Tuesday, April 23, 2024

Main Masak-Masak Syawal


As Salam,

Selamat Hari Raya Korang!

Entri raya sepatah pun belum tulis.

Tapi ni adalah salah satu slot raya yang jarang-jarang berlaku.

Aku masak full meal untuk kawan yang datang beraya.

Aku ni nak kata tak pandai masak langsung,  tidak lah.

Manusia ni kan, semua pandai kalau dia nak,

Nak dengan tak nak je.

Rajin dengan malas je

So, aku adalah pilihan yang hat belakang tu.

Kita ni sibuk macam mana pulakkan 🤪


So, bila kawan rapat aku nak datang beraya, kebetulan ada masa, dan dah tenang sikit lepas kelam kelibut minggu raya pertama tu, tiba-tiba, angin semangat rajin aku datang.


Kita ni pulak jenis pemalu, sebab bila lepak rumah diaorang, beriya hidang makan kat kita.



Pergilah kita ke pasar awam yang berlecak tu ya.


Kita pancinglah udang, sotong, ikan  yang ada kat pasar, cita-cita besar ya nak buat hidangan ala-ala restoran Aroi Thai.

Menu ni kita tanya member diaorang rasa nak makan apa.

Jangan nak rendang Tok, lodeh, sambal goreng semua tu sudahlah.

Tanya ala-ala ambil order kat kedai makan.

Aku pandang rendah ya, ingat setakat ikan stim limau, sotong /udang ikan masin, telur dadar, sekejap je macam kau order kat restoran siam, 15minit tak sampai makanan kau dah menyirap dengan kedai tu. Rasa nak pergi dapur tolong masak.

Konon dah siap beli semua barang.

Sekali limau nipis lupa beli daaaa.

Mana boleh takde limau, kata nak masak stim limau.

Lepas asar baru gerak pergi kedai , semata-mata beli limau nipis.

Janji pukul 8 malam, pukul 5.45 , kau baru nak start, dan dah blur nak start mana dulu.

Preparation satu pun tak buat, nak masak nasi dulu ke, nak potong bawang dulu.

Aku decide buat yang senang dulu, yang pernah aku buat iaitu, masak nasi, sayur cendawan masak air dan telur dadar. Dalam fikiran aku yang tengah kelam kabut tu, kalau orang dah sampai, ade jugaklah benda nak hidangkan.



Ikan Stim Limau

Dah masak semua tu, tup tup pukul 7 ya, teringat ikan aku.

Aku ingat aku letak kat chiller je, nohh rokiah.

Masih beku.

Rupanya aku letak kat bahagian freezer.

Terima kasih atas kewujudan funnction defrost kat microwave.

Bila dah defrost tu, belum apa-apa, tercabut dah ekor.

Masa nak didihkan air kat kuali untuk masak ikan tu.

Awat tak didih- didih?

Bagi memburukkan lagi keadaan,

Gas habis!



Alhamdulillah, terima kasih mak, sebab ada back up tong gas.


Maaf lah ye, memang masa ni aku tak dan nak ambil gambar bagai. 


Gambar-gambar ni, kawan aku yang ambil, adalah kenangan untuk akak dik.


Respect aku kepada mak mak ,  terus naik level ye.

Hat lain-lain tu, ada pembantu tak heran sangat, yang hat sorang-sorang berperang kat dapur , dia lah beli barang, tukang potong, tukang masak, set up table,  kemas lepas masak.

Aiyooo letih! Taubat sis.


Sotong Masak Telur Masin


Aku dah beli telur masin awal-awal ya, bukan apa,

Sat nak throwback sikit;

Masa ramadan hari tu , konon aku request kat mak aku masak salted egg.

Saja je aku cakap, sekali mak aku beli telur masin, dan suruh aku masak sendiri.

Amboi mak, tak boleh gurau sekarang.

Aku tak pernah masak salted egg pakai telur betul ya., kita kan generasi millenial, pakai paste sudahlah.

Aku pun bukak lah video orang masak salted egg squid, study resipi.

Sekali bila dah siap, anak buah aku puji , sangat-sangat sedap.

Amboiiiii, makin kembanglah mak cik kau ni.

Jadi, kali ni aku nak show off lah sikit aku punya masak salted egg ni kat member-member aku.

