Showing posts with label kerjakan ibadat. Show all posts
Showing posts with label kerjakan ibadat. Show all posts

Wednesday, January 13, 2021

Rangkuman 2020, Salam Redha 2021

As Salam,

Selamat tahun baru 2021. 

Baru nak cakap jangan jadi macam 2020, kat Malaysia je macam-macam dengan PM resign, tukar kerajaan, bencana alam. 

Covid-19 start serang, PKP,  tik tok, covid reda. Gosip jangan cakap lar bertubi-tubi , daie Syed, Neelofa bertunang. 

Pilihan raya Sabah, covid kembali tinggi, sampailah 31 Disember 2020, kes harian di Malaysia sebanyak 2525. Nampak tak punya lama duduk dalam draf, karang tak siap-siap dari tahun lepas ke hari ke-13 tahun baru, tak game-game lagi. Semalam kes dah kepala 3*** Mun oi. 

Belum apa jadi kat seluruh dunia lagi, Lebanon meletop sebab baja ammonia

Ku cuba berbaik sangka, 2021 penuh perkara positif, rupanya memang betul, kes positif covid mencanak... huhu. 

Banjir dan PKP balik rupanya dan darurat politik puleks. 

Sebelum aku lupa impak 2020 terhadap aku (Yalah, manusia mudah lupa) 

Maka, terimalah kompilasi sepanjang tahun 2020

Januari 

Aku dah plan nak buat simpanan, nak settlekan hutang kereta, dah suku dah. 

Tak lama lepas tu, kawan aku mesej cerita masalah dia berkaitan Ah Long.

Masa ni aku dah sedih, sebab kalau aku bagi dia pinjam aku punya target takkan sampai kalau ikut kira-kira duit gaji aku setiap bulan dan mungkin aku takkan dapat balik duit aku tu. 

Well, korang yang ada pengalaman pasal hutang piutang mesti tahu kan ni. 

Aku kenangkan anak-anak dan isteri dia je, aku bagi pinjam apa yang aku mampu. 

Bila member tu cerita masalah pada kau, kau rasa apa? 

Dia nak mintak tolong atau sekadar melepas masalah?

Dia cakap dia cerita je, tak sangka aku nak tolong.

Luls. Apakah?

Korang jangan ingat aku kaya pulak dan ada hati nak buat loan dengan aku pulak eh. 

Februari

Bulan masih ni kerja macam biasa, cuma keluar masuk kastam dah kena scan temperature. Masa tu ingat Covid biasa-biasa je. Tak de teruk sangat sampai menjejaskan rutin harian. 

Sekali lagi aku menerima tamparan, apabila ada masalah kewangan berkaitan orang yang rapat dengan aku.

Allah pasti nak tunjuk sesuatu pada aku.

Jangan asyik kira duit?

Jangan asyik fikir masalah?

Aku join trip kawan aku first time aku sampai Cameron Highlands,  itu aku rasa keputusan yang terbaik aku buat. 

Sebab, impian terpendam aku selama ini ialah ambil gambar kat ladang teh. 


Come on, semua orang yang pernah duduk Malaysia ada gambar dengan teh, aku nak jugak.


Walaupun, di sebalik gelak ketawa ini ialah sorang manusia yang serik nak datang sini sebab mabuk todi sampai muntah-muntah dalam kereta orang. #maluwww

Tak cukup dengan isu covid, Tun Dr Mahathir tiba-tiba letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Masalah negara betul. 

Mac

Bammmmmm...

Lockdown. 

Covid-19 betul-betul sudah berjaya melebarkan jajahan ke Malaysia.

Semua kelam kabut termasuk syarikat Singapura yang kebanyakkannya  pekerja Malaysia bagi industri pengeluaran.

Aku boleh dikatakan terduduk termenung memikirkan masa depan. 

Sudahlah memikirkan masalah kewangan orang, simpanan tak dapat capai. 

Sekarang, tak dapat masuk kerja di Singapura pula. 

Masa tu, aku agak buntu, pelbagai kemungkinan boleh jadi. 

