Sunday, June 12, 2016

Rezeki dalam Pelbagai Bentuk dan Rupa


As salam,


Selalu kau mengeluh tentang apa yang kau dapat apatah lagi tentang benda yang kau tak dapat.


Sesungguhnya, Allah telah tetapkan apa yang terbaik , namun kerisauan selalu hadir dalam diri manusia.


Setelah secara rasminya tamat pengajian,
pencarian kerja bermula.
Kembalilah kita ke zaman lepas degree, 6 tahun dahulu.




Sebenarnya aku mula cari kerja bemula dari semester akhir lagi , lebih kurang bulan 7, tahun lepas.
Tapi, satu pun tak sangkut...luls



Pergi karnival kerjaya bulan Februari, mintak separuh masa kat Jabatan Perangkaan Negeri Johor., katanya temuduga akhir bulan Februari...

Tapi tak panggil  pun. I iz zaddd.

Jumpa iklan kat Facebook, terima kasih kepada yang share.




Telefon 20 April, temuduga 21 April, terus masuk  hari tu jugak.. walaupun di psiko tentang gaji (RM54 sehari) , tahap pendidikan dan jarak rumah (Pontian-JB). 





Orang kalau dah desperate kan.... Saya sangguppp!!!! (disertakan bunyi gema)




Alhamdulillah, sukar gambarkan betapa aku bersyukur diberi peluang ini.. walaupun aku selalu komplen kerja bluar panas tak hingat, kereta tak de air cond weih, muka haruk, sesat lagi belum kira jumpa orang yang macam-macam. Jadi, kepada peniaga mahupun sesiapa yang dibanci ,  kita tolong menolong , kasihanilah kami, kita banci untuk manfaat bersama. Tapi, sebenarnya aku seronok dapat pengalaman dan jumpa ramai juga orang-orang yang baik.






Berjumpa dengan orang baru dan cerita baru.
 (Yang hat paling depan tu bukan Akim Ahmad , husband Ummu Shaikhah Stacy Anam)



Selit sekali Di Sebalik Tabir , untuk 2 gambar atas ni. #Thestruggleisnotrealenough




Mendapat semangat daripada insan lain walaupun mereka jauh lebih muda..





Mendapat tunjuk ajar daripada mereka, walau muda lebih pengalaman... ape ni Mun?



Insan yang paling rapat dengan aku sepanjang bekerja sebagai pembanci untuk projek Banci Ekonomi 2016
Hat duduk tu, orang Pontian, lagi gigih, gerak sebelum Subuh 5 pagi, nak kejar naik bas ke JB.
Teka apa yang lagi mengejutkan?!
Dia junior waktu kat SAKTI, aku SPM 2005 , dia SPM 2010.




Dengan retis-retis, adik-adik semua ni ..21 tahun kecuali hat yang depan si Kusnul Kutimah 
(baju hitam nama unik) 23 tahun... tapi kahwin dahhhh..
Yang tudung pink tu bukan Neelofa yer... sesat apa pulak si Lofa kat sinikan.





Seronok dengar pengalaman hidup masing-masing. Bagaimana perjalanan mereka sebelum sampai sini , bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian(PSH), ada yang pernah jadi Manager Mcdonald, ada yang sebelum ni  Civil Engineer, tapi sebab stress berhenti, ada yang mohon nak masuk universiti , mohon 3 kali tak dapat.. walaupun keputusan STPM 3 pointer ke atas.




Ada jugak yang ada di sini kerana kawan baik dari kecil.




3 manusia pertama yang aku kenal , dan terus jadi paling rapat.. Bebudak ni kaki make up , doklah nasihat aku pasal jodoh dan penampilan... hew hew hew




Kancil legend yang telah bersama aku jauh dan dekat, susah atau senang...





demi mencari rezeki... walau berat atau busuk




walau masin mahupun pedas





Namun, jika kita bersyukur dan mencari hikmah...InsyaAllah, manis akhirnya..





kalau bukan rezeki, apa yang ada di dalam mulut , boleh terkeluar balik..

