Showing posts with label dunia tempat ujian. Show all posts
Showing posts with label dunia tempat ujian. Show all posts

Wednesday, September 24, 2025

Kembali Terikat 9 Tahun

 As Salam,

Aku seorang yang simple , aku tak suka serabut.

Tak boleh banyak sangat baju, nanti serabut.

Tak boleh banyak masalah, nanti aku cabut.

Tak boleh banyak duit, nanti aku kabut😜

Termasuklah tak boleh ada banyak harta, stress nak membayor hutang.

Sebab tu masa aku memiliki satu-satunya hutang ketika itu; iaitu Perodua Myvi Icon Se. 15 2016.






Aku jadi stress namun berjaya habiskan hutang dalam 4 tahun , instead of 9 tahun.

Aku ada tulis fasal ini kat post lepas-lepas-> Full settlement Kereta


Hidup macam nilah,

Kita merancang, Allah merancang tapi perancangan Allah itu lebih baik.

Hutang kereta dah habis,

Kau tak de anak yang perlukan kereta besar.

Kau boleh enjoy sendiri , tapi...


Ujian kau dimana?


Ya, kadang-kadang apa yang kau rancang, tak seperti yang kau harapkan.


"Malas nak buat hutang baru. Takpelah aku pakai je lah kereta yang dah habis bayar ni"

"Kau fokus je lah simpan duit untuk pencen"

"Kau nanti nak pergi mengaji sekolah pondok".

"Baik kau simpan duit untuk pergi travel daripada bayar installment kereta".



Yang aku rancang;

Aku akan jaga baik-baik dan bawa kereta myvi ni sampai akhir hayatku,

Paling tidak pun, aku bajet myvi aku akan cat baru, dan bubuh car player.

Setelah tahun ke-9 aku memiliki kereta MyVi ku,

Aku tak menyangka yang aku akan miliki kereta keduaku pada tarikh 17 Mei 2025.

Bulan kelahiran aku yang ke-37.




Yaris G 1.5
ya, tak payah kecam.
Kito tak rajin bela doh habaq.




Tetap pilih silver, sebab kitonya kan tak suka serabut

(Read: malas basuh)

Persoalannya sekarang, kenapa aku beli kereta lagi.

Dan, aku punyai tanggungan nak maintain 2 biji kereta.



Dan, sekarang, aku rasa lemas.

Nak bela sebiji kereta pun lemaih.

Ini kan 2 biji.

Tapi, niat aku beli bukan saja-saja.

Aku tengok kereta Myvi Lagi Best pak aku dah buruk sangat ghopernya.

Tak de gambar pulak nak cerita betapa SEDIH sunggohh keretanya.


Ayah aku, dia tak kisah sangat pasal aesthetic,

Walaupun kereta dia ruper sedehh, tapi tayar pakai michelin, servis tetap kat Perodua.

Walaupun dah berusia 17 tahun, dengan mileage lebih 500 000 km.

Kereta bawa pergi kebun, tapi bawa sedap yaaa, kalah kereta aku.


Namun, mash ada kerisauan juga, sebab kereta dah lama, banyak yang dah rosak,

Yang paling ditakutkan kereta problem tengah jalan.

Lagipun, aku fikir apa orang akan cakap,

"Kesian bapak dia ada anak, biarkan bapak dia pakai kereta buruk."

Begitulah depa mengata, 

dalam fikiran aku, walaupun hakikatnya tak de orang mengata pun.

Kau sendiri perasan Munirah. 


Ya, sis tak kuaad, sebab tu sis tak boleh fofuler, tak tahan kena cyber bully.

Tibahhh







Btw, setakat ni I'm in love with my Yaris, walaupun orang dok kata Perodua Yaris 😾

It has been one of my favorite cars since long before I decided to replace my MyVi.


Kenapa Toyota?

Kitakan Toyota family, mana boleh curang dengan Perodua, cucu Toyota.

Lagi, seperti semua orang tahu,  semestinya sebab reliability Toyota;

“It build to last, not to impress”

“It’s good, but boring”


Kita team hatchback, tak boleh kereta sedan, ada bontot, dan tak nak kereta besar.

Kita suka kereta comel-comel dan tak manjahhh.

Mana tahu satu hari dapat pakai Mini Cooper. hahaa, sewa sehari pun jadi lah.

