Wednesday, January 13, 2021

Rangkuman 2020, Salam Redha 2021

As Salam,

Selamat tahun baru 2021. 

Baru nak cakap jangan jadi macam 2020, kat Malaysia je macam-macam dengan PM resign, tukar kerajaan, bencana alam. 

Covid-19 start serang, PKP,  tik tok, covid reda. Gosip jangan cakap lar bertubi-tubi , daie Syed, Neelofa bertunang. 

Pilihan raya Sabah, covid kembali tinggi, sampailah 31 Disember 2020, kes harian di Malaysia sebanyak 2525. Nampak tak punya lama duduk dalam draf, karang tak siap-siap dari tahun lepas ke hari ke-13 tahun baru, tak game-game lagi. Semalam kes dah kepala 3*** Mun oi. 

Belum apa jadi kat seluruh dunia lagi, Lebanon meletop sebab baja ammonia

Ku cuba berbaik sangka, 2021 penuh perkara positif, rupanya memang betul, kes positif covid mencanak... huhu. 

Banjir dan PKP balik rupanya dan darurat politik puleks. 

Sebelum aku lupa impak 2020 terhadap aku (Yalah, manusia mudah lupa) 

Maka, terimalah kompilasi sepanjang tahun 2020

Januari 

Aku dah plan nak buat simpanan, nak settlekan hutang kereta, dah suku dah. 

Tak lama lepas tu, kawan aku mesej cerita masalah dia berkaitan Ah Long.

Masa ni aku dah sedih, sebab kalau aku bagi dia pinjam aku punya target takkan sampai kalau ikut kira-kira duit gaji aku setiap bulan dan mungkin aku takkan dapat balik duit aku tu. 

Well, korang yang ada pengalaman pasal hutang piutang mesti tahu kan ni. 

Aku kenangkan anak-anak dan isteri dia je, aku bagi pinjam apa yang aku mampu. 

Bila member tu cerita masalah pada kau, kau rasa apa? 

Dia nak mintak tolong atau sekadar melepas masalah?

Dia cakap dia cerita je, tak sangka aku nak tolong.

Luls. Apakah?

Korang jangan ingat aku kaya pulak dan ada hati nak buat loan dengan aku pulak eh. 

Februari

Bulan masih ni kerja macam biasa, cuma keluar masuk kastam dah kena scan temperature. Masa tu ingat Covid biasa-biasa je. Tak de teruk sangat sampai menjejaskan rutin harian. 

Sekali lagi aku menerima tamparan, apabila ada masalah kewangan berkaitan orang yang rapat dengan aku.

Allah pasti nak tunjuk sesuatu pada aku.

Jangan asyik kira duit?

Jangan asyik fikir masalah?

Aku join trip kawan aku first time aku sampai Cameron Highlands,  itu aku rasa keputusan yang terbaik aku buat. 

Sebab, impian terpendam aku selama ini ialah ambil gambar kat ladang teh. 


Come on, semua orang yang pernah duduk Malaysia ada gambar dengan teh, aku nak jugak.


Walaupun, di sebalik gelak ketawa ini ialah sorang manusia yang serik nak datang sini sebab mabuk todi sampai muntah-muntah dalam kereta orang. #maluwww

Tak cukup dengan isu covid, Tun Dr Mahathir tiba-tiba letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Masalah negara betul. 

Mac

Bammmmmm...

Lockdown. 

Covid-19 betul-betul sudah berjaya melebarkan jajahan ke Malaysia.

Semua kelam kabut termasuk syarikat Singapura yang kebanyakkannya  pekerja Malaysia bagi industri pengeluaran.

Aku boleh dikatakan terduduk termenung memikirkan masa depan. 

Sudahlah memikirkan masalah kewangan orang, simpanan tak dapat capai. 

Sekarang, tak dapat masuk kerja di Singapura pula. 

Masa tu, aku agak buntu, pelbagai kemungkinan boleh jadi. 

Sama ada aku akan dibuang kerja, kemudian aku kena cari kerja baru yang gaji lebih rendah, ketika Perintah Kawalan lagi pulak tu, ada ke kerja? 

