Thursday, April 3, 2014

DBSB Siri 16 : Semarak Cinta Fatma dan Azrul


As salam,


Hai, kawan-kawan!



 
Saya ialah sepasang baju.


Pada 29 Mac 2014, tuan saya telah membawa saya bergantungan, berjalan-jalan. Amoi tempat kerja tuan saya sempat membebel, semasa dia hantar tuan saya ke bus stop dan ada adegan kejar-mengejar bas.

" You nak tukar baju tak? "

" You tak malu meh? Bawak baju macam ni"

Kerana takut tak sempat, tuan saya rela menebalkan muka bawa saya dan menggantungkan saya di tengah khalayak.

Saya pun tak pasti kenapa saya mempunyai tuan sebegini, siap amik gambar saya pulak, malu saya jadinya.



Namun, saya bertahan hinggalah bas yang saya naiki tu berhenti dan semua penumpang lain turun.




 



Oh, rupanya saya telah sampai di Perhentian Bas Kota Tinggi. Lain sungguh rupanya stesyen bas ni , dah cantik masa zaman sekolah dulu macam buruk, bisik hati tuan saya.

Hebat tak saya? dapat mendengar bisikan hati tuan saya.

Tuan saya mencari toilet, kerana nak tukar baju kerjanya , yang sudah berlecak bahagian armpit.

Terserempak dengan sekumpulan budak perempuan pakai baju batik,

Tuan saya, " Dik, toilet kat mana?"

Budak Perempuan berbaju batik ramah tamah, " Oh, akak naik tangga ni....bla bla..."

Tuan saya , " Oh, okay. SAKTI eh ?"

Budak Perempuan berbaju batik ramah tamah " Aah. Ehhh, akak tahuuuu , "

Tuan saya lantas berjalan nonong, malu mungkin , yelah alumni, tapi cam serba salah jek kalau budak-budak ni tahu. Tak tahulah, apa yang nak dimalukan, lagipun nampak tak tuan aku ni hampeh?

Bebudak ni bukan kenal pun tuan aku nih... hihiks  gelak kecil ku.






Gigih gantung ke hulu hilir tapi renyuk jugak .. nasiblah
Ni dalam toilet sekali masuk 30 sen, jangan berani fikir bagaimana tuan saya amik gambar saya ni.


Setelah kawan tuan saya  bersama suami dan emaknya yang baik hati jemput saya, kami  ke suatu tempat yang jauhnya ... sehingga sesat barat .
Namun, Alhamdulillah , kami selamat sampai di Felda Tunggal.


Oh, baru tahu rupanya tuan saya nak jumpa kawan-kawan dia ni. Baju macam sama warna, tapi pesen lain-lain





Siapa yang pakai kawan-kawan saya ni, bajunya labuh  sampai lutut. Lace dia pun lagi cantik dari saya punya.







Oh cikgu-cikgi yang pakai, baju kurung moden sopan ayu nih.
Si Nurul Izzah, jahitan kemas ,  upah baju dia paling mahal, RM190 dia tempah kau. Tempah di tukang jahit Cina di Muar.
Si Ikin, mak cik dia yang jahitkan.



Tuan saya pada mulanya nak jadikan saya   baju kurung moden  macam Nurul Izzah punya  , tapi bertukar fikiran. 
Si Ikin , katanya nak buat baju yang boleh pakai nanti, baju cikgu-cikgu katanya.





Siapa pulak yang berpegangan tangan nih. 
Sorang memilih jubah dress, tanya harga upah, dia cakap mak dia yang uruskan , dia tak tahu .
Sorang berkebaya upah termasuk sulam , RM60 kat Felda Air Tawar 5.



Oh, jangan risau. Diaorang straight.
Atul nak kahwin bulan 5 nih... nak sedih ke nak happy ni. Tuan saya tak pasti apa perasaan dia.
Si Zawani ni tengah tunggu kekasih hati masuk meminang . Bila lah tu?





Siapa pulak perut buncit ni ?
Kih kih.. Jangan maki saya please, saya hanyalah sepasang baju tak berdosa.
Upah jahit manik dengan lace ialah RM50 , dijahit oleh kawan sekolah tuan saya Sally.






Macam nak pergi Festival Filem tak  ?
Upah jahit dress RM80 di Kuala Lumpur.
Tengok ibu mengandung lebih bergaya dari anak dara. 

Nangis sedu-sedan tuan saya didalam hati.


Nisak , gaya wanita muslimah, penat cari kain satin berwarna pewter nak buat tudung, satu Pontian tak de .
Pergi kat Tewah Mines pun tak berapa ngam dengan warna pewter yang dia nak tu, tapi beli jugak , potong sendiri, hantar jahit tepi.
Dia yang bertanggungjawab beli kain 4 meter RM50 kat Tewah untuk kami semua.




