Saturday, July 31, 2010

wait, hope and pray

As salam



The First





The Second






Waiting for the third person of fourth generation , hope for more and let`s pray for that to happen.


md ::: why I  think like I should not to has this sort of thing in my mind.

Wednesday, July 28, 2010

Peraduan Pic Cantik

As salam

Woah, Contest ni superb r hadiah dia RM100. Duit rayer weyh. Sape nak bagi. Ia PERCUMA DAN TAK PERLU BAYAR RM2 sehari....


PERADUAN PIC CANTIK ini diadakan oleh NURUL HUDA dan mengharuskan
 meletakkan gambar dengan 4 mimik muka berlainan.





Comel tak saya?


Walaupun, aku telah cuba dengan gigih membuat muka secomel pelakon korea ini, namun hasilnya sungguh menakutkan

sehingga aku tak sanggup nak letak kat sini. Risau ada yang histeria .:P


Jadi terimalah muka yang bermuka-muka ini....




Berminat?.  Sila ke sini. 
Tarikh tutup penyertaan : 16 September 2010

 :

Tuesday, July 27, 2010

DBSB : siri 7: Hari kejadian

As salam

Hari ni 27 .7 adalah hari kejadian bagi sahabat saya Diana Mokhtar . Selamat hari jadi . Walaupun ko bagi hadiah  siput sedut tapi aku tak bagi ko hadiah. Ko doakan lah aku terpijak  sspn Power root RM 1,000,000 yang original bolehlah aku bagi ko hadiah. hehe. Dia anak tauke batik .Sila ke Mokhtar batik untuk melihat koleksinya.



 Semoga panjang umur murah rezeki, aku tertunggu-tunggu kad jemputan kau ni. 

 Kau bahagia, aku bahagia

Namun, hari ini juga adalah hari kejadian lelaki pujaan Malaya ni, tapi aku dah jauh hati dengan dia. Sampai aku tak wish pun kat Facebok, lagipun ramai dah wish dia, malas aku.
Okay, bertenang-bertenang. Jangan emo. Tasbih banyak-banyak. Hari ni nisfu syaaban.




Selamat hari Jadi

Semoga 10.10.2010 ini menjadi hari bahagia buat anda. 


Dia bahagia, saya bahagia




Agaknya kena tanya  jenama pen yang dia pakai ke , jenama alat radas yang dia guna kat angkasa tu.


"GREAT MOMENT WITH PARENT" contest by Sachi-Asukai

As salam

Tak kisahlah blog berapa ramai orang  bace pun , asal jangan ada dalam ramai-ramai tu seorang ahli kerabat yang baca , kalau sepupu sepapat , nenek saudara tiri ke boleh tahan lagi, (in case kalau tak kutuk diaoranglah dalam blog)

Tapi, bila orang yang kalau boleh paling last lah yang tahu kat dunia pasal blog ni ialah


emak dan ayah



Dan pagi semalam, emak aku terbuka aku nye blog


(Terkisima)


Bukan lah ade  baur-baur kutukan pun dalam blog ni . Tapi bila ada luahan jiwa seperti ini  buat aku  tersiput-siput malu.

Oleh itu,  bila pertandingan " Great moment with Parents" muncul yang diwujudkan oleh Sachi-Asukai dengan syarat-syarat seperti di Sini



Maka, saya cepat-cepat mahu menyertainya
 agar bila emak saya ter buka lagi blog ni, dia dengan senang hatinya membeli jajan untuk saya jika pergi ke Giant bersama-sama. Ok, tipu.. gila bermotif ko ni.

Ok, great moment saya ialah





























Saya bersama emak saya dalam bas ke  Muor.


 Sebab saya suka gambar ni

Emak dan saya pakai baju hijau sama-sama, mak dan saya kelihatan mesra-mesra kucing seperti adik beradik.

