Friday, September 5, 2014

Untuk Terakhir Kali

As salam,


Ni kebiasaan ye, bila orang ada belog, dia akan update mengikut mood dia, biasanya bila dia happy dia akan update..(baiklah, ini cerita pasal aku) dan sesiapa  yang konsisten update belog setiap hari tanpa niat untuk mengaut keuntungan .. adalah sangat mengkagumkan, sedih dia tulis, suka dia tulis,murung dia tulis, tengah angau dia tulis, ok fine.. kalau tak blog pun medium sosial lain lah..

blog untuk orang yang old school setia dan ehem ehem  sentimental sahaja.. seperti saya.



Masa kerja cakap sibuk mana pun, gigih jugak kau  update belog , buat PC kilang tu cam kau punya kan.. (beratus gambar aku masih ade dalam PC , aku harap excolleagues aku menjaga peninggalan aku dengan baik)


Ni bila kat rumah , jadik suri rumah, haremm jugak nak update belog, dulu berazam nak share pasal ni lah tulah, walaupun aku tak pasti orang lain kisah pulak kan kau nak sharing ke tak ke?  Akhirnya sharing tu cuma aku dan imaginasi minda aku je..


okay , ni bukan pasal perkongsian bermanfaat sangatlah tapi bolehlah, huhu, pernah pulak kan kau berkongsi perkara yang membawa manfaat kat moonamoony.blogspot.com nih.

Ya. Saya memang gemar bermonolog.


Makan terakhir yang dibelanja bos


Walaupun bos-bos aku memang jarang sangat belanja, aku redha. Dia belanja first masa aku datang sini start kerja, merangkap farewell untuk orang yang aku nak ganti. Last masa ni lah. time aku nak angkat kaki.



Sebab tu peluang harus digunakan sebaiknya.. duduk tengah-tengah senang amik lauk.
Bersama, Plant manager yang kurang mesra di dalam gambar dan selalu memberi tekanan emosi kepada aku, jangan cuba bercakap cina dengan dia sebab dia tak faham pun...
Dia melayu  Singapura. Duduk di Singapura, kerja di Malaysia. Rohaizad  namanya.





Makan sampai tinggal tulang okay..


 Yang paling mesra kamera. Si Encik Rohaizad tu cakap masa amik gambar, eh macam nak sama mukanya . Kot lah dia cakap macam tu, lain okayyy.
My bos, Technical manager, Peter.  Orang Malaysia , kerja di Singapura.

Rezeki ada di mana-mana, carilah kerja yang membawa keberkatan
Nama saya bukan Nasir.
Tiba-tiba.


Kami makan di Awana Asean Kitchen, kat Desa Cemerlang, Ulu Tiram ni. 
Makanan dia not bad.. kira menepati lah citarasa kitaorang ni, sebab tu jadi repeat customer kan.
Tapi yang makan set-set ni tak pernah lah order.. mahal kan, jadi tunggulah bos belanja ketika kau nak berambus dari tempat kerja. 
Lamakan penantian tu?

 Favorite menu aku kat sini bi hun tom yam.
Tapi biasalah , sebab  hampir tiap minggu datang, tak de lah konsisten sangat isi dan rasa dia, nasiblah kalau rasa ada lari sikit.
Aku tak cerewet, jadi aku rasa okay jek..
Orang lain cerewet ke peka sangat, jadi mereka dapat kesan perbezaan tu..





Udang , salah satu menu dalam set tu, selain ikan siakap tiga rasa, kangkung belacan, tom yam gung, dan ayam masak kicap.
nama dia lain tau, aku pun tak ingat, yelah berzaman baru nak tulis aku pun hentam jeklah masakannya.




Ikan siakap, tak berapa segar.
Nak yang lebih segar? Tangkaplah sendiri.


 
Manusia-manusia yang sudi menghadap muka manis , muka stress dan muka mengantuk aku.




Si Ayu dan Loo Loo. 

Amoi ni tengah kopek petai, nak goreng untuk makan malam dia.
Aah, kan company ni baik sangat kan....Ngan aku-aku dia paksa suruh kopek petai dia.



Jeles lah tu , aku tengah berbahagia, tengok video, cara-cara membuat tart telur..
Ampun bos, confirm saya tak buat lagi.. hehe


Makan dibelanja pertama kali dan terakhir oleh Sales Manager.

Di Pizza Hut, Aeon tebrau City


Walaupun , makanan penuh didalam mulut, tak menjadikan Ayu lebih gemuk dari yang sebenarnya,
Dan Miss loo , walaupun rambut menutupi pipi, tidak menjadikan dia lebih kurus dari sebenarnya..

bahahaha, mesti dia sumpah aku ni.. tak dia memang tak gemuk pun, dia cakap dia tak suka membazir, kalau bawak dia makan, memang bagus, sebab tak rugi, kalau bawak si Ayu ke Huda ke , makan sikit jek dah kenyang, rugi-rugi.




Ryan  suka bergambar. Yes, you are so pretty. The  girl at the back.


Terima Kasih Ryan settle kan bil, walaupun I dah nak blah, you baru belanja.. huhu
Si Huda, Rima dan Ayu tu makan sikit jek.. bagus mereka tidak mengambil kesempatan atas kebaikan orang..