Sama ada aku akan dibuang kerja, kemudian aku kena cari kerja baru yang gaji lebih rendah, ketika Perintah Kawalan lagi pulak tu, ada ke kerja? 

Atau aku dipanggil balik bekerja dan dibenarkan masuk Singapura? Kelam kabut SOP masa tu, semua orang tertanya-tanya, rasanya tanya menteri, menteri pun confuse 

Hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan tunggu bila waktunya akan di panggil masuk, imigresen tak bagi keluar. 

2 minggu kemudian, Singapura pula lock down, harapan semakin tipis. 


April

Penantian satu penyiksaan, company masih bagi gaji. Dalam masa aku bersyukur masih diberi gaji, aku tetap rasa gelisah. Aku dah fikir-fikir apa aku nak buat, bos masih beri harapan yang kami boleh masuk. 

Mei

Hinggalah tiba bulan Ramadan, dalam pada risau tentang masa depan aku sedar Allah izinkan aku bercuti tanpa memohon cuti, menumpukan perhatian meningkatkan penyerahan diri kepada Nya. 

Jika sebelum ni, mungkin aku perlu buat kerja overtime. Terkejar-kejar waktu berbuka, solat pastu nak masuk kerja lagi.

Allah beri, bila kita menyerah diri. 

Kali ini, bos kata boleh masuk. Aku tekad aku nak masuk juga masa tu, walaupun lagi 2 minggu nak raya. 


JB sentral kosong. 



Tambak Johor yang dulunya tak pernah sunyi, kini sepi. 
Yang paling happy, tentulah pemandu lori. 

Sampai Singapura, tinggallah aku bertapa duduk dalam hotel kuarantin selama 14 hari. 

Bertakbir raya seorang diri di dalam bilik hotel. 

Photoshoot sorang diri. 

Inikan yang kau mahu? 

Kau cakap tak nak balik kampung,  

Telan  MUN, Telan




Padan muka kena kurung!


Jun

Alhamdulillah, aku sudah mula kerja, dan diberikan duduk di hotel 4 bintang. Syok juga duduk hotel ada bath tub, ada orang tukarkan cadar, kemas bilik, ada aircond tanpa had.

Rasa bagai orang kaya... hahahhaha

Namun, langit tak selalu cerah, 

angin tak selalu bertiup. 

2 minggu je beb dapat duduk di astana, selebihnya kau kembali kepada kehidupan rakyat jelata.

Kena pindah duduk HDB flat, kira sewa bilik dengan pemilik rumah. Landlord aku suami, isteri, 2 orang anak dan 1 maid. 

Aduyaiiii, memang rasa nak balik rumah time tu jugak. 

Dari ini;


Kepada ini;


Kau tengok baru rasa nikmat yang sebentar, 14 hari, kau dah lupa 32 tahun kehidupan kau yang selama ni kau jalani.

Sungguh manusia sifatnya pelupa.


Julai & Ogos

Kehidupan tinggal di bumi asing memang betul menguji. 

Walau seburuk mana tempat tinggal kau, kau akan tetap rindu jamban rumah kau, bantal kau, sofa kau, apatah lagi mak pak kau. 

Amboi, bergenang ya air mata sambil taip ni...

Itulah tuuu perkataaan amboi macam tak sesuai pulak kat sini... Aduhaiiiii mungkin

Tunggu punya tunggu, Raya Haji pun tak dapat balik, raya lah kau di situ.

Makan murtabak dan nasi beriani diam diam kat Haji Lane. 

Sho saddd. 

Tapi, okaylah tak de ar sendu sangat berbanding masa raya Aidilfitri, makan bihun sebagai menu raya.. hado? 





September 

masa ni rajin nak explore Singapore kononnya. Sebab rasa sendu no aku duduk bilik, tengok orang kat Malaysia duk jalan-jalan cari makan kat laman sosial. Haha, mana tak serabut kepala... 

Dahlah rindu, bukak soc med buat tambah sendu. 

Kita pun pergilah jalan-jalan cari pasal. Buat modal upload kat instagram, idoklah nampak sangat hidup kau tak sodihh manjang. 











