Showing posts with label favorite things. Show all posts
Showing posts with label favorite things. Show all posts

Saturday, August 7, 2021

Menu Pengorbanan ; Daging Dendeng

As Salam, 

Selamat Hari Raya Haji untuk yang tak dapat pergi Haji lagi, yang dah pergi Haji tu, aku jealous. Tak nak wish. Haha.

Tahun lepas punya raya haji, aku pergi Haji Lane. Pakai elok sikitlah. Tahun ni punya raya haji, tudung pun tak pakai, tak de lah OOTD raya, makan nasi dan lauk daging masak sendiri. Temanya; biar tak de ootd, janji perut happy.

Gurau je; macam mana raya haji engkorang tahun ni. Dah boleh adapt belum, tahun lepas kan dah training, raya aidilfitri hari tu patut dah kebal sikit.

Raya kali ni kalis air mata patutnya. Kih kih kih

Jangan menyumpah aku, raya kan? chill la🤪

Sehari sebelum raya, aku rasa nak masak lah sesuatu kan, sebab owner rumah aku ni kata dia nak masak, aku macam segan lah kalau dia bagi aku makan je.

Lagipun, sendu juga aku kalau raya tak de lauk rasa Malaysia walaupun, aku punya masakan hauk, tapi nak jugak lah feeling pandai masak 🤪

Resepi ni aku belajar daripada member aku Nisak.

Aku suka resepi ni sebab bahan dia senang. Faktor utama resepi yang aku akan ikut ialah sedap, bahan sikit dan penyediaan yang senang.

Ketiga-tiga faktor ini perlu seiring. Baru aku akan buat. Cuma, menu ni kena consider tahap kelecehan untuk proses penyediaannya.

Kalau tuan bijak bestari, apakah proses yang leceh itu?



Nak cerita lah juga, first time pergi pasar basah kat sini. Misi mencari daging halal, bila masuk pasar rasa excitednya, lepas rindu sikit kat Malaysia. #walaupun


 Cari lah sekali bawang, halia dan lada kering bagai.

Bahan yang digunakan semua aku baru beli untuk ni, kira kalau kat rumah orang Melayu conventional , rata-rata memang ada lah benda ni.


Berkecak gak ketiak dah setahun lebih tak masak oi (selain masak maggi dan masak air).

Semalas-malas aku, aku mesti  guna lada kering kalau nak masak, tumis sampai naik minyak , bukan pakai cili boh beli siap kat kedai. Pasal aku pernah sekali beli yang kat kedai, pasal aku rasa leceh gila nak tumis lada ni, tapi rasa dia tak sedap langsung. Kalau kat rumah, mak aku suruh buat lada ni, gila bencinta (selain potong bawang merah). Tu yang aku gagahkan juga buat ni. Tahu pun kau bila duduk merantau, reti pulak kau buat apa yang mak kau ngajor.

Dengan mak kau, kerja menjawab je.


Tumis lah sampai ketibas, bubuh lah minyak sampai garing. Kacau sampai jenuh. Boleh buat stok nanti bubuh dalam peti sejuk. Nanti nak masak menu lain, guna je, tak payah tumis lama-lama lagi.



Kesilapan aku ialah pasal potongan daging, aku suruh orang jual tu potong dadu.. Aku kan tak cukup pengalaman. Selalu daging dah memang ada tersedia kat rumah.


 Bila daging ini direbus, dia mengecut jadi kecil, buatkan aku rasa susah nak potong ikut saiz dan urat yang aku nak. Ke memang aku yang tak pandai buat dia?


Kesilapan pertama membawa kepada potongan daging aku jadi tebal.




 Aku expect nanti, bila aku tumbuk dia jadi nipis.



Alas lah dengan kain. Dalam kes ni , seluar jeans aku jadi korban. Yelah, takut kena complain dengan rumah bawah. Bergegar satu flat. 🤭😁




Lepas dah siap tumbuk, gaul dengan kicap , bubuh kicap ikut perasaan, campur buh situ kicap masin dengan kicap manis.



Lepas dah gaul dengan kicap , goreng kejap. Bila dah goreng, jadi tebal balik ek ko. Rasa sia-sia tenaga aku tumbuk tadi.

Goreng ni bagi dia tak hancur sangat pasal dia tumbuk tadi kan, ada jenis daging yang lembut sangat dia berderai (paham sendirilah, aku punya tatabahasa memang out)

Dalam kes aku ni daging ni biasa je, jenis tak lembut sangat.


