Thursday, June 30, 2022

Aidilfitri Kembali Lagi



As Salam,

Ya tahu aildilfitri dah habis, raya haji pun dah umum dah. Tapi, aku kena paksa ya tulis blog raya. Siapa paksa?
Aku sendiri. Lol

Sebab, melalui pengalaman selama 23 tahun *cough
34 tahun hidup , aku selalu korek gambar kat blog.
Kalau aku nak mengimbau kenangan ke, nak tunjuk gambar ke apa. Sumber sosial media aku yang lain pun agak sendu dan  kalau google photos jarang berjaya sebab almaklumlah kedekut nak bayar storage. hihik 

Baiklah , kita mulakan cerita raya kita.

Hurry Raya

Yeppp, awal tahun hari tu, kita masih ragu-ragu,
Dapat raya ke tak? 
Border buka ke tak?
Hingga akhir bulan April, baru kita dapat kepastian.
Mengejut tapi tetap menggembirakan.

6 bulan pertama dia 2022 yang pelbagai macam dan ragam.

Okay , start balik cerita raya kau, tolong eh jangan banyak sangat menyimpang Munirah.
Tu yang selalu kerja kau tak game-game.

Aku mintak cuti  2 minggu, kira-kira 5 hari waktu bekerja aku. Seminggu puasa kat rumah, kemudian raya seminggu.

Mengemas

Target cuti tu semestinya nak kemas rumah. 
Tapi, makan tahun ya kalau nak kemas rumah ni.

Dengan berangannya, dengan tak tahu nak start dari mana sebab terlalu banyak barang yang aku nak buang , tapi, you have no power sebab itu rumah nama mak kau.

Kalau  tak kau akan kena sedas,
“Sekali aku hempok nyawa kau, menggelupor nyawa kau karang”



Pada aku, kalau setakat nak bersihkan, vacuum , mop dan lap tu, biasanya tak ambil masa lama, tapi bab yang bercinta sikit;  nak organize , sorting , 5S lah senang kata, memang lamberrrttttt larrr nak dapat versi Home Edit atau Marie Kondo.



Gen Z kenal tak apa ni? Gen A @ Generasi Alpha confirm tak tahu lah apakah ini.. haha

Aku buang senyap-senyap ya barang boleh masuk muzium ni



Sebelum 



Selepas

Kira okaylah kan? Dia tak boleh kalau keluar sikit dari frame gambar ni. Keluar sikit frame, ada kusyen berlonggok
lagi.


Makanan raya


Pertama kali aku masak time raya, walaupun bukan untuk raya pun hehe


Antara lauk pauk wajib raya; udang goreng, ayam goreng dan favourite aku sambal goreng.
Goreng for life #kembalikansubsidiminyakmasak


Kira rezeki juga dapat order ketupat, kalau tak rebus lah ketupat mini nona tak pun adabi 😆

Drama Tayar

sehari sebelum raya diumumkan , mak aku suruh pergi bengkel untuk tayar kereta yang lembik, dek kurang angin.
Tapi, mekanik kata tak de masalah, dia terus isi angin dan kata dah siap.


Malam raya tu , pengumuman raya, ha kelam kabut memasing pasal terkezut, mak aku masak malam tu, kakak aku datang tolong,  subuh raya tu aku pergi buang sampah,  kelam kabut gila, berapa kali terlajak terlepas simpang masuk rumah aku. Ya, rumah sendiri.

Aku tak tahu, adakah aku yang terlalu kelam kabut, atau simpang rumah masuk aku terlalu gelap, atau aku yang dibutakan mata tak nampak rumah sendiri.

 Aku nak pusing masuk balik tu ntah mana-mana aku masuk, nak pusing kereta punya pasal, sampai tapak tanah merah lot rumah siapa ntah…
Rumah sendiri kot boleh sesat, semenjak 30 tahun yang lalu kau duduk situ.


