Showing posts with label repekan. Show all posts
Showing posts with label repekan. Show all posts

Wednesday, September 24, 2025

Kembali Terikat 9 Tahun

 As Salam,

Aku seorang yang simple , aku tak suka serabut.

Tak boleh banyak sangat baju, nanti serabut.

Tak boleh banyak masalah, nanti aku cabut.

Tak boleh banyak duit, nanti aku kabut😜

Termasuklah tak boleh ada banyak harta, stress nak membayor hutang.

Sebab tu masa aku memiliki satu-satunya hutang ketika itu; iaitu Perodua Myvi Icon Se. 15 2016.






Aku jadi stress namun berjaya habiskan hutang dalam 4 tahun , instead of 9 tahun.

Aku ada tulis fasal ini kat post lepas-lepas-> Full settlement Kereta


Hidup macam nilah,

Kita merancang, Allah merancang tapi perancangan Allah itu lebih baik.

Hutang kereta dah habis,

Kau tak de anak yang perlukan kereta besar.

Kau boleh enjoy sendiri , tapi...


Ujian kau dimana?


Ya, kadang-kadang apa yang kau rancang, tak seperti yang kau harapkan.


"Malas nak buat hutang baru. Takpelah aku pakai je lah kereta yang dah habis bayar ni"

"Kau fokus je lah simpan duit untuk pencen"

"Kau nanti nak pergi mengaji sekolah pondok".

"Baik kau simpan duit untuk pergi travel daripada bayar installment kereta".



Yang aku rancang;

Aku akan jaga baik-baik dan bawa kereta myvi ni sampai akhir hayatku,

Paling tidak pun, aku bajet myvi aku akan cat baru, dan bubuh car player.

Setelah tahun ke-9 aku memiliki kereta MyVi ku,

Aku tak menyangka yang aku akan miliki kereta keduaku pada tarikh 17 Mei 2025.

Bulan kelahiran aku yang ke-37.




Yaris G 1.5
ya, tak payah kecam.
Kito tak rajin bela doh habaq.




Tetap pilih silver, sebab kitonya kan tak suka serabut

(Read: malas basuh)

Persoalannya sekarang, kenapa aku beli kereta lagi.

Dan, aku punyai tanggungan nak maintain 2 biji kereta.



Dan, sekarang, aku rasa lemas.

Nak bela sebiji kereta pun lemaih.

Ini kan 2 biji.

Tapi, niat aku beli bukan saja-saja.

Aku tengok kereta Myvi Lagi Best pak aku dah buruk sangat ghopernya.

Tak de gambar pulak nak cerita betapa SEDIH sunggohh keretanya.


Ayah aku, dia tak kisah sangat pasal aesthetic,

Walaupun kereta dia ruper sedehh, tapi tayar pakai michelin, servis tetap kat Perodua.

Walaupun dah berusia 17 tahun, dengan mileage lebih 500 000 km.

Kereta bawa pergi kebun, tapi bawa sedap yaaa, kalah kereta aku.


Namun, mash ada kerisauan juga, sebab kereta dah lama, banyak yang dah rosak,

Yang paling ditakutkan kereta problem tengah jalan.

Lagipun, aku fikir apa orang akan cakap,

"Kesian bapak dia ada anak, biarkan bapak dia pakai kereta buruk."

Begitulah depa mengata, 

dalam fikiran aku, walaupun hakikatnya tak de orang mengata pun.

Kau sendiri perasan Munirah. 


Ya, sis tak kuaad, sebab tu sis tak boleh fofuler, tak tahan kena cyber bully.

Tibahhh







Btw, setakat ni I'm in love with my Yaris, walaupun orang dok kata Perodua Yaris 😾

It has been one of my favorite cars since long before I decided to replace my MyVi.


Kenapa Toyota?

Kitakan Toyota family, mana boleh curang dengan Perodua, cucu Toyota.

Lagi, seperti semua orang tahu,  semestinya sebab reliability Toyota;

“It build to last, not to impress”

“It’s good, but boring”


Kita team hatchback, tak boleh kereta sedan, ada bontot, dan tak nak kereta besar.