Semoga kita semua dipermudahkan urusan dalam menyelesaikan hutang,

Biar meninggal dunia tanpa hutang.

InsyaAllah.Amin.





Monday, September 8, 2025

Perjalanan Memiliki Rumah Mampu Milik Johor.

As Salam,


(Entri ni wujud dalam draft sejak Januari 2025)

Inilah dia perjalanan aku miliki rumah yang tak pasti.

Sebagai peringatan dan disclaimer; aku ni walaupun nampak matang, mental dan emosi aku masih stuck di usia 13 tahun ye.

Aku mohon untuk Rumah Mampu Milik Johor(RMMJ) ni sejak 2019 , aku letakkan RMMJ pangsapuri di Larkin ditempat pertama, tapi sebab tak de rezeki, ramai yang mohon. Tidak lah bertuah nak dapat undi.

Rumah yang aku mohon ni sejak 2019, tapi pengundian dilakukan online sebab PKP , itupun tahun 2021.

Kalau ikut jumlah permohonan tak ramai yang mohon rumah ni.

Jadinya , aku pun tak de lah semangat sangat nak rumah ini.

Lagipun , aku kan risau, sebab kita ni penakut nak tanggung hutang ni, duit kita pun cukup-cukup nak hidup dengan shopping sikit-sikit je, apa-apaun Alhamdulillah dengan rezeki.


Bayar duit kereta dah ketar tangan, ini kan pulak bayar duit rumah.

Sebab tu lah, kita hanya berani apply rumah harga rahmah je wak.

Kereta korang lagi mahal daripada harga rumah aku.


Ketika aku menaip post ini, aku masih dalam keadaan tak pasti. 

(Reminder ; this post was in my draft since January this year)

This is how indecisive I am;

Bila aku mohon rumah ni, aku cuma mohon tanpa aku yakin ini yang aku nak.

Bila dapat undi, aku tak pasti nak terima ke tak.

Bila lulus pinjaman bank, aku tak pasti aku nak teruskan ke tak.

Bila sign dengan lawyer aku tak tahu apa-apa, cuma sign je.


19 Januari 2022

Aku sign surat ketika itu border masih belum dibuka sepenuhnya.

Proceed nak ambil rumah ni, sebab bayaran bulanan aku fikir, InsyaAllah mampu. 

Paling teruk pun, aku rugi dengan jumlah yang aku mampu pasrah.

Masa ni, aku masih duduk di Singapura, jadi aku balik Johor untuk tujuan ni, 


Mak temankan sign surat



Ya Allah, mengimbaunya ketika semua masih memakai mask. 

Sekali pandang persis Neelofa berpurdah ye memasing.


Setelah setahun berlalu, aku masih tak tahu lokasi sebenar projek itu pun.

Aku siap email developer dan cc lawyer lagi tanya, apasal projek tu tak start lagi. 

Pasal aku salah tengok tapak projek. Yang aku tengok cuma tanah lapang. 

Duhhh “Munirah adalah seorang wanita yang tak memalukan diri sendiri”

Begitulah manifestasi seorang Munirah yang masih blur setakat entri ini ditulis.

Dan di suatu masa, oh akhirnya aku jumpa tapak projek sebenar projek , tapi aku masih tak tahu pintu masuk yang sebenar.

Maka, setiap kali aku melawat tapak projek untuk melihat perkembangan , 

Aku akan ambil dari taman perumahan bersebelahan , tanpa tahu di manakah jalan masuk yang betul.

Hahahhaa. Korang jangan hina, biar aku je ketawakan diri sendiri.


25 Julai 2023


Date? Lost track.



17 Oktober 2023




10 Januari 2024



20 Disember 2024




Tunggu punya tunggu,

17 Januari 2025, akhirnya dapat mesej ini;

Dah boleh collect kunci rumah.


Alhamdulillah setelah proses yang panjang ,

19 Januari 2022 sign SnP, 

20 Januari 2025 ambil kunci, genap 3 tahun.

And guess what?

Bila hari  dapat kunci, aku masih sesat tak tahu mana pintu masuk.

Setelah terpusing-pusing, kau Syamel

Sampai no plate tanggal bagai.

Alhamdulillah aku jumpa jalan yang benar.

Jangan kecam ya , orang aircond, dan cuci lantai pun tak jumpa jalan masuk juga, 

walaupun ! bangunan depan mata.

Maka, bermulalah fasa seterusnya….

