Tuesday, January 7, 2014

Masa. Kawan. Kerja. Bangsa


As salam,


Masa , tak pernah menunggu,
Kedut-kedut mula muncul , menandakan usia semakin dewasa, semakin tua.


Adakah tahap kematangan fikiran dan perbuatan berubah mengikut angka pada umur, atau tetap sama?
Mungkin lebih teruk, semakin lupa.


Dalam mengira masa dan usia, sudah 2 tahun, menjadi pekerja kepada sebuah kilang pembuatan powder coating , rasa baru sekejap temuduga dulu, mak dan kawan mak yang hantar , aku fikir aku tak lama di sini. Namun sehingga hari ini masih di sini.


 
 Pakaian kerja ku bukan begini lebih simple dari ini, namun sebab malamnya ada dinner kononnya di Ponderosa Golf & Resort Club pakai lah kemeja blouse ni , tak de nya themed dinner , masquerade ke ape,  pakai over-over mau kena gelakkan.
 Kerja kilang 'powder coating' habuk dan debu menjadi teman regu, risau juga keadaan paru-paruku. Orang suruh pakai industrial mask N95 tak mahu.




 

Aku harap aku takkan pernah kisah pada nombor Ahlong , walau sesukar mana pun hidup.
Mungkin kalau kisah pun sebab diaorang suka tampal nombor bersepah-sepah termasuk signboard dan nama jalan, sungguh tiada sivik kau berniaga.




Di tempat kerja ku , ahlinya sungguh kecil, di sini aku mengenali manusia berlainan bangsa , cina dan India.  Berbeza dengan zaman dulu, walau ditemukan , namun tak de lah jadi teman bertepuk tampar, berkongsi makanan, kereta dan citarasa.





namun, dengan perempuan ini, kami boleh bersama,  walau kadang-kadang ada hati yang terasa
Tapi, dah biasa.


Dia paling digemari dalam memberi pendapat.





termasuklah dia suruh pakai tudung hitam untuk blouse ni dan  pembelian jeans ini di online, dia suruh aku berterima kasih kerana, dia kata dia yang suruh aku beli...hahaha



Seorang kaki shopping, kalau tak shopping pun suka window shopping, butik rata-rata harga RM10 dia yang pergi dulu walaupun, rumah aku dan Ayu yang lebih dekat, Ayu juga sering meminta pendapat dia dalam mana-mana pembelian. Harap aku, bagi pendapat? suka hati awaklah...,
Ayu tertewas dek harga baju yang murah ni.



Walaupun masing-masing mengatakan ada masalah berat badan, seorang kata gemuk, seorang kata kurus, biasalah perempuan, namun tetap boleh berkawan kan?





Hidup perlu senyum, girang, baru photographer pandang.




Walaupun hanya sayur cap cay, tapi bila camera pandang terus  macam ayam masak ungkep.




  Kita kena cari publisiti, dalam usaha gambar kita banyak dalam kamera  photographer .. bahaha.






brokoli dan cendawan masak tiram, tak semua orang melayu yang suka, pernah dulu, aku suruh emak aku masak style cina nih, mak aku kata tak boleh telan. 




Sama ada aku yang tak menjaga tatasusila atau mereka yang terlalu sopan., bersama Plant manager , si Melayu Singapura bekerja di Malaysia . 
Huda, selalu jugak lepak lab, asal bukak pintu  lab jek ' Bosan lah'  tapi dia baik ,  masak pun sedap,  selalu masak, bagi kitaorang makan, Nak ngorat?, malangnya dia dah kahwin.. haha (dia selalu komplen pasal  blog aku)


Bersama plant manager dan technical manager, seorang Cina Malaysia bekerja di Singapura. Asia truly Asia gitew.
Mungkin lah aku yang tak jaga tatasusila.








The big boss, Mr woo, yang kat tengah tu pakai kemeja kelabu, Isteri dia pakai baju belang-belang dan berselipar tu, anak dia belah hujung kiri duduk tu,  sangat low profile, tak nampaklah bergaya barangan jenama, tak tahulah jimat ke betul-betul tak heran, jadi kalau terserempak orang sempoi-sempoi ni, jangan pandang sinis, duit berkepuk kau tahu.
 Aku kalau ada duit , memang habislah aku kerjakan seperti retis-retis di instagram, amik gambar dengan paper bag barangan jenama, Haha, niat jek dah tak betul.

Ramai orang dapat bertahan dengan ujian kesusahan tetapi
ramai yang kecundang bila diuji dengan kesenangan.

Marilah kita contohi orang-orang kaya yang zuhud.
Ni tak senang sikit dah poyo. Eh, macam dengki jek.





Semua sekali yang hadir malam tu, bos ,team dari Singapore,  admin, sales , technical dan production team,



Asalnya nak amik untuk technical department jek, tapi sebab si Lulu ni kaki lepak lab, masuk lah sekali..huhu
dengan bos I yang ya ampun , baiknya, tak de marah-marah, antara sebab yang menggembirakan kerja.  Faktor pekerja gembira, ialah bos yang baik. Gila kau tak bodek puji bos sendiri.
 ngeh ngeh.

Makanan masakan cina , hentam jeklah labu.














Sebab Huda tak habis, aku pun makan 2 mangkuk.



Hidup ni macam ni lah selalu tolak ansur, kalau kawan kita tak habis kita makan kan, baru aman.  Ngehngeh.





Masakan cina ni senang jek,ceh poyo jek aku ni , masak tak jugak... stim dengan sos tiram ngan halia.



Ramai yang puji ini sedap, udang masak butter dengan lada hitam,  bagi aku biasa jek, haha..
aku masak gune sos lada hitam bumi hijau. 
Nampak tak , nak cerita aku  masak,
 walaupun butter prawn haritu aku masak tak jadi, sampai habis tapis santan mak aku cair , dah tak memasal mak aku  suruh  ganti.




 Apakah di balik keropok ini?




Motif sangat plating kau tau, letak  keropok atas ayam.



Ryan yang tepi sekali tu, sales manager , part time photographer , aku cakap eh, gambar ni macam ada effect, pastu dia kata effect ke blur? , kutuk lah kamera aku..yelah effect blur lah Ryan.



orang dah nak balik, sibuk bergambar lagi, ye lah orang jarang dinner ....selalu, dah 2 kali buat lunch company  pakai baju kilang jek  
Lulu nampak aku tengah type ni , dia cakap , "Hei, I nak balik dah time ni!".




 Orang dah balik dah, si Ryan si bapak budak, Lulu si bini orang, dan Ayu pun insyaAllah bakal isteri orang ni buat hall kat Ponderosa  macam taman permainan diaorang.



Berpimpin tangan , walaupun si Lulu cakap tak nak kawan dengan aku, kalau aku letak gambar ni..



Melihat masa  2 tahun kebelakangan ini, walau pencapaian tidak sebesar mana, dari pergi temuduga mak hantar, sekarang pergi kerja sendiri , dari tak tahu apa-apa sekarang sudah pandai sikit  dari dulu tak boleh simpan duit, sekarang boleh simpan duit, walau duduk bekerja dengan berlainan bangsa, kita semua kawan.





Sekian, , senyum selalu, bawa bertenang dan makan sayur. 
yeww..pesanan khidmat masyarakat dari manusia manis ya ampun.


Gambar yang cantik dan tak de watermark tu dari kamera Ryan harga 5 kali ganda dari kamera aku, tak payah edit pun.. herghh!



No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D