Kemudian, ini lah masa kita tumis barang kisar sampai wangi, sampai garing, buh daging, buh kicap , buh garam sesedap rasa. Masak lah dia sampai dapat rupa, tekstur dan rasa yang kita mahukan.





Beginilah dia hidangan raya daku, nasi yang dikukus menggunakan beras yang dibawa dari Johor, serunding yang ditapau dari peti sejuk kat rumah mak dan daging raya korban berdarah. 



Sekali bila siap masak, daging aku liat daaaa, kawan aku kata sebab aku potong tebal. 
Boleh lah makan, tapi untuk manusia yang bergigi kuat dan sihat je lah. Hahaha.



Yang penting rasa sedap cukup, cuma daging liat jelah. Maklumlah tak pro potong daging. 



Sebab potong kau lah, aku punya kulit terluka auchh


Ni lemang beli kat Marsiling, nasib baik rasa dia boleh tahan. Beli buat ada-ada.



Gitu lah dia, siapa tak pernah kena pisau, tak pernah masak lah tu. #jangankecamsis





Tengok jari ni, bila lah nak sarung cincin. Eh, Tibahhh😂🤪


Friday, April 23, 2021

I Phone 12 mini di tahun 2021



 As Salam,

Aku ingat aku pilih kehidupan yang sudah cukup rutin. Aku tak suka tiba-tiba dalam pekerjaan. 

Tiba-tiba ada masalah, tiba-tiba ada perubahan.

Ha, mulalah gelabah.

Tapi, aku suka juga kehidupan aku yang full of surprise. Penuh kejutan.

Selalu reaksi aku akan blur blur ayam.

Tapi, selepas satu ketika, aku bersyukur melalui beberapa siri kejutan tu.

Sebagai contoh;

Covid-19 yang korang pada mulanya pun terkezut sampai sekarang pun terkezzuttt tak boleh jangka kesudahannya.

Aku pun tak terkecuali, post post sebelum ni pun aku ada mengadu domba.

Mac 2020: stuck kat Malaysia.

Mei 2020-April 2021: stuck di Singapura.

Dan terbaru handphone aku yang aku setia selama ini mati tiba-tiba tanpa bagi kata-kata akhir

Apa ni Xperia, setelah bertahun-tahun aku setia, dan kau pergi begitu sahaja?!

Walaupun sebelum ni, dengan kau asyik panas je, baru ambil gambar beberapa keping dah naik suhu.

Baru amik video beberapa minit dah demam.

Siri Xperia, aku macam-macam, yang hilang lain, yang masuk air lain, yang masuk jamban lain.

Adakah ini tanda yang aku perlu ucapkan final good bye kepada brand yang aku pertahankan sekian lama, Sony Xperia

Bila difikirkan aku memang lama sangat sangat nak Iphone, tapi dek harga nya yang memang diluar kemampuan golongan B40 macam aku.

Ada post aku gigih sangat nak menang Iphone zaman Iphone 3 ke 4 ntah, malas ar nak gali, zaman-zaman blog tengah hangat. Sanggup buat entri banyak-banyak. Tapi, hadiah yang ditawarkan cuma sebiji iPhone je. 

Haruslah aku tak menang. Ceh.

 Haiii lah . Aku bayangkan jika suatu hari aku ditakdirkan beli iPhone mestilah di hari aku paling bersedia, tempat istimewa, seperti floating Apple store Marina Bay Sands, ia mestilah full spec paling optimum, mesti juga nombor siri keluaran yang ganjil , 13 ke? 

Satu pencapaian ya kalau dapat beli Iphone untuk aku. 

Korang budak darjah 5 yang pakai Iphone mak pak belikan apa tahu erti pencapaian?


Walaupun selama ni kawan-kawan selalu dok racun  suruh beli phone baru, aku pertahankan je Xperia aku tu.

“Jangan kata kat handphone aku , nanti dia merajuk”

Tapi satu kali tu, aku rasa nak balik kampung ni macam mana aku nak berfoto di pagi aildilfitri  selepas tahun lepas raya sendu di hotel, kalau kamera aku lekeh, tak sharp dok asyik temperature naik jek, aku jadi tak dok mood lah kan.

Tapi, aku lawan perasaan tu, sebab aku kena sedar diri dan memang akan kena pakai duit untuk bulan ni dan bulan seterusnya

Hari tu dah bayar untuk PCA, bayar deposit bilik sewa, nak balik raya lagi, elaun dah tak de, kena start bayar bilik sendiri so, aku memang tak boleh belanja sesuka hati.

Tapi, takdir Allah mengatasi segalanya, dalam masa aku menidakkananya, handphone aku terasa hati, dan mematikan diri. Tiba-tiba.