Upah baju Nisak ni RM40 kat kampung dia , Sanglang,Pontian. Sebenarnya ada perincian manik kat baju dia ni, dia tutup dengan tudung .

Tuan saya  nak amik gambar , dia marah.



Tangisan tuan saya bersambung...



Yay, giliran saya!!! 

 Saya dilahirkan di sebuah kedai tukang jahit AniqAdzlina di RnR Pontian, ,
Saya dihantar bulan Januari , pertengahan bulan 3 baru saya sempurna.
Upah jahit RM70 , termasuk RM25 untuk jahit lace...
Saya dibuat dengan kemas dan mengikut 89% kehendak tuan saya, kain saya berpotongan maxi skirt, dan berpoket sembunyi.
Tuan saya tengok maxi skirt mahal sangat kat online shop, oleh itu dia berfikiran nanti dia boleh padankan skirt tu dengan baju lain.

Oh, ya tuan saya telah padankan saya dengan selendang yang ada lace sama dengan saya dari BY'U Scarf. Bila tah tuan saya nak update page tu.
Tuan saya mahu kelihatan seperti perempuan elegant ... Tapi, Ikin yang amik gambar ni, dia kata....







Maskulinnnya!

Nangis lagi  tuan saya nih...



Lap air mata, teruskan perjuangan.


Baiklah mari kita mulakan latihan bersama kawan-kawan yang lain.





Sebab kepala masing-masing dan cita rasa masing lain-lain, suka hati kaulah nak pakai tudung warna apa.


Oh, ini step pertama ye, duduk membelangkangkan audience



Cak!!!
Step kedua: Pusing sambal senyum manisss. Bagus  kawan-kawan tuan saya ni, dengar arahan.hihiks





Step ke 3;  Kepala tumbang, senget-senget sekali tukang amik gambar .




Step ke 4 ; tangan kanan angkat lurus, jari telunjuk tunjuk, dan pastikan lentik ye jari tuh... Yang tudung hijau tu angkat tangan kiri , tuan saya kata, ibu mengandung...  maafkan jelah dia.







Step ke 5 : Hembus nafas semerbak 
Eh, tuan saya masuk dah untuk step ni.





Step ke 6 ; Buat saranghae okay, seikhlas hati. Araso !




Step ke7 ; zaman sekolah tak de amik gambar persatuan untuk masuk majalah sekolah. Gigih lah amik gambar masa masing-masing dah tua nih.






Step ke 8 : kita ulang step ke-3 , nampak tak, tak de idea, rela bau ketiak masing-masing.




Step ke 9 ;  Pandang perut Seseng,  tahun lepas kawan tuan saya ni  kahwin, tahun ni ngandung dah, tak kisah, yang penting dia vogue..





Ok, finale kita buat macam ni . Badan ke depan ke belakang tangan maintain macam tu tau.


Bila  saya nak jumpa tunjang utama cerita ni?  kenapa saya tak jumpa-jumpa...

Tuan saya kata biasalah tu, back up harus lagi over ...







Memperkenalkan hero dan heroin kita 










Fatma Kareena dan Azrul Khan. 


Masa ni, Fatma cakap dengan official photographer dia, " Amiklah gambar diaorang ni"

Macam tulah heroin yang bagus, tak gila glamour, siap suruh amik gambar kawan-kawan yang menyibuk. 

Namun, apa yang berlaku sebelum itu, ialah.....

 Wujud pulak pelakon tambahan gila kuasa macam tuh..









Tapi , ada sorang pak cik tanya mak Seseng , ni dari kilang mana?
Oh my, Seseng sentap, punyalah vogue dengan dress dan beads dia kata kilang.
Tuan aku pun gelak , memanglah dia kerja kilang pun, Fatma dan Atul pun full time kerja kilang.




Masa ni majlis pelancaran,  photographer amik gambar.






" Ya, kami sungguh teruja kerana dijemput untuk ke majlis ini, kami harap Fatma Kareena tak melupakan kami, walaupun dah makin mem'besar' selepas ini "


Si Seseng tu nampak Shah Rukh Khan , tu yang dari jauh dah hulur tangan nak bersalam.








Antara poster-poster yang diambil, mula-mula saya dimasukkan dalam kain, tapi kawan-kawan tuan kata tak cantik, tu yang saya dikeluarkan.

Oh, mana hero-heroin? Poster memang biasa, hero heroin tak de, ni filem banyak cerita pasal pelakon back up jek.