Ya, depa acah-acah jek, suap kek untuk aku , lepas bergambar,  depa masuk kek dalam mulut depa (telan ayaq liuq)...huhu




Sesunggunhya, rezeki bukan semata-mata dalam bentuk wang, rasa gembira, masa lapang, ketenangan fikiran dan dipertemukan dengan orang-orang yang baik , adalah  rezeki yang aku sangat syukuri.

21 April 2016 - 27 Mei 2016, satu purnama yang indah , yang Allah telah pinjamkan untuk aku.

Allah mengurniakan rezeki aku di tempat yang lain.




Saba ( 34 ) : 36
قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ 
النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya). akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
sumber

Bak kata Rizalman Ibrahim, Rezeki itu dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Alhamdulillah

md: Gambar last tu masa hari Jumaat (konon-konon overtime, yang sangat jarang berlaku) sebab tu pakai baju suka hati, hari lain kita sebagai penjawat awam ya, pakai baju kurung.

md: lokasi di pantai : Batu Layar, Kota Tinggi.
       lokasi cendol durian : Jalan Senai Utama 4/6 ,Taman Senai Utama.


Alhamdulillah. Rezeki bertemu di bulan ramadan.

Sunday, June 5, 2016

Kisah temuduga 3 : Management trainee and Retail Trainee Aeon

As salam,


30 January 2016






Iklan Jobstreet

Aeon Management trainee -Walk in Interview

Venue: New York Hotel

Time: 10 am to 5 pm

Pergi dengan tekad untuk mencuba nasib , haha...

redah kasi pecah jeklah weiii

New York hotel  (pernah exam PTD kat sini tahun 2012 ke 2013 ntah, pastu exam PTD tahun ni, aku terlupa, aku pi tidoq, boleh?)


hampeh weiii..


Aku datang dengan bahagianya, pakai sneakers lepastu tukar heels, pastu jalan tak nak kekok pulak, orang aeon tu pun pelik jek tengok aku..

Maka, diri ini kagum dengan perempuan dan 'lelaki' yang boleh berjalan di shopping mall  dengan heels , uhuk-uhuk Che Ta . Yang kalau menari pakai heels tu memang tabik king koil ku berikan.

sorok sneakers bawah meja yang ber'skirting

aku datang dalam 12 lebih,

Masuk-masuk lepas bukak kasut, jumpa kat kaunter, kena daftar nama - isi borang- jawab soalan kira-kira-psikologi.. tak berapa susah soalan matematik dia, kira peratusan macam tu je.

Lepas tu dah siap bagi dokumen yang dia nak, sijil dan resume bagai, lepas tu tunggu giliran.

Jumpa calon-calon lain, muda-muda ...

Dalam hati aku, "Eh, nampak tua sangat tak aku ni?"

Tapi, kira okaylah, orang kat kaunter tu panggil aku adik

Itu pun sebab, aku pi jawab soalan dalam borang tu kat depan dia .. padahal kena pergi kat tempat lain, isi borang tu

Malu Hakak tau

Pergilah kita bilik satu lagi,

Tengah-tengah isi borang,

sorang lagi tegur.

"Isi borang bukan  kat sini, kat sebelah, sini tempat orang interview."

Eh?

#fine #macamtakbiasa #malu

Tunggu punya tunggu, oh, patutnya kalau datang awal, dalam pukul 10, ada talk dari penemuduga,
dalam pukul 2 lebih , dipanggillah nama aku

Sebab, time aku dah tak ramai tinggal, aku kena interview bertiga je sepatutnya sekali interview 4 orang.


Urus setia; This interview will be conducted in English, bla bla

Berjalan ke tempat interview,

Penemuduga: Okay, Arif, Hisyam Hamid (Bukan nama sebenar, tak ingat nama , sorry), Munirah

Ambil tempat masing-masing

Penemuduga: We have , a diploma, degree and master holder here, all three different. *smile
You all have your lunch already?