Ya ampun jijik betul aku tengok cover Xperia ni, boleh pulak aku kondifen pakai ke hulur hilir selama ni.
Ehem, jijik bukan sebab ada yang baru yerr

Dengan itu.......

Aku ditakdirkan beli iPhone 12 mini sajorr di Causeway mall , reseller biasa dan dalam keadaan tergesa-gesa.

Dengan bajet yang terhad dan warna biru je yang tinggal, jadi aku tak de pilihan, bagus juga tak de pilihan ni, kerana kau tak payah pening kepala sebab itu je pun yang ada. 

haha

Terimalah gambar selfie pertama dari iPhone 12 mini, pada 20 April 2021.

Kemain jujur ya sampai nampak semua lobang dan kedutan. #bukan30an #takmengakuihakikat

Setakat ini aku masih kekok lagi nak guna handphone ni, sebab aku rasa Xperia/android lagi senang. Jadi sebagai nubis , aku suka pada saiz dia yang ngam dengan lifestyle aku yang asal boleh ni, suka selit merata, tak suka pegang handphone gedabak, walaupun tangan gemok. Kamera yang tak ‘fake’ *cough Oppo uhuk  ooops.

To gain something, you must lost something.

Untuk memiliki Iphone ni, aku kehilangan Xperia aku dan semestinya duit dalam akaun. Terbang.


Ya perlu ya gambar sebegini untuk pengguna Ipong

Nota kaki: Entri ini diterbitkan menggunakan iPhone 12 mini. 

Disclaimer : Perlu ya nota kaki di atas bagi tujuan rekod.😂 Baru dapat beli Iphone dah excited ko main err, selama ni orang update beli rumah kereta kat medsos, kemain kau ngata ya🤣🤪 

Nota kaki 2: Jangan lupa bayar zakat fitrah ya😁



Sunday, September 20, 2020

Cas Bateri di Karva Salon, Muslimah salon di Singapura

As Salam, 


Setelah pampering(or torturing) session kat klinik gigi, aku pun dah tak tahan dengan masalah rambut aku, last pergi salon Mac, sebelum PKP. 

Aku pun kena fikir 3 purnama nak pergi ke tak tempat yang pampering diri ni bila guna dollar ni. 

Mengenangkan harga kat Malaysia, aku boleh dapat lagi murah,disebabkan lebih banyak pilihan. 

Sebagai contoh; aku Google 'salon muslimah Singapore'

Jadi dia keluar mestilah real Salon. Tapi, aku bersyukur, ada juga offer tempat yang muslimah friendly kat sini,walaupun limited. 


Kalau kat Johor, kau jalan-jalan, agak senanglah jumpa salon atau orang kata kedai gunting rambut yang ladies only atau muslimah ni. Pernah aku pergi KSL, kedai gunting rambut cina pun offer tempat tertutup untuk muslimah.

Walaupun kat Johor aku tak pernah pergi salon mahal. Aku pun baru berjinak pergi salon sekitar akhir tahun lepas, jadi adalah 3 kali aku pergi salon. 


Dulu, aku rasa tak logik nak pergi basuh rambut kat salon, kan boleh basuh sendiri. Lepastu, gunting rambut, aku pun pernah gunting rambut kat salon, pastu buruk,  baik aku gunting sendiri  lagi helok. 

Sejak tu, aku tak pergi kedai gunting atau salon, sehinggalah tahun lepas aku baru balik kerja malam, macam saja nak manjakan diri orang syampu kepala aku, lalu aku terpesona dengan orang yang serve aku tu walaupun kedai biasa je bukan salon gah. Lepas tu, terus jatuh hati nak pergi salon. 

Amazing gila lepas pergi salon masa tu, kelemumur dan rambut gugur kurang. Aku ada post pasal masalah kelemumur aku kat post  ini ; Penyelesaian Masalah Kelemumur 

Tapi, tak berani nak pergi salon mahal, tengok ngok harga gunting rambut pun buat akak terpelanting dik. amboi sejak bila gelarkan diri kau akak... kihkihkih 


Tapi, kat sini aku pejamkan mata, sebab rambut aku dah macam dilanda garuda, aku perlukan scrub, lagipun ada promo dan lokasi dia dekat. 

Carian Google menemukan aku dengan Karva Salon @KarvaSg di Northpoint.

Alhamdulillah, layanan semua baik, stylist yang serve aku dua-dua orang Malaysia. Satu kampung nya di Benut. 

Dia lagilah, 3 anak terpaksa tinggalkan kat Johor. 

