INSTAGRAM

Friday, July 16, 2010

DBSB : siri 6: semoga kau bahagia disampingnya

As salam,

Setelah lama episod Dia Bahagia, Saya Bahagia tergendala (DBSB), akhirnya awak telah menyebabkan saya menulisnya kembali.

Awak,


awak tahu tak.....

pertama kali , saya tengok awak, saya rasa awak handsome, tapi saya tak rasa ape-ape pun. Tapi semakin lama saya kenal awak, saya rasa semakin suka dekat awak.

awak tahu tak?

Senyuman awak, karisma awak, kata-kata awak....mencairkan hati saya.


Awak tahu tak....

sejak saya nampak jurnal awak di rumah saya , segala apa yang awak buat tercatat dalam jurnal tu, segala apa yang ada dalam fikiran awak, orang-orang yang awak sayang, semua saya tahu......

saya gigih baca jurnal awak, walaupun benda tu lebih nipis dari novel `Lagenda Budak Setan', saya makan berhari-hari nak baca, saya baca buku pun masa nak periksa itupun kadang-kadang je.

Tapi, saya baca jugak, awak tahu tak?


saya tahu, masa umur 10 tahun awak mimpi jadi apa,
saya tahu, masa umur 2 tahun, awak sudah belajar berenang
saya tahu, awak nak masuk maktab tentera diraja masa sekolah menengah, tapi awak tak dapat
saya tahu, awak tak sempat balik, masa adik awak meninggal
saya tahu, cita-cita awak tinggi mahu suara awak didengar, mahu berbakti kepada negara
dan awak memilih jalan ini.....
 

saya tahu....
awak tahu tak?
saya tahu awak tak pernah tahu...



Awak sentiasa percaya, "what the mind believe, the body can achieve" sejak awak kecil lagi. Mungkin sebab tulah saya tak dapat miliki hati awak , sebab otak saya kata, mustahil saya dapat cinta awak. Tapi, saya cuma berfikiran realistik.


Lagipun, awak dah ada dia









Ya, saya tahu saya tak sehebat dia. Jadi, saya hanya harapkan yang terbaik untuk awak dan saya pasti dia yang terbaik untuk awak.

Emak saya pun suka awak, awak ingat tak awak pernah jumpa mak saya?



Takpelah kalau awak tak ingat, mungkin sebab awak terpejam masa tu.


Jurnal `Journey to Space' yang awak tandatangan tu, mak saya dah sampul  dah, takut rosak.




Apa yang saya harapkan, semoga awak bahagia disampingnya.




Itu saya sudah pasti.


Impian awak ke Marikh dan bulan, semoga tercapai.

 seperti  bintang yang awak mimpi ketika umur 10 tahun.




Saya pula?





Saya sedar siapa saya.


"Ya Lublu Tibya"


Janganlah diaorang saman aku. hehehe...mintak maaf e, kalau tuan punya badan terbaca (ceh, pasan r dia nak baca blog ko!). Tak pe, berangan tak salah.bak kata awak, 

Dreams are possible but only if you focus on your goal and strive hard. Nothing is impossible in life.

Tapi awak,  dia ni pun tak nak kat saya, biarpun nama bakal mak mentua dia, Datin Muniroh.




md::: Ya lublu tibya=  saya cinta awak. Ini ayat dalam bahasa Russia kesukaan Syeikh Muszaphar.
md::: saya gurau-gurau jek. saya bukan cinta kat Syeikh Muszaphar saya cuma kagum jek (ha, takut kau kene serang), Jimmy Shanley tu memang I suke...hehehe...
*gambar pertunangan Syeikh Muszaphar dicopet dari Saiful nang dan jimmy shanley digrab dari syok kahwin

5 comments:

  1. haha sengal la ko mun gmbr ngn topi kebun tu xleh blah hahahahaaaaaa

    ReplyDelete
  2. haha...tu r ade tak tukang kebun lain, amik gambar dieorang mcm ni ha....cm kurang kerje jek aku rase

    ReplyDelete
  3. aku kawin ko jd photographer aku eh?...hehe setakat ni 'reading and phrasing' dh jd kerja part time aku dikala sunyi dan dikala tiada teman utk berbicara, hargai masa yg ada dgn mak ko tu

    ReplyDelete
  4. haha...aishah, rindu lah tu kat mak die...hahahha

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D