Sampai aku cakap , “tolonglah aku nak balik rumah ni”
lol.
Alhamdulillah, jumpa jalan masuk  rumah . 
Pasal aku nak balik kampung kat Tangkak pagi tu juga, aku nak kena basuh kereta lah kononnya.
Raya kan, haruslah kereta bersih

Aku hala air kat tayar aku.



Allahhhh
Takbir kedengaran lebih sayu ketika itu

Flat terus yaaaaaa

Mujur sangat ada abang aku balik rumah kalau tak bye bye je lah



Dan mujur juga ada kedai tayar buka pagi raya ya.

Tayar settle, tapi kereta masih tak berbasuh.
Pulanglah aku ke kampung dengan kereta berdebu, tayar bertanah merah.

Orang Kuat Raya


Ya, kami selalu gaduh , tak sependapat , tapi dia adalah chef terhebat dalam hidupku 😄



Mak aku dan mak kepada mak aku. 
Satu peringatan untuk aku bila belek muka diaorang. Kedutan wajah di wajah mereka melakar pengalaman yang mahal , menggambarkan garis usia yang panjang, tak dapat tidak aku akan terfikir, adakah usia aku akan tiba di usia mereka, atau adakah aku pergi dulu meninggalkan dunia. 



Hantar mbah aku kat rumah Mak Ti sebelum kami bertolak ke Tangkak.



Kasi dia expose sikitlah sebab function baikk dia hari tu, walaupun dah hujung-,hujung tu dah pecah juga, emo  #lelakikalaudahmembebel



Mood masih elok masa ni😜

Beberapa ketika kemudian, haha, boleh tak kita bertenang sebelum hari raya. Masa ni baru kau tahu hikmah lockdown and Covid, tak payah lah kelam kabut, nak mengemas, nak memasak, pastu nak hadap jam balik kampung, nak emo emo dengan adik beradik dan mak pak.

Itu lah manusia , tak pernah bersyukur, ada je tak kena. Nikmati setiap saat, kelam kabut, kerjasama antara ahli keluarga, bertukar cerita, dan banyak lagi saat masam
manis yang kita cipta dan kenang satu hari nanti.

Mencipta memori dengan insan-insan tersayang 


Setelah episod bersilat kat Pontian, sampai juga aku di Tangkak untuk raya kali ini, setelah 2 tahun tak balik kampung.

Kita bergambarlah dekat lokasi photoshoot wajib tiap kali raya. Lagilah dah 2 tahun tak ambil gambar kat rumah kayu ni.


Ini adalah abang ipar aku yang suka posing.



Ini kakak aku, nampak betul ya kakak aku ambil gambar dengan penuh pandangan cinta.
Lol




Ini hasil kacukan mereka berdua, pantas ya masa berlalu aku punya anak buah dah remaja dah weiii
Mak cik dia masih struggle nak jadi rich auntie belum tercapai
😅


Poser macam pak depa jugak


Yang anak dara sorang ni, dah makin besar,  makin pemalu ya.




Ini anak buah sulung aku, dah dapat result SPM dah pun, berkumis lagi… Ingat dulu, kecik-kecik aku bagi dia anggur, dia telan terus seketul. Aku cuak lah takut tercekik, pastu dia tak bagi aku nak keluar kan anggur tu. Mujur panjang umur. Kalau tak trauma mak cik kau ni.  cepat betholl ya masa berlalu, aku pun dah bunyi macam orang tua, dok mengenang masa silam tak sudah.




Haidar anak buah ku yang dikatakan orang muka macam aku.
Ni bukan anak Zauyah, ni anak Munirah. Luls

Dia ni pun dah besar jugak, Acu sebak dan terasa nak nyanyi pulak; ehem ehem

We're only gettin' older, baby
And I've been thinkin' about it lately
Does it ever drive you crazy
Just how fast the night changes?


Ini anak buah aku yang dulu langsung tak nak orang. Dok nangis manjang.