Ramai yang terpaksa berkorban demi rezeki. 

Semoga semua tabah. Covid-19 bila nak habis, nak masuk 2021 dah ni. 

Lagipun, sekali je bukan selalu. 

Lagipun untuk kewarasan mental dan hadiah untuk diri sendiri. 

Lagipun supportlah industri orang muslim, pekerja dia pun ramai orang Malaysia. 


Amboi, dia punya nak pujuk hati sebab dah melayang $118... luls


" Kalau pergi Karva ni, dah kira gah sis.Karva kan mahal, orang Singapore pun pergi bawah blok je" 

#kateko😂

Tapi, okay lah, lepas scrub semua, kurang kelemumur dan rambut gugur, lega sikit kepala dah gunting rambut. 

Tu lah pasal aku suka benda-benda gini, ada harga untuk dibayar. 

Nak tunggu jadi Tai Tai lambetttt lagi. 

Terpaksalah korek duit tabung nak feelingggg. 

Btw, Karva Salon ada satu cawangan kat Malaysia. Nora Danish punya.

Kbai. 

Saturday, September 19, 2020

Cas Bateri di Klinik Gigi a. k. a self love

As Salam,

Apakah makna self love; selalu orang kaitkan self love dengan aktiviti pampering seperti facial, manicure and pedicure, salon, spa massage, dan sebagainya.


Aku suka aku duduk, pastu org servis... feeling kau ini Tai Tai

Feeling pampered ini pada aku termasuklah pergi jumpa dentist. 

Tak pelikkan? 😂

Aku enjoy pergi dentist.

Aku suka duduk, baring, nganga mulut, lepastu dentist dok cuci gigi.

Kalau dapat dentist yang baik hati, cakap lemah lembut... perghhhh lagilah. Bonus. 

Walaupun gigi kau haukkk, berkerak, dan penuh tahi gigi. 


Respect to the dentist all over the world, u are willing to do this job (highest salute to the government dentist) 


Well, that all come with the big fat cheque. 

Hehe. 


Bila dah ter'hijrah' kat Singapura ni kau tahulah, dia punya charge rata-rata pun jadi 3 kali ganda. 

Nasiblah company boleh bagi claim untuk dental.

Kalau kat Malaysia, dengan harga sama aku boleh buat whitening scaling, borong ubat gigi siap. 

Tapi, terimalah hakikat kau duduk di Singapura buat sementara ni. #tolonglahsementara

Jadi, aku pun cuba satu klinik gigi ni, kawan aku pun recommend dan dekat dengan HDB flat tempat aku duduk. 

Kawan aku buat implant kat situ, satu gigi $3000. 

My goodness. 

Aku pun ushar harga kat situ sebelum pergi. Kan over budget pulak. 

Gigi aku pun  dah lama tak servis. 


Orang-orang yang rapat dengan aku tahu aku ada masalah gusi berdarah sejak aku kecil. 

Aku rasa sejak sekolah rendah. 

Aku gosok gigi confirm berdarah. 

Aku bercakap, alih-alih orang tegur gigi aku berdarah. 

Aku bangun tidur, gusi aku berdarah. 

Aku makan apple, berdarah. 

Aku anggap aku punya masalah tu memang tak dapat nak baik, dan aku redha. 

Ada doktor suruh aku kumur air garam dan suruh floss. 

Aku agak konsisten jumpa doktor gigi dalam setahun aku jumpa 2 kali, kalau tengah bajet tak de, aku jumpa kat klinik kerajaan je. Tapi, sejak tahun lepas, aku dah pandai guna claim company aku pergi klinik swasta. 

Okay, aku pun pergi klinik yang kawan aku recommend ni, Casa Dental @Admiralty aku nak scaling, lepastu kalau ada masalah doktor ni beritahu aku. 

Dia cek gigi aku, ada 2 yang ada cavities, biasalah mesti gigi geraham belakang tu. 

Dia scaling bersihkan gigi aku. 


Pastu kumur, ada banyak darah. 

Aku dah biasa. 


"so much blood" kata doktor tu. 

Lepas scaling tu, dia suruh aku pegang cermin. dan tunjuk demo macam mana nak floss gigi. 

"Look you can see the gum, should be here (tunjuk gusi aku sepatutnya penuhkan ruang gigi aku,  ada gap) , but if you don't floss (calculus) make the gum recessed and your teeth will loose"


ada yang geli ke? 
Haha. 
Ini contoh lah aku amik kat Instagram, sebelum dan selepas scaling. 
Bagaimana calculus/tartar/karang gigi akibat sisa makanann dah calcified . Bila jadi macam ni, dua tak boleh disingkirkan dengan berus gigi dah. Kena jumpa dentist bersihkan. Kalau makin lama dia amik tempat gusi, dan gusi pun turun, tu yang ada orang bila bersihkan calculus tu, gigi jadi goyang pulak.  Tu yang kena jumpa dentist setiap 6 bulan. 