Hari terakhir di tempat kerja




Tak pelah, mak redha amik gambar korang buat kenang-kenangan.



Hari terakhir keluar dengan kawan-kawan sekerja

Kami memang agak selalu keluar bersama, Ayu, Loo loo dan aku. Kebanyakkannya kat Aeon jek.

Aku dan Ayu masuk bersama, jadi dah dua kali kita sambut anniversary kita orang kat CT Sdn Bhd ni, tahun ketiga, tak sempat, sebab aku dah bertukar jadi suri rumah bangun lambat.

Kami berdua dan Loo loo akan sambut birthday masing-masing , jadi tahun ni adalah tahun terakhir kita sambut birthday sama-sama.

Pilhan destinasi kita untuk keluar bersama ialah, bandaraya Johor Bharu.

JBCC , atau Komtar dulu kala.

Ni bak kata akak aku banyak kali masuk audit , lambat siap projek  nih..



Sebab banyak kedai tak bukak, dan tengah dalam pembinaan lagi, kita pun cuci mata jeklah.. dah lah escalator dia bertangga, bukankah dia membawa keburukan lebih dari kebaikan.

Tapi, tak kisahlah noks, meh ushar butik



Mak tak heran barang kemas accessories ni, kat bazar karat pun mak tengok ada Pandora..

hehe



Make up? bukan sayalah.


Pernah lah minat jugak brand ni.




Sesuailah ngan kita, harga mampu milik.


Ni pun, harga mampu milik.


Dah bertambah lah kiosk Famous Amos kat Johor ni. 


Okay, butik ni paling lama kitaorang duk dalam ni, Jelly Bunny


Harga dia tak semahal Melissa, tapi jauh lebih mahal dari jelly shoes kat pasar.



Amoi ni kaki shopping , kaki window shopping, kaki test barang, baju tapi belum tentu lah dia beli,





Jelly bags.
Aku agak suka material dia, sebab lebih tahan lama dari PU . jadi tak delah kesan kopek-kopek dan lebih senang dijaga dari leather .


shoes shoes shoes





Tak sempat mak nak tengok butik Chanel uolss... Setakat 15 .8. 2014, belum bukaklah, sekarang tak tahulah... nak tengok lah, awat lah yang orang dok gila sangat kat bag nih.






Yay. bazar Karat.. I loveee




.

my kind of jelly shoes...




Sabar bang eh, sabarrrrrrrrr



Shot terakhir gambar di bazar karat , bersama-sama.
Lepas kerja terus merayap, tu yang terserlah sel kulit mati, muka tak berseri , pakej jerawat di dahi,




Makan Malam terakhir bersama teman sekerja


Odeen Corner , Larkin


Salah satu tempat favorite kitaorang jugak.

Sebab dia ada...





durian goreng!





kenalah try, baru boleh judge.





Rima tengah feeling, siakap stim limau, walaupun rasa cili padi ketara, rasa lari.
Ni pun biasalah masalah ramai orang, rasa masakan tak konsisten...
QC  , gi buat kerja!





Terima kasih semua sudi layan aku, terima saya seadanya..
*bagi flying kiss


Makan malam terakhir bersama teman serumah

Restoran The Cave, Jalan Kolam Ayer.

Selalu makan ala carte, tapi sebab Epi suka western food.. maka kita cubalah restoran The Cave , yang aku kira agak barulah kat sini.

.




Ketika dia bagi menu book ni, aku macam kagum, rajinnnnya buat benda-benda ni, A sangat Pendidikan Seni kau



Ni kitaorang duduk kat  outdoor.





Ira makan carbonara, masa dapat, rasa sikitnya.... Sekali kau rasakan penangan cheese dan sos tu... Habiskan! 




 Epi's forever favourite, lamb chop




Mine, chicken chop



Aku dah lupa ape nama air ni, aloe mint shake kot... haha.. hentam jek lah bedah






Ira's : iced cappucino
Epi 's : sejenis air detox, lime ape tah.


Ni setahun sekali boleh lah, makan western kat kedai, lebih-lebih kau masak sendiri kat rumah lagi best.. masak ke? Persoalannya sekarang.






Ni indoor punya interior. Urm, masih amalkan perangai nak berebut masuk dalam gambar walau dah jadi bini orang.




Jenis yang suka privasi nak pujuk bini ke, bolehlah sewa bilik ni makan kat sini.
Tu yang jenis gembirakan perutnya , sebelum hatinya.










Silalah datang ke The Cave, anda akan disambut oleh dua wanita ini.. haha






Terima kasih untuk semua orang yang terlibat sepanjang 2 tahun 8 bulan saya di sana, Ulu Tiram dan Johor Jaya.
Untuk terakhir kali, aku ingin mengucapkan Maaf jika aku tak sempurna, rindu awak 200%.


 Ku hadiahkan senyuman dari abang-abang sado ini






Pengaruh menjadi suri rumah, layan drama jelah. Kbye.


2 comments:

  1. Mun..dapat kerja baru ke sambung blaja lagi??..ke ada org masuk meminang?..hehehehehe..All the best!!..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja baru : suri rumah, huhu.. InsyaAllah sambung kat UTM , yang meminang tu, doa-doakan yek.... haha terima kasih .. All the best to you too

      Delete

terima kasih sudi baca :D