Yang lebih mencabar

Yang lagi membingungkan, 

Ermm.. nanti next entri sambung.

Sebab target aku, nak post satu entri , 

kalau cerita lagi panjang , kang takut dia duduk dalam draft sampai tahun depan. 



Nota MD:

Sebernarnya aku baru beli keyboard, mouse & ipad (dah bertahun-tahun pertimbangkan) Dengan alasan, aku akan lebih rajin nak blogging, bila ada ipad. Sekali, bila beli (secara installment) , ia terbiar sepi. Jadi, dengan niat supaya tidak dipersoalkan di akhirat atas pembaziran ini, maka terimalah entri pertama ku di tahun 2025 di bulan September. 

Semoga bermanfaat dan insyaAllah bertemu di episod akan datang


Saturday, June 8, 2024

Krisis Pertengahan Umur




As Salam,

Pemergian sahabat serumah aku akibat kanser otak Sekitar 10 tahun lalu, buatkan aku terfikir yang aku akan pergi meninggalkan dunia sekitar umur sekarang ini.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan masa untuk aku.

Walau pun semua orang tahu hakikat akan masa kita di dunia amat singkat , tapi kita tetap lalai, dan bila kita sedar semuanya  sudah terlambat;

kedut mula kelihatan, 

tenaga makin kurang , 

gigi mula goyang, 

mata semakin kabur, 

rambut pula penuh uban.

Alih-alih, malaikat datang memberi salam.


10 tahun lalu , 

aku membayangkan bila sampai usia sekarang, aku sudah penuh ilmu agama, 

ibadatku sempurna, 

solat ku tepat pada waktunya, 

tudungku labuh menutup dada,

pakaian ku longgar tanpa menarik pandangan mata.

10 tahun lalu , berlalu sekelip mata. 

Tiba-tiba, kerisauan pada masa hadapan mengganggu,

Penyesalan pada masa lalu terasa terlalu berat.

Walau beribu quote, tentang hidup pada masa ni, rasa itu tetap datang.

Hanya Iman dan penyerahan pada tuhan dapat mengawal perasaan.


Diusia 35,

Sekuat mana untuk aku elak untuk tidak berfikir, 

Pengharapan aku untuk tawakkal , tapi aku tak dapat elak untuk; 

Menyesal kenapa tak buat pelaburan dari muda, 

Risau keadaan hari tua.

Itu yang kau nampak untuk pelaburan dunia, 

bagaimana pelaburan masa terpejam mata selamanya?

Ketika itu, meraung pun tak guna.


Merasai secebis nikmat syurga di hari jadi tahun 35.


Masa lalu tak dapat dibetulkan, masa depan tetap akan berlaku.

Ya, aku semakin matang. 

Cuma belum cukup.

Banyak yang bermain di fikiran aku, cuma aku tak mampu menzahirkannya dalam bentuk tulisan.


Al Fatihah untuk diri sendiri.

Ila ruhi wajasadi 

Ya Tuhanku untuk jasadku dan jiwaku 

Ya Allah

Jauhkan aku dari segala penyakit perubatan dan 

juga 

Ya Allah 

larang jin dan syaitan mengganggu jasad dan jiwa ini yang memupuk jiwa raga untuk melakukan kejahatan. 

Ya Allah akan sentiasa Berbuat baik dan menerima segala kebaikan dan segala arah di alam semesta ini 

Assalamualaikum diriku 

Terima kasih kerana memaafkan mereka ini 

Terima kasih kerana menerima keadaan dan takdir.

 

Selamat 35 Munirah.



MD: Aku terjumpa draft sempena umur ku 35, ketika post untuk hari jadiku di umur 36. Aku tak tahu kenapa aku tak post tahun lepas. Isinya tak jauh beza. Masa begitu pantas. Sesungguhnya manusia dalam kerugian


Dengan Mengingati Mati


As Salam,


Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.

Dengan uban dan garis-garis kedutan ,

Mengingatkan aku dah umur tiga puluh enam,

Menampar muka aku agar menjadi matang,

Cukuplah memikirkan tentang hari semalam,

Cukup tentang penyesalan,

Angkat dagu , dan hidup untuk masa depan.