Aku dah pernah kena demo macam ni, masa aku sekolah juga, mak aku bawa aku gi klinik kat Pontian. 

Doktor kat klinik gigi Pontian tu cakap aku ada penyakit malas. 

Sebab tak floss. kui kui kui 




Okay, sambung. 

Aku cakap kat Doktor tu, 

"I have this problem since primary school" 

Respon agak pessimist yang gusi aku ni boleh baik.  

"Do you floss?" 

"On off" 

"You must floss every night, in one month, sure there is no bleeding anymore" 



Okayyyyyyyyy.


Then, dia cakap gigi aku kena tampal, aku boleh buat appointment lain, sebab dia kata nanti lenguh aku nak nganga mulut. 


Aku nak buat sekarang sekaligus, koser aku nak datang balik, nak buat appointment punyalah payah.

"scaling is $85, and one filling is $80, you have 2 filling, so about $240 plus, okay? " 

Dia buatkan lah math untuk aku kot-kot aku tak dapat bayar dah aku kena lap cermin tingkap klinik sebulan pulak. 

Dia cakap, "I try not to do injection first, if you feel any pain, you can raise your hand" 

Dia drill gigi aku lama jugak, sampai gigil lah pipi aku ni dok nganga lama sangat. 

Pastu ingat dah, rupanya belum lagi. 

Doktor tu cakap aku punya lubang dalam.

Dia tanya okay ke, aku cakap okay.

Dah siap tu, dia tanya aku nak sapu floride tak? 

Additional $25, aku pun Onz je. 

Yelahkan, aku dah kira-kira maksimum, company boleh claim $400 setahun, so under bajet lagi, ngam ar.

Dah siap semua. 

"You have wisdom teeth that about to grow, if you feeling pain, you can come back here" 

Dalam hati aku, sudahhhhhh, aku ingat aku dah tak de gigi bongsu dah. 

Kenapa sekarang? 

Kenapa umur aku 32 baru nak tumbuh? 

Kenapa setelah aku bersetuju pada semua treatment yang dah dilakukan?

Tak cukuplah peruntukan claim aku, kalau kena cabut gigi pulak ni. Duhhhhh. 

"Ok done,  lot of treatments there, the fillings are quite deep, but you didn't make any sound! "  Doktor tu kedengaran impressed. huhu. 

Well aku kan suka pergi klinik gigi,so aku rasa biasa je ngilu-ngilu sikit ni.


Free Hand sanitizer. 



Total duit terbang $302.

Dalam hati aku berdoa, tumbuhlah baik-baik wahai gigi bongsu. Jangan lah kau buat hal. 

Dan dan, aku rasa gigi aku sakit. 

Damnnnnn


Tapi - tapi, 

Lepas aku jumpa doktor, aku makan bento, dan aku floss, 

O. M. G. 

Tak keluar darah langsung. 

Sebelum ni, walaupun sentuhan lembut, boleh buat gusi aku berdarah. 

Inikan floss yang memang akan kena aku bagi lalu kat gusi dan kadang-kadang tersadung kasar kat gusi. 

Dan, 

Setelah 9 hari aku jumpa dentist ni, setakat ni gusi aku tak berdarah lagi (setiap hari floss) 

WOW. 

Aku impressed. 

Aku ingat aku akan hidup dengan gusi berdarah sepanjang hayat aku. 

Kira lepas ni kalau gusi aku kembali berdarah, memang masalah aku, bak kata  Dr gigi kat Pontian dulu.

Penyakit M, 

MALAS



Saturday, June 29, 2019

Sofa. Antara buang, beli atau baiki?

As salam, 

  
Bagaimana dengan raya yang dah nak hujung-hujung ni?

Mengikut pernaakulan aku, ada 4 empat golongan  bila berkaitan dengan perasaan raya ni;

Golongan 1: Raya dia habis setakat raya kedua je;
lepastu hari dilalui dengan memikir cari duit nak makan, pasal raya habis duit tak tahu pi mana.

Golongan 2: Raya dia sepanjang 30 hari; 
Sepanjang bulan Syawal mengikut kalendar Hijrah, hari-hari dia penuh dengan aktiviti open house, collect duit raya, ootd baju 30 helai.