Atau aku dipanggil balik bekerja dan dibenarkan masuk Singapura? Kelam kabut SOP masa tu, semua orang tertanya-tanya, rasanya tanya menteri, menteri pun confuse 

Hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan tunggu bila waktunya akan di panggil masuk, imigresen tak bagi keluar. 

2 minggu kemudian, Singapura pula lock down, harapan semakin tipis. 


April

Penantian satu penyiksaan, company masih bagi gaji. Dalam masa aku bersyukur masih diberi gaji, aku tetap rasa gelisah. Aku dah fikir-fikir apa aku nak buat, bos masih beri harapan yang kami boleh masuk. 

Mei

Hinggalah tiba bulan Ramadan, dalam pada risau tentang masa depan aku sedar Allah izinkan aku bercuti tanpa memohon cuti, menumpukan perhatian meningkatkan penyerahan diri kepada Nya. 

Jika sebelum ni, mungkin aku perlu buat kerja overtime. Terkejar-kejar waktu berbuka, solat pastu nak masuk kerja lagi.

Allah beri, bila kita menyerah diri. 

Kali ini, bos kata boleh masuk. Aku tekad aku nak masuk juga masa tu, walaupun lagi 2 minggu nak raya. 


JB sentral kosong. 



Tambak Johor yang dulunya tak pernah sunyi, kini sepi. 
Yang paling happy, tentulah pemandu lori. 

Sampai Singapura, tinggallah aku bertapa duduk dalam hotel kuarantin selama 14 hari. 

Bertakbir raya seorang diri di dalam bilik hotel. 

Photoshoot sorang diri. 

Inikan yang kau mahu? 

Kau cakap tak nak balik kampung,  

Telan  MUN, Telan




Padan muka kena kurung!


Jun

Alhamdulillah, aku sudah mula kerja, dan diberikan duduk di hotel 4 bintang. Syok juga duduk hotel ada bath tub, ada orang tukarkan cadar, kemas bilik, ada aircond tanpa had.

Rasa bagai orang kaya... hahahhaha

Namun, langit tak selalu cerah, 

angin tak selalu bertiup. 

2 minggu je beb dapat duduk di astana, selebihnya kau kembali kepada kehidupan rakyat jelata.

Kena pindah duduk HDB flat, kira sewa bilik dengan pemilik rumah. Landlord aku suami, isteri, 2 orang anak dan 1 maid. 

Aduyaiiii, memang rasa nak balik rumah time tu jugak. 

Dari ini;


Kepada ini;


Kau tengok baru rasa nikmat yang sebentar, 14 hari, kau dah lupa 32 tahun kehidupan kau yang selama ni kau jalani.

Sungguh manusia sifatnya pelupa.


Julai & Ogos

Kehidupan tinggal di bumi asing memang betul menguji. 

Walau seburuk mana tempat tinggal kau, kau akan tetap rindu jamban rumah kau, bantal kau, sofa kau, apatah lagi mak pak kau. 

Amboi, bergenang ya air mata sambil taip ni...

Itulah tuuu perkataaan amboi macam tak sesuai pulak kat sini... Aduhaiiiii mungkin

Tunggu punya tunggu, Raya Haji pun tak dapat balik, raya lah kau di situ.

Makan murtabak dan nasi beriani diam diam kat Haji Lane. 

Sho saddd. 

Tapi, okaylah tak de ar sendu sangat berbanding masa raya Aidilfitri, makan bihun sebagai menu raya.. hado? 





September 

masa ni rajin nak explore Singapore kononnya. Sebab rasa sendu no aku duduk bilik, tengok orang kat Malaysia duk jalan-jalan cari makan kat laman sosial. Haha, mana tak serabut kepala... 

Dahlah rindu, bukak soc med buat tambah sendu. 

Kita pun pergilah jalan-jalan cari pasal. Buat modal upload kat instagram, idoklah nampak sangat hidup kau tak sodihh manjang. 











October

Bulan ni sangat mencabar emosi, ayah aku jatuh sakit, dimasukkan hospital dan perlukan pembedahan segera. 

