Wednesday, August 28, 2019

Bercuti berdua 2 hari 1 malam di Batam


As Salam,

Tahun ni aku memang bajet gile mak travel. Yelah, berbanding tahun lepas, idoklah ke Eropah tapi lepas jugaklah pi naik flight ke negeri di bawah bayu, Sabah dan pencarian tom yam di Hat Yai
Nak tahu sebab apa aku bajet? Sebab bajet aku semua out beli handphone atau baiki handphone.

Kalau tak hilang, jatuh ,skrin pecah, masuk air, masuk jamban, masuk telur .
Iya, telur. Beneran, gak bohong.

Nasib sempatlah aku  upload sebahagian gambar kat Telegram dan peram kat draft blog sebelum handphone jahanam  jadi meringue lemas dalam telur pecah.

Padan muka, sejenis suka ambil gambar tapi malas update, bila datang mood nak update gambar pun tak de. #CEOofprocrastinationSdnBhd

Kami berdua, macam biasalah, 
"Eh , dah lama kita tak travel"
"Tunggu gajilah"
"Ala, bajet larilah"
"Ala, mahallah"
"Nantilah , tunggu kaya"
Haha, lambettt lagi


Eh, kesian aku, tak pernah pergi mana-mana tanah dalam jajahan Indonesia waima Tanjung Balai, mahupun Batam.

Batam!
 What an idea, why notzz?

Ok, jom!

Maka, kami bersepakat untuk bercuti dua hari satu malam di Batam (26-27 Julai 2019)

Tanpa tiket kapal terbang, kita boleh ke oversea! Indonesia!
Mungkin boleh ke temu sama  jejaka sekacak Rangga (team kanak-kanak 80an/90an)
atau paling tidak hero Syurga yang Tak Dirindukan.

Setelah berteka-teki dan tanya orang yang sudah ke Batam tentang tiket feri,
 ada yang kata walk in saja masa nak pergi tu, ada yang kata kena seawal pagi , takut tiket habis.
Nak tempah online, kena 2 hari sebelum.
Plan mula-mula nak naik feri dari Puteri Harbour, Nusajaya.
Tapi, ada 4 trip je dari sana, pagi pukul 8.30 dan pukul 11 pagi, kang kalau terlepas nak tunggu next trip lewat pulak.
Sebab, aku kerja malam tu, takut tak sempat nak berenang kejar feri.

Aku pun pergi ke kaunter tiket di The Zone, Stulang, sehari sebelum berlepas, yelah dok risau-risau, first time, pergi kateko, noob lah sikit.
Aku pun pi kaunter, nak pi beli tiket, dia kata, kalau nak pi esok, mai beli tiket pun esok. 
Time nak pi, time tu beli.
"Confirm ke ada?
*orang tu angguk.


Jadual feri pergi balik, Stulang-Batam.
Banyak sihh, gak perlu tempah, feri nya banyakkk, bak kata orang Indonesia jual lontong kering kat flat Sri Stulang.


Perjalanan lebih kurang 2 jam.
Orang kata, feri kat Stulang buruk, feri kat Singapura atau Puteri Harbor cantik lagi.


Feeling lah sikit kan seperti di kapal persiaran mewah.


Mula lah kau teringat Intan Mastura punya line dalam Pisau Cukur.

"Jom Memancing!"


Yelah, suatu hari yang gemilang kita naik Cruise ya, Nisak


Restoran Ria, Megamall

Sampai-sampai Batam, kita apa lagi terus cari makan lerr..
Kami ke Megamall yang bersambung dengan Terminal Batam, so convenient.
Aku memang suka kalau terminal pengangkutan awam connected dekat mall , sangat-sangat senang untuk pelancong terutamanya , idoklah kita payah nak cari bas ke teksi nak pi kedai makan pun.


Mula-mula nak cari nasi padang, pasal kawan aku dok recommend kalau nasi padang sedap nama restoran dia Restoran Sederhana, aku dengar dia kata kat megamall, sekali aku masuk tak jumpa, tanya orang dia cakap restoran tu di luar, kena jalan.

Bak kata Pak Supir Grab, "gak pernah lagi saya lihat nasi padang dalam mall."
Amboi, boleh tahan jugak ek ekau punyo sarcasm.

Tak pa lah,  kita tengok apo yang ada dalam mall ni.
Restoran  Ayam Penyet Ria di recommend oleh kakak jual kuih kat situ,

Interior cantik
Aku order bebek penyet lah apo laie.
Bukan senang nak dapat bebek kat tempat aku.
Nisak order ayam bakar, ayam dia bersaiz mini ya, kecik sungguh, kangkung goreng belacan, Strawberry smoothies , jus alpukat, semua sekali berharga 133100 rupiah (mengikut kiraan semasa  bersamaan dengan RM39.30)




Sedap tapi bukan kaleng-kaleng ya pedas dia...  Pedih juboq.