Sekarang, boleh tahan peramah dia si Sarah ni.


Comel kan, yang pakai tudung tu😜


Pakai tudung Fazura ❌ 
 Pakai tudung Hana Dinara ✅
Pertama kali aku beli jenama tudung ni yang diasaskan oleh kawan UiTM aku. Maklumlah dia punya target market orang yang pakai tudung bawal besar ya, saya ni insan kerdil yang lemah pakai tudung ehem ehem sikit. Jadi, bila aku tengok ada artis pakai tudung ni boleh lah amik bidang’47 tak de lah extreme sangat kan penampilan aku nanti, kang terkejut pulak kawan-kawan aku. luls


Satu je gambar aku yang nampak kurus sikit, yang lain tak pass quality control ye nak masuk instagram, mokmok


Dua tahun tak jumpa ya dengan tuan rumah.


Gambar semua out ya, pakai wide angle , nampak sayup-sayup je muka semua. Tak lepas jugak nak masuk instagram. Sodehhh.


Balik Pontian raya kedua, keluarga besar Mak Na datang.
Maafin Nabilah ya, jenis hidang kuih direct pakai balang je .🤪 #sistakjagamarket





Bersama keluarga Mak Long and Pak Long.




Beraya bersama ke Batu Pahat , rumah Mak Bi 

 
Sepupu-sepupuku ,  1986 and 1988 babies I think.




Sepupuku, Azimah tolong ambilkan gambarku. Tapi, sebab nampak gemuk, tak nak pos kat sosmed😅


Tudung Hana Dinara juga, kena pos ootd sebab cik founder suruh. haha



Berkumpul dekat rumah Nisak, bersama Seseng, kena amik position jauh sikit dari kamera, sebab muka besar talam ni kena usaha kerasa sikit.


Sentiasa nampak palinh giant di kalangan mereka


Benci semua gambar raya aku.luls



Bersama Madam KinKin



Atul yang lama gila tak jumpa.




Pasangan suami isteri ni, buat kita yang single ni nak campak phone ya 😂😂

Alhamdulillah, dapat berkumpul setelah sekian lama tak dapat berjumpa.

Alhamdulillah , Ya Allah, atas peluang ini sekali lagi. Jika kami terlupa untuk bersyukur dan selalu merungut. Ingatkan lah kembali kepada kesusahan yang kami lalui dahulu, yang Kau telah permudahkan. Jangan biar kami hanyut dengan nikmat-nikmat yang Kau telah kurniakan dan buat kami terlupa untuk mengucapkan syukur kepadaMu Ya Allah.


Saturday, May 14, 2022

Soalan untuk Tahun yang ke-34

As Salam,


Yuppp, dalam pejam celik pejam celik raya , begitu juga usia ku. 34 tahun.

Apa yang membezakan aku dengan diriku yang dulu? Apa yang masih sama?

Beza; tak mahu tulis.

 Yang sama? Masih comel.


Apa yang manusia berumur 34 tahun ni sudah lakukan sepanjang tempoh itu?

Berapa orang yang telah dia tolong?

Berapa wang yang dia telah berikan sedekah?

Berapa banyak ibadah yang telah dia lakukan?

Berapa ramai manusia yang senang dengan kehadirannya?

Atau mungkin….

Berapa orang yang telah dia susahkan?

Berapa wang yang telah dia bazirkan?

Berapa banyak maksiat yang telah dia lakukan?

Berapa ramai manusia yang disakiti dengan kehadirannya?