Walaupun PCA diwujudkan, tapi aku tak boleh balik lagi, sebab belum 6 bulan kat sini, 11 November baru cukup 6 bulan. Kalau tak kos kuarantin aku perlu tanggung sendiri. 

Ini adalah perkara yang paling menakutkan, apa yang aku boleh buat hanya berdoa dari tanah seberang. 

Sedang ada ramai kawan sekerja aku di Malaysia, yang mahu kembali bekerja di Singapura. 

Jadi, aku tak layak merungut untuk aku tersadai di sini, aku cukup makan, masih mampu simpan untuk bayar hutang, masih mampu mengirim sedikit wang untuk mak ayah. 

Cuma, sedikit homesick.

November 

Hui, pejam celik duk sini lagi aku rupanya. 

Bulan ni aku start nak jaga muka, sebab selama beberapa bulan ni, aku malas nak belek muka, dan ada kawan aku yang obessed skincare dok tegur muka aku, tegur eyebag aku, pastu dia recommend cosrx. Terus jatuh cinta, sampai masuk dalam timeline penting  dalam tahun 2021.



Disember

Ewah, derita-derita kau kat sini, gemuk gak sampai hujung tahun... 😀 

Malaysia punya kes Covid-19 terus meningkat. Kerajaan Singapura memperketat syarat kemasukkan ke sini. Siapa yang datang dari Malaysia, kena kuarantin 14 hari dan perlu menjalani swab test di Malaysia sebelum kembali ke Singapura. Masa kes Malaysia sikit, cuma seminggu je syarat kuarantin dan tak perlu swab test sebelum masuk sini. 

Dengan itu, company membuat keputusan baki tambahan kuarantin sebanyak 7 hari perlu ditanggung sendiri oleh pekerja memang taklah. 

Untuk orang gaji cukup-cukup macam aku menang tak mampu arr. 

Dalam masa sama aku sebenarnya bersyukur, aku dah buat pilihan, aku lebih rela merantau ke Singapura, menumpang rezeki di bumi asing. Dari duduk di negara sendiri, memikirkan nasib diri. 

Duduk rumah bersama famili tak bergaji, atau merantau mencari rezeki untuk dikirim pada famili. 

Aku rasa sukar jika diri aku mahu mula balik ketika pandemik Covid ni. 

Ya, cuma sedikit homesick. 

Daripada pihak aku pula, 2020 memberi pengalaman yang baru untuk aku, betapa Allah tunjukkan bila kita merancang, kita berusaha, tapi tanpa izinNya semua benda tak akan terjadi.

Kau belajar tinggi, kuat berusaha  tapi akhirnya kau juga tak dapat grad pada masanya, kerjaya yang kau banggakan belum tentu selamanya bertahan. 

Duit simpanan yang kau banggakan

Tiada apa yang kita miliki sekarang akan selama-lamanya menjadi milik kita.



Salam 2021, Salam MCO 2.0

md: Malaysia janganlah banyak main sangat oi, aku nak balik kampung ni. 

Wednesday, December 2, 2020

Kejutan lagi

As Salam,

Disember datang lagi. 

Menandakan tahun 2020 hanya tinggal sebulan sebelum 2021 menjelma. 

Tapi, kejutan belum habis lagi ya.

Setelah hari bertukar minggu dan minggu bertukar purnama, melalui onak duri penantian. 

Bila boleh jejak lagi ke tanah Johor?

Pertanyaan tanpa jawapan. 

PCA di wujudkan, memberi harapan, 

Tanpa perlu kuarantin di Johor, 

Hanya seminggu kuarantin di Singapura. 

Kos di tanggung syarikat. 

Akhirnya, ada harapan nak hirup udara dan angin laut Pontian.

Namun, episod akhir bukan episod akhir yang sebenarnya , ada babak tergantung...

Ada season 2, atau kali ni tak tahu season yang ke berapa

Semakin hari, kes di Malaysia semakin tinggi, 


Setakat 1 Disember 2020


Kes tempatan di Singapura pula 1. 