Jangan tanya mana aku mana mak aku pulak. Ya, saya  sensitif bila penyataan-penyataan yang melibatkan seperti

"Eh, cikgu, anak ke, lah ingat adik tadi."

atau

"Mbah Iman sebenarnya Acu"


Maka, aku taklah nak bagi penampar jepun kat orang yang cakap tu.
Tapi , jauh dalam sudut hati , aku tak boleh lari dari kenyataan tu mak aku adalah orang yang melahirkan aku, dan ini bukanlah pilihan, maka bila melihat mak aku, itulah aku.


Sebab saya sayang ibu bapa saya.

Saya tak perlu sebab untuk sayang ibu bapa saya.Perasaan tu terus ada secara automatik sejak dalam kandungan lagi.ahakz.

dan menambah kecintaan terhadap ibu bapa saya ialah


Emak

mana mungkin saya tak sayang mak saya, kalau dia banyak putus saraf masa meneran saya suruh keluar.

mana mungkin saya tak sayang mak saya, kalau dia yang selalu nyanyi merdu kat telinga dengan tajuk lagu basuh baju, basuh kereta atau sapu sampah.

mana mungkin saya tak sayang mak saya,  kalau dia sanggup tengok manusia sihat walafiat dan besar panjang serta sedikit kurang rajin kat rumah sentiasa. (dan membeli munchy`s music nuss)


Ayah

Mana mungkin saya tak sayang ayah saya, kalau dia tak dapat balik sebab kerja kat Perak masa saya lahir sebab tak de telefon. (rasa tua semakin menjadi-jadi)

Mana mungkin saya tak sayang ayah saya, kalau dia yang iqamah kan saya masa baby lepas balik dari Perak ( Pak Long iqamah aku masa aku baru lahir)

Mana mungkin saya tak sayang ayah saya, kalau dia yang tanggung persekolahan saya  hingga ke universiti lalu bekerja sampai sekarang sebab nak tanggung anak dia yang sihat walafiat dan besar panjang kat rumah.


Saya tag, Cik Paro, Zalikha, Izen. Sila lahirkan rasa kecintaan anda kepada ibu bapa.

Tarikh tutup penyertaan: 31 Ogos 2010. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Sunday, July 25, 2010

Pengakuan Eksklusif : Disebalik Si Munamuni

As salam,

Haha, aku sedar aku bukan  Fasha Sandha atau  Fazura  mahupun siapa-siapalah lagi yang selalu buat sidang media tergempar.


Anda mungkin tertanya-tanya,atau tak kisah pun , lantak ko lah, nak letak nama Munamuni ke, Ona Oni ke, Dakkolin Dakkosi ke,  Banana in The Pajamas ke apa pun,

'Do I look like I Care?' takpun `Ade aku kesah?.

Baiklah , tetapi kalau ada yang ragu-ragu seperti tauke restoran keturunan Indonesia ni, saya sedia beri penjelasan.

SEJARAH MUNAMUNI

Nama yang telah ditakdirkan untuk saya yang dipilih oleh emak saya setelah nama yang dipilih oleh ayah saya tidak ditakdirkan untuk diberi kepada saya ialah ;

 MUNIRAH yang bermaksud Bercahaya. bercahaya tak?

Tetapi korang juga mesti tahu akan bandar yang diberi gelaran Kota Yang Bercahaya?

Ya, tepat sekali, mesti PMR dapat A Pendidikan Islam  nih.. ianya ialah Al Madinah Al-Munawwarah

Jadi dapat tak kaitannya?. Sila terbitkan persamaan berdasarakan pernyataan di atas.


MUNAWWARAH = MUNIRAH =  BERCAHAYA

(MUNAwwarah - wwarah) +  (MUNIrah - rah) = MUNAMUNI

MUNA= Cita-Cita atau keinginan (oh, patutlah kuat berangan)

manakala muni tiada dalam rekod. kalau

Munir = Yang Menerangi

Okay, lepas ni tukar Munamunir (hehe, tipu)

MUNAMUNIR = Keinginan yang menerangi.

# MUNAMUNI = Keinginan Muni.

Haha, maka kalau nak cari makna nama korang atau nama bakal anak ( Sila terasa kepada Z dan S). Bolehlah ke sini



Orang yang tak hebat akan rasa hebat jika tahu saya sebagai munamuni


Haha, inilah keinginan saya, iaitu melihat orang tak hebat akan jadi hebat ( Ceh, tiba-tiba!)

