Friday, September 26, 2014

Pelajaran daripada manusia dan haiwan

As salam,

Antara sebab aku memilih untuk berhenti kerja ialah  masa. Aku suka masa lapang.. Ya, memang pemalas, kalau orang lain suka sibukkan diri, ha , sebab tu diaorang berjaya. Kejayaan perlukan pengorbanan , masa rehat harus dikorbankan, tapi tak pe, aku nak bercakap pasal aku jek ni.

Tapi, disebabkan aku perlukan sesuatu untuk dijawab bila orang tanya , tengah buat apa sekarang?
Jadi aku harus mencari sesuatu title , maka aku memilih menjadi student.

Kau fikir student banyak masa lapang?

Haha, orang lain kerja, ada business sendiri, ada anak kecil , suami dan belajar lagi.. takkan kau yang tak berapa nak bertanggungjawab ada tanggungjawab ni tak boleh kan.. Eh, kan tak nak bercakap pasal orang lain, nak cakap pasal aku je.


Tapi sepanjang hampir sebulan ni aku bergelar pelajar..aku rasa aku dapat apa yang aku rindukan.. masa.

Eleh, baru berapa minggu bolehlah kan, tengok jap lagi dah ada project semua bagai.. haha, tak pe tu jangan fikir sangat, nikmati masa yang ada sekarang (tulis belog, sambil ingat assignment tak buat lagi)

Jadi, hari Jumaat lepas aku pun berjalan-jalan dengan my life partner, Nisak di.... bandaraya Johor Bharu. Haha, yelah , kalau orang lain, wei, nak pergi tengok kuda belang tak, jom kita pergi Afrika (Siapa cakap google, tampo)
Nak mandi laut lah, jom Maldives . Esok kita pergi.
Nak makan nasi arab lah, ok, siap-siap sekarang kita pergi Yaman.

Okay, buat kali ketiga, aku cakap, aku nak cerita pasal diri aku jek ni..

 Nisak cakap dia teringin nak makan mee rebus haji Wahid, dan teringin nak makan sup ZZ Sup tulang.


Kitaorang memilih ZZ sup tulang, sebab dia buka pagi, dan aku rasa mee rebus haji wahid macam urmmm... skrg ni, dan aku suka kawasan restoran ZZ sup tulang , dan aku memang nak makan sup.




Nak pergi dia, belit jugaklah jalannya.. Kat Jalan Petri, dekat JKR
Lepas tu dia confuse nak makan sup ekor ke nak makan mee rebus tulang.

Kalau nak senang, beli jek lah dua-dua.

macam orang lain, tanya pendapat kat Instagram, nak beli kasut, black or brown, this one or that one
 .. and end up , he/she bought all the options ... kan motif kan, cerita pasal orang lain kan...

Tapi, kita kene didik diri kita ya kawan-kawan , kawal nafsu, jangan tamak, kalau banyak sangat pilihan kat dunia ni, pening jugak.



Jadi akhirnya dia pilih mee rebus tulang . 2 in 1.




Rasa dia okay. Tapi too thick. mana taknya, mee rebus kan dah pekat campur ngan lemak daging tu lagi..fuhh.



dan aku sup gear box. wala.

 
Sedap tapi berserdak  dan sedikit masin untuk aku yang tak berapa kuat garam ni.



konon banyak masa, tiada apa yang dikejarkan.Kalau kerja, semua kena cepat. Masa tu duit.
Sekarang, kita berjalan sesuka hati tanpa mengira masa.






Sampai pergi Jalan Pahang ni siang-siang hari.



Main buaian lagi tuh




The Ice-cream Project, 31, Jalan Dhoby
Fine , boleh pulak ice cream sold out time aku datang. Takpe  takpe.





Nisak lah jadi mangsa model aku.



Ni kira belog Nisak Ahmad ke belog munamuni ni?



Kedai aiskrim tutup . Pots Kitchen , nak makan nachos pun tak bukak lagi. Foine. Masing-masing tak payah letak  bukak pukul 3 ptg ya. Sampai 4.30  tak bukak lagi.

Tak pelah rezeki Chaiwalla dapat duit aku hari tu. Bagus meniaga, Kontena recycle.





Brownies yang sedappp dan smoothies mango yang fuhh, nikmat lebih sebab panas cuaca dan panas hati.