Ini, tak boleh jadi, ketakutan bahawa kerajaan Singapura tak kan sewenang-wenangnya membenarkan rakyat Malaysia masuk menjadi kenyataan. 

Kuarantin bukan lagi 7 hari di Singapura, 

14 hari. 

Kos 7 hari kuarantin, masih ditanggung company.

7 hari lagi? 

Sendiri tanggung. 

Berapa? 

Sgd 1200-1400.

Mampu? 

Aku kerja Operator Kilang je weiiii. 

Impian nak balik Januari 2021, tinggal angan-angan. 

Perancangan aku dibatalkan. 

Sekali lagi bukti kuasa ilahi. 

Kau hanya hamba, Mun. 

Kun Fa Ya Kun. 



Mask senget, bawa plastik stok makan jalan kaki jauh-jauh. 

Inilah dia pendatang dari Seberang. 

Ya Allan, berkatilah rezeki yang Kau kurniakan kepada kami. Sesunggunya, hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.

 


Friday, November 6, 2020

Bila perkara yang kau takuti, akhirnya terjadi.

 As Salam,

Selama ni, aku tak reti dan mengelak untuk buat pos tentang kesedihan, kesenduan, mengadu domba, atau buat aku menyesal nanti. 

Well, satu sebab aku nak orang yang baca rasa happy dan aku tak nak orang murung atau rasa simpati. 

Blog ini jadi medium aku catatkan perjalanan kehidupan aku, untuk aku kadang-kadang scroll balik, tengok balik impian aku 10 tahun dulu, cara aku menulis 7 tahun dulu, minat aku 5 tahun dulu.  

Masih sama? Atau jauh berbeza?

Well, inilah kehidupan, ada masa kau naik dan ada masa kau turun. 

Bila diberi sedikit kesenangan, kau terus lupa akan kesusahan dulu. 

Datanglah dugaan sebagai peringatan. 

Tiada yang kekal wahai anak Adam. 

Kalau aku tak berapa share kat Facebook link post aku, kira selamatlah tak berapa ramai yang baca. 

Haha, jangan perasan sangat Munirah. 

Paling ramai pun 20 views jerr.. 

So, biar lah blog ini tentang aku sahaja, aku sendiri tulis, sendiri berbual, sendiri baca, sendiri respon. 

Luls sangat Mun oi. 

11. 11. 2020 bakal genap 6 bulan aku di Singapura.

Ketika aku menaip, aku berada di atas seorang di dalam bilik, dan ini adalah keadaan yang paling menyenangkan dalam hidup aku buat masa ini. 

Kebanyakkannya aku suka berseorangan, aku rasa ia membahagiakan. 

Lebih bahagia daripada jumpa manusia tapi selalu buat kau terasa. 

Lebih bahagia daripada menghadap kesibukan manusia yang berlari mengejar tanggungjawab dunia. 

Aku suka sendiri, tapi terisi.

Alone but not lonely. 

I don't see being alone as loser. 

Haha. 

Aku perasan ini lah diri ku sejak dulu.

Tapi, sekarang ia jelas.

Mungkin aku sudah letih hadap drama manusia tak habis-habis cari hal.

Mengata dan terasa benda tak sepatutnya. 

Bercakap hanya mengikut rasa. 

Tanpa menjaga hati yang luka. 

Biar tak berjumpa manusia, kurang juga dosa aku mengata. 

Jika berjumpa dengan orang yang selalu buat aku sakit, adalah hukuman kerana pernah buat orang sakit.

Aku memohon ampun. 

Jika ini adalah ujian, aku mohon diberikan kekuatan. 

Jika ini cara untuk dekatkan diri pada tuhan, moga aku ditingkatkan iman dan ketaqwaan. 

Keadaan ini menjadi kan aku lebih melekat kepada diri sendiri. 

Adakah ini tanda sakit jiwa?

Biar dikatakan sakit jiwa, daripada jiwa sakit.

Yang penting aku selesa. 




Sejak aku dipanggil untuk kembali masuk ke Singapura bekerja pada bulan Mei. 