Tuan saya kata,  sebab si Seseng , ibu mengandung, tapi dia nampak lagi vogue  tu yang dia block si Seseng tu.

Taktik keji di situ yek..






"Kya tum mujhe pyar karte ho ?"

 *
 
" Jawab kya hoga ?"

"Kabhi Haan Kabhi Naa"

 "Tum?!!!"
*


Fatma Kareena : Adakah awak cintakan saya ? 

 *bunyi cengkerik

 Fatma Kareena : Apakah jawapannya?
Azrul Khan :  Kadang Ya,  Kadang Tidak
 Fatma Kareena : Awak?!!! 

*Aksi cubit manja berlaku.





"Kahona Pyar Hai "
" Haan, zaroor. Dil Hai Tumhara ....Hamesha ."




Fatma Kareena : Katakan Kau Cinta Aku.
Azrul Khan : Ya, semestinya.Hatiku Milikmu..... Selamanya.




Mein tumse pyar karta hoon

Aku cinta padamu



 

Aap kyon soye ?
 mujhe nin arehihe

Azrul Khan : Kenapa awak tidur?
 Fatma Kareena : saya mengantuk






Hum Dil De Chuke Sanam 

Telah ku serahkan hatiku untukmu







Laki Seseng nampak adegan bawakan kasut isteri, dia cakap baru-baru kahwin memang macam tu,
Lama-lama... hmmm

Tapi, okaylah dia pun sweet apa, bawakan handbag isteri... haha


Sekarang , saya bagi tuan saya nak buat ucapan. Silakan.



 Ehem-ehem
Kami mengucapakan selamat berkasih sayang untuk kau Fatma ,
walaupun kitaorang buat kenduri kau macam kenduri sendiri, 






bedal kek kahwin kau, macam kek kahwin sendiri. Yang belakang tu siap jilat jempol.





Buat pelamin kau macam pelamin sendiri








Makan Kit Kat yang lekat kat kek kahwin kau atas kerusi bersanding kau. 
Aku cuma teringat Cik Lang kat Kami Histeria, kau tahukan aku pernah minat kat Fazura , sampai kau, Tubeng dan Nisak temankan aku tengok wayang  Bujang Terlajak , walaupun dah malam, sampai diaorang tidur dan cerita tu bukan best pun.




Tapi kitaorang sebenarnya bukan jahat sangat, kitaorang amik gambar satu dua jek dan behave masa OP amik kitaorang  dengan  kau ngan laki kau,
walaupun sebelum ni kitaorang beri tekananan kat kau, yang gambar kitaorang kena banyak dari gambar kau..

Siap kena marah dengan Official Photographer kau  cakap kitaorang kayu. eh, kayu ke kaku ke keras tah.
Yang membawa maksud yang sama.
Kiatorang praktis macam apa , tapi bila time nak amik gambar dengan OP jek.. 
kita jadi cam pelakon siapa tah , kayu.




Mungkin kitaorang sedih kau nak tinggalkan kitaorang. 
Tapi , kami tahu yang kau kena teruskan hidup untuk mengejar bahagia bersama orang yang kau sayang seperti yang diakui di  hari pertunangan kau.



Maafkan aku, merosakkan make up dan tudung kau, itu memang kepakaran aku sejak minggu lepas.



Bak kata Nisak, aku akan sentiasa ingat saat-saat first timer... saat kita berkenalan, saat kita kena marah dengan cikgu, saat kita tidur sekatil , saat kita bergaduh, saat kita marah ... walaupun aku tak ingat pun bila saat - saat pertama tu. 

Kami harap suami kau Azrul , dapat jaga kau dengan baik, kau pun pernah cakap, saat kali pertama jumpa dia, kau dapat rasa dia jodoh kau.

Semoga Azrul tidak terkejut dan dapat menerima kekepohan, kebisingan, kegilaan kitaorang bila kita bersama.






Kan, kita orang tak overshadow kau pun kan?
cume eyeshadow kau jek yang overshadow kau.
Sekian.


Tinggallah saya disimpan bersama baju-baju yang lain. Mereka juga ada pengalaman pergi ke majlis kahwin kawan-kawan tuan saya , ada satu baju tu belum ke mana-mana tapi dia cakap, akan  dipakai bulan Mei untuk kenduri Atul.


Tuan saya cakap,
Mereka  bahagia, Aku bahagia.


and here is the video on her solemnization and wedding  day. It's  so nice especially at the part which  the group of girls giving their speech...hahaha.... her brother made it.. for free I guess ...