Kami: Not yet

Penemuduga : Me, too. Okay, After this yah..
Okay, I want to know your background, your age, your family including sibling, and your education

Arif  (Aku baru perasan , handsome weiii) : My name...

Penemuduga Oh, I am sorry, at first I thought you were Chinese

Arif : Yah, my father is Chinese married with my mother, muslim, so my father convert

Interviwer : So, you can speak in Chinese, Mandarin?

Arif : No, my father is Baba, Malacca. Don't speak Chinese

Penemuduga : Oh, Okay..

Arif : My name.... I am 23 years old (If not 22, oh my, L.I.T.T.L.E brother)


Blabla  my turn

Saya : I am 28 years old this year, but not yet 28, still 27 (sambil renyih..hehe)

Penemuduga : Are you okay, like you know, wasting time for studying and you don't apply what you have been studied?

Aku : No, I can apply what I have been studied Industrial Engineering is not about machine , is about system, for example in facilities , I can design layout , the suitable display, and how to reduce cycle time and line ( What I am thinking at that time?!)

Penemuduga : For me, if I study accounting but I work as ( Tak ingat apa) , So, I think that is wasting time. It's okay, some people study medicine, but end up want to do retail business. It is about are you willing to do the retailing that is not what you study in the university. This job requires  hands on, you know, hands on? You have to be multitasking. If there are a lot of customers and not enough staff, you might need to be cashier, you need to go up and down floor? Are you willing to do that? Some people might say, I have  master, that is not my level to do that job , that is not my job.


Soalan dia yang lain, what is your weakness? what is your biggest achievement in your life? Nak kerja kat Aeon mana (Aeon Kempas nak bukak)

Weakness aku jawab to prioritize things ( jawapan mintak kene reject ..lulzz)

Biggest achievement ; Hiking Gunung Ledang ( Penemuduga tu gelakkan , fine) dan lepastu the struggle to get master , financial things etc ( nampak drama dia?)

Penemuduga : That's why you have to find suitable job blalablala ( ok, nampak dah peluang tipis)


Lepastu bila sampai rumah , baru aku baca pamphlet yang dia bagi ..




Whattt? 21 to 26 years old... hmmm patutlah...kat Jobstreet tak habaq punn
Malunyer!!!! (jerit tekup bantal kat muka)



Lepas sebulan (kot, maklumlah entri dah jadi artifak kat muzium) , dia bagi email, 
yang aku tak dipilih, sebab dia pilih calon dengan background yang lebih sesuai.


Baiklah. Baru berangan nak pergi Jepun. Kbai.




Monday, May 16, 2016

Sungai Pelepah Kiri


As  salam,

7 Mei 2016

Selama ni aku tidak pernah tahu kewujudan Pelepah Kiri ke Kanan ni, sehinggalah aku tengok kat Instagram, bakal kakak ipar tak jadi aku,  pergi sana. Ya, begitulah laman sosial memainkan peranan mempengaruhi hidup aku.

Lepas tu, kawan-kawan di UTM, kerana tuhan untuk manusia (jangan nak curi eh slogan UiTM punya, UiTM dihatiku ), ajak join..

Berdesup  secara jemaah join dalam group, dengan mempertaruhkan modal RM10 untuk daypack aku pun join... sekarang ni ekonomi teruk, yalah tahu lah kita dok banci ekonomi, penat dah aku dengar taukeh kedai dok melepaskan keluh kesah ...saya hanya buat kerja ja apek, jangan marah saya..


Aku asalnya berat hati nak join, dan dalam fikiran aku rancang alasan mengejut, seperti terbangun lewat dan terus off phone.... ataupun, rasa tak sihat, atau pun alasan keuzuran wanita...


