INSTAGRAM

Thursday, September 19, 2013

DBSB siri 13 : Cinta bersatu Fienaz dan Andy


As salam,

sambungan   DBSB : siri 13 : Andy terima nikah Fienaz

Pada 31 Ogos 2013 yang lepas, ketika semua rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-56, sepasang manusia yang sedang hangat bercinta melangsungkan pernikahan di Felcra Sungai Ara.

Si dara (ketika itu) yang diberi nama oleh ibu dan bapa nya Syaidatul Shafinaz namun kawan-kawan nya telah memberi nama lain kepadanya iaitu Seseng dan si lelaki nama sebenar Arifen kot, penulis malas nak tanya , nama gelaran ialah Andy.  Camna masing-masing boleh dapat nama gelaran tu tidak pulak penulis ni rajin nak  siasat dan taip.


Percintaan mereka, adalah cinta pandang pertama, seperti apa yang dilaporkan teman baiknya, Nisak Ahmad. Lalu Nisak Ahmad memberitahu rakan-rakan yang lain, agak panjang ceritanya, tapi bila penulis mahu taip, hilang sudah isinya.

Apa yang penulis ingat tentang majlis kahwin itu ialah Makanan nya. Ya Ampun, sedapnyaaaaa....


Sarapan pagi kami, pada hari persandingan ialah roti canai . Tukang tebar menurut pengantin ialah baya-baya penulis , sanggup duduk di kampung Felcra Sg Ara itu, untuk menjaga ibu dan ayahnya dan membuat keputusan untuk buat perniagaan roti canai. Masih bujang , kata Seseng. Eh.

Sebab , fikir kalau kat kedai kena bayar , tapi kenduri kawan sendiri free, penulis amiklah 2 keping, tapi separuh share dengan kawan penulis , si Imod gonjeng, sibuk.

Dan minum nescafe ...aumm...

Ada roti kosong, roti telur, roti sardin dan roti tampal. 
Penulis pada awalnya juga confuse nak ambil yang mana satu, free kannn, tapi segan pulak, nampak dek orang kampung dan tukang tebar roti canai  , jatuh saham.


Roti tampal , first time penulis makan , kari dia pun fuiyohhhhhh.. *telan air liuq





Lihat telur kuning dia...Lelehhhh...


Makanan utama dia, untuk hari kenduri kahwin tu ialah nasi ayam, dan katanya masih di hari raya, ada lontong disediakan...  walaupun begitu, rasa dia memang serius tak tipu sedap gila, untung orang Felcra sungai Ara, tukang masak , A Class.









Segala-galanya sedap, bak kata Cikgu Ekin , sahabat penulis yang paling payah nak jumpa, sambal tumis dia pun sedap gila. Tapi , penulis tak rasa, baru lahap roti canai pagi tu , 2 jam lepas tu sumbat lagi makan, tahulah freekan.... dah lah kepoh, orang kendarat pun naik kenal dah.






Tapi, yang paling penulis jakun tahap orang dah biasa dengan ladang nanas jakun tengok sawah padi ialah jambu batu ni dia hiris , pastu dia gaul dengan asam kulit limau yang dikisar. Perghhh, sedap giles, patut lah mak penulis ada beli asam kulit limau, tu suruh kisar, tapi si penulis pi makan sambil tengok tv sampai habis.








Okeh, penulis berazam, nak beli jambu dengan asam kulit limau lepas ni , doakanlah supaya penulis berjaya, dan tak lahap habiskan jambu sebijik-sebijik ngan asam tu pi telan.

walaupun, mendapat review yang sedap tentang makanan ni, penulis berjaya menahan tangannya dari amik banyak, bagi menjaga muka  , al maklumlah ramai orang.




kire betui tak pakar pemakanan dan ahli kesihatan sekalian, karbohidrat (nasi) 1/4 pingan,  macam tak sampai jek hihik, protein (ayam) 1/4 , Sayur-sayuran dan buah-buahan (1/2). #tipsramping #tipskurus #tipsmaintainberatbadan #gayahidupsihat #ayam #buahjambu #jambubatu #nasiayam 
(letak hastag banyak ko hingat berguna kat sini?!)



Serius, lazat, sambal dia pun fuhhh.... anda semua nampak tak air di bahagian bawah pinggan tu. Nak tahu air apa?






Air liur korang. Bahahahahahhahahahahaha.

Tak kelakar?. Ok.



Hantaran Pengantin mengunakan fresh flower okeh, Curlas tak Kelas ?! huhu



Sebahagian hantaran untuk pihak lelaki.



Fatihatul nabila (atul) bersama hantaran Syaidatul Syafinaz. Memangnya zaman kamu lahir nama ada Tul memang intrend ke camne? 




Cerita tentang pembawa dulang hantaran  panjang sikitlah ceritanya, ya, maklum lah ada 7 orang yang terlibat. lepas tu si penulis paling terlibat, publisiti lebih sikit lah ye.




okeh kite ade 3 kumpulan kat sini, dari kiri diri kumpulan biru, kanan kumpulan pink
bawah kumpulan 3 warna, yang biru langit, tu dia ketua dayang, , yang dua orang tepi dia tu timbalan dengan naib ketua dayang.