Aku bertanya pada dia, dia yang dalam diri aku…

😔

Selamat Hari Jadi

dan

Selamat Mendekati Mati

Munamuni

Monday, February 14, 2022

Seminggu di kampung halaman ku



As Salam ,

Persetujuan Singapura dan Malaysia untuk mewujudkan Vaccinated Travel Lane(VTL) untuk rakyt Malaysia dan Singapura untuk bergerak antara 2 negara ni tanpa perlu kuarantin adalah berita yang sangat menggembirakan. Bermula 29 November 2021, berebut-rebut ribuan manusia nak beli tiket, termasuklah aku.
Tapi aku satu hari je cuba beli tiket sendiri. Nak masuk website tak boleh-boleh. Cuba beberapa kali dah separuh jalan tiba-tiba sangkut. Lepastu, bila buka balik beberapa nanosaat eh, dah slod out.
Tunggu pulak shoppee, tengok-tengok tak de pun keluar. Lepas tu, bila dapat buka alih-alih sold out jugak.

Give up serta merta ya.

Hahaha.
Dah tu, aku mintak tolong kawan aku , takpelah aku bayar upah sebab beratur kat websitekan kena effort ye bukan iffert (dak dak tik tok wajib tahu ya iffert tu apa )
Personal shopper dapat buat duit kerana wujudnya manusia yang tak kuasa nak beratur beli sendiri barang.

Dah dapat tiket kita apa lagi, kita action lah kat member-member yang tak dapat tiket lebih-lebih lagi nak raya cina.  



Perjalanan balik terasa sentimental. Korang mesti faham perasaan pergi ke tempat yang penuh memori masa silam kau.

Macam kau kembali melawat sekolah kau, tempat belajar kau, pastu kau mengenanglah kantin tempat makan kau, tempat kau lepak dengan kawan-kawan dan tempat bercinta (cuma tang ni lah aku tak boleh relate #teamsinglet😛)




Jadi, bila sampai je tanah air dari oversea dengan menaiki bas kau pun bersentimental value lah disitu sorang-sorang.



Proses balik kali ni pantas berbanding masa aku balik under PCA masa raya tahun lepas.

Tanpa perlu PCR, tanpa perlu kuarantin. Hanya ART test dan beberapa minut results keluar. Kau boleh mengepak dengan bebas.

Alhamdulillah, aku rasa aku dapat buat beberapa aktiviti yang aku nak sangat buat sebab tak dapat buat kat Singapura.

1. Aktiviti makan masakan mak
2. Aktiviti makan tempat mak bawak.
3. Aktiviti makan mak tapau.
4. Aktiviti makan di Sushi King
5. Aktiviti makan roti tampal sardin.
6. Aktiviti makan KFRY 

Hahahahahhahaha. Manusia yang senang dihiburkan memang tak banyak meminta. Penuhi perutnya, maka dia akan bahagia. 

Tapi, kalau ingat balik masa PKP  dulu tu baru kau tahu  nikmatnya dapat duduk makan kat restoran. Balik kampung nak jalan-jalan cari makan, sekali semua kedai tak boleh duduk makan.

In case kalau kau lupa lah nak bersyukur.

Makan ialah aktiviti yang nak sangat tu dibuat tu.


Kita mulakan dari bawah; kenapa? Sebab suka hati aku lah ( Siapa? Siapa tanya? ; tu dia pengaruh tiktok terlalu kuat ya)

Makan  KFry

Restoran KFry ada 2 je kat Johor ni, satu kat Johor Bahru, satu kat Batu Pahat. Kat JB ni manjanglah orang penuh.

Aku last makan KFry ni sebelum covid  buat onar kat muka bumi ni lagi.


Budak ni lah , yang perkenalkan aku dengan menu aneh-aneh Kpop ni.

Qibah ni bekas rakan sekerja aku kat tempat aku sekarang. Tapi, sebab dia ada anak kecil 2 orang, pastu takkan nak tinggal laki dia pulak kan. Jadi, nama dia pun tak diutamakan masa kami semua dipanggil masuk kerja masa lockdown 1.0 tu. 


Dia memang rindu nak kerja balik, tapi selagi border tak bukak, yang boleh ulang alik macam dulu, dia tak mahu masuk. Pakkal aku single tak de siapa  nak sponsor aku dok rumah jadi tai tai. 


