Showing posts with label panjang kaki. Show all posts
Showing posts with label panjang kaki. Show all posts

Monday, January 22, 2024

Bercuti di Perlis: Tempat Makan Best


As Salam,

Pada aku, Perlis sangat underrated, selain banyak tempat berlatar belakangkan keindahan semula jadi , makanan kat sana pun sangat sedap tapi kalau makanan kat utara orang akan lebih bercakap pasal makanan di Penang. Nasi Kandar dan makanan street food di sana.

Perlis ibarat tenggelam dek Thailand ataupun Langkawi. Hakikatnya, Perlis ibarat pernata yang terlindung dengan kristal dan manik tudung. Nohh, punyalah nak bersastera.

Ini antara tempat makan yang aku pergi. Semua makanan yang aku makan kat Perlis tu semua okay. Walaupun, kedai tepi jalan yang tak ternama pun semua boleh makan. Lidah aku ni memang senang puas hati. Tapi, insyaAllah boleh pakai ya standardnya.

Saadiah Cafe

Masa datang tu kami awal ya, tak de orang, Aishah telefon nombor kedai, dia cakap kedai buka, tengah susun makanan.

Sementara, diaorang set up tu, kami pun bergambar macam tempat tu kami yang punya. Segala sudut lah kau nak posing, maklumlah baru sampai, jadi peghak sikit lah bila nampak sawah padi.

Konsep dia pada aku hipster cafe, walaupun set up buffet and menu dia traditional.

Very the instaworthy.



Layan lah kami punya gambar.





Basically, menu nasi lemak dengan lauk-lauk kesukaan korang. Loveeee sangat.


Aishah nak cuba semuanya yang bagi orang Johor makanan rare, 
pisang rebus makan dengan kelapa dan gula.
Pulut makan dengan ikan,
 Jagung direbus mahupun dikukus gaul dengan kelapa dan gula.

Simple dan sedap.

Oh ya, rasa makanan di Perlis ini aku perasan memang lebih kepada manis.


Memang makanan klasik sepanjang zaman ni.
Kalau rumah aku, mak aku suka rebus je pisang tu.
Tak de padan dengan gula atau kelapa
Aku tak berapa gemar sangat pisang rebus.
Kita team goreng-goreng, minyak-minyak, lemak-lemak😂.
Manakala, ubi rebus boleh dikatakan sarapan ruji lah kat rumah aku, makan dengan sambal tumis lah tapi #nakjugakbuhtapikatbelakang


View sawah lah dik. Nak tunjuk kita kat Perlis ni.


Aku nampak pancake dalam menu dia terus order ya.
Masa sekali aku pergi Hat Yai dulu. Punya lah nak makan pancake ni, hareyyy tak dapat pun.


Roti canai nipis, garing, ada pisang, coklat dan susu pekat.
Dia bagi lagi kalau nak tambah , susu pekat dan gula ya…
Aiyaaa, patutlah makin naik berat aku ni. 
Haha, sendiri yang pilih ya.


Aishah who love to explore and experience everything.


Kau order pulak roti bakar dengan telur, presentation memang kelas lah kann. Tapi, telur tu dia dah pecahkan kuning dan letak perisa yang kat atas pinggan tu. Boleh je makan.
Tapi, kita kan biasa makan dengan kicap je. 



Hasilnya.

Sedap atau memang kau kaki melantak. 
Dua-dua lah kita tapau.
Kopi, dia bubuh dalam paper cup, ala-ala kau beli breakfast McD macam nampak sikit je , daripada kau bubuh dalam gelas kan. 
Lebih feel kalau minum kopi dalam gelas.
Ahhh, banyak cekadak pulak kita nyo punn.


Restoran Suri, Masakan Melayu Asli

Zaman aku belajar dulu aku tahu Anjung Keli, port makan tengah hari yang best, dengan menu masakan yang pelbagai, ulam-ulaman yang banyak pilihan. Masa aku pergi Perlis tahun 2016, aku pun pergi Anjung Keli ni.

Kemudian, masa scroll tik tok ada orang share pasal Suri yang ala-ala Anjung Keli ni.

Aku pun pergi lah , memang ramaiiiii. Meriah sangat.


 Tumbuhan hijau dan ulam-ulaman , pilih je lah , ambil , jangan tak bayar sudah.



Yang hat ni paling buat kecur air liur.
Segala jenis sambal ada , aku ambil sambal mangga dan sambal kerisik.  Amaran, pedass ya. 


Teka harga dia termasuk air?

Nasi, 2 jenis sambal, 2 jenis ulam, ikan keli goreng.
Dengan air teh tarik float.
Jumlah=RM12.



Aku try ulam ni, sebab rare , aku tak pernah jumpa.
Pertama kali aku makan,
Mungkin itu juga kali terakhir.
Haha, faham-faham je lah.