Hotel Eska

Aku benonye dengar je kawan aku cakap,  dia cakap pasal Hotel Eska,  aku pun terus booking online kat  Agoda.
Idoklah aku tengok sangat location dia ke ape.
Sebab aku check in hari Jumaat,  tidak disediakan khidmat jemput kat Ferry terminal atau ke Nagoya Hills.
Khidmat shuttle bus hanya hari Sabtu dan Ahad. Jadi terpaksalah bergerak sendiri guna Grab.
Kena jalan jauh sikit lah, pasal nak guna Grab, kalau naik teksi, boleh lah dia jemput depan pintu mall, tapi mark up lah harga.



Harga untuk Standard Double Room termasuk sarapan dan tax ketika itu ialah RM119.39


Breakfast time.

Helok tau chef buat telur dia ni, tapi bagi menjaga pandangan mata, ditakdirkan terlindung ya wajah dia. 
#typeofmanwhoshouldwearniqab kihkih








Hotel ni berdekatan dengan Kepri Mall.
Cantik dan bersih. Secara ringkasnya, aku suka hotel ni, kecuali lokasinya,
kalau aku diberi pilihan aku akan cari berdekatan Nagoya.

Nisak bebel dia pelik kenapa orang nak pergi mall kalau travel, sebab mall kan sama je.
She prefers nature and historical place.
Aku pulak walaupun tak shopping.  Aku nak jugak pergi,  pasar dan mall...huhu

Pasar adalah lambang ekonomi, budaya dan cara hidup masyarakat tempatan.

Walau bagaimanapun,  kami tak sempat pergi Nagoya,  lagipun aku tak tukar duit banyak. #belumgajifeelingnakjalan


Jambatan Balerang.

Lepas check in hotel, pemandu Grab tadi tunggu kat bawah, kita kawtim bayar lumpsum 350 ribu rupiah  lebih kurang.

Kita ke Balerang.

Di Balerang, kami ke Jambatan Balerang, Vietnam Camp dan Vio Vio, Pantai Cantik.

Ada 6 jambatan yang menghubungkan pulau-pulau,  kita akan lalui jambatan-jambatan ni untuk menuju ke Vietnam Camp.



 

Sebab gambar lain aku rasa muka aku tak semengah, dan ini je yang paling helok. 
#Nisaktidotakpe


Vietnam Camp

Vietnam Camp ni adalah penempatan pelarian rakyat Vietnam ketika perang. Semua dah dihantar balik.
Maklumat ilmiah ni jarang lekat kat otak aku, korang google sendiri eh untuk maklumat lanjut.
Nah, aku bagi link wikipidea https://en.wikipedia.org/wiki/Galang_Refugee_Camp

Tapi,  tempat ni kurang penjagaan, bangunan banyak yang rosak.

Ada sekolah, gereja, tanah perkuburan di sini.

Kelihatan angker juga  nampak nya ya.





Tapi, kemanisan Nisak mengaburi keangkeran bangunan belakang tu.


Mengapa kau harus ke penjara?
Kalau kau ada kunci pintunya.


Eh, mengapa ku pula dipenjara?
Adakah kerana sendunya pick up line aku.
luls.











Rosak teruk.






Dua buah replika bot yang membawa pelarian ke sini.





Pantai Cantik Vio Vio,  Balerang

Balik dari Kem Pelarian Vietnam, pemandu Grab kami bawa kami ke pantai, suprise us please.




Perjalanan sebelum sampai ke pantai ni berbukit,  tanah merah macam nak masuk lombong. 
Tapi, bila sampai sini.....





MasyaAllah, so prettayhh




Sangat tenang dan bersih pantainya,  orang tempatan tak heran ke sini kot.
Kalau kat Malaysia bergelimpangan manusia dan sampah kat pantai ni.
Kena bayar 10 ribu rupiah untuk masuk.

Okay, korang tengok gambar jelah, sehingga speechless aku. Hehe.
Walhal, malas dan tak de idea tulis ayat.























Setelah puas dok posing, main buai semua sampaimental block, aku dan Nisak cari air kelapa, Supir Grab bawa kita singgah ke salah satu deretan kedai tepi jalan yang menjual jagung dan air kelapa.



Rindu pulak nak flip-flip handphone flip.



Bersama Pak Supir Grab dan kereta kecil warna merah boleh ku bawa ke sekolah. Eh.