Golongan 3: Raya dia seperti 365 hari-hari biasa yang dilalui, hari raya ke hari jadi ke, Hari Gawai, hari jururawat, waima bulan Syawal dengan Safar sama sahaja. 

Golongan 4: Hari-hari hari raya, bak kata Awi Rafael, yang ni spesis  dia lain sikit dengan golongan no,3  (graf no3. macam tersekat di skala 6). Tapi golongan 4 ni dia di skala langit. Rare. 
Hari-hari dia bermotivasi manjang, positif dan semangat macam DMFK dan Prof Muhaya, tak de satu saat dalam hayat dia rasa down, istilah murung tak de dalam kamus hidup dia. 
Berbual pun berdegor degor sampai bergegar meja.

Okay, sebelum aku terlupa tentang motif aku tulis entri ni, aku golongkan diri aku sendiri di golongan pertama, dengan adanya event special  semangat datang sikit-sikit, seperti mengemas rumah.


Walaupun, mengemas sepatutnya lahir dalam naluri setiap insan, ya setiap manusia, setiap jantina termasuk khunsa, dilahirkan untuk sukakan kekemasan walau sebesar zahrah. No?


Kalau tak de hari-hari special seperti hari raya memang lantak pi lah rumah jadi apa, sebab kau rasa tak de orang tengok dan nak judge kau, rumah cam habitat beruang matahari mananya kau nak  post kat media sosial.


BUANG

Ini adalah perkara yang aku paling suka. Haha.



Jadi, inilah padahnya kalau kita simpan barang yang tak guna dalam habitat kita, dan berkurun tak pernah buka pun laci tu. Bukan saja kita tinggal dalam rumah tu, malah ia menjadi tempat tinggal makhluk lain,seperti Cik Tikus.

Dalam kes ni aku memang tak de fikir-fikir falsafah mana-mana tokoh tentang pembaziran , BUANG!!!


Betapa nakalnya Cik Ti  nih, dia boleh kokak gerobok.
dah jadi tukun ya kabinet dapur ni.



Bulu Karpet tu pun dia kekah kan, dasar makhluk prosak, kau ingat ni flos gigi ke.


Aku pasti ini adalah masalah yang dihadapi oleh anak-anak dewasa yang tinggal dengan parents iaitu banyak barang-barang tak guna pada mata kau, tapi parents kau tak bagi buang.
Haha, at least kawan-kawan group whatapps aku..luls



Bekas Plastik dan hadiah

Drama Pendek Ramadan: Aku buang balang kuih plastik sebelum raya. Mak aku suruh aku ganti balik bekas plastik  yang aku buang.
What?!

Kesimpualan: Bekas plastik murah apatah lagi yang ada cop depan T memang boleh buat gaduh anak beranak, laki bini ya.




Ini adalah selepas aku buang beratus-ratus bekas, aku pun dah tak ingat, lepas buang, confirm muncul lagi.
Limit untuk bekas plastik adalah muat kabinet ni je, ye bonda ku sayang.


Yang bakal menyusul.



Sekarang dah kurang dah  mak pak aku bawak balik  gift berupa bekas-bekas hiasan daripada rumah orang kahwin, cantik tapi tak dimanfaatkan. Bila dah banyak, dia mulalah jadi tukun.


Aduhai, aku lebih suka terima bihun, tepung, gula, souvenier kicap lemak manis Jalen tu, kalau ada kicap cap kipas udang lagi bagus stok tu berjalan deras kat rumah aku. Baru bermanfaat.

Hadiah kahwin kakak aku dan abang aku rasanya ada lagi tak pakai.
Luls, dah beranak pinak dah depa pun.
Kang kalau ada rezeki aku kahwin , korang bank in je duit salam keruk kat akaun aku. Pandai lah aku nak beli apa yang aku nak. KALAU ye KALAU (sebab tu lah hang bujang sampai laaa :P)




Buku-buku dan majalah lama

Selain daripada itu, rumah aku ada masalah majalah-majalah lama, adalah  sekitar tahun 2000-2008, tapi mak aku dah stop beli sejak beberapa tahun lepas.  Zaman 80an-90an punya majalah, dah dihapuskan satu ketika dulu.

Banyak gils, okay.

Buku tak berfungsi sebagai buku kalau kita tak baca.
Periuk nasi hadiah kahwin , tak berfungsi sebagai periuk nasi kalau duduk dalam kotak.
Baju tak berfungsi sebagai baju kalau duduk gantung 10 tahun dalam almari tak pernah pakai.
Dia hanya berfungsi sebagai tempat habitat cicak dan tempat beranak kucing.