Tapi, dia ni memang jiwa kental buat bisnes personal shopper Bath and Body Works dan Victoria Secret. Pastu dah dia bawak kat aku hadiah barang-barang brand tu. Dah aku segan pulak pasal aku tak bawak apa-apa hadiah untuk dia. Dah pulak aku kena belanja makan pulakkkk hahahahaha. Okay, tipu. 

Jadi, korang kalau nak beli barang-barang jenis-jenis dari kedai tu korang join Telegram (link: PSbyQiba). Selalu merayap pergi JPO and Mid Valley South Key nak shopping barang-barang orang.

Makan Sushi King

Nisak cakap, Imod nak makan sushi king, aku apa lagi, lomapat bintang ya dalam hati, pasal paling kurang 2 tahun ya aku tak jejak sushi king.


Ni konon happy sangat tu dapat makan sushi.



Oh sushi come to my tummy 


Sedap betholl sayur-sayuran ini ya. 
Kau pergi Sushi King nak makan sushi ke makan rumpai?


Anak Fatma yang terbaru, pertama kali juga aku jumpa.


Langsung tak nak orang budak ni. Penat aku jadi kuda, kucing langsung ya dia tak heran. Menjerit macam kena dera ya. Haha



Nisak yang tengah gila jejaka Turki ya sekarang.
Sep sep berjambang memang taste dia dari dulu. Kih kih kih.

Makan Roti Tampal Sardin 

Roti tampal sardin ini memang aku tak pernah rasa kat tempat lain yang seumpama dengan kat tempat ni.
Kebanyakkan roti sardin, sardin dia jenis kering, bubuh bawang je. Kalau kat tempat ni, dia masak ala sambal sardin pastu buh dalam roti pah tu baru tampal telur goyang. Ngam terokk warung pintu belakang UTM ni.


Perlu ya close up telur kuning ku pecah. Sampai ya hati dia bubuh mangkuk kari tindih telur kuning aku.



Tengah syok makan sambil dengar Nisak cerita pasal drama Turki dia tu. Lahhh, siput  alih-alih dok sebelah pinggan aku. Haha

Aktiviti aku bersama Nisak dan Fatma lepas makan ialah melawat 2 orang kawan aku yang bersalin. 


Kita mengimbau sebentar zaman remaja kita lepak mall, selfie kat toilet. Cumanya dulu selfie ramai-ramai dalam fitting room ya. 

Pertama; melawat Bell, anak lahir tak cukup bulan, tak boleh balik rumah lagi. 

Kedua; Cik Ana kawan sekolah menengah kami. Masa dia  kahwin dulu, akulah pengapit dia . Keh keh keh. 4 ya anak dia sekarang, manakala aku, anak kucing pun tak de 🤣


Cantik rumah Cik Ana.  Amik gambar kat tangga, mana tahu berumahtangga pulak kita nanti… auuuuuuu



Terima kasih sudi terima kehadiran kami. Aktiviti  aku balik kampuang ni salah satunya ialah mengacau orang tengah berpantang. 


Aktiviti Makan yang Mak aku Tapau

Sepanjang kat rumah, aku tak pernah rasa eiii lapar nya,  pasal tak sempat lapar, makanan semalam pun tak habis hadam lagi. Ada makanan lagi.
Alhamdulillah, rezeki melimpah-limpah ya. Kau duduk sorang kau tengok. Lapar,  sendiri cari, kalau rajin masak, kalau malas sikit order, kalau lapar sangat, keluar tapau, kalau kau malas tahap gaban, tidur lah dalam kelaparan.

Satu hari, pasar tani buka, mak aku tahu aku suka nasi kerabu. Dia pun beli. Sedap jugak. Terima kasih kepada perantau dari Pantai Timur yang menetap dan meniaga di Johor.