Namun, janji harus ditepati, kerana aku tidak mahu disamakan dengan ahli politik yang aku kutuk setiap hari.. #poyoharusada ...dan aku mesti amik gambar kat port bakal kakak ipar tak jadi aku tu bergambar...

Perjalanan dari UTM ke Air Terjun Kota Tinggi tak delah lama mana , bawah sejam...

Nak pergi ke kaki gunung kena lalu ladang kelapa sawit, bercinta jugaklah nak dapat laluan yang sebenar.





Gambar kredit : Tirah Nordin

Hahahaha.... inilah antara sebab yang aku berat hati nak join.. aku akui sebagai seorang yang kadangkala pessimist, aku berfikiran yang  semakin ramai yang join dan aku tak  kenal, semakin menjadikan pergaulan antara ahli kurang 'intimate  mesra.




Nyah kau negativity!





Alhamdulillah, aku tak ikut hasutan kemalasan yang selalu bermaharajalela. Kalau tak, memang makan hati bercicahkan hingus tengok air terjun ni wei.







Selain itu, kalau tak pergi, tak dapat berkenalan dan mendengar cerita kakak ni, interior designer okay.



dan berkenalan dengan adik manis ni...



dan ini . 
Hmmm, nampaknya sejak dua tiga empat menjak  ini pertambahan kenalan aku lahir tahun 90-an belaka..



Kenalan hat perempuan jalah... 
Saja ja nak beritahu, takut ada yang tanya hat lelaki pulak :P 
#maktakkuasanoks













Cari makhluk tersembunyi.


Tahu tak, nak update belog ni perlukan kekuatan dan halangan dia bukan sikit. 
Selain halangan kemalasan yang korang pun dah menyampah asyik dengar tu jek kan..
Laptop aku tak boleh detect hardware. Jadi, aku kene pinjam laptop mak aku, masukkan gambar, upload kat  email/drive, download kat laptop aku... edit dan upload semula kat sini.




Tapi, aku bukan saja jek nak mengadu, aku sanggup buat ni sebab si bumak, Bell ni.
Seorang legend dalam arena pergunungan, apa yang aku belajar daripada dia, dia sangat baik dan ambil berat terhadap setiap ahli yang sertai aktiviti bersamanya. Dia membuatkan orang yang baru  tak rasa terasing. Sesiapa yang jumpa dia semestinya akan jatuh suka kat dia, kerana karakter dia yang kelakar dan pandai masak #orangutaghani 

Pujilah sikit, sebab dia yang request suruh buat post ni :P

(Kau ingat aku saja-saja jek nak puji orang)



Laluan dia taklah semput, aku takut gak ar pewai, sebab makin debab. Banyak kena berhati-hatilah, laluan berbatu dan tak boleh elak ar air dan kelicinan .. lebih-lebih lagi yang jalan sambil berangan  tu kan.. kang tergelincir.





Kasut pakai yang hat cengkam, kasut ni aku tak suka, pasai longganq, pastu nanti kuku aku hitam, tapi sebab dia murah, dan tak delah risiko tapak tercabut sebab gam tanggal kan... kita pun pakailah kasut lima hinggit (kot) beli kat DIY ni.




gambar kredit : Tirah Nordin

Bersedialah berbasah-basahan,  perempuan yang bendera jepun tu paham-pahamlah...




Sampai campsite, hujan pulak.. dah kena pasang fly.. aku memang tak membantulah pasal ni. kita sorok terus bawah fly.  Aku malas jek nak cakap hal yang aku pengakap, pastu khemah roboh... huhu



Sebelum hujan, sponsor otak-otak dan tukang bakar ikan, gigih hidupkan api pakai arang.. sekali hujan...dengan lapar lagi... ko rasa,?





Dah kena buat bara baru, masak bawah fly dengan api payah pulak nak hidup time tu..




kalau aku tak pergi join aktiviti ni, tak dapatlah rasa otak-otak  ni..
Hiking makan otak-otak.
Kau hado ? 
Terima kasih penaja.