Aku berharap jangan ada ahli keluargaku yang sakit. 

Aku harap Allah jagakan keluarga aku dari kecelakaan. 

Aku tak tahu apa akan jadi, 

Aku tak tahu bila aku akan kembali. 

Kesan Covid-19, pada halangan kebebasan untuk bercuti, makan di luar, pakai mask, tak boleh bersalam, tak boleh berkumpul, tak memberi tekanan yang kuat pada aku sebagaimana aku mendapat berita ada ahli keluarga aku yang sakit dan aku tak dapat balik segera. 

Sungguh menyeksakan. 

Ingatan aku kembali kepada masa aku mula-mula memilih untuk kerja kilang di Singapura. 

Selain stress kerja dulu, sistem kerja shift  3/4 hari seminggu, buat aku fikir ada masa aku berada di rumah memikirkan umur aku dan ibu bapa ku semakin lanjut.

Kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu.

Aku boleh balik bila-bila masa, dan lebih banyak masa walaupun istilahnya aku kerja luar negara. 

Tapi, kini dengan turunnya Covid-19, Allah nak tunjuk;

Sebaik mana rancangan kita, sekuat mana usaha kita, setinggi mana cita-cita kita, tak akan tercapai tanpa izinNya. 

Semua berlaku hampir sekelip mata. 

Satu hari, sedang aku syok layan Instagram Story dan keletihan balik kerja. 

Dapat mesej. 


Masa ni aku blur. 

Aku tak boleh buat keputusan. 

Perkara yang aku paling takuti telah terjadi. 

Aku rasa teruk. 

Aku tak boleh bersama mak aku pergi hospital Muar dan Tangkak dari Pontian. 

Aku rasa kesal. 

Aku rasa marah pada Covid-19, pada penutupan sempadan. 

Kebebasan bergerak Seberang Tambak pada ketika ini hanya tinggal sejarah. 






Apa perasaan ko kalau dapat mesej macam ni? 
Aku? 
Masih Blur. 

Mesej bos aku tanya kalau boleh balik tak, sebab aku tak sampai 6 bulan lagi kat Singapura , jadi kalau tak balik under Periodal Commute Agreement (PCA), aku kena tanggung kos kuarantin sendiri. 
Kecut juga aku, kalau cecah 6-9K.







Dalam keadaan yang kau betul-betul helpless. 
Apa lagi yang kau mampu buat? 
Ya, doa. 

Doa adalah  senjata bagi orang yang percaya. 
Dengan doa, Allah akan beri kita jalan penyelesaian. 
Dan, satu-satunya cara untuk mengubah qadr adalah dengan doa. 


Masa ni, aku tak tahu berapa kos kuarantin. 
Mak, Kakak dan abang aku pun cakap tak payah balik. 
Insya-Allah semua okay. 

Sejak operation dan sekarang sudah sebulan Alhamdulillah, ayah aku semakin baik. Boleh uruskan diri sendiri cuma tak boleh laju macam dulu.


Inilah salah satu episod dalam hidup aku, pada tahun 2020 yang penuh kejutan dan suka duka. 😀

Kesian. 
Eh. 
Sekian. 

Tuesday, October 13, 2020

Habiskan Bateri di Cloud Forest dan Flower Dome

 As Salam,

Warning ⚠ : Entri ni mengandungi gambar OOTD terlampau. Terlampau banyak. 

Maka, dinasihatkan makan asam untuk mengelakkan loya. 


Singgah Makan di Bugis @ Restoran Koh Nangkam

Buat pertama kalinya aku menjejaki masjid semasa musim Covid-19, dan pertama kali juga aku masuk masjid yang menjadi mercu tanda Haji Lane, Masjid Sultan. 


Dari Admiralty MRT (Red line@North South line), sampai City Hall MRT, tukar Blue Line  ke Bugis MRT. 

Singgah sini cari makanan Thai, pasal aku tak puas hati dapat air green tea tak memenuhi selera masa outing kat Bukit Timah. 