Pastu mak aku balik pergi pasar, 
“Aku beli buah favourite kau”
Tohhh, aku pun tak dapat fikir buah favorite aku, sebab sebagai Ratu Buah (ye aku sendiri iktiraf diri aku sebagai ratu, ratu hatimu je, awak yang kena iktirafkan)  aku suka makan semua buah-buahan.


Ya, kalau kau rasa harga buah mahal di Malaysia. Buah  jambu ini berharga hampir 1 dollar sebiji ya kalau dijual di pasar raya Singapura.
Kau rasa?

Kemudian, hari yang lain kenkononnya mak aku nak jogging, lepastu dia cakap ada port makan sedap. Amboi, tahu dah aku jogging tu berapa lama sangat lah compare dengan sesi sarapan+ sembang  dengan member dia. 

Tapi, tak kisahlah yang penting makanan dia bawa tu.
Aku pesan kalau tak de rojak tahu , beli soto. Kalau dah ada rojak tahu, tak payah beli soto. 
“Mak jangan beli dua-dua tau”
“Suka hati akulah”

Ya, mak aku beli kedua-dua mi soto, rojak tauhu dan… mi rebus.



Aku makan ni je rojak tauhu yang mak aku dok cakap, sedap sangat tuh
“Ni bukan rojak petis ke?”
Haha

Mak aku ada order laksa Johor, sebab abang aku dan kakak ipar suka makan laksa Johor ni. Payah katanya nak dapat yang sedap. Nak buat sendiri bercintalah kau nak mengerjakan laksa hidangan diraja dan golongan bangsawan ni. (Perang laksa antara negeri-negeri di Malayasia dah habis kan) 🤣


Tempah je lah senang. Itupun tukang buatnya pun tak kuasa ya nak mengulit timun tu. Kasar benorr di potongnya timun tu. Memamg potong betol markah aesthetic dan penyediaan perabah.

Aktiviti Makan yang Mak aku bawa Aku

Hari kedua aku balik tu, keluar pagi-pagi sebab ada urusan. Kami sarapan dekat kedai makan Perkarangan Masjid Pekan Nenas.
Ni first time untuk aku, tapi yang ntah berapa kali untuk mak aku. 



Pilihan mak aku ialah nasi lemak daun pisang dan asam pedas.



Sedap kata mak aku. Aroma daun pisang. Nasi yang berasap. Sambal bilis cukup rasa.  Klasik dan asyikk.



Aku order roti kosong dan roti sardin. Roti dia lembut tapi untuk roti sardin. Maaf walaupun boleh dimakan. seperti ku katakan sebelum ini, sardin nya diambil ikan sahaja, dan dibubuh bawang versi kering.

Tengah hari, hari yang sama, kita makan pulak di Restoran Anjung Selatan , BBU.


Mak aku ambil tempoyak ikan patin. 



Aku pulak tamak lah ambil sotong berapa jenis masakan, siput sedut dan ulam.



Last-last, siput sedut langsung tak berusik. Kita tapau je lah. Buat lauk masa malas masak.



Ambil bau je muka dah food coma.


Ini ya harga yang perlu dibayar termasuk air.

Balik makan ni kitaorang menuju ke Batu Pahat. Melawat mak cik aku, suaminya telah pergi menghadap Ilahi. Makin berusia, semakin banyak kita dengar kes kematian orang yang terdekat kita.
Inilah lumrah kehidupan, hidup dan mati, yang tinggal  hanya memori. 

Balik dari Batu Pahat tu,  Aku dah ngantuk dan kenyang gila. Mak aku boleh ajak ngeteh lagi.


Tak ingat nama kedai, depan sekolah Bugisiah. 


Mak aku order kopi Vietnam dan Kacang Pool


Aku order Nachos dan Mocha dalam balang kuih.
Dia cakap kalau bawa  balang dan datang lagi harga kurang RM2 (Harga asal RM6)



Pada aku rasa Nachos and Mocha Ais tu so so je lah. Tak tahu kalau menu lain. Sebab aku dah ngantuk tahap gila dah.