Tubeng, kemain sekarang pakai tudung ada awning keras , tidak risau masalah tudung bengkok lagi! Ijah si ketua dayang , kenapa dia ketua, sebab dia ada Galaxy Note 2 ngan Galaxy mega , pastu bebudak ni amik gajet dia buat main game, dan amik gambar. Dia tengok jek, nampak tak ketokohan dia? hihik
Si Ekin , cikgu yang begitu sopan, bagi blowing kiss, eh, flying kiss lagi.





Sebenarnya tiga-tiga ni ada latar belakang cikgu, si Tubeng ni bekas cikgu sekolah rendah untuk berapa  minggu entah , si Ijah Demo/lab instructor kat UPM , mak pak dan mak cik dia pun cikgu, si Ekin ni cikgu sekolah menengah dulu, sekarang cikgu matrik Banting, korang tengok gaya dia orang ni, sesuai tak dengan tempat diaorang ngajar tu?





Yang kumpulan pink ni dianggotai oleh Nisak dan Atul. Si Nisak ni biasa jadi model untuk fashionlabel dia AmalNisa. Selendang dia pakai tu dari situlah.




Jadi gaya, mereka ni gaya model muslimah lah kan. Si Atul ni pun suka bergambar kena lah tu.


Kumpulan biru ehem-ehem , memperkenalkan ahli kumpulannya ehem-ehem, dengan Fatma a.k.a Imod

Our wedding picture. 
Tak bukan, penulis cuma membantu si Imod ni praktis untuk gambar kahwin dia nanti. Dan , masing-masing memang tak reti nak alihkan tripod tu. Memang sengaja nak buat props. Shawl penulis ialah dari koleksi Indah Shawl By'u scarf







Konon mereka nak tunjuk lah kita punya kain mermaid skirt .

Baju mereka iaitu fishtail peplum (Peplum ekor ikan) dan mermaid skirt (skirt duyong)  semua kecuali ketua dayang, telah dicari oleh Nisak dan Tubeng di Kenanga Whole city Mall, Disebabkan diaorang jual secara borong , kena beli banyak baru dapat murah, tapi menurut mereka, nak beli baju ni dengan harga murah pun payah, kena rayu-rayu. Penjual tu bagi harga 96 hinggit sepasang tapi kena beli lain colour atau lain size. Yang kelakarnya saiz kecik ke besar, kain kitaorang semua labuh, gedoboh, kena lipat banyak kali.


Disebabkan pengantin make up lama gila, dan kitaorang sampai, bagi mengisi masa lapang, kita teruskon hobi memasing dengan bergambar.

Rumah Seseng bahagian depan dia masih mengekalkan rumah asal Felcra. Jadi kira bebudak yang datang masing-masing, tak de tingkap Adabi. Jadi kita gunalah tingkap ni buat prop Iklan Hari raya. Ada ciri-ciri boleh join mesyuarat tingkap nih.































Inilah tugas kita yang sebenar, bawak pangku hantaran. Imod pi curi tulang.hihik.



Ijah comel bawak jenjalan sampai Endau. Wo ai ni , Ijah nanti mu beli gajet baru, Galaxy Note ngan Mega kalau tak nak dah, bagi kat aku eh.






Bunga tangan Seseng jugak adalah sejenis bunga segar, ya rakan-rakan. 







Ni yang ditunggu-tunggu!  Mempersembahkan... Seseng!




Actually, she looks prettier than this picture on that day, Eh, why I wrote in English? 
Motip betul penulis nih, Seseng kurus setelah bertahun tak jumpa, dia bagi #tipperutkempis #tipskempiskanperut #tipsuntukperutbuncit , minum air masak sahaja, jangan minum air lain termasuk air buah. Mungkin dia maksudkan air buah yang bergula.



Andy, sedang ketaq lutut keh keh... nampak tak vibrate heh. Steady bro, sekali lafaz je kannn..









Penulis tertanya-tanya apakah perasaan duduk sebagai gadis yang bakal dinikahkan dan beberapa detik selepas itu  bertukar status menjadi isteri.








Baju Seseng adalah ditempah, dia cari kain sekali dengan suami dia, pilih design, dan suruh orang jahit. Kemain seseng sekebun cinta nan berbunga betul temanya.



Selendang pulak dia tempah online dari Penang katanya. Pilih design, orang tu buat. Si Seseng dia cakap semua dia buat online, sebab dia kat KL, kenduri kat Johor, jadi banyaknya dia buat online lah semua.
Link ? Penulis malas.




babak sebak, yelah anak sulung, satu-satunya perempuan, adik beradik 2 orang jek pulak tuh, alololo sian dia.


korang kalau nak kahwin nanti, kena rehearsal nangis sekali, praktis betul-betul bagi ayu, belajar ngan Nora Danish , ke Fasha Sandha..



 Shila Amzah pun bolehlah. Eh.




Gitu, perkahwinan didatangkan sekali dengan tanggungjawab ye.