10 tahun lalu, ketika kawan serumah aku meninggal dunia, aku terfikir jika aku juga akan pergi pada usia 30 an, 

ketika itu mungkin di usia ini, 

aku sepatutnya sudah sedia dengan bekalan menghadapi mati,

Tapi,

hutang masih banyak berbaki,

dosa buat tiap-tiap hari,

aurat pun tak terjaga lagi,

masih sibukkan hidup selebriti

Datang pula;

Kerisauan melampau, tentang masa depan, 

andai umur ku panjang,

andai kesihatan tak mengizinkan, 

andai tak cukup wang untuk persaraan,

dan pelbagai lagi senarai kerisauan

Ya, Allah tahu ini yang sentiasa menghantui pemikiran.

Dan setiap masalah, ada ayat Al-Quran yang menjadi rujukan, yang memujuk hamba ini untuk kembali ke pangkal jalan,

Kerana hidup ini tidak panjang, 

Yang akhirat yang akan kekal,


وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ

“Sesungguhnya, Akhirat itu lebih baik bagimu dari dunia”

Surah Ad-Dhuha , Ayat 4

Sumber: Ad-Dhuha sebagai penawar Anxiety dan kemurungan

Kesusahan mahupun kesenangan yang dimiliki akan hilang,

Yang Allah tak pandang kejayaan kau dengan title kau sekarang,

Yang penting adalah berapa amalan kau untuk menghadap tuhan,

ketika jenama baju yang kau pakai tiada siapa yang hairan, 

hanya berkain kafan. 

Dunia ini kau akan tinggalkan, jangan kau bimbangkan,


Benarlah,

Dengan mengingati mati hati akan jadi tenang.

Ayat ini selalu menjadi pujukan aku jika galau.


Dunia ini tempat meninggal, bukan tempat tinggal.

Agar kita sama-sama dapat menikmati hidup dengan tenang, mati juga dalam senang. 





Terima kasih kawan -kawan ku yang masih Allah pinjamkan untuk aku, Nisak , Fatma, Cik Ana atas ingatan.



Kalau pakai mask, ada orang panggil adik, kalau buka, habislah pecah lobang; jadi kakak. Ya, acik tengah cuba nak terima kenyataan lah ni #indenial #siscuba


Wednesday, June 7, 2023

Keazaban Cabut Gigi Bongsu

As Salam, 

2-3 hari sebelum keAZABAn dan keSAKITan itu terjadi, aku cuma rasa berdenyut kat gigi aku tapi tak sampai mengganggu hidup aku, cuma rasa kurang selesa je.

Apa yang aku expect bila aku jumpa doktor gigi, aku nak dia scaling atau dia cuma bagi aku injection apa-apalah  atau tampal gigi aku yang rosak tapi bukan cabut apatah lagi pembedahan.

Ini pertama kali aku pergi ke klinik gigi ini Abby Dental Clinic, selama ni aku cuma tengok di Instagram je. Nampak marketing di situ.

Bila dentist tu cek gigi aku, dia cakap gusi aku dah bengkak kat belakang tu, dan dia jadi pocket untuk sisa makanan dok dalam tu.

Terus x-ray, pastu dia cakap apa-apa, aku anggukkan je, pastu aku laju je tanya boleh tak terus buat surgery, sebab aku malas nak buat appointment lain. 
Begitu yakin ya kau Munirah.

Aku pandang enteng ya pada cabutan gigi kali ini, 
padahal kesakitan cabutan gigi masa aku tadika masih utuh. 
Ketika itu, klinik gigi kerajaan datang cek gigi kat tadika.
Melalak ya aku selepas cabut gigi tu, sakit tahap superrr

Kali ini , setelah 29 tahun berlalu, aku fikir cabut gigi di klinik tidak lagi sakit.
Aku  tak de ketakutan pada dentist, aku suka jumpa dentist, aku boleh tahan  kengiluan, dan tampal gigi tanpa bius.

Jadi, aku fikir proses ini akan jadi satu hari biasa untuk aku lalui seperti hari-hari lain.
Tapi aku punya takbur ditundukkan hari itu.



Walaupun pada pandangan mata aku ada 3 lagi gigi bongsu yang tak tahu hala tumbuh, Dentist cakap gigi (anak panah merah) tu kena tulang,  tu yang buat rasa berdenyut.


Ketahuilah kalau ada orang cerita, sejenis penyeksaan yang mencabut gigi dan jika aku perlu melaluinya, aku mungkin orang pertama yang surrender. 


Melalui perbualan dentist dengan dental assistants , nak cabut gigi aku agak susah, sebab akar gigi aku besar.