Yang hat jantan biasa lah, wajib  pekena kopi , mangsanya si Togelah ni..
Depa dok bida siapa hantaran paling tinggi. Setakat ni Toge berada dalam kedudukan yang kukuh.




Sebenarnya, menu utama bihun sup, depa kata sedap sangat. Pasai aku tak bawak bekas sebab lupa, aku tak makan, aku malu nak habaq....hahaha #kalaumalukempunanlahjawabnya

Tapi aku makan ikan goreng, depa pi goreng pakai stove, pasai hat bakaq punya bercinta nak masak.


Sebab aku tak dapat nak camping, aku dengki tak dapat naik Bukit Sisek (tambah 2 jam naik, turun setengah jam), dapat Bukit Paser je, lepas tu siapa yang camping, dapat makan spaghetti, ngan kambing bakar, ngan udang...
Jadi, aku tak mahu share gambar diaorang... lebih-lebih lagi depa amik gambar kat port bakal kakak ipar-tak -jadi -aku  amik gambar..


Mencik.




 gambar  kredit: Amalkaff

Anak buah aku tengok gambar atas ni, lalu berkata,

" Acu yang pakai baju Johor tu e?"

Ehem ehem, aku ada iras TTA rupanya ek.

Sebelum mata korang letih,  buat rolling eyes pasai meluat... baik aku blah..

Beta mahu beradu dulu... 



Monday, April 4, 2016

Tukang masak terteruk di dunia



As salam,


Emak adalah insan yang paling aku kagumi dalam bidang masakan.
Masakan emak adalah yang terbaik dan paling sedap, kalau makan kat kedai terutama signature dish kebanyakan rumah di Johor, asam pedas, walaupun orang lain kata asam pedas tu sedap,
pada aku mak aku punya  lagi sedap..



Aku percaya, ramai juga yang macam tu, mak kot!.
Masakan emak masing-masing tetap ter paling amat  sedap.

Masakan mak aku yang paling aku suka ialah lemak cili api, sambal tumis , sambal goreng jawa dan bihun goreng.

Walaupun, kau selalu bentak ngan mak kau kan kalau mak kau dok pangkah teknik masakan kau,

Potong bawang tak betul lah, potong bawang untuk jemput-jemput lain, untuk masak sayur lain, masak ayam lain, apakah?

Belum lagi potong benda lain, kelar ikan, ayam, daging, ubi, kentang ah,  itu baru hal potong memotong, hal gaul menggaul? Hal bubuh membubuh?

Namun, ketahuilah ibu, walau aku selalu bentak, namun,jauh di sudut hati, aku setuju.
*Pose bermaafan di hari raya.


Hahahahaha *gelak gaya Neelofa


Okay, sebenarnya, la ni, mak aku pi sambut hari jadi di tanah suci.
(sebab tulah  kau dok mengenang emak kau kan?)

Oleh itu, kau rasa siapa yang kena masak kat rumah ha? 
( kalau hangpa tak baca, macam gonjol aku cakap aku-kau  sorang-sorang)

Dipendekkan cerita, aku nak masak udang.

Dan aku memang berhajat nak masak sambal tumis udang, aku pernah buat tak ingat berapa tahun yang lalu, aku rasa boleh tahan jugak masakan ketika itu, bapak aku makan jek..

Seperti biasa, aku dengan penuh keyakinan melangkah ke dapur.

Aku blend bawang merah, kata orang masak sambal ni memang kena pakai bawang bawang banyak... kasi manihh


Pastu aku bubuh lada kering kisar,

dah garing tu aku, buh ayaq.

Aku pi masuk secawan air, lepas tu campuq semangkuk lagi air asam jawa.


Kau rasa jadi apa?


Jadi kuah asam pedas der.


Tak nak banjir pulak jadinya..