October

Bulan ni sangat mencabar emosi, ayah aku jatuh sakit, dimasukkan hospital dan perlukan pembedahan segera. 

Walaupun PCA diwujudkan, tapi aku tak boleh balik lagi, sebab belum 6 bulan kat sini, 11 November baru cukup 6 bulan. Kalau tak kos kuarantin aku perlu tanggung sendiri. 

Ini adalah perkara yang paling menakutkan, apa yang aku boleh buat hanya berdoa dari tanah seberang. 

Sedang ada ramai kawan sekerja aku di Malaysia, yang mahu kembali bekerja di Singapura. 

Jadi, aku tak layak merungut untuk aku tersadai di sini, aku cukup makan, masih mampu simpan untuk bayar hutang, masih mampu mengirim sedikit wang untuk mak ayah. 

Cuma, sedikit homesick.

November 

Hui, pejam celik duk sini lagi aku rupanya. 

Bulan ni aku start nak jaga muka, sebab selama beberapa bulan ni, aku malas nak belek muka, dan ada kawan aku yang obessed skincare dok tegur muka aku, tegur eyebag aku, pastu dia recommend cosrx. Terus jatuh cinta, sampai masuk dalam timeline penting  dalam tahun 2021.



Disember

Ewah, derita-derita kau kat sini, gemuk gak sampai hujung tahun... 😀 

Malaysia punya kes Covid-19 terus meningkat. Kerajaan Singapura memperketat syarat kemasukkan ke sini. Siapa yang datang dari Malaysia, kena kuarantin 14 hari dan perlu menjalani swab test di Malaysia sebelum kembali ke Singapura. Masa kes Malaysia sikit, cuma seminggu je syarat kuarantin dan tak perlu swab test sebelum masuk sini. 

Dengan itu, company membuat keputusan baki tambahan kuarantin sebanyak 7 hari perlu ditanggung sendiri oleh pekerja memang taklah. 

Untuk orang gaji cukup-cukup macam aku menang tak mampu arr. 

Dalam masa sama aku sebenarnya bersyukur, aku dah buat pilihan, aku lebih rela merantau ke Singapura, menumpang rezeki di bumi asing. Dari duduk di negara sendiri, memikirkan nasib diri. 

Duduk rumah bersama famili tak bergaji, atau merantau mencari rezeki untuk dikirim pada famili. 

Aku rasa sukar jika diri aku mahu mula balik ketika pandemik Covid ni. 

Ya, cuma sedikit homesick. 

Daripada pihak aku pula, 2020 memberi pengalaman yang baru untuk aku, betapa Allah tunjukkan bila kita merancang, kita berusaha, tapi tanpa izinNya semua benda tak akan terjadi.

Kau belajar tinggi, kuat berusaha  tapi akhirnya kau juga tak dapat grad pada masanya, kerjaya yang kau banggakan belum tentu selamanya bertahan. 

Duit simpanan yang kau banggakan

Tiada apa yang kita miliki sekarang akan selama-lamanya menjadi milik kita.



Salam 2021, Salam MCO 2.0

md: Malaysia janganlah banyak main sangat oi, aku nak balik kampung ni. 

Wednesday, December 2, 2020

Kejutan lagi

As Salam,

Disember datang lagi. 

Menandakan tahun 2020 hanya tinggal sebulan sebelum 2021 menjelma. 

Tapi, kejutan belum habis lagi ya.

Setelah hari bertukar minggu dan minggu bertukar purnama, melalui onak duri penantian. 

Bila boleh jejak lagi ke tanah Johor?

Pertanyaan tanpa jawapan. 

PCA di wujudkan, memberi harapan, 

Tanpa perlu kuarantin di Johor, 

Hanya seminggu kuarantin di Singapura. 

Kos di tanggung syarikat. 

Akhirnya, ada harapan nak hirup udara dan angin laut Pontian.

Namun, episod akhir bukan episod akhir yang sebenarnya , ada babak tergantung...

Ada season 2, atau kali ni tak tahu season yang ke berapa

Semakin hari, kes di Malaysia semakin tinggi, 


Setakat 1 Disember 2020


Kes tempatan di Singapura pula 1. 