Pesanan khidmat masyarakat:
Jangan jadikan awning tudung buruk, merosakkan mood anda. 
#walhal


Balik hotel kami singgah Kepri Mall, dekat je dengan hotel kami. 
Cari makan,  tak de apa sangat kat sini. Kami share semangkuk Bakso.
Sebab aku boleh dapat makanan sebegitu kat Johor, jadi biasa aja.
Ada J. Co,  Nisak beli kopi dan aku beli cheese cake kat Bread Talk.
Kan dua-dua ni tak de kat Malaysia.. luls :PšŸ˜

Aku terus bobok lah apalagi bila balik hotel.

Tebing Langit

Esoknya,  lepas sarapan kita pi Tebing Langit. Tepi hutan,  struktur berbukit, dijadikan port-port ambil gambar.
Cuaca panas dan keadaan aku yang tak berapa sihat membuatkan aku tak berapa galak nak bergambar.
Tapi, adalah satu dua, tiga, empat, eh sepuluh ntah buat kenangan.



















Pemandu Grab kami yang ambilkan gambar ni. Love angat.


Pantai Terih.

Kemudian,  kami ke Pantai Terih,

Jauh juga tempat ni dari Tebing Langit.
Dia punya pantai berpaya bakau ala-ala Tanjung Piai.

Pantai Terih ketika aku datang,  tiada pengunjung langsung,  sangat damai.
Tapi,  photobooth semua tak terjaga.

Ada penduduk situ datang berborak,  sangat sopan santun,  ucap, "selamat datang ke kampung kami",  dia jemput kami ke warong.  Tapi, aku tolak, masa tu Nisak nak air kelapa,  tapi tak de jual.

Bila teringat,  alamak kesian pulak orang tu.
Yelah,  dia orang macam orang susah, sangat baik pulak tu.








Jangan dipandang pada penyelpienya, tapi pandanglah pada mesejnya. #huduhdontcare



Jelas gak mesejnya. 
You can't sit with me.
Tohh.



Bagi Nisak jalan dulu, nak tengok kekukuhan. hihiks.


Tolong ambil foto saya,
bagi nampak kurus, tinggi langsing, cantik , mulus bujur sireh persis Luna Maya ketika muda ya.


Baliknya, kami singgah untuk menikmati nasi padang. Sebab aku tak de selera, aku makan sikit je.









Trip kali ni,  memang aku slow sikit tenaganya, sebab baru sihat dari demam.
Ni semua sebab longan sejuk satu bekas, aku hentam sekali jalan.

Aku yang hantu longan, bila nampak longan berlonggok posing orang jual, aku trauma.
Longan pulak disalahkan, dasar tak mengaku kesalahan diri.


Oleh-oleh Batam,  semestinya kek lapis dan kek pisang.

Kami ke Annisa, dekat sahaja dengan restoran nasi padang tu.

Aku pun tapau kek pisang coklat dan kek lapis separuh..  Hehe.

Gambar yilekk. Laman web dia : https://www.boluannisa.com/

Batam sebuah negeri yang pada mata aku sederhana menarik,
punya tarikan alam yang indah tapi tak kurang juga pembangunan yang galak di sini.

Tentang bajet;  sebab handphone aku rosak, aku tulis perbelanjaan kat situ, dan memori aku pun hilang, maklumlah sebulan yang lalu, tapi kitaorang habis tak sampai RM500 seorang termasuk tiket feri, hotel, tiket masuk tempat-tempat di atas, Grab dan makanan.
Kami banyak habis untuk pengangkutan,  pakai Grab 2 hari tu ke tempat-tempat yang kami nak pergi.

Di Batam,  ada penguatkuasaan,  di mana Grab hanya boleh ambil penumpang di kawasan tertentu ja.
Contohnya, kawasan bangunan berpagar kat Megamall,  tak boleh ambil,  kami kena jalan keluar ke bangunan lain dalam 300 meter,  Grab tunggu kat situ.

Nak lindungi pendapatan pemandu teksi,  bisa gaduh dehhh kalau gak dituruti.

Kalau nak jimat boleh pakai Gojek. Tapi weolls kan perempuan, haruslah naik kereta. Ehemm.

Ingat dulu,  teksi kat Malaysia pun pernah mogok, sebab isu Grab, sekarang sama dua-dua nasib, fair and square semua cari rezeki,  dan pengguna pun kena turuti.
Female Gojek Rider pleaseee

Lokasinya yang dekat dengan Singapura dan Malaysia, tapi tetap punya perbezaan.
Ngomongnya juga sudah beza ya iya kan... šŸ˜¬


Yeayh, hidup Nusantara!
Kita bersama raikan kemerdekaan dan keamanan bulan Ogos ini.

Hal remeh tak perlu balah,
Kita bersatu demi hidup tenang,
Tiada yang harus kalah,
Kita semua adalah pemenang.

Camtuhh, patriotiklah sikit sejak jumpa sasterawan Singapura harituh.

Mungkin kitakan berjumpa lagi.
Batam bukan kaleng-kaleng!