Aku dah lah buh gula,,,pastu rasa aneh menyelinap di seluruh deria

Aku ada beli nanas kat pasar tani, nampak, nak beritahu aku pi pasar... rasakan, ini yang selama ni mak kau buat, pi pasar, pi masak, pikior perut suami-anak-cucu  nak makan

Aku menganggap nenas adalah bahan ajaib yang boleh menjadi penyelamat kepada makanan.

Apa lagi masukkan lah ia dalam sambal tumis ermmm ...empangan kuah sambal  tu.


Arghh... kebingungan meneyeliputi benak ku, apa patut aku buat, hidangkan atau buat semula?


Lantak pi lah... invention katenye , aku kan ahli kimia tak jadi...





"Bek, udang ni  kau masak apa sebenarnya ?" 

tanya abang aku ketika dia 'menikmati' hidangan tengah hari itu..kekeliruan jelas dalam tutur katanya.. luls

sambal?  tapi rasa masam.... ada nenas.

Nak masak sambal tumis , jadi asam pedas.

Inilah kehidupan, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.


#terimalahakuseadanya #khasuntukFattahAmin #sukaSherrypakaitudung #tetibe




Thursday, March 17, 2016

Kau bila lagi?


As salam,



"Kau bila lagi?"


Macam biasakan dengar soalan ni? 

Biasanya, mod soalan ini akan lebih tinggi bila di kenduri kahwin, dan apabila kau masih bujang 
(duda dan janda termasuk ya)
Cerita kahwin memanglebih-lebih lagi dalam drama ..huh.

Berikut adalah pilihan jawapan yang biasa aku bagi, bila ditanya,
"Kau bila lagi?" ;


A. InsyaAllah. Doa-doakan lah ya.
B. Tunggu putera raja (masukkan nama anak sultan Johor ) ni ha.
C. Tunggu (masukkan nama artis lelaki, berubah-ubah bergantung tahap kepopularan dan kekacakan ketika itu) masuk minang.
D. .... *renyih =D
E. Kau carikanlah (biasanya bila kawan-kawan yang tanya)

Jawapan  yang diunjurkan oleh laman sosial seperti, 
Tanya balik, "Kau bila nak  mati? "
 (jodoh, ajal, maut, tanah kubur, rezeki adalah rahsia  Allah) memang tak lah wei.

Bila aku jawab A , respon orang akan berupa seperti, " eh , siapa?" ataupun " Macam dah ada jek?" ataupun " "Macam nak dekat jek"

Walaupun aku rasa jawapan A adalah yang paling baik dan sopan berbanding jawapan yang lain, namun, aku terpaksa untuk tidak memberi jawapan itu kerana ia lebih mendatangkan kepada soalan-soalan yang lebih mencabar minda . Akhirnya, jawapan B atau C akan diberikan dan disimpulkan dengan jawapan D.

 B adalah jawapan yang paling kerap aku bagi. 
Sebab biasanya orang malas nak layan lepas tu..huhu

Biasalalah, orang yang kita suka, biasanya dah berpunya ataupun tak suka kat kita... lulz, sedih.

Setakat ini, aku tak pernah stress dan sentap sebab aku feeling-feeling artis bila orang tanya.
Yelah, orang gojes memang selalu ditanya pasal ni
 (baca: Tunku Tun Aminah, Fazura, Nasha Aziz, Lofa, Fathia dan Jihan)

Jadi, kira bila orang tanya, kau feeling gorgeous, walaupun hakikatnya kau tidak lebih daripada melukut di tepi gantang.
Lagipun, aku anggap itu hanya buat modal tajuk borak,aku pun selalu jugak tanya orang jugak macam tu.
Tapi, aku kena akui ada orang yang sensitif dengan soalan sebegini sama macam orang dah lama kahwin tak dapat anak. Jadi, kenalah hati-hati jugak kekadang tu.

Pada aku, menjadi bujang tidak menjadi masalah besar. Lebih-lebih lagi, zaman sekarang orang lebih terbuka. Golongan lambat kahwin/tak kahwin adalah orang normal dan bukanlah suatu yang aneh.