Selain makan , kami buat lawatan sambil belajar ke Zoo Johor. Walaupun fikir-fikir cam kelakarkan lepak ngan kawan kat zoo.


Parking tepi jalan : free
Duit masuk : RM2/ seorang dewasa

 Mari kita melihat aksi Nisak bersama kenalan baru dia ni.







" Hi, Hello , am I gorgeous? Who is this girl.  Seem like she has a crush on me.."




" Hei, girl, where are you going, let me walk with you."




 Dear, are you okay?




 Hmm, whatever.




 Okay , you leave me.. fine.. but I'll make sure you will come back to me.








I'd  told ya.







Hui, buat ape tu? gosip lattew..
Cuba Husnuzon sikit, ngan ayam pun kau nak buruk sangka kan.




Burung unta ni besar gile okay.




Pergi zoo, memang bacin gila bau dia, tak tipu perghh.. Kau nak wangi kau pergi kilang minyak wangi. Jangan pergi zoo.

Itik RM4 seekor



hamster RM10 sekor



Comel tak ass haiwan ni. Teka apa?



Unta ya, debar dia nak musim korban ni..huhu  sampai terkencing-kencing.


Adakah anda fokus di bahagian tersebut dan kepala anda sangat rapat di skrin sekarang?



Tumpang ye awak, saya masuk dalam belog ni gambar awak ngan kanak-kanak tu.




Tapir , camera shy nampaknya.



Bearu.




Singer menawan keluarga bahagia.
Geram jek dia rasa duk dalam tu .











 Nuri Putih kot. Lain kali baca description.



Guess who is this beauty? Pergh ,dapat kancil aku buh effect  cam ni kat body dia..






Terus jadi Perodua Merak.




Tapi, dia tak show off pun.





Aku amik gambar haiwan-haiwan ni semua , seram jek dia patuk kamera aku ngan aku.


Kan bagus kan kalau ada kamera boleh zoom cantik jek gambar macam orang lain tu.

Tapi, kisah haiwan ni mengingatkan kita sesuatu.... 

dapat dari Instagram @noorneelofa kesayangan korang ni. Baik korang baca. Dulu, tak pernah terfikir aku akan kata suka neelofa . Masa hadapan , tiada siapa tahu




A crow lived in the forest and was absolutely satisfied in life.
But one day he saw a swan. "This swan is so white," he thought, "and I am so black.
This swan must be the happiest bird in the world." He expressed his thoughts to the swan. "Actually," the swan replied, "I was feeling that I was the happiest bird around until I saw a parrot, which has two colors. I now think the parrot is the happiest bird in creation." The crow then approached the parrot. The parrot explained, "I lived a very happy life—until I saw a peacock. I have only two colors, but the peacock has multiple colors." The crow then visited a peacock in the zoo and saw that hundreds of people had gathered to see him.
After the people had left, the crow approached the peacock. "Dear peacock," the crow said, "you are so beautiful. Every day thousands of people come to see you. When people see me, they immediately shoo me away. I think you are the happiest bird on the planet." The peacock replied, "I always thought that I was the most beautiful and happy bird on the planet. But because of my beauty, I am entrapped in this zoo.
I have examined the zoo very carefully, and I have realized that the crow is the only bird not kept in a cage. So for past few days I have been thinking that if I were a crow, I could happily roam everywhere." That's our problem too. We make unnecessary comparison with others and become sad. We don't value what has Allah given us. This all leads to the vicious cycle of unhappiness.
Value the things Allah has given us.
Learn the secret of being happy and discard the comparison which leads only to unhappiness.
#Alhamdulillah



Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah bagi. Bersyukur. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Tukar perbandingan ke arah lebih baik  ye dak.

Tapi korang mesti tahu apa masalah student yang menanggung diri dengan hanya mengharapkan ihsan mak ayah . No more shopping.

 “Ilmu itu umpama ladang, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Ketahuilah! Ilmu tidak akan dapat diperolehi oleh orang-orang yang hanya mementingkan makanan dan pakaian. Ilmu akan datang kepada orang-orang yang hidupnya sederhana. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyak! Walaupun terpaksa berkorban dan menderita. Mungkin suatu hari nanti, bila engkau menghadari suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu” – Imam Syafie


Semoga kita  terus istiqamah.


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D