Sumber bahasa hindustan

Wednesday, March 26, 2014

DBSB siri 15 : Kisah cinta Rafhana dan Khairi

As salam,


Baru masuk bulan ketiga tahun 2014, Malaysia ditimpa dengan berbagai-bagai isu dan berita sedih,kos hidup semakin  tinggi, kemarau, banjir, berita  kematian juga agak banyak, termasuk akibat pengaruh dadah di konsert. Tidak lupa, kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH 370. Baru kisah melibatkan Malaysia belum lagi penderitaan rakyat di Syria , Mesir dan yang tak akan berakhir di Palestin.

Namun, disebalik berita-berita duka cita, Alhamdulillah kita masih diberikan nyawa, untuk menikmati indahnya dunia dan diberi peluang untuk melaksanakan perintah Allah.

Dan salah seorang sahabat saya, Rafhana telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya, iatu mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Khairi.



Nak tahu macam mana mereka kenal?

Kalau tak silaplah, yang aku dengar...

Cik Ana cakap mereka berkenalan melalui Yahoo Massenger , dolu-dolu lahkan, ade siapa main mende lagi ni boleh diusahakan untuk dapat pasangan ya.

Dia cakap dia tak tahu macam mana si Khairi ni boleh ada dalam list contact dia.

Pastu ada lah mesej sampai, macam nak berkenalan lah gitu dari Khairi ni.
Tapi, sebenarnya bukan dari Khairi , tapi kawan dia.

Cik Ana tak layanlah kan, memula.

Lepastu si Khairi yang sebenar ni , minta maaf dan terangkan yang tu bukan dia tapi kawan dia.

Bermula daripada itulah , mereka ehem ehem...

Maka, dengan itu, silalah berterima kasih kepada kawan Khairi yang menyamar itu yek.





Cik Ana ketika majlis khatam Qura'n.
Malam terakhir bergelar anak dara..hehehe



Pagi-pagi masa hari nikah tu, sedikit syahdulah kan, tapi belum ada air mata yang menitis lagi.

Cik Ana ni anak bongsu, tinggal dia jek tak kahwin lagi. Abang dia paling sulong umur 48 tahun,
Jadi, dia agak manja lah kan dengan mak dan adik-beradik dia yang lain.

Seorang yang lemah lembut , sopan santun tidak sukar untuk jatuh kasih dengan dia ni.




Tengok cara dia layan emak dia , dia pakaikan bedak, gayakan tudung emak dia.




Dan puji, " Mak cantiklah."

 Okay, lap air mata sekarang.





Sayang emak....





Pernikahan berlaku cepat, sebab tok kadi ada nikahkan orang lain kat masjid tu jugak, tak sempat lafaz taklik semua, group pengantin lain kat sebelah nikah kat situ.

Dah kena buat sendiri-sendiri.

Cik Ana sempat kata kat aku,

"Apesal lah Khairi ni tak pakai stokin."

Huhu, sekarang  awak jagalah makan pakai dia ye cik ana.




Setelah bergelar Puan Rafhana.








Feeling apa tu Cik Puan Ana





Pengapit yang ala-ala, perlu ke wujud pengapit tu, tak de tak boleh eh.



Dan ini pengapit lelaki.
Amacam handsome tak? Semua complete, kereta, kerja, tak merokok ... apa lagi yang tak cukup?
Berminat?
Kalau berminat, pergi Lorong Haji Tubari, rumah pertama, cakap nak jumpa Munirah, sila serahkan resume anda lepastu dia akan forwardkan kat Tuan Haji Sofwan, 
Jika ahli lembaga pengarah, Puan Halimah, dan anak-anaknya setuju. Anda akan dipanggil untuk temuduga dan kalau diterima,
akan adalah kenduri kahwin lagi di Lorong Haji Tubari #LHT
Hehe..





Okeh, main-main jek. Dia adalah sepupu saya, Nurdin a.k.a Ojan .
 Kawan baik si Khairi ni, budak Sains Johor dan aku pernah sebelah katil dengan Cik Ana kat Sains Kota Tinggi.
Kecilkan dunia ni?  Tapi laut besar lah, kalau benda hilang , ermmm tak tahulah caner nak cari.
(baca : pencarianpesawatMH370)




Sebab kita tak da sponsor pakai jeklah baju maroon time majlis nikah tadi bawak ke petang ye. 
Beli kat instashop : Klaboapparel
Aku tak de gambar Cik Ana yang elok masa majlis sebab I kan sibukkk...sangatttt.
Pengapit tak de pengalaman gitulah tak cover gelak.

Apa yang aku sibukkan?