Kepada sesiapa yang rasa dia hebat sila abaikan penyataan saya ni.


Anda dan saya tak hebat.

Sila buat turutan mengikut susunan  tidak hebat.

Saya > Anda.

Jadi, anda  rasa hebat tak sekarang ?


Baiklah, adakah sudah terjawab persoalan anda taukeh?, Hehe..Pengakuan eksklusif ni adalah sempena post di Blog ini yang ke-50.  Tak sangka, boleh bertahan  ( Tak yahlah nak compare ngan orang lain yang dah bertahun buat blog) . Ni kira pencapaian peribadi . Harap dapat terus menghasilkan lebih banyak post yang mungkin berguna sekurang-kurangnya untuk digelakkan walaupun mungkin hanya diisi dengan post berkaitan pertandingan jek.


Sekian,

Munamuni

Sidang media bersurai.

Saturday, July 24, 2010

EMO FACE CONTEST

As salam


Oh, saya kena taip laju-laju......




Saya berminat nak join pertandingan muka emo atau EMO FACE CONTEST yang dianjurkan oleh Miss Lin
Pertandingan mewajibkan kita menyertakan gambar muka emo kita tanpa ada muka orang lain atau bermuka-muka.

Syarat-syarat dan maklumat lanjut boleh klik sini

Oleh itu , dipersembahkan.....







muka emo gonjeng.


Gambar ni masa final year project kat makmal, UiTM Perlis. Biasalah untuk projek ,kebanyakkan pelajar akan mengalami stress tetapi saya mengalami sakit jiwa sehingga terserlah di wajah saya macam nak nangis tapi macam tersengih sambil cuba dengan gigih untuk buat muka vogue + comel.Diharapkan ini dikira sebagai muka emo. huhu.


Saya terpaksa buat ringkas sebab saya tahu tentang contest ni dan sekarang pukul 11.21 p.m ..24 .07 .10 .  Deadline pada 25.07.10. Sila taip dengan laju untuk buat entri ni

" Get to know you" Giveaway

As salam
  

Sebab semua orang nak jadi Sheila Rusly, saya pun nak try jugak


 Mari dekat , Mari dekat

 Puan Liana, iaitu pemilik The Cottage Series menganjurkan 

yang menawarkan 


 SKII Travel Pack

meleleh tak meleleh ko..

kepada peserta yang bertuah.. 

 GA ni  memerlukan kita menjawab soalan-soalan yang berikut . Maka, sudah tiada rahsia lagilah ya...

                  
PENGENALAN DIRI SECARA RINGKAS

 Saya dikenali sebagai Mun oleh kawan-kawan. Dipanggil Munir oleh emak saya. Disalahpanggil sebagai Ira oleh sepupu  saya ketika zaman kanak-kanak.Sila teka nama sebenar saya. Saya kadang-kadang kelakar ( serta sedikit perasan) dan kadang-kadang serius. Saya mudah jatuh hati kepada perkara berkaitan Negara Matahari Terbit, atau lebih spesifik jejaka bermata sepet.
                     
         
BARANG YANG MESTI ADA DALAM BAG/HANDBAG
                      
wallet,  resit atm, lipbalm dan kamera manakala benda yang mesti ada seperti handphone tak semestinya ada, sebab selalu cari tak jumpa.

                
  LIMA JENAMA YANG MENJADI KEGILAAN KESUKAAN
  1. Adidas ( penaja team bola sepak Jepun )
  2. Honda
  3. Sony
  4. Pilot
  5. SK II 
Saya suka je tapi saya tak miliki (harap-harap No.5 bakal dimiliki..:D) dah lama tak pakai pencuci muka. tsk.
Berdasarkan perkara di atas, diharapkan Pihak Puan dapat menimbangkan permohonan saya..HEHE..

Okay, senang je kan.  Sila buat entry anda sekarang!.
Tarikh tutup: 31 JULAI 2010

Sila klik sini untuk maklumat lanjut