Kami singgah di Koh Nangkam Restaurant

Walaupun, di sekitar sini  Masjid Sultan, popular dengan Murtabak ZamZam, Victory dan Al Tasneem. Tapi, kita tukar taste lah sebab panas leting ni kan, makan kari kat tempat tak de aircond, kang panas kat ketiak tukar kat hati pulak. 

Tak jauh pun, Restoran Koh Nangkam ni, dengarnya selalu penuh. 


Bila sampai, below my expectation. Aku bayangkan interior dia cantik dan plating macam restoran. 



Alhamdulillah, elok lagi lah dia punya teh hijau Siam.

Mungkin sebab expectation aku tinggi, jadi aku biasa sahaja, macam makan kat restoran tomyam Kelantan/siam kat sekitar Johor lagi sedap. 

Restoran Black Canyon okay lagi. 

Solat di Masjid Sultan

Nak masuk masjid kena tempah dulu, bukan macam zaman sebelum ni, main masuk je. Masjid adalah tempat yang paling mengalu-alukan orang ramai. 

Sekarang, rasakan nikmat  ditarik.

Terpaksa scan QR code, masuk website, isi details masuk email, dah approved baru boleh masuk. 

Masa masuk, dia tanya ada bawa sejadah dan telekung tak? 



Tak sempat jawab, dia bagi masuk je. 

Aku masuk, aku pun sembahyang lah. Tapi,  aku dengar macam orang nak tegur aku. Tapi, aku terus kan. 

Bila dah habis tu, pekerja situ cakap, tak de sejadah sendiri tak boleh sembahyang, aku pun sengih-sengih monkey je lah.. 

Nasib baik dah settle... Blah lah kita... 

Posing sat kat luar Masjid Sultan

Gerak lah kita menuju ke Garden by the bay (lagi) pasal hari tu punya urusan tak settle lagi ya. Cloud Forest dan Flower Dome. 

Beli tiket Cloud Forest dan Flower Dome

Pergi kaunter tiket, nak beli tiket. 
Tapi, tiket tak der... haha. 
lame mun, lame. 

Era Covid ni, semua nak online, jadi diaorang suruh kami beli online time tu. Nak contactless, tapi agaknya dia tengok kat atm aku tak boleh buat online dan muka pun menyedihkan(plus bisnes tak bagus😅) dia pun bagi kita orang beli melalui kaunter. 
Harga diskaun $15 untuk kedua-dua entry pass Cloud Forest dan Flower Dome. 

Flower Dome

Masuk Flower Dome pada aku boring, bukan jiwa aku lah bunga-bunga ni, dalam dia macam landskap tak jadi.. haha...
Mungkin expectation aku lebih tinggi atau aku dah penat, tak kuasa nak jalan,atau masa aku masuk tu dah lewat, cahaya pun sendu jadi aku tak dapat menikmati bunga yang ada kat situ.


Gambar  posing kat Flower Dome pun sendu je. 


1


Dah cukuplah 2. Kang jap lagi korang nak. hadap banyak lagi. 


Lighting waktu maghrib macam nilahhh.. orang suruh duduk rumah time-time gini, kau merayap. 


Cloud Forest 

Kami kena tegur dengan perkerja kat situ, tak boleh buka mask walaupun sekejap untuk bergambar sebab dalam ruangan tertutup, kalau ada virus senang berjangkit. 
Maka, terimalah 6 juta posing dengan memakai mask. 

Masuk-masuk je Cloud Forest, korang akan nampak air terjun, yang memang tarikan utama, orang nak posing sakan pun. 
Kepada geng-geng hutan borneo, kaki hiking, penjejak G7, mereka akan rasa boring.... hahaha. 

Tapi, kagum dengan binaan manusia ni, dia nak maintain 'hutan' dalam bangunan, memang memerlukan kepakaran dan kos yang tinggi. 













Cloud Forest ada beberapa level (nampak sangat kau main jalan je kan). 



















Boringlah ambil gambar sorang-sorang, bila awak nak temankan? 😂







Ni antara gaya lepas,

"Eh you tak de posing lain, posing sama je" 




Pose di atas maksudnya takde idea nak posing. 





Maksud gambar diatas;
Kbai.