Status bujang tidak sepatutnya membuatkan kita sedih.

Al-Baqarah : 216 
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” 
 sumber


Banyak sebab untuk kita gembira dan tidak berkahwin bukan sebab untuk bermuram durja.


1. Mak dan ayah yang sihat walfiat dan aku masih belum cukup berbakti
2. Mbah yang aku belum cukup bagi layanan yang sempurna.
3. Kucing yang aku tak mampu bagi makan setiap hari.
4. Cita-cita peribadi yang belum kesampaian 
5.Kesihatan dan tubuh badan yang sihat.
6.Adik-beradik  dan kaum kerabat yang  baik.
7.Kawan-kawan yang jujur dan menggembirakan.
8. Anak-anak buah yang aktif.
9. Masa lapang yang aku boleh buat suka hati, namun belum dapat aku penuh manfaatkan dengan beribadat.
10. Tempat tinggal yang selesa.
11. Makanan yang mengenyangkan.
12. Tiada hutang yang membebankan (siapa yang aku hutang, tolong beritahu, dengan yuran UTM, MyBrain bila nak settlekan?)
13. Bebas berjalan keluar rumah, tanpa perlu minta izin dengan suami.

Senarai ni takkan habis, tengok sahaja diri, apa yang anda ada, muka yang sempurna, jari tangan yang cukup, perut tak buncit.

Dan walaupun  rasa tak cukup, kita harus bergembira dan bersyukur sebab masih bernafas kerana berbillion jasad di kubur ingin kembali ke bumi dan berada di tempat kita.


Kegembiraan adalah pilihan. Mengapa pilih untuk bersedih?

Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

Kadang-kadang kita sibuk menyesali sesuatu yang kita tiada, sehingga kita buta untuk menghargai  apa yang ada di depan mata.


By the way, u olls sorry lah tak jemput kenduri kahwin I.

"Apa? Nak tahu dengan siapa?"






Apa korang ingat Meran jek reti edit gambo?

 #alangalangberangantubuhtiarasekali #janganmimpingeri
#jangancaciplease #editPaintlevel2juta

Tuesday, February 23, 2016

Resepi Kegagalan dan Keropok Lekor



As Salam,













Carl @ Khalif Samsudin , founder Bella Ammara update post kat laman sosial pasal keropok lekor


Sebagai seorang yang mudah terpengaruh daan kurang kerja , aku pun google resepi , ek eleh , senang jek, isi ikan , tepung , garam... susah sikit jek daripada buat cekodok pisang! 



Aku pun yakinlah kan nak cuba, mesti jadik punya nih! jerit ku penuh bongkak yakin di dalam hati.

Mak aku pun belikanlah ikan dengan tepung, sebab aku dok bingit kat telinga dia nak buat keropok lekor.





"Buat sikit dulu, ni nak buat sekilo, aiiii" 


Sebagai anak yang taat walaupun kaki bentak, aku pun  menyahbekukan 4 ekor ikan selayang kembung. Seekor lagi tak cukup tidur , mata merah. ok tak  lawak I ala ala kumpulan yang hambar kat Maharaja Lawak




Aku pun dengan yakin sembelih ikan menggunakan gunting. dengan keyakinan tinggi juga, sehingga tali kamera masuk frame pun selamba upload.





Tangan yang dicemari dengan darah haiwan sembelihan , telah menyiat-yiat kulit ikan tersebut.



Kucing pun dah mengiau-ngiau . 
Sudahlah kulitnya disiat, dipisahkan pula tulang dan dagingnya...apalah nasib,  adakah lebih teruk selepas ni?




Mungkin juga. daging ikannya kemudian dihancurkan dengan blender, aku masukkan lah sikit air sejuk, bagi tak seksa sangat dia nak bercerai.