Ini, tak boleh jadi, ketakutan bahawa kerajaan Singapura tak kan sewenang-wenangnya membenarkan rakyat Malaysia masuk menjadi kenyataan. 

Kuarantin bukan lagi 7 hari di Singapura, 

14 hari. 

Kos 7 hari kuarantin, masih ditanggung company.

7 hari lagi? 

Sendiri tanggung. 

Berapa? 

Sgd 1200-1400.

Mampu? 

Aku kerja Operator Kilang je weiiii. 

Impian nak balik Januari 2021, tinggal angan-angan. 

Perancangan aku dibatalkan. 

Sekali lagi bukti kuasa ilahi. 

Kau hanya hamba, Mun. 

Kun Fa Ya Kun. 



Mask senget, bawa plastik stok makan jalan kaki jauh-jauh. 

Inilah dia pendatang dari Seberang. 

Ya Allan, berkatilah rezeki yang Kau kurniakan kepada kami. Sesunggunya, hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.

 


Friday, November 6, 2020

Bila perkara yang kau takuti, akhirnya terjadi.

 As Salam,

Selama ni, aku tak reti dan mengelak untuk buat pos tentang kesedihan, kesenduan, mengadu domba, atau buat aku menyesal nanti. 

Well, satu sebab aku nak orang yang baca rasa happy dan aku tak nak orang murung atau rasa simpati. 

Blog ini jadi medium aku catatkan perjalanan kehidupan aku, untuk aku kadang-kadang scroll balik, tengok balik impian aku 10 tahun dulu, cara aku menulis 7 tahun dulu, minat aku 5 tahun dulu.  

Masih sama? Atau jauh berbeza?

Well, inilah kehidupan, ada masa kau naik dan ada masa kau turun. 

Bila diberi sedikit kesenangan, kau terus lupa akan kesusahan dulu. 

Datanglah dugaan sebagai peringatan. 

Tiada yang kekal wahai anak Adam. 

Kalau aku tak berapa share kat Facebook link post aku, kira selamatlah tak berapa ramai yang baca. 

Haha, jangan perasan sangat Munirah. 

Paling ramai pun 20 views jerr.. 

So, biar lah blog ini tentang aku sahaja, aku sendiri tulis, sendiri berbual, sendiri baca, sendiri respon. 

Luls sangat Mun oi. 

11. 11. 2020 bakal genap 6 bulan aku di Singapura.

Ketika aku menaip, aku berada di atas seorang di dalam bilik, dan ini adalah keadaan yang paling menyenangkan dalam hidup aku buat masa ini. 

Kebanyakkannya aku suka berseorangan, aku rasa ia membahagiakan. 

Lebih bahagia daripada jumpa manusia tapi selalu buat kau terasa. 

Lebih bahagia daripada menghadap kesibukan manusia yang berlari mengejar tanggungjawab dunia. 

Aku suka sendiri, tapi terisi.

Alone but not lonely. 

I don't see being alone as loser. 

Haha. 

Aku perasan ini lah diri ku sejak dulu.

Tapi, sekarang ia jelas.

Mungkin aku sudah letih hadap drama manusia tak habis-habis cari hal.

Mengata dan terasa benda tak sepatutnya. 

Bercakap hanya mengikut rasa. 

Tanpa menjaga hati yang luka. 

Biar tak berjumpa manusia, kurang juga dosa aku mengata. 

Jika berjumpa dengan orang yang selalu buat aku sakit, adalah hukuman kerana pernah buat orang sakit.

Aku memohon ampun. 

Jika ini adalah ujian, aku mohon diberikan kekuatan. 

Jika ini cara untuk dekatkan diri pada tuhan, moga aku ditingkatkan iman dan ketaqwaan. 

Keadaan ini menjadi kan aku lebih melekat kepada diri sendiri. 

Adakah ini tanda sakit jiwa?

Biar dikatakan sakit jiwa, daripada jiwa sakit.

Yang penting aku selesa. 




Sejak aku dipanggil untuk kembali masuk ke Singapura bekerja pada bulan Mei. 