 

Dah kahwin dah, nampak betul randomnya, manusia-manusia posing kat belakang, cikgu Ekin lagi terpana terus di disitu menyaksikan pasangan pengantin.








Masa sanding penulis dan rakan-rakan tak sempat tunggu, masing-masing nak balik , sebab jauh perjalanannnya. Jadi , tak dapatlah nak bergambar sakan dekat pelamin dengan pengantin, kek pengantin pun tak tengok, sedap ke idok pun dop tahu.



Bunga manggar dia, pun penulis jakun tak pernah jumpa macam ni, zaman kanak-kanak yang kilat-kilat cucuk kat betik ke nenas,  tu buat main pedang.




Eh , cik ana pun ada tau, ngan anak buah dia, alah tomeinya.




Seingat penulis  Tunku Jalil  tak da kat situ , apesal tak tengok kamera huh?





Bergambarlah kita dekat photobooth, tak biasa lah pesen orang sekarang ni kahwin.









 

Buku guest book ni ala-ala kenangan lah kan, kang time merajuk laki bini, boleh tengok guest book ni, tengok ucapan kawan-kawan, tengok tulisan masing-masing berubah ke idok dari zaman sekolah sampai la ni.


Nak compare tulisan zaman sekolah , boleh korek treasure box, kad raya , ucapan sebelum PMR , ucapan sebelum SPM, ha itu jelah.



 Lega anak Pak Masrom , dua-dua anak dia dah kahwin tahun ni, hehe.. Seseng ngan Sarman ni classmate masa Form1 -Form2 , Kelas Nilam,  nama ayah dia orang sama. huhu

 Yang lain tu budak-budak nilam lain yang punya, kalau nak mengimbau kenangan lalu, tengok lah balik , ada tulis cita-cita, tapi sekarang jauh bidang nya .




Abaikan kamera polaroid ke hape, dulu  nak sangat ada kamera, tapi tak mampu nak beli, beli lah yang ni, sampai sekarang tak tahu apa lah yang penulis amik gune kamera nih. 
Tulisan rapat-rapat ni dulu ko hingat trendy sangat lah...herghh

Okay, baru teringat, Seseng dulu minat Owen... Masih relevan lagi kah untuk meminati Owen... okay-okay, jangan maki aku.





Baju penulis pakai ni ramai yang kata lawa (ramai merujuk kepada 2 orang) ,beli kat Pandan , Hijrah Couture , bukak booth kat situ masa ramadhon , baju siap, saiz M lengan senteng, bahu lebih, saiz S jangan cakap lah dia punya senteng camna, dia punya renda sebenarnya paras tingkat atas tu, yang 2 tingkat kat bawah tu penulis edit.  Tudung bawal lace beli kat Aeon brand Kangaroo.





Sebenarnya, I slouch too much (nak cakap penulis lagi tinggi dari Imod), sungguh darjah 6,  Imod buat peace sign dekat kepala orang. Tengok pelamin dia ada sayap-sayap ko.








Jumpa dengan cikgu harliana, cikgu sekolah kami, cikgu math dan Bio penulis, dia kahwin dengan sepupu seseng, jadi dia sedara dengan Sesenglah, nasib Seseng tu dulu favorite dia time sekolah, kalau penulis ni hampeh. Penulis biasalah ngan cikgu-cikgu ni mana kamcing sangat, tu yang pejam mata bila jumpa tuh.


 Sebab tambahan apesal tak berapa nak kamcing , rewind tahun 2002


 ... kertas latihan math penulis hilang, pastu penulis beritahu cikgu, seingat penulis cikgu, tak bagi kertas baru ke camna, dia suruh usaha sendiri penulis rasa, pastu si penulis amik usaha mudah,  photostat kertas Nisak (student favorite hehehe) , tapi Nisak dah buat , semua orang dah buat rasanya time tu, kertas latihan bulatkan jawapan,  Kesian kan kat penulis , patutlah math asyik kantoi jek. Ampunkan penulis cikgu.



Awat Atul tudung mu begitu?

credit : official photographer  from Batu Pahat Hatta Awang Photography

Apa pun, Seseng bahagia, kami bahagia.


Penulis bajet nak jadi macam wartawan kat majalah ke surat khabar, tapi malas nak buat homework, boleh jek nak hentam fakta, tapi kan nanti dosa, selalu sebenarnya salah fakta hikhik, dosa dulu (termasuk sakitkan hati cikgu) pun dah banyak. Muehehehe #ketawainsaf.


*update : Facebook page , Seseng tempah untuk selendang dia Izyanty collection

4 comments:

  1. Cantiknya pelamin dia...


    p/s : asam kulit limau tu yang ade jual paket2 2.20 tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai , Izan... selalu beli yang timbang2, 100g kat p.mlm 2 hinggit

      Delete
  2. terhibur aku baca...huhuhuhuhu...part yg ko fotostat aku nye latihan math serius x ingat...huhuhuhuhu

    nisak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, nisak time kasih, ... sebab puji, time kasih bagi kertas latihan utk aku photostat, buat aku kene marah, buat aku tulis kat buku, dan buat kenangan selepas 11 tahun :)

      Delete

terima kasih sudi baca :D