 Kemungkinan gambar terburuk abad ni, dok tepek bedak untuk muka seputih model aura white ke ibu putih.
Maafkan saya , Dr Halimah Hana melibatkan anda dalam hal ini.
Dr Hana ni kawan sekolah dulu, sekarang berkhidmat di Hospital Sultanah Aminah.
Sudah bertunang ye, dan InsyaAllah berkahwin tahun ni.
Jangan sedih ya, kalau ada yang nak berkenalan.



Aku bukan sibuk apa, men Joyah dengan bebudak ni jek ha... tak memasal kena duduk kat pelamin , kutip duit tol . Pastu memalu  kucing Bengal.
Yang tengah tu lagi suruh aku pass kan kad kahwin dia, tapi bagi sekali surat cukai , dah terbagi kat orang.
Maleww mak.



Esoknya, satu lagi majlis resepsi, kali ni belah lelaki yang diadakan di Dewan Jubli Intan.

Bersiapnya kat Hotel Mutiara .







Suka mak dengan kasut dia... 




Veil, masa ni belum iron lagi.
Pastu mak andam cakap kat aku,
"Awak pengapit kan?, Tolong gosok ni eh, tapi jangan panas sangat."
Dah namanya 'bridesMaid' kan haruslah buat, 
Nasib aku tak bagi lubang veil dia ni, sebab aku ni selalu buat  'hal' 

Masih buat 'hal' jugak , tapi hal lain lah kan..huhu.








Gelak-gelak ,dalam hati sedih lew tew, kawan baik dah kahwin.




Kasi  eksyen sikit..




 Nampak tak untungnya jadi raja sehari, best man pi buatkan...
*Promo : Jangan lupa hantar resume yekk..hihik




Yelah, dulu apa-apa kawan yang diharapkan, apa-apa semua kawan... sekarang dah ada bini..




Isteri pulak lahkan yang kerja nak betul-betulkan tie , jaga rambut semua.




 

Si suami pun actionlah betul-betulkan tudung, tapi yang tukang tiup-tiup tudung bagi tegak tu, tetap kerja perempuanlah kan.

 
Yang penting diaorang sweet , ye dak?





Pengantin yang cantik.


Patutnya ni kerja bridesmaid lah kan yang pakaikan stokin tak pun laki dia, tapi dia nak buat sendiri.
Buatlah cik kak oi.. Padahal memang aku tak offer diri pun nak pakaikan.



Cam cantik super duper hyper market kan? 
Okay, perempuan memang biasa puji sesama perempuan.
Mengutuk pun biasa...haha









Pengantin lelaki,  memang ada masalah nak bukak mata..huhu




Cik Ana pakai jam hantaran.
Tak selesa katanya tak pakai jam.




Pose-pose ni mak andam lah yang direct kan..




Memang tak pandai berlakon lah si Khairi ni.







Okeh , gambar skema, control macho dan ayu  memasing.


 They are married.. .. Good bye friends.


Yeah.....Newly-weds are annoying




Okeh, merosakkan tudung , make up  memang kerja pengapit (pada saat ini) ya.

 'Dia cam ala-ala, si lelaki nak bawak lari pengantin perempuan, si kawan pengantin perempuan tak nak lepaskan' punya pose.










 Ha , baju pengantin semua adalah hak milik pengantin uolls,
kelas tak, dari nikah, sanding belah perempuan, sanding belah  lelaki semua dia punya...
kecuali aksesori macam tiara ngan tengkolok tu mak andam punya lah , suit lelaki sewa.


Tetiba,  ada iklan bridesmaid konon-konon ni.
Siapa tak suka wedding woi, terutama teman baik yang kahwin.
Pastu first time kengkonon diberi kepercayaan jadik tukang kipas kan... ala-ala teruja lah.


 

 Kita pun pakailah dress berpoket ni , suka dengan kualiti material dan design dia, sejak dia promo tahun lepas aku dah aim nak dapat satu , duit tabung ku pejam mata pi guna buat beli nih
Aku tengok macam ayu jek model pakai kan...sekali aku pakai tak ayu pun.... *nangis
shawl satin kengkokon nak menambahkan effect keayuan ..phuiii
Dress : Love to dress



Pinjamlah bunga cik ana fefeeling sekejap.





Dear Cik Ana,

my lovely friend, you are beautiful inside out and whoever know you is hardly not to fall in love with your gracefulness and your smile.
Khairi is so lucky  to have you as his wife and I hope he will take care of you as good as your mom did (huhu, can't compare, parents is the best)

I wish both of you and your future children will live happily ever after till jannah.

From your lovely-cute-adorable friend,
Mun


Nampak tak dia punya ikhlas sampai tulis orang putih.




By the way, I made the bride snap my ootd's .. haha