Kita suka kereta comel-comel dan tak manjahhh.

Mana tahu satu hari dapat pakai Mini Cooper. hahaa, sewa sehari pun jadi lah.

Semoga kita semua dipermudahkan urusan dalam menyelesaikan hutang,

Biar meninggal dunia tanpa hutang.

InsyaAllah.Amin.





Saturday, September 13, 2025

Rumah tak seberapa nak Mampu Milikku.

As Salam,

Sambungan dari entri sebelum ini, apa yang akan dilalui setelah dapat kunci rumah.

Ya Allah , rupanya ini adalah permulaan untuk yang lebih azab ye;

Sebagai first time home owner, akhirnya aku faham , penantian , kerisauan , anxiety , stress. 

Aku dah cakap seribu kali , ye aku blur, walaupun dah banyak tengok orang share di TikTok, Facebook, teori dan praktikal lain ya.


Modal

Sesungguhnya banyak nak pakai duit sebab masuk rumah adalah benar. 

Dengan bajet tipis,

Aku korek semua sumber yang aku ada, unit trust yang baru berapa sen tu, 

saham yang rugi 50% semua tu dalam seribu lebih je, nak dibanding dengan kos asas nak masuk rumah.

Kalau renovation, kitchen cabinet, spc flooring tu semua memang lamberrt lagi.

Kredit kad yang aku punya payah nak apply dan dapat limit RM4K tu pun sebenarnya sangat membantu ya.

Emas 1.5gram yang last aku ada kat Public Gold pun aku jual.

Adalah untung sikit ,nilai 1.5gram RM278.77 (last aku beli tahun 2023) dan aku jual pada Julai 2025 dengan harga RM676.00, 



Pengajarannya apa kawan-kawan?

Simpanlah emas, walaupun kau sengkek.

Dah sengkek nak beli emas camne pulak Munirah oii.

Segala ceruklah yang aku dapat fikirkan untuk korek modal, nak pasang grill, nak beli lampu kipas, nak upah orang pasang. Itu benda basic je tu.


Apa yang buat duit aku kering antara faktornya ialah; aku nak beli kereta.
Kau hingattt kau kaya, Munirah? 
Nak masuk rumah, lepastu nak tukar kereta pulak.

Tapi, bukanlah niat aku semata-mata nak beli kereta saja-saja.
Begitulah perjalanan hidup , kau plan A , tapi B yang terjadi, maka terpaksa kau ambil langkah C.
Mungkin kita jumpa di episod lain pasal kereta n? ☺️😩

Dengan duit yang tak berapa nak ada, 
Maka progress untuk rumah aku sangat-sangat perlahan.



Mak aku datang, kemain suruh aku tukar sinki, sebab dia kata sinki aku buruk. 😂





Mak aku cakap view rumah ni cantik. 
Nasiblah duduk ceruk , view kelapa sawit.


Urusan yang Bermacam-macam

20 Januari 2025, dapat kunci, air dan elektrik semua belum masuk.

Mac , elektrik belum masuk lagi
11 Mac 2025; whatapps untuk follow up dengan management
12 Mac 2025, baru TnB email

Betapa lamanya kena sidai.

Tahu tak betapa serabut kat kepala, sebab rumah tak de progress, 
kau dok bayar bulan-bulan installment dan maintenance, tapi kau tak de hasil.
Duduk pun tak , sewa pun tak.
Tu yang orang kata rumah ni liabiliti, kalau tak de dapat pulangan .

Lepastu urusan nak cari defect inspector, nak cari tukang pasang lampu , kipas,
Nak cari tukang pasang grill.

Serius benda-benda ini bukan kemahiran aku.
Bila tengok orang upload kat TikTok , suami dia pasangkan kipas, dan hal-hal rumah ni,
Tiba-tiba rasa nak berlaki, nasib kaulah single..herghh 😂☺️


Antara defect-defect yang ada kat rumah aku;

Aku nak demand lebih pun segan ,rumah 80K bukan 800K.
Tapi, stilll bukan senang yaaa.


Kenapalah ada defect, aku ni tak boleh handle masalah.
Nanti mak depress.