 
Aku  baru perasan hobi mak aku ni suka ngeteh.
Ngeteh tu kalau direct translation nya minum teh, tea break.
Suka lepak-lepak , jalan-jalan cari makan , minum sembang-sembang tanpa tekanan hidup. #walaupun

Sebab aku dah ngantuk tahap tak boleh buka mata, Mak aku yang bawak kereta sampai rumah. Tak, masalahnya siapa yang umur 70 tahun sekarang ni?

Satu hari yang lain, mak aku bawak aku pergi Parit Satu, Sanglang. Apa lagi? 

Ngeteh.


Bawak sekali kawan baik dia Cikgu Rosnah.


Mak aku makan laksa utara, ada soto dan tahu bakar.
Sedap juga semua. Tapi, tak menepati standard otai. Dia cakap kurengg. Lol. Adakah standard aku yang menurun sejak terdampar di Singapura? Atau memang aku memang mudah berpuas hati?


Segala jenis cendol ada, aku order cendol mangga. Pasal aku kenyang dek 2 hari lepas punya makanan.



Cikgu Rosnah order cendol kelapa laut.


Diaorang order, aku juga yang habiskan makanan yang tak habis tu. Mana tak perut aku sorang yang kenyang tak game-game.


Aktiviti Makan yang Mak aku Masak

Walaupun aku dah banyak kali cakap, dan kedengaran bias sebab dia mak aku, tapi memang masakan mak aku sedap pun hahaha



Hari abang dan kakak aku balik rumah, mak aku masak nasi lemak. Aku masak daging tumbuk walaupun masin, tetap laku ya Munirah masak . Ehemmm, padahal  kau masak segenggam daging je.

Sarapan nasi goreng kampung dengan telur mata goyang adalah personal favourite ku. Tak perlu fancy dalam nasi goreng tu bawang, lada dan rencah utama ikan bilis, garam. c.u.k.u.p.
 


“ Cukup kau disampingku, sempurnakan langkahku tuk menyusuri waktu”

Ku tujukan lagu ni untuk boyfriend ku from another nation,

My imagination.

Haha, gurau-gurau, harus lah untuk mak aku. Kau dah sedap melantak makan nasi goreng mak kau masak, tetiba lelaki yang tak wujud tu kau nak tuju lagu.


Berjumpa keluarga tersayang.

Pertama kali bersua muka dengan anak buah terbaru ni comel betholll ya . Ya lah umur-umur gini memang syok. Dah besar , dah pandai menjawab, siap kau e.. haha  


Reben terbalik. Koser lah mak aku dolu-dolu nak hias aku lagu nih.

Hawa binti Mohammad Saad


Nasib lah dapat mak cik yang suka amik gambar time korang comot-comot. 


Geram ngan peha itu ya, matching seluar dengan acik ko.


Atok, anak dan cucunya.



Ni dua budak geram ya. Dua ni jelah sekarang aku ambil gambar. 


Bubuh sini, pasal acik mu nak clearkan memori phone penuh gambar mu.

Yang lagi 4 orang anak buah tu dah besar , tak nak bergambar dah. Zaman korang sudah berlalu ya 😂

Keturunan suka berkerut, banyak berfikir lah katakan.

Alhamdulillah, cuti pendek aku dapat selesaikan beberapa perkara. Cuma hajat aku nak jaga mbah aku 2-3 hari sebelum aku kembali ke Singapura tak kesampaian sebab sepupu aku yang jaga mbah aku positif covid. 

Semoga aku dapat cuti panjang sikit dan semoga kita dapat bebas keluar masuk negara macam dulu. 

Covid stop being culprit. 

Rindu tahu tak aku nak lepak makan Solero ke minum teh sambil tengok hindustan kat rumah.