Aku berharap jangan ada ahli keluargaku yang sakit. 

Aku harap Allah jagakan keluarga aku dari kecelakaan. 

Aku tak tahu apa akan jadi, 

Aku tak tahu bila aku akan kembali. 

Kesan Covid-19, pada halangan kebebasan untuk bercuti, makan di luar, pakai mask, tak boleh bersalam, tak boleh berkumpul, tak memberi tekanan yang kuat pada aku sebagaimana aku mendapat berita ada ahli keluarga aku yang sakit dan aku tak dapat balik segera. 

Sungguh menyeksakan. 

Ingatan aku kembali kepada masa aku mula-mula memilih untuk kerja kilang di Singapura. 

Selain stress kerja dulu, sistem kerja shift  3/4 hari seminggu, buat aku fikir ada masa aku berada di rumah memikirkan umur aku dan ibu bapa ku semakin lanjut.

Kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu.

Aku boleh balik bila-bila masa, dan lebih banyak masa walaupun istilahnya aku kerja luar negara. 

Tapi, kini dengan turunnya Covid-19, Allah nak tunjuk;

Sebaik mana rancangan kita, sekuat mana usaha kita, setinggi mana cita-cita kita, tak akan tercapai tanpa izinNya. 

Semua berlaku hampir sekelip mata. 

Satu hari, sedang aku syok layan Instagram Story dan keletihan balik kerja. 

Dapat mesej. 


Masa ni aku blur. 

Aku tak boleh buat keputusan. 

Perkara yang aku paling takuti telah terjadi. 

Aku rasa teruk. 

Aku tak boleh bersama mak aku pergi hospital Muar dan Tangkak dari Pontian. 

Aku rasa kesal. 

Aku rasa marah pada Covid-19, pada penutupan sempadan. 

Kebebasan bergerak Seberang Tambak pada ketika ini hanya tinggal sejarah. 






Apa perasaan ko kalau dapat mesej macam ni? 
Aku? 
Masih Blur. 

Mesej bos aku tanya kalau boleh balik tak, sebab aku tak sampai 6 bulan lagi kat Singapura , jadi kalau tak balik under Periodal Commute Agreement (PCA), aku kena tanggung kos kuarantin sendiri. 
Kecut juga aku, kalau cecah 6-9K.







Dalam keadaan yang kau betul-betul helpless. 
Apa lagi yang kau mampu buat? 
Ya, doa. 

Doa adalah  senjata bagi orang yang percaya. 
Dengan doa, Allah akan beri kita jalan penyelesaian. 
Dan, satu-satunya cara untuk mengubah qadr adalah dengan doa. 


Masa ni, aku tak tahu berapa kos kuarantin. 
Mak, Kakak dan abang aku pun cakap tak payah balik. 
Insya-Allah semua okay. 

Sejak operation dan sekarang sudah sebulan Alhamdulillah, ayah aku semakin baik. Boleh uruskan diri sendiri cuma tak boleh laju macam dulu.


Inilah salah satu episod dalam hidup aku, pada tahun 2020 yang penuh kejutan dan suka duka. 😀

Kesian. 
Eh. 
Sekian. 

Wednesday, July 15, 2020

Sinar untuk pemburu rezeki Malaysia-Singapura

As Salam,


Sejak Malaysia mengumumkan lockdown 18 Mac 2020, ramai yang stay di Malaysia tak dapat masuk Singapura kecuali yang betul hati kental dan ada tempat tinggal di Singapura

Alhamdulillah aku dipanggil untuk kembali masuk ke Singapura pada 11 Mei 2020.  Masa tu bulan Ramadan, lagi 2 minggu nak sambut Aidilfitri.
Memang berat, tinggalkan keluarga, tapi di dalam situasi ini, aku perlukan kerja.

Walaupun ada sedikit halangan di imigresen, kami dibenarkan keluar negara. Huhu. Aku ada tulis pasal merentas negara kat sini
Masa PKP tu keluar negeri pun kira privilege, ni lagi keluar negara. #walaupunjalankakije

Kalau duduk rumah, sambut raya, tapi tak datangkan hasil (aku tak pandai buat kerja lain) dengan komitmen tinggi lagi. Oh My.
Belum tentu aku mampu hadapi.