Ada pulak lipas. Huh

Shopping Kipas dan Lampu

Aku memang tak kuasa nak pergi kedai cari barang-barang ni.
Ya Allah, terima kasih kerana wujudkan shopping online.
Hari-hari tengok kat Shoppee, Tiktok, survey design yang orang recommend,
Spesifikasi, review, bandingkan harga, pening ya, risau, bukan boleh checkout sesuka hati.
Ya ,siapa suruh kau miskin.
Masa ni lah, kad kredit sangat membantu. 
Kaedah hutang lain, macam atome , Spaylater semua tu, sis tak explore lagi.

Belilah kita sikit-sikit, kang kalau tak, tak makan aku kang, kalau beli sekaligus,


Angkut barang sikit-sikit guna Myvi kesayanganku




Bila dah beli barang, nak cari orang wiring pun tak tahu, first timer kan, 
bukan cari barangje kat TikTok, cari orang defect, wiring, polish lantai pun kat TikTok, cuma orang buat grill aku ambil daripada Group Whatapps.

Bulan Jun, baru pasang lampu dan kipas.


Tapi, yang pasang lampu dan kipas , kawan tempat kerja aku. Kih Kih.


Tak pelah , walaupun kau tak de laki, tapi ada member yang berguna untuk pasangkan benda-benda yang aku memang tak de bakat nak buat ni.



Diaorang tolong tukarkan juga paip dan drill apa yang patut




Bilik master dengan view juta-juta


Yard; tempat laundry





Tapi, sebab member kan, depa sibuk juga. Aku pun malas nak tunggu, untuk kerja wiring yang lain, macam tambah plug point, pasang power track, aku panggil juga orang wiring, kau sediakan duit jelah nak bayo.









Bila ada duit sikit dan, Alhamdulillah ,tiba-tiba rezeki Allah bagi melalui abang aku,
Abang aku bagi duit kat aku, so, selesa sikitlah.

Daripada dapat kunci sehinggalah akhir bulan 7 , 
7 bulan lamanya aku masih belum buat keputusan nak sewakan atau nak duduk rumah tu.

Begitu lama kau nak decide, ya.

Duduk Sendiri VS Rumah Sewa

Kalau aku duduk rumah tu, aku punyai kebebasan untuk buat rumah tu jadi apa pun,
Yelah, kita ni minat lah jugak nak deko-deko, interior design, 
Siapa yang tak pernah berangan nak rumah idaman kan?
Walaupun rumah pangsa je.

Kalau gaduh dengan emak aku, boleh lari rumah sini.


Emak aku cakap, “suka hati kaulah” 😁



Dan,
Ini adalah rumah pertama atas nama aku (aku tak rasa, aku akan beli rumah lagi) 
Dan semestinya yang pertama sentiasa ada special place in our heart.
Sentimental value tu lebih sikitlah khennn.

Manakala, kalau aku sewakan pulak,

Aku tak dapatlah semua yang di atas tu, 

Akan tetapi!

Aku akan dapat kelapangan fikiran yang amat sangat,
Aku akan kurang akan terbeban dengan komitmen bulanan jika aku dapat sewakan.

Aku akan kurang masalah nak ngadap masalah rumah macam ;

Kerosakkan Rumah


Aku buat wiring, tambah plug point kat bawah tu.
Kenapa aku buat lalu bawah, kenapa guna pipe? Malas cerita.



Lepastu, aku buat polishing lantai….




Lepastu jadi macam ni. 
Orang polish lantai tu tak perasan dia TERROSAKAN/ TERPECAHKAN aku punya tube yang BARU je lepas buat.

Dah tak payah nak kecam aku, siapa suruh buat macam tu, siapa suruh tak buat hat tu dulu.
Kita merancang, tuhan menentukan.
Huhu ku disini.


Bebanan Fikiran

Aaahhh, kau tahulah kan, bila kita dok ngadap rumah tu , akan fikir macam-macam projek  nak buat.