Kita fikir dia bermanfaat, atau satu hari yang indah kita akan gunakan.

Nope, buku resepi yang 5 tahun kau tak pernah bukak tu kau takkan guna, kau nak masak kang, kau Google, alangkan saved and shared Recipes kat Facebook dan Instagram Eina Azman tu pun kau buat semak je simpan, bukan kau  try pun.



Okaylah, mungkin lah ada satu hari yang gemilang, kau fikir ada cabutan atau ada orang tawarkan hadiah RM1juta pada siapa yang simpan edisi majalah pada tahun 1981.
Lalu kau pun simpan, maka jadilah ia tempat habitat beruang matahari (Kesian beruang matahari, aku  seru je nama ko, apa boleh buat kau trending hari tu)


Penuh satu kereta kompak nak angkut buku dan majalah ni, sampai nak patah pinggang aku.
DM  Benut Traveler Cafe, milik traveler humbe, Nilam (Instagram : @rumah_ntang) untuk hantar majalah-majalah dan buku-buku terpakai. Dia pun terkejut tengok betapa banyaknya majalah-majalah zaman artis yang dulu free hair sekarang bertutup, dulu single, kahwin , janda, sekarang kahwin balik.


Zaman aku layan novel telah lama berlalu.
Biarlah orang lain yang manfaatkannya daripada duduk situ saja.








Majalah Mastika pun dah discontinued. 
Majalah Nona,cover anak Dato' Khalid masa tengah hangat satu Malaysia ketika itu.




Buku-buku tebal ni, langsung aku tak pernah baca, dah bertahun-tahun duk situ.


Bila kau brek macam tiada hari esok....
Mula lah kau nak guna konsep inertia sekarang.

BELI

Ini adalah perbuatan yang menipiskan wallet, tapi ramai orang suka buat. Beli tapi tak pakai.



Amboi, kau membebel pasar manfaat, beli tapi tak guna. Ni apa cerita nih.  
Pergi pasaraya nak beli buah dalam tin . 
Tiba-tiba, beli barang kuih raya, sampai raya nak habis, sebutir kuih raya pun tak de.

Semoga ada keajaiban untuk menukar bahan ni menjadi dessert  ala cafe hipster.
Kalau tak tunggu expiredlah tahun 2021.
Ingat semua tu duit, duit bukan sebab utama, membazir serta makan ruang dan jadi breakfast Cik Ti je kang.



BAIKI

Sebagai manusia yang lemah, semangat aku pun bagai dibawa angin bayu. 
Biasanya sendu, tapi bila dia datang, ha, masa tu baru nak buat macam-macam.

Raya kali ni aku repair sofa.
Kenapa bukan beli baru?
1. Beli lagi mahal (untuk sofa impian aku), bajet ilek. Kalau sofa fabrik boleh dapat lagi murah.
2. Sebagai scroller  feed dan Tapper stories Instagram tegar; Post yang memaparkan perbaik perabot lama, kempen sayangi alam, reduce, reuse, recycle, beli bundle, minimalist, avoid fast fashion memberi sedikit sebanyak kesan kepada aku.

hehe, poyo bukan?




Benonye, memula, aku rasa nak tukar sarung kusyen je untuk sofa ni, bawah dia yang hat kelabu tu, koyak, sebenarnya dia salut pvc warna hitam.
Aku tangguh dulu, pasal bajet tak dok.


Aku pulak dah lama kenan dengan sofa leather, pastu internet dan Instagram ni kan macam jahat giler tahu  kita punya interest based on our activity kan, asyiklah keluar gambar-gambar sofa kulit cekelat yang meruntun jiwa.




Time tak de bajet tu, sabaq lu, kita cuba buh kusyen-kusyen lain, bagi naik seri sikit walau nan hado.

 

Dia punya kapas dalam kusyen tu pun,   SEDIH!


Inilah rangka sofa yang sedih tu, dia punya kulit cabut dah, apa yang buat aku rasa sofa ni masih ada nilai ialah, armrest kayu dia tu.

Aku whatapps tukang baiki perabot di Pontian tu, dia bagi alamat, sampai alamat dia bagi tu, rupanya dia base kat rumah.
So, aku tengok catalog material dan warna, mostly aku nampak material yang tak serupa leather , banyak PVC dan fabrik.
Cuma, ada satu je, bila aku flip,
BAMMM,
You are the one!
Persis yang aku tengok di Instagram.

Over ke tidekkk..

Selepas lebih kurang 2 minggu, berdegup kencang jantung ku... ewah



Bila dah dapat sarung tu aku punya excited sangat.