Aku berdoa Allah tolong peliharakan keluarga aku di Malaysia.





Sedangkan di Malaysia sendiri, berapa ramai yang hilang pekerjaan.
.

Ministry of Manpower Singapore/ kerajaan Singapura bercadang untuk lanjutkan workpermit yang sudah expired selama 3 bulan, untuk pekerja Malaysia.

Bila sudah sampai masa, tertanya-tanya adakah dilanjutkan atau terus ditamatkan sahaja.


13 Julai 2020; Sekali lagi berita menyedihkan untuk perkerja Malaysia company tempat aku bekerja yang masih duduk di Malaysia dan tak dapat kembali ke Singapura.

HR telefon beratus-ratus/ribuan pekerja yang masih di Malaysia dan ditamatkan perkhidmatan mereka.

Sedih.

Masa awal tahun ni, kita rancang pelbagai matlamat untuk dicapai.

Siapa yang dapat menidakkan kuasa tuhan?

Bukti.

Kita merancang, tuhan yang menentukan.

Terlalu banyak ujian berlaku dalam tahun 2020.




Kawan rapat aku dulu, semua tak dapat kembali bekerja di sini.
Mujur ada yang pandai berniaga, kalau aku suruh meniaga.. hmmm tak tahu lerrr.

Tak mudah. Tapi kita pasti dapat melaluinya.

Betapa peritnya sempadan Malaysia dan Singapura yang saling berhubung, bergantung. Kini, terputus.




 Alhamdulillah, dapat bos yang lain anak buah dia ngadu, duduk bilik sewa, ada budak bising.. luls 
La ni lantak ko lah nak bising ke hape.. layan tidoq tak ingat donia. 



Harap Sinar yang ini tidak Sirna. Countdown 10 Ogos

Mencari Hikmah dalam Musibah. 



Tuesday, July 7, 2020

Aku Anak Malaysia di Singapura

As Salam,

7 Julai 2020;

Malaysia dan Singapura masing-masing mencatatkan penurunan dari jumlah kes Covid-19.

Hari tu, ada juga tajuk-tajuk berita pasal khabar nak buka border. Siap PM buat teleconference dengan PM.

La ni sonyap jaa.... tunggu Ogos katanya.
La ni musim undi Singapura pulak.

Bila kat Malaysia kau nak datang sini kerja. Bila kat Singapura kau nak balik pulekkks.

Well we like to earn in Singapore, but we like eat(spend) in Malaysia.

Inilah faktor geofizik, alangkan orang KL pergi Kedah dan Kelantan rasa kaya sebab perbezaan harga yang ketara.

Itulah yang kita rasakan.

Benar, dari segi pengangkutan awam, yang cekap, boleh kita pelajari daripada negara sini.
Berbasikal adalah kenderaan normal.
Syarikat menjaga kebajikan pekerja luar.

Tapi, aku rasa biarlah negara tak dilabel negara kaya atau maju sebab aku rasa hidup di Malaysia lebih kaya... hahahaha

Aku rindukan kemewahan di Malaysia.

Kemewahan apa di Malaysia ?

Makanan yang kau rasa nak makan semua ada.
Dok sini kau kena turunkan standard kesedapan untuk makanan kau.
Macam makan hanya untuk isi perut. Nak sedap lambettt lagi.. haha
Yang penting bersyukur masih dikurniakan rezeki.
Kat Malaysia, nak makan apa semua ada Makanan melayu merata, makanan pata timor ada.
Makanan mat salleh ada
Makanan pak arab ada
Makanan Pakistan ada

semua ada dan mudah didapati, Sedap + halal + murah ofkoz

Terima kasih semua peniaga, online seller, teruskan menjual macam-macam makanan. Biar orang beli tanpa keraguan. Luaskan perniagaan kat negara jiran ni orang pata timo... nasi kerabu, nasi dagang dan laksam, tak nampak lagi orang jual kat Singapura ni.