Aku tak payah fikir mana nak cekau duit nak renovation, nak buat kabinet, nak cat, nak penuhkan rumah dengan perabot yang kau idamkan.
Takkan lah nak main hentam, je , 
Kau kan fikir orang kata apa kan? 
Nanti tak boleh lah nak riak , upload kat social media.
Kau kan hidup atas validation orang kan?
Haha , tidakkk lah gitu.. 
Tapi, kau tahukan , demi memenuhi angan-angan kau.


Jadinya, aku fikir tak pelah aku iklan kan rumah, untuk disewakan.
Kalau ada orang sewa, sewalah.
Kalau tak, aku duduk sendirilah.

Lihatlah dunia,
Manusia yang paling indecisive dalam dunia
Itulah aku.
Haha, padanlah single sampai sudah , Fattah pun dah kahwin 2 kali 😭

Alhamdulillah,  bila aku iklan kan kat Mudah untuk sewakan rumah aku, ramai yang mesej, 
Tapi yang banyaknya agen. Yang persendirian adalah dalam 3 orang. 

Akhirnya, rezeki bakal pengantin.
Ya, I feel so single.
Ah, aku sunyi!!, kata Ifti (fan Fazura di sini)

Apa-apa pun , aku bersyukur, buat masa ni aku rasa dapat bernafas sekejap.
At least, untuk 8 bulan.
Harap-harap tenant tak banyak masalah, dan rumah pun tak buat hal.
Letih ya bela rumah.

Untuk rekod;

Kos aku belanja untuk rumah ni;


Defect Inspection: RM280
Grill (Pintu utama, Yard, bilik depan, dan tingkap bilik air) : RM1820
Wiring (fitting power track, plug socket, etc)+Upah Member:RM1290+RM400=RM1,690.00 
Cuci, polish dan clear coat lantai 850sqft: RM1300
Pasang Aircond +wiring+  unit aircond Aux 1.0HP=RM1493
Kipas + Lampu + power track= RM1909.21
Deposit TNB dan air tak hingat, lost track; RM150 lebih rasanya.

Aiyoo, tacodd nak jumlahkan.
Macam mana orang boleh ada duit nak renovate rumah. 
Teach me Mastaaa

Ya, begitulah sedikit sebanyak pengalamanku yang tak seberapa ini untuk kenangan.
Kita ni bukan beli rumah hari-hari.

Mari sambung pening nak bayar hutang.

Alhamdulillah, atas tempat perlindungan untuk kita semua.
Semoga Allah bantu urusan kita semua. 
Amin.





Saturday, January 20, 2024

Sembang Rambang

As Salam,


Sepanjang aku ulang alik pergi kerja dengan bas awam selama 2 tahun, jarang sekali aku berborak dengan orang yang duduk di sebelah aku.

Kebiasaannya aku tak berminat untuk berbual. 

Malas.

Lebih suka menghadap pemandangan luar atau scroll phone.

Tabiat yang agak anti sosial, tapi begitu juga dengan orang lain yang asing dalam bas.

Seingat aku ada lah 3 kali aku pernah berborak dengan orang yang duduk sebelah aku.

Semua menghadap telefon.

Pertama kali, 

dengan kakak berbangsa India, perbualan yang aku boleh masuk. Masing-masing beri respon yang baik.

Kedua, 

Dengan perempuan lebih muda daripada aku , rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Singapura. Sekadar bertanya, adakah ini barisan yang betul semasa naik bas.

Ketiga,

hari ini. Dia masih di depan aku.

Seorang lelaki Melayu Singapura.

“Awak kerja di Singapore, kat mana?”

“Seagate”

“Husband pun kerja di Singapura?” 

Ah, ni yang aku malas nak berbual ni.

“Tak”

“Oh, husband kerja di Malaysia?”

“Tak..belum kahwin”

“Oh belum, rupa macam dah ada anak satu”

Kau fikir apa perasaan aku masa tu. Di tampar oleh realiti.

“Umur berapa? 30s , 37?”

Aku angguk.

Seterusnya, dia bercerita tentang wife dia dah meninggal 8 bulan.

Dan bergurau. kalau dia pergi Pontian , boleh jumpa.

Bergurau pasal share nombor telefon.

Kenapa belum kahwin?

Bla bla.. 

Langsung aku tak minat dengan perbualan tu. 

