INSTAGRAM

Tuesday, March 17, 2015

Cerita Seram si Mulut Puaka

As salam,





Kisah ini berlaku pada tarikh 10 Februari 2015 di Johor dan terjadi ke atas seorang pelajar UTM Skudai, M.

Petang  hari tu ,  M bangun dari tempat beradunya di W3, Kolej 12, Kolej Datin Seri Endon, sayang sungguh dia pada katilnya, tapi kerana mahu mengucil, dia lantas terus ke jamban yang sangat mengalu-alu kan, cantik .. tak de orang.

"Ahh , lega...." nikmat sungguh.

Tiba masa untuk beristinjak..

Kepala paip dipulas-pulasnya beriya-iya, nasib sendi paip tu dicipta teguh... setitis air pun haram tak keluar..

Gersang.. tandus..

sudahhh...

apa ni , bayar 4 hinggit sehari, tak de air.. setahu M  Kluang jek kat Johor ni yang selalu kena catu air...

Apa lagi, istinjak lah dia mengunakan sebotol air minum 500 ml yang dibuat stok, rasanya masih tak cukup, tak tahu lah selama ni berapa botollah air dari paip tu guna agaknya  untuk istinjak.

sudahlah letrik pun tak de , apakah, come on UTM, apakah dugaan ini, kalau zaman 60-an dulu, logik, orang tak kisah pakai pelita dan istinjak guna air sungai.. ni tahun 2015, dan dengan ribuan penduduk UTM tak de letrik.. dengan semua guna laptop, aircond, kipas, lampu,handphone, memang agak mustahil untuk hidup dalam kegelapan pada hari tu....
Gelap-gelap ni biasalah, takut lah wei, dah lah duduk bilik sorang, yang selama ni tidur bukak lampu kalimantang sepanjang malam,

Cerita-cerita seram ni memang tak lari dengan tempat belajar, masa duduk hostel kat sekolah menengah dulu , ada lah musim histeria, cerita pasal askar Jepun kawad lah, pastu dengar cerita zaman matrik, orang bunuh diri sebab tak dpat 4 flat, mengg.. bila kat UiTM Perlis, tak dengar lagilah, kat UTM , baca pasal orang meninggal dunia dalam bilik tahun 2009 dululah melalui surat khabar.

Nampak tak, Allah bagi dugaan sekejap jek, ditarik air bersih dan bekalan elektrik beberapa jam, dah gelabah manusia ni..

Maka, setelah mandi di blok sebelah tingkat satu, yang kelihatannya macam aras yang tidak digunakan, dalam gelap pulak tu, nasib baik, rakannya , S, sudi menemani. Dah lama tak buat kerja angkut barang mandi ni pergi cari air. 

Selepas maghrib, M membuat keputusan untuk keluar mengikut rakan-rakanya, tahulah kalau kat asrama tak de letrik, nak buat apa kan, baik melihat suasana malam.. di Johor Bharu.. ke villa nabila mungkin..

huii, tidak sekali-kali...


Dalam kegelapan , M bersama S menuruni tangga, menaiki kereta kawannya dari blok lain yang sedang menunggu ..


Naik dalam kereta Toyota Unser , dan bertanya, nampaknya kawan dia lagi seorang tiada, sedangkan dalam mesej, sebelum ni dia mengatakan dia OTW.

lalu dia, bertanya,

M : Mana Z (bukan nama sebenar) ?

R : Z, tak ikut, dia bergayut ngan ehem-ehem dia,  buat apa tah gelap-gelap..

H : Z, kuat kentut...

S : Eh, dia partner aku tau (gaya back up)

H and R : Uuuuu

R : Eh , M , kau tahu tak dia couple ngan N (bukan nama sebenar)?


M : 'oh ye ke?, menjeit si M yang terkenal dengan kepochi nya ... eishh, puii, tadi cakap malas nak fikir semua. Eh, dia beritahu korang ke? ( dengan gaya paling mak Jemah sekali dalam alam semesta)


R : Tak kitaorang agaklah.. Eh, M, kau rasa , taste Z , macam mana?

M : aku rasa , ..bla bla , (M pun tak tahu apa yang direpekkan, mulut dia bergerak lagi laju dari sel-sel otak berhubung)

H : Kau ade perasaan kat Z tak ?

M : ????

M : Eh, kau nak tahu tak tadi kan, Z, kannn............bla cong ceng ceng

R : Eh ye ke .. 

  R dan H, gelak tak henti-henti dengan kuat..

Mereka nak isi minyak, sambil berbincang nak pergi mana,

M : McD !

H : Mcd, boikotlah.

M : Alah , duduk kat McD, tak yahlah makan McD

R : Nak isi minyak kat mana ni?

H : Isi minyak kat Shell lah.

M : Puiii, boikot McD , isi minyak kat Shell.. Shell yahudi lah

H : Mana ade.!

R : Alah isi jeklah,  ( R yang drive, jadi dia serabut)

sedang di Shell


Sambil menunggu mereka isi minyak ..

keluar satu lembaga keluar dari tempat duduk belakang,

S dan M serentak menjerit dengan frekeunsi dan amplitud paling tinggi sekali.. hingga mengejutkan ,pelanggan dan pekerja Shell di situ...


M, seperti mahu buka pintu kereta dan lari ke Sierra Leone (kalau tak kerana rakan sekelas barunya  berasal dari negara itu , memang sampai bila-bila M tak tahu kewujudan negara tersebut) .

Ya Allah, Ya ampun,

Z rupanya berada dalam kereta tu dan sembunyi di tempat duduk belakang.. sepanjang perjalanan, dan dengar si kepoh M... mengata pasal dia..

Sepanjang perjalanan selepas itu, si M menjerit dan kalau orang lain tengok mungkin difikirnya meroyan...dan malunya ya ampunnnn,

bayangkan orang yang kita bercerita  tu, dengar sebijik-bijik apa yang dikatakan pasal dia, lepastu, sekali kantoi pulak tu, dan selepas tu kita tak boleh lari, dan kena berada dalam satu kereta dengan dia lepas tu... Oh, sungguh , hidup  ni memang untuk dimalukan ke camne.











What a Life?!

Pengajarannya, hurmmm, korang sendiri tahukan......?







Kau rasa? 

Mari bertaubat ....

md : Jangan risau, mari masuk UTM, masalah air dan elektrik dapat diatasi, sekali 2 tu jek berlaku.
md  : M dan Z masih bertegur sapa dan berkawan..huhu

Suami sepupu saya, telah meninggal dunia pada subuh 12 Mac 2015, Khamis, kerana sakit jantung. Arwah berusia 29 tahun, dan mempunyai 2 orang anak. Mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah, Fitri Rahman. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. K

2 comments:

  1. Peh status die sentap weh. kau ngumpat kaw2 ke? kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat dunia, galak gila, sampai hati kenakan aku ..kuikui.. tapi, dia cakap status tu bukan untuk aku...

      Delete

terima kasih sudi baca :D