula,
bosan dengan kerja?
bukan,
cuma sifat manusia lemah ini hanya mahu lari sebentar dari rutin,
rindu menjadi muda semula,
rindu mahu masuk ke kelas semula
bukan tak boleh belajar sendiri,
tapi tahu tahap kemalasan diri


Saat ini,

aku mahu lari,
lari dari mood malas ini,
aku mahu ke pantai, bosan dengan kerjaku, dan apasal ku rasa bagai dian sastrowordoyo,
bukan, tapi lebih kepada Malique, pencipta Lagu Bawaku Pergi
tapi siapa yang mahu bawa daku.
Aku  mahu bercuti.

Saat ini,
aku terbayang lagi keinginan duniaku yang tidak sudah-sudah,
aku telah tergoda mahu memiliki sepasang kasut buaya,
bukan kasut diperbuat dari kulit buaya,
lebih glamour sebagai, Crocs namanya,
tapi....


bila aku amati
telefon genggam perlu uang,
ke kelas semula perlu duit,
bercuti perlu fulus,
Crocs perlu RM..

Saat ini,
apa yang perlu aku buat renung sajalah purseku,
lihat ada berapa isinya saat ini.





agree except the MARTIAL.


motif?

saat ini, impian aku
aku nak buka kiosk Famous Amos kat Johor Bharu
.Pastu aku promote Herbalife.
Hahahahaha.
Niat jek dah tak elok, sebab tu tak kaya-kaya.

Sunday, June 10, 2012

banana boat di Puchong

As salam,



Extreme water sport di bandar raya, bukan di Pantai Port Dickson, mahupun Pulau Langkawi. Aku pun tak dapat bayangkan, hentam jelah, tengok guane ghopernye.

Pepagi, dengan map yang disediakan, maka kita mencaril di mana tempatnya. harapkan nisa jelah, aku memang tak boleh harap lah kan bab jalan-jalan ni . Puchong,  pulak tuh.





Groupon , kalau tak seorang RM110, ni seorang RM35/37. Beli untuk 5 orang, yang dapat peginya 2 orang jek,





Loser tau pergi 2 orang, orang lain pergi dengan family, geng ramai-ramai.  (mostly Chinese, kalau melayu seorang , dalam group yang lebih 5 orang Chinese)



Moh ler tepon, Tunggu jelah , nanti ade orang jemput pergi private island, Taman Tasik Prima , Puchong




Bot pelampung datang , Pak Cik Indon sebagai penyelamat.



Nisa yang semalaman risau kerana masalah hydrophobia nya dek hampir lemas ketika banana boat terbalik di Port Dickson.



Tak ni muka silau, bukan muka risau, how can you live nisa, wihout shades.Naik bot 2 minit sampai lah kat private Island.


Ghppernye nilah , Private Island nye,  Asia water sport village.
Pakai lah safety jacket, baguslah untuk kurang keseksian,




Naik banana boat dan diterbalikkan, jatuh kat tengah -tengah tasik , agak merisaukan, tapi semua orang cool,  ape pasal?  aku risau kat  nisa, aku padahal lagi cuak macam nak lemas. haha. Orang tak reti berenang kan, kite pakai safety jacket lah ,

Oh ye, nisa , kate nisa masa kat PD, dia punya safety jacket rosak, minum air masin banyak, so , tu yang rase nak lemas.



Tapi sayang, aku tak mempunyai kamera kalis air, yang kalau ku ada, sudah tentu akan ku rakamkan momen aku di tengah laut   tasik dikelilingi rumah besau-besau  dan kawasan construction. Perlu ke ayat begini untuk dicoretkan di laman blog. Sedih tau, tak de orang nak amik gamabr masa naik. Loser lagi di situ.



Naik ni sakit punggung tau. Bak kate nisa , macam kene sebat berkali-kali. Masa kat sane ade 3 permainan, setiap satu aku naik 2 kali, , kecuali satu jek , Evo3 aku cuma naik sekali jek,sebab kene tunggu turn dan ramai, Kira okaylah kalau kat Pantai, kau bayar RM10 sekali naik.
Nisa dah tak hydrophobia dah.
Alhamdulillah.


Sebagi rakyat satu Malaysia, aku bersyukur, sebab orang kat sini semua baik-baik. Kita orang boleh berbual-bual dan boleh join aktiviti sekali. Tak bias. I love Malaysia.


Petang BBQ, di tengah terik mentari, tak yah lah pakai berselendang lain kali ,pin tah ke mana. Tengok nisa, senang jek pakai tudung insant, auntie sangat baik, mari amik gambar dengan kami.:P



Fesyen tutup jerawat.
 wah sensored lagi kat belakang tuh, dapatlah seorang 2 marinated chicken wings, 4 chicken/ crab balls, marshmallow, semua peralatan disediakan. Tak payah bawak arang, dan gune tenaga lengan untuk hidupkan api.


Mari I ambil gambar uolls, kate auntie tersebut.










 

Malam tu terbang naik flight balik Johor.



Tak, tipu.



Kelas kau Jah, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), cam airport dah, jakun mak, yolah, first time kan, bila Johor nak buat cam nih.




Maka dengan ini, berakhirlah cerita bergambar Satu Hari di Puchong , dan saya ingin menyatakan bahawa, keinginan saya untuk menaiki banana boat terlaksana ketika saya berumur 24 tahun, dan pengalaman ini berlaku di sebuah tasik yang bernama  Tasik Prima, Puchong bukan di Pantai Chenang, Langkawi.

md :: nak bercuti lagi, my gurlprenggss, another holiday plissss.....