Tapi , aku hanya sengih di sebalik mask yang aku pakai.

Common sense lah bro, kalau orang tu belum kahwin, kau lagi cakap rupa macam dah anak. 

Lagi dengan orang yang first time jumpa. 

Tak bengang ke kau. Walaupun, benda tu betul.

Weh, aku hati tisu tau. Hahaha. Lagi umur menuju ambang 40an ni.

Lepas tu kasi ayat-ayat flirt. 

Ingat aku tak kahwin, desperate ke nak kahwin. 


Sehingga bas turun di imigresen Singapura, 

aku cuba melambatkan langkah aku.

Dia boleh tunggu, untuk aku jalan beriringan sehingga ke tempat scan passport.

Aku pilih line yang jauh darinya.

Dan ketika naik bas semula, aku duduk di kerusi terakhir yang masih available .

Dia berdiri berdekatan.

Aku ambil phone dan terus menaip di sini.

Alhamdulillah, bye manusia rambang.

Okay , dah nak sampai bus stop aku.

Sekian, luahan perasaan.


Wednesday, June 7, 2023

Keazaban Cabut Gigi Bongsu

As Salam, 

2-3 hari sebelum keAZABAn dan keSAKITan itu terjadi, aku cuma rasa berdenyut kat gigi aku tapi tak sampai mengganggu hidup aku, cuma rasa kurang selesa je.

Apa yang aku expect bila aku jumpa doktor gigi, aku nak dia scaling atau dia cuma bagi aku injection apa-apalah  atau tampal gigi aku yang rosak tapi bukan cabut apatah lagi pembedahan.

Ini pertama kali aku pergi ke klinik gigi ini Abby Dental Clinic, selama ni aku cuma tengok di Instagram je. Nampak marketing di situ.

Bila dentist tu cek gigi aku, dia cakap gusi aku dah bengkak kat belakang tu, dan dia jadi pocket untuk sisa makanan dok dalam tu.

Terus x-ray, pastu dia cakap apa-apa, aku anggukkan je, pastu aku laju je tanya boleh tak terus buat surgery, sebab aku malas nak buat appointment lain. 
Begitu yakin ya kau Munirah.

Aku pandang enteng ya pada cabutan gigi kali ini, 
padahal kesakitan cabutan gigi masa aku tadika masih utuh. 
Ketika itu, klinik gigi kerajaan datang cek gigi kat tadika.
Melalak ya aku selepas cabut gigi tu, sakit tahap superrr

Kali ini , setelah 29 tahun berlalu, aku fikir cabut gigi di klinik tidak lagi sakit.
Aku  tak de ketakutan pada dentist, aku suka jumpa dentist, aku boleh tahan  kengiluan, dan tampal gigi tanpa bius.

Jadi, aku fikir proses ini akan jadi satu hari biasa untuk aku lalui seperti hari-hari lain.
Tapi aku punya takbur ditundukkan hari itu.



Walaupun pada pandangan mata aku ada 3 lagi gigi bongsu yang tak tahu hala tumbuh, Dentist cakap gigi (anak panah merah) tu kena tulang,  tu yang buat rasa berdenyut.


Ketahuilah kalau ada orang cerita, sejenis penyeksaan yang mencabut gigi dan jika aku perlu melaluinya, aku mungkin orang pertama yang surrender. 


Melalui perbualan dentist dengan dental assistants , nak cabut gigi aku agak susah, sebab akar gigi aku besar.

Mereka siap pegang rahang aku , nak cabut gigi tak berjaya.

Kemudian, macam dah beberapa ketika dia stop kejap, urut pipi aku , kepala aku, sebab takut letih lama buka mulut dan elakkan stress.

Lepastu aku dengar , dentist tu cakap, 
“ Okay, kita tukar plan”
Aku pun tak pasti apa yang dia nak buat.

Dental assistant sentuh bahu aku,
 “Cik , Relaks relaks”
Mungkin sebab aku tak dapat control kerutan di dahi, dan walaupun dah bius, tetap terasa pressurenya.

Kaki aku beberapa kali terangkat.