 
Baca Signboard.
Pekat betul Perlihnya. 


Aishah daripada tak nak makan, amboi banyak pulak.

Dalam bekas plastik tu cendawan goreng tu pedas berempah, sedapp yerr.


Memang best lah makan tengah hari kat sini. Menyelerakan, meriah dan murah.


Kopi Arau

Tempat ni, mula-mula aku tak expect tak tinggi sangat, dia bukan tepi jalan besar, masuk jalan dalam… 
Laaaah, tepi rumah rumahnya.


View dari meja kami. 

 
Walaupun pergi pagi Isnin, ramai orang ya.
So, macam ada harapan tempat ni makanan dia sedap.


Memang tak mengecewakan ya.. Semua sedap, kecuali Sangkaya.
Kenapa?
Teruskan membaca.
Jangan skip😜


Tapi, sis sate, mi kari, roti kopi dia memang sambil angguk-anguk kepala lah sedap dia.

Paling favourite, adalah roti kopi dia.
Roti dia sapu dengan flavour kopi ke apa.
Lepastu, dia bakar tu just nice je.
Eiii, tolonglah order roti ni kalau korang datang sini.

Sate dia sedap, lembut, perapan dia terasa, cuma macam aku cakap tadi, makanan kat Perlis ni dia tend to sweet rasa dia.
Tapi, masih boleh diterima.


Ingat Muar je ada sate pagi-pagi? 



Kenapa aku kata Sangakaya kureng?
Sebab roti dia.




Dia bagi potong dan kering gitu je.
Selalu kan , sangkaya ni , roti dia steam dulu.
Lembut dan panas roti baru syok.
Tapi, tak pe, hat Mi Kari sedap.



Teh ais, boleh lah.


Roti buh mentega ke Planta ke apa.
Aku tak rasa sangat beza dia. Sebab kita suka air bersusu.


Pak Andiaq Lejen.


Perlis ni memang popular dengan ikan bakar Kuala Perlis.
Banyak kedai kat Kuala Perlis ni. Tapi, kami pilih kedai ni pasal dah keluar kat search tik tok aku. luls


Sebab masa tu kitaorang masih kenyang, kami pilih ikan bakar je. Tak pilih menu set.


Masa aku dok sini dulu, seingat aku tak pernah makan ikan bakar Kuala Perlis.
Ikan bakar dia bubuh susu pekat manis ya.
Jadi, jangan terkejut ya lidah orang Johor.




Hang pi order pulak ikan pakar pandan. Memang bertambah lah manis dia. 
Bak kata Aishah , macam sate cicah dengan kaya, masa kitaorang makan kat Kopi Arau.

Dia kasi sos cili, kuah kari, sambal belacan, air asam.



Tapi, okay je rasa dia untuk yang suka mencuba.
Cuma kalau ada next time, memang aku tak order lagi lah menu ikan bakar pandan ni😆
Cuma mungkin aku patut order, campur. Sebelah ikan tu patut bakar hat biasa, konon nak try resipi baru kan.


Gerai rambang kat Padang Besar.

Lepas shopping kat Padang besar, dengan panasnya, kita pun apa lagi , pilihan makanan kat sini memang banyak.
Makanan Siam lah semestinya.
Sorga.
Kopi Ais, Teh Hijau Thai tu , memang mengundang ya panas-panas tu.

Kami pun parking punggung kat kedai depan pasar tu.



Order kerabu mangga, tom yam dan aku ni punya lah teringin nak makan mi celup .



Mi Celup dia biasa-biasa je. Boleh makan tapi tak teringat-ingat. Toh

Daging bakar dia pun biasa je. 


Aishah kata sedap daging dia lembut. 



Cuma pada aku, perapan dia tak terasa.


Tom yam macam biasa boleh diterima. 
Standard tom yam siam.


Aiskrim kelapa penyejuk tekak. Sedap.
Standard ice cream.




Padanlah berat aku naik mendadak, pergi Perlis ni memang dok sumbat makanan macam tak hingat dunia. 
Dah penuh perut, dok sumbat lagi, konon tak nak membazir.


Laksa Kak Su Kuala Perlis

Kami rambang je cari kat google, kedai ni.
Rupanya memang famous. Ada tag Jalan-jalan Cari Makan.


Sedap dan murah ya. Walaupun makanan semalam tak habis hadam lagi, tapi sebab sedap, habis juga.




Aku pulak, memang mencari pulut udang kat Perlis ni.
Kalau kat Johor panggil pulut panggang.


Akhirnya, jumpa kat kedai ni. Sedap dan tak mengecewakan. Abaikan kuku tak trim tu.