Aiyoo, kita kan confident awal-awal tu , boleh multitasking, boleh nyambil-nyambil ngomong wong jowo.

Dah sudah, tak sempat dikkk, telur belum basuh, nak stim ke apa memang tak dan lah kita ni.


Mujur aku decide beli paste salted egg masa beli barang tu, aku ternampak kat supermarket. Walaupun tak pernah try jenama tu, Mas Food ke apa, ada tanda halal , okaylah kot kan.

Ahh, pakai paste je lah. 

Sekali, bila masak, rasa dia tak menepati piawaian aku, aiyoo.

Aku try adjust bubuh gula, baru okay sikit.





Aku mesej kat kawan aku jangan datang cepat sangat.

Alhamdulillah masa dia orang datang, aku dah siap, cuma ada hidangan aku skip, seperti udang.

Dan dapur pun tak siap kemas.

Mak aku kata, “ Goreng je pun takkan tak sempat”

“Mak, goreng pun kena tunggu depan kuali ya”

Aku ni pulak setahun berapa kali je masak. Itu pun satu lauk je.

Aku awal-awal minta maaf, takut tak kena selera depa. 

Nasi

Nasi aku masak 2 pot. Tak cukup ya.

Nasib baik ada nasi semalam elok lagi.

Mak aku bising, mana cukup 2 pot, 7 orang aiyoo.

Haha, maafkan sis, akan ku baiki masa depan, kalau ada rezeki lagi. InsyaAllah.

Sayur yang aku dah siap awal tu, aku panaskan kejap kat microwave.

The Comment.

Alhamdulillah, diaorang kata sedap. 

Hehe, terima kasih tak kisah lah betul sedap ke atau sekadar nak menjaga hati aku. 

Yang penting rasa lega sangat. 

Untuk orang yang jarang masak dan tahu mencekik je, ini satu pencapaian besar ya. 

Ya Allah, gemuk  , macam sia-sia kurang 500g masa bulan Ramadan.

Nak ambil gambar berdiri, sebab ambil gambar duduk nampak gemuk, sekali 2x5, 5x2

Terima kasih korang sudi datang dan makan masakan aku. Walaupun kawan dah lama, jarang jamu masakan kita. Aiyo😂






Pengajaran untuk aku;

1. Sediakan bahan masakan awal-awal, potong bawang, kisar bahan rencah, sediakan sos perapan, potong sayur, semua tu boleh sediakan siang-siang. Nanti tinggal campur atas kuali je bila nak time.

Tak de lah kelam kabut sangat nanti.

2. Masak nası lebih. Lebih takpe, boleh simpan, jangan kurang.

3. Dessert seperti coctail, air sejuk, boleh juga sediakan awal-awal masuk dalam peti sejuk. Berangan nak buat puding cocktail, memang tidaklah sempatnya, kau nak buat serentak sekaligus.

4. Prepare lauk untuk budak-budak, atau yang hidangan selamat, iaitu ayam goreng dan telur goreng. Kalau yang lain-lain tak berapa nak kena tekak, insyaAllah hat ayam goreng ni semua suka. Aku pakai drummet ayamas je lah. Ini yang paling laku ye.




5. Buat list, apa yang perlu dibuat. Dan displin dengan list tu. Untuk elakkan masalah terlupa kronik ku.

6. Setelah sesi  post-mortem, mak aku pesan lain kali kalau nak jemput orang datang, sediakan satu hidangan lain, sekurang-kurangnya orang ada pilihan, contoh, bila ada nasi, sediakan spaghetti ke apa. 

Aku bentaklah kan sebab aku tak nak membazir, makanan mesti habis. Dan aku dah tanya kawan-kawan aku nak makan apa.

Tapi, sebenarnya aku memang akui apa yang mak aku cakap tu.

Memang ada plan nak buat pasta sebelum tu, tapi iyalah kita ni baru nak main masak-masak, pengurusan masa pun out, planning pun out, last-last minute baru nak buat semua. Haha, dah tahu, tapi tetap sama juga perginya, suka agaknya adrenalin mengalir deras.


Kalau ada lain-lain boleh let me know ya. #sayabeliabarubelajar

Esok pagi masa subuh. 

Aku bangun, aku baru teringat, sayur cendawan yang aku letak kat dalam microwave semalam tu.



Terlupa nak hidang sis.

 Basi.

Haha. 

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D