Pada aku, jahitan dia sangat kemas. 2 emoji jempol untuk mu.




Selepas beberapa minit kemudian,
Tadaaaaa!



Yeszzz, dia nampak sungguh tak siap, bajet separuh, warna armrest tu pun tak match dengan warna sarung tu.

Bak kata mak aku, bagai 'rumah buruk disapu kapur'


Okaylah aku google kan untuk korang




Hehe, sorry, aku google jumpa ni ja.
Aku pun tanya mak aku,
"Mak, kenapa tak de pun peribahasa rumah buruk disapu kapur? Ada rumah buruk disapu cat je."
"Yelah dulu, mana ada cat pakai kapur."
"Tapi orang Google tak jumpe pun"
"Google dah tak keluarkan dah, peribahasa dulu".

Haha, baiklah, makkkk kuuu, Mom always right. Mom 1 . Google 0.

Cop!



Tak habis lagi, aku punya sakit hati kat tikus tu.




Hat ni yang paling aku geram sekali ni, tak sampai 2 minggu, kau boleh makan aku punye sarung kusyen yang aku usahakan hasil duit tabung aku, kau belum kenal aku siapa?!

Aku sanggup membunuh 


I am not proud of it.


Bila lama-lama aku tengok sofa yang macam tak siap tu, aku rasa kehidupan aku sungguh terganggu.
Ya, perkara-perkara yang lebih besar seperti simpanan di hari tua, atau siapa nak jaga aku bila aku dah tua nanti, tak mengganggu aku seteruk nampak sofa tak siap ni, kerana dia ada depan mata aku dan masalah-masalah besar yang aku buh tadi tidak pasti, dan marilah kita bertawakal dan meletakkannya pada Allah daripada risau benda yang tak pasti.

Aku telah meletakkan masalah yang ada depan mata aku ni didalam Instagram. Well, it deserves one or maybe two or maybe 7  IG's story post , because , you know this is a big thing for me okay!

Heksaited ko ek (nada Aliff Syukri)











Ramai vote bungkus sekali handrest tu sekali. Thank you for voting guys. Aku sungguh menghargainya.



serta yang reply stories bagi pendapat jujur.

serta ini juga. Hehe. 




Aku  mesej tanya Encik Ahza (aku rasa nama dia Abdul Khalil, aku tak panggil nama pun) sofa ni balik. Berapa bajet kalau nak repair sofa tu dan cover semua tu dengan material sama. Boleh ke dapat sebelum raya semua.
Aku pun lontarkan kegusaran aku pasal armrest tu tak tahu nak buat macam mana, sama ada nak cat atau bungkus jugak.

Encik Ahza ni cakap, sayang kalau bungkus, nanti tak nampak kayu tu, aku pun rasa yang sama, sebab nilai sofa ni terletak pada armrest dia,
Dia cakap mungkin dia nak sapu varnish, dan kene tambah duit sikit lah, sebab dia nak gosok kayu tu. Allah, merecik peluh dingin aku dengar ayat " KENA TAMBAH DUIT "




Benar ya dah jadi habitat Cik Ti bawah sofa tu, sebab dia berat memang tak beralih.
Ini adalah momen yang mengaibkan, bila Tukang Sofa tu dalam proses nak angkat sofa keluar rumah, bapak besar tikus gemok gile hasil makan sawit.




Kau angkut apa lah Cik Ti duduk bawah sofa tu, memang habis tinggal rangka je sofa tu.


Aku pesan dengan dia, jangan charge mahal-mahal nak raya banyak pakai duit.
Amboi, dasar tak sedar diri,  nak cantik, bajet ciput.


Gambar whatapps daripada Encik tersebut.


Dia spray dengan warna yang lebih match dengan warna cover cushion yang baru tu.
I loike.

4 Mei dia ambil kerusi, 19 Mei siap.






Maafkan daku, pencahayaan lemah.


Nampaklah siap sikit kan?



Kalau ada yang berminat nak hantar sofa/kerusi lama untuk dibaiki sekitar Pontian dan Johor Bahru boleh cuba ushar whatapps/ Facebook Ahza Cushion Centre. 





Kos untuk sofa aku:
 6 sarung kusyen: RM405 
(Dia tambah RM10 untuk setiap satu sarung kusyen sebab material yang aku pilih, 
kalau tak lagi murah )
Sarung sofa dan handrest: RM550
Kos pengangkutan: RM100. 

#iklantakberbayar #akuyangbayar 

Aku harap bertahanlah sofa tu sampai bila-bila, berbaloi sikit aku punya duit tabung. #kesatpeluhdingin