Sekarang, ditaburkan pula dengan serbuk putih bernama tepung ubi ini.  Tapi, melalui pembacaan , sukatannya kena sama, banyak mana isi ikan begitulah juga tepungnya.. secara lahiriliah, bukan dari segi jisimnya.
aku mengambil timbang, aku timbang isi ikan 300g , dan aku mengambil 150 g dari tepung itu.



Bagi memberi kerja pada deria rasa, tambahkan garam, sebagai seorang yang memang lemah bab garam, aku telah meletakkan 2 sudu garam ke dalam adunan.



Makan bersatulah semua diatas dengan menggunakan tenga seorang perempuan bersemangat waja di atas alas pemotong ada pembaris 3 tahun sekali pakai, beli kat Daiso.







Dengan panjang  lebih kurang10 inci lebar 2 inci,  jadilah dia denga rupa yang dibentuk oleh imaginasi anda sebnayak 10 batang.




Dalam kuali dengan air mendidih , dalam kuali, sebab  suka.



Tunggulah aku dengan penuh kesabaran,  sampai dia terapung, aku pun angkat...




Dalam pukul 2.20 petang aku siap semua, aku masukkan dalam peti sejuk . Lepas tu pukul 6.30 ke pukul 7 petang aku pi goreng.




Dengan api besar , aku pun goreng sampai rupa dia jadi macam ni




4 makanan yang disukai diatas meja, #villagepeople , pisang goreng, keropok lekor, nanas (orang pontian khennn), dan sambal kicap. Nikmat tuhan mana yang mahu kau dustakan. Apa barang makan pisang goreng dengan cheese, chocolate rice, susu pekat , dengan aiskrim  wei...

Tanpa sedikit pun makanan sejak pagi  dan setelah bersenam untuk buang lemak di bahagian paling suka lemak lepak ( tengoklah berapa lama bertahan, kot kot bosan , boleh cuba tarian Raver  :D)..kira okaylah maghrib dengan  makanan ni..malam bedal nasi pulak   :P


Tapi masalahnya sekarang, sebaik sahaja aku menggigit hasil makanan perusahaan aku,

2 perkara di bawah terjadi:

1. Masin (aku memang tak de kimia dengan garam)
2. Keras , liat bank angggggg

Okay sekarang kita cari punca masalah diatas.
1. Masin

A. Pakai minyak bekas goreng pisang
B. Terlebih garam
C. Peluh kewanitaan menitis dalam adunan.
D. Aku tak cuci tangan lepas korek hidung masa uli.

Yang ni, aku yakin pasai garam lebih. Sebab C dan D memang tak ah weii... Munirah Filzah kot, gadis ayu.. #puiiih

Masalah seterusnya
2. Keras , liat bak angggggg

A. Lebih tepung
B. Kurang air
C. Api besar
D. Goreng garing sangat
E. Minyak tak cukup panas, dah masukkan
F. Masukkan keropok dalam peti sejuk lepas rebus dalam keadaan dia masih suam.




Ni aku tanya kawan aku yang buat keropok lekor update kat facebook #pengaruhlamansosial











Kakak aku selalu cakap aku tak ikhlas buat kerja. Adakah sebab itu? Tapi itu 'intangible' , bukan dari segi teknikal atau kuantitatif. Tulah, jangan abaikan faktor kualitatif , lepas ni baca bismillah, senyum dab berbual-bual dengan masakan. Yelah, kau ingat kau sorang punya perasaan... arhhhhhh




Orang cakap, kegagalan yang sebenar ialah bila anda berhenti untuk mencuba dan putus asa a.k.a resepi kegagalan.

Sebagai manusia yang belajar tentang industri, dan tepung ubi ada lagi satu setengah bungkus, sebelum mak aku membahan aku, aku kena buat lagi lah jawabnya,

Korang rasa, berdasarkan penceritaan aku, apa sebab yang menyebabkan keropok lekor aku jadi keras dan liat bak angggg?