Tak de lah nak kata kat Singapura tak de. Tapi, hmmmmmm
Ayam Penyet pun out wei sambal dia... apooo.. meh aku ajar kau buat.. Kihkihkih

Berkereta

Malaysia; kau nak pergi shopping, pakai kereta parking depan kedai.
Singapura; orang ado-ado je pakai kereta.. hehehe.

Rumah landed.

kat sini rumah kebanyakkannya sarang burung, tinggi di udara.
Kalau duduk rumah atas tanah tu, tahu lah level orang tu kat mana.

Kipas siling

HDB flat, bilik dia kipas lantai atau meja. Jarang ada kipas siling sebab siling rendah.
Kalau pasang aircond memang boleh jadi bil mencanak tambahan air punya bil lagi mahal.
Fuhhh... bersyukur okay, duduk Malaysia.

Azan

Kalau kat Malaysia, masjid dan surau sangat banyak, setiap satu kawasan penempatan, mesti ada satu surau atau masjid. Azan pasti kedengaran.
Sejak aku duduk sini, belum dengar lagi suara azan. Rindu tu kadang-kadang datang.



sgd 5.20 Restoran nasi padang lokasi woodlands interchange bus station

Kena renew permit dan medical check up. 

Dah masuk 2 tahun kerja sini. Antara kerja aku yang ter lama.. haha. 

Longan Thailand. Sgd 7. 
Favorite punya pasal
kalau kat Malaysia jual rm10 sekilo kau berkira ya. 

Ini makanan ruji ya. 
Jauh lagi sedap daripada makanan kat kedai. Pasai ada bau Malaysia. 
Maggi Kari Letop. 
Tomato Cameron Highlads. 
Maggi, Nestle Batu Tiga,Selangor.
Cili Padi pastinya bukan dari Singapura. 



Ni yang aku malas nak scroll IG, mesti bersepah orang yang aku follow update makanan best-best dan cuti-cuti kat Malaysia
Dah kena rendam Maggi time subuh gajah.

Disclaimer: Ini hanyalah pendapat dan pengalaman peribadi penulis, mungkin berbeza dengan individu lain. 

Wednesday, June 3, 2020

Raya ke-32 di dalam Gua

As Salam,

Seingat aku, sepanjang jasad aku bernyawa di muka bumi ini aku menyambut aidilfitri setiap tahun di kampung ayahku, Tangkak.

Kalau tengok post Raya aku yang lepas memang rutinnya mak aku akan masak hari last puasa, biasanya akan kelam kelibut masa tu nak kejarkan waktu, sebab nak kejarkan balik berbuka di Tangkak.

Aku biasanya tak tolong sangat mak aku masak, sebab nanti gaduh😂.

Akak aku yang selalu kat dapur.
Diaorang team chef.

Aku team housekeeping je, kemas rumah atau kalau nak kelas sikit, decorator.

Yang paling menyampah mesti kelam kelibut sebab nak kejarkan masa nak balik Tangkak untuk berbuka kat sana.

Tahulah, kan semua nak kena buat dan siap masa tu jugak.

Yang paling best pada aku waktu berbuka kat Tangkak, rumah Mak Ngah.
Kumpul ramai-ramai, makan bersila kat atas tikar, update masing-masing punya rupa setahun yang sekali jumpa.



Dulu, ada arwah Pak Ngah yang sentiasa menceriakan suasana, menyambut kami dengan senyuman ikhlas.
Sekarang kurang satu senyuman, dan hari Raya tahun ni semua di tangguhkan, sebab ramai cakap tahun ni canceled.

Tahun ni masih umur 31 tahun, birthday tak sambut.
Hari Raya dan duit Raya pun tangguh tahun depan.

Tahun 2020 tak diambil dikira dalam garis masa. Luls.

Kalau anda Raya di rumah, walaupun sendiri, apatah lagi dengan famili.
Ada lauk Raya atas meja walaupun beli, mahu pun masak tak jadi.
Boleh keluar rumah, walaupun hanya satu daerah.
Maka, Bersyukurlah.

Kerana rayaku kali ini, begini;

Raya seorang diri.
Dalam bilik hotel yang sunyi.
Menu Rayaku adalah mi.
Mujur ada telefon pintar, dan jalur lebar.
Boleh lah kau senyum lebar, ambil gambar.