Last sekali, dentist cakap gigi aku goyang, kedepan ke belakang, dia drill apa ntah, tulang aku agaknya.

Lepastu, aku dengar dentist cakap,

 “Alhamdulillah”

Dental assistant, “ aah, akar dia besar”


Gambar lepas ni agak gross ya.
Kalau penggeli, sila tutup mata.






The bad boy (kenapa nak menjantinakan semua benda)


Lepas siap doktor gigi pun jahit gusi aku ,
cukup ngilu dengan hanya membayangkan, walau tak rasa sakit.

Lepas siap dia nasihat;
1. Jangan makan benda panas dan keras.
 Makan bubur tunggu sejuk.
2. Jangan minum pakai straw, sebab akan ada tekanan dalam mulut.
3. Kawal batuk dan bersin, jangan terlalu kuat.
4. Kumur perlahan-lahan.
5. Tuam ais kat bengkak, makan aiskrim.




Sejurus selepas keluar bilik doktor

 Masa ni tak rasa sakit lagi.
Ada mamat kat ruang menunggu pandang aku. Ingat dia terpesona dengan aku, tapi aku tersedar dia terpana dengan kebengkakan muka aku. 
#kausempatkanperasan

Lepastu apa lagi; Bayarlah!


Amik kau,  kalau tak dapat claim ni , memang kena sumpah.
Padanlah doktor gigi kaya😁


Okay, belum berakhir ya..

3 jam selepas pembedahan.
Ni tahap sakit yang paling sakit aku pernah rasa seumur hidup. Lebih sakit daripada senggugut, bersalin tak boleh banding, sebab tak pernah rasa.

Ha, beruntung kan korang dapat tengok selfie paling agong aku😁


Aku perlu rekod, bagi mengingatkan aku betapa seksanya cabut gigi.


Hari Kedua



Hari ketiga.


Ni hari ketiga juga,  aku bukan sengaja senyum senget, ini je yang mampu. Sebelah tu dah keras dah bengkaknya.
Hari ni, aku nak ambil MC , 
sebab aku punya bengkak ada lagi. 
Tujun aku jumpa doktor klinik panel (doktor perubatan) cuma satu, nak ambil MC.

Kau tahu apa jadi?
Doktor cakap aku dah ada infection, akan melarat kalau tak bagi suntikan antibiotics.

Lah pulakkk.

Tak cukup dengan gigi kena cabut, tak habis sakit lagi, dia nak cucuk aku.

“Baring”
“Ha?, Nak suntik kat mana?”
“kat punggung”

😟

Aku blur lah wei, tak pernah seingat aku sejak  akil baligh aku kena suntik kat bontot wei

fyi , aku memang tak suka ubat dan seboleh-boleh tak nak makan ubat.

Cuma bila sakit lepas cabut gigi yang ni, sakit yang tak tertanggung ni , baru ambil ubat , paracetamol dan antibiotic. Sebab lagi satu, takut tak boleh claim klinik kalau tak makan ubat dan apa-apa jadi. Luls.

Doktor cakap, stop makan antibiotic klinik gigi, makan ubat dia bagi dan selang 2 hari, ambil lagi injection antibiotic.


Lahh pulakkk,

Aku terpaksa lah consult balik dengan dentist .





Jadi, decision is mine.
Ikut hati aku, memang aku tak nak makan ubat langsung. luls 

“Tapi bak kata mak aku, tahannnnn kau tanggung rasa sakit tu” #perliaku



Ni muka lepas terkejut kena injection.


Ini hari ke-4, bengkak dan ada kesan lebam.

Tapi mampu senyum lebih lebar, walaupun masih senget dan tudung tak siap. Golongan perfectionist okay ke tu? huhu

Aku harap dalam 2-3 hari lagi baiklah sikit muka aku. Dan pipi tak kendur sebelah. 😅

Bengkak adalah normal selepas pembedahan gigi bongsu, sebab dia bukan macam kita cabut gigi biasa.
Bersabar dan time will heal. And trust the dentist.
Of course doa jugalah sayangg

Aku baru buang satu,sekali aku tengok kat tiktok, buang sekali 4… Duhhhhh