Tok Wi Grand Char Koew Teow

Banyak aku tak exlore zaman aku dok 3 tahun ngaji kat sini.
Tapi, hat kuew tiaw ni memang aku ingat.
Kami dulu makan ramai-ramai, seingat aku dulu ala-ala kat dalam rumah je, kedai dia . makan dok bersila.
Sekarang dah ada kedai besar dah la.


Sebab dia makanan nostalgia kan, haruslah sedap



Dulu, aku bawak kawan sekolah menengahku, Izzah dan Nisak makan kat sini.



Kali ini, aku bersama kawan sekolah rendahku, Aishah di sini.

Alhamdulillah, aku harap nanti boleh reunion dengan kawan seuniversiti ku di sini.

Baru boleh mengimbau kan?

Secara keseluruhannya, memang makanan kat Perlis rata-rata memang sedap, walaupun kedai tepi jalan tak de nama pun memang makanan dia kau boleh jilat jari.

Aku kan suka order Neslo Ais Kaw, walaupun aku tak sebut perkataan kaw tu pun.
Memang kaw ya neslo ais dia.

Alhamdulillah rezeki, aku dapat semua yang sedap-sedap.

Aikk, apa tiba-tiba rasa sebak tak tahu.
Terima kasih Allah atas keindahan dan kemakmuran tanah Malaysiaku.
Semoga Palestin, Yaman, Syria, dan Pakistan dapat menikmati kemenangan.


Rindu Perlis.
Sindrom tak move on lepas bercuti ( dah sebulan dah Mun oii)


Wednesday, December 27, 2023

Bercuti di Perlis : Naik bot di Timah Tasoh vs Kampung Wai

 As Salam


Amboi bercuti kat Perlis 3 hari 2 malam je pun, dia punya banyak part tu kemain. 


Ya, aku ada hutang lagi, pasal makanan best kat sana lagi, homestay lagi, ada tempat lagi tak update. 

Aktiviti naik bot di Timah Tasoh and Kampung Wai kena pergi sebab dia tak mahal sangat lebih-lebih lagi kalau share dengan member. Kau boleh dapat gambar yang indah, sebab natural light memang melimpah.

Kita ni walaupun dah 3 series , tapi hati tetap 13 tahun.

Jadi, kita mesti excited nak naik bot.

Satu bot RM50, lepastu alhamdulillah ada satu couple suami isteri pun nak naik bot juga. So, kami share berempat. Yay, jimat duit🤪




Bila naik bot je. 
Aishah teringat yang dia tertinggal ipad dalam kereta.
Jadi, sepanjang naik bot tu dia risau.



















Tenannng ribut jiwa


Aku sorang je kaki merenyeh naik bot ni.


sampai lah kita ke tempat yang memang cantik gila dalam gambar.

Imagine pakai baju putih baru lepas nikah, photoshoot dengan imam kita….
Adududduuu😆


Takpelah , sementara nak tunggu ketibaan imam entah bila tu. 
Kita photoshoot dengan Aishah je lah ehh😁




















Turun je dari bot. Berlari si Aishah ke kereta.
Alhamdulillah selamat ipadnya.
InsyaAllah orang Perlis dan kita orang Malaysia baik-baik.


Okay, lepas tu kami gerak shopping Padang Besar, pi ladang Kenaf. 
Lepastu nak check in, dan dan hujan.
Bila kau jumpa katil, hujan pulak tu.
Ko rasa? 

Aku punya aim konon nak pergi Kampung Wai tu petang 6.30ptg sebab nak naik bot sambil layan sunset.

Sekali sampai sana dia kata dah tutup pukul 6.
Aku sampai lebih kurang pukul 6.10ptg.

Bila tanya esok Isnin buka tak? Dia cakap hari Isnin off😢

Pergghh, dia punya pedih mat, macam crush palau kau.


Jadi, nak buat apa? Nangis?


Layanlah kau sunset dekat tepi sungai ni.


Alhamdulillah, view dia tak mengecewakan.











Ada pula mak cik jual pisang goreng.
Dapat mengubat hati lara.


Tapi, sebagai Johorean sejati sis tak makan pisang goreng dengan sos cili.
Rasa macam derhaka kepada bangsa Johor gitu.
Haha, ni gurau sesama orang Johor je.



Sedap eyy pisang goreng baru angkat.


Bila kau ingat kau photogenic, 
dan mengharapkan bila makan pisang goreng pun cantik…

Hakikatnyaaaa.. dikau hanyalah muka awam yang perlu effort nak dapat gambar helokk.

Nak kena repeat lagi ke, 
demi nak naik bot di Kampung Wai

Aduhh rindu betoll , gambar-gambar ni seperti membawa aku ke Perlis menikmati momen-momen secara slowmo

Sometimes you never know the value of a moment,
until it becomes a memory.