Aku merenung ke luar jendela, yang viewnya hanya biasa, lebih-lebih lagi MCO, apa pun tak da. 



Feeling model antarabangsa, walaupun berwajah desa. 


Sepi..... Sepi dan sendiri aku benci


Ku mahu bingar, aku mau di pasar. 



Amboi senang kerja kau copy sajak orang buat caption. 


Kasi effect black and white untuk feel loneliness tu.


Loneliness is dangerous. It’s addicting. Once you see how peaceful it is, you don’t wanna deal with people.


Haha, sebenarnya aku tipu je ala-ala sedih. 
Aku agak suka Raya ni, Raya yang berlainan. 


Flip tudung sekali. 

Tak pernah aku imagine akan raya sorang-sorang dalam bilik, tak boleh keluar langsung. 
Tak makan makanan raya, sambal goreng jawa especially yang mak aku cuma masak menu tu setahun sekali je.



Setelah setiap hari selama 14 hari, update suhu badan 3 kali sehari, kat bos dan sekali sehari kat MOM. 
Setiap hari, hotel receptionist telefon nak tahu kau hidup lagi ke tak. 
Setiap hari juga, Ministry of Manpower (MOM) call dan whatapps video, agar tak rasa lonely hidup kau..Luls 

Maka, tiba masanya kau menghadapi dunia luar yang mencabar (kena berjumpa manusia😂) 


Bagi lah masa berapa bulan pun.
 Tetap last minute juga kau kemas kan?


Selepas check out hotel kuarantin. 
Sedih percutian 14 hari dah habis kihkihkih.


Merenung meninggalkan kehidupan yang free and easy dalam bilik kuarantin.
Baju orang basuh kan, nak tidur berapa banyak tak de orang bebel. 


Makan orang bagi, 


Masa dah kena makan bayar sendiri ni lah kau ingat makanan free masa kuarantin. 


Sekarang, kena fikir nak kena basuh baju sendiri. Dobi basuh sendiri 5 dollar, kering kan 5 dollar. Kalau dalam ringgit, standard lah tu. Ni kau punya otak convert hmm, sekali basuh baju 30 hinggit. 



Kalau Raya yang lepas-lepas, suka tumpang photoshoot kat tingkap rumah Pak Noi. Kali ni pun tumpang amik gambar juga, tapi, hentam je lah kat bangunan apa pun masa jalan-jalan cari makan. 


Kira ni OOTD dan photoshoot raya ke-2 dengan berbaju tidur. 


Hari Raya ke-3 aku kembali bekerja setelah 2 bulan 'bercuti'. 


Memulakan Norma baru yang aku tak pernah terfikir aku akan lalui nya. 
Belajar naik MRT ulang alik pergi kerja. 


Makan berhadang ya, bukan berhidang. 


RIP gosip sambil makan

Sorga for introvert me. Luls. 
Tapi, bila sisi kepochi aku keluar, rasa loser nya nak cakap jauh-jauh.

Terima kasih Allah kerana memberi banyak peristiwa mengejutkan dalam tahun ini. 

Baik atau buruk, pasti kita akan dapat kebaikkan jika kita mencarinya. 



Check in, stays for the next 3 months. Aku mohon untuk satu bilik dengan Muslim. Tapi, setakat ni aku dapat sebilik dengan bukan Muslim. Okay je setakat ni, hormat menghormati dan komunikasi adalah kunci untuk mana-mana hubungan.

Semoga tak de lah aku tak boleh balik sampai 3 bulan. Rindu semuanya tentang Johor. Dulu selalu merungut, makanan JB dan Pontian semua mahal. Sekali, padan muka kau kat sini semua darab 3. 
Benarlah orang kata, hujan Emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Waaaaaaaaa
😭😭😭😭


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. 
Semoga kenangan Raya ini menjadi kenangan Manis untuk dikenang pada masa depan
(walaupun ada sedikit pahit la kat aku pasai tak dapat sambal goreng).


Mampu tengok je.