Mereka siap pegang rahang aku , nak cabut gigi tak berjaya.

Kemudian, macam dah beberapa ketika dia stop kejap, urut pipi aku , kepala aku, sebab takut letih lama buka mulut dan elakkan stress.

Lepastu aku dengar , dentist tu cakap, 
“ Okay, kita tukar plan”
Aku pun tak pasti apa yang dia nak buat.

Dental assistant sentuh bahu aku,
 “Cik , Relaks relaks”
Mungkin sebab aku tak dapat control kerutan di dahi, dan walaupun dah bius, tetap terasa pressurenya.

Kaki aku beberapa kali terangkat.

Last sekali, dentist cakap gigi aku goyang, kedepan ke belakang, dia drill apa ntah, tulang aku agaknya.

Lepastu, aku dengar dentist cakap,

 “Alhamdulillah”

Dental assistant, “ aah, akar dia besar”


Gambar lepas ni agak gross ya.
Kalau penggeli, sila tutup mata.






The bad boy (kenapa nak menjantinakan semua benda)


Lepas siap doktor gigi pun jahit gusi aku ,
cukup ngilu dengan hanya membayangkan, walau tak rasa sakit.

Lepas siap dia nasihat;
1. Jangan makan benda panas dan keras.
 Makan bubur tunggu sejuk.
2. Jangan minum pakai straw, sebab akan ada tekanan dalam mulut.
3. Kawal batuk dan bersin, jangan terlalu kuat.
4. Kumur perlahan-lahan.
5. Tuam ais kat bengkak, makan aiskrim.




Sejurus selepas keluar bilik doktor

 Masa ni tak rasa sakit lagi.
Ada mamat kat ruang menunggu pandang aku. Ingat dia terpesona dengan aku, tapi aku tersedar dia terpana dengan kebengkakan muka aku. 
#kausempatkanperasan

Lepastu apa lagi; Bayarlah!


Amik kau,  kalau tak dapat claim ni , memang kena sumpah.
Padanlah doktor gigi kaya😁


Okay, belum berakhir ya..

3 jam selepas pembedahan.
Ni tahap sakit yang paling sakit aku pernah rasa seumur hidup. Lebih sakit daripada senggugut, bersalin tak boleh banding, sebab tak pernah rasa.

Ha, beruntung kan korang dapat tengok selfie paling agong aku😁


Aku perlu rekod, bagi mengingatkan aku betapa seksanya cabut gigi.


Hari Kedua



Hari ketiga.


Ni hari ketiga juga,  aku bukan sengaja senyum senget, ini je yang mampu. Sebelah tu dah keras dah bengkaknya.
Hari ni, aku nak ambil MC , 
sebab aku punya bengkak ada lagi. 
Tujun aku jumpa doktor klinik panel (doktor perubatan) cuma satu, nak ambil MC.

Kau tahu apa jadi?
Doktor cakap aku dah ada infection, akan melarat kalau tak bagi suntikan antibiotics.

Lah pulakkk.

Tak cukup dengan gigi kena cabut, tak habis sakit lagi, dia nak cucuk aku.

“Baring”
“Ha?, Nak suntik kat mana?”
“kat punggung”

😟

Aku blur lah wei, tak pernah seingat aku sejak  akil baligh aku kena suntik kat bontot wei

fyi , aku memang tak suka ubat dan seboleh-boleh tak nak makan ubat.

Cuma bila sakit lepas cabut gigi yang ni, sakit yang tak tertanggung ni , baru ambil ubat , paracetamol dan antibiotic. Sebab lagi satu, takut tak boleh claim klinik kalau tak makan ubat dan apa-apa jadi. Luls.

Doktor cakap, stop makan antibiotic klinik gigi, makan ubat dia bagi dan selang 2 hari, ambil lagi injection antibiotic.


Lahh pulakkk,

Aku terpaksa lah consult balik dengan dentist .





Jadi, decision is mine.
Ikut hati aku, memang aku tak nak makan ubat langsung. luls 

“Tapi bak kata mak aku, tahannnnn kau tanggung rasa sakit tu” #perliaku



Ni muka lepas terkejut kena injection.


Ini hari ke-4, bengkak dan ada kesan lebam.

Tapi mampu senyum lebih lebar, walaupun masih senget dan tudung tak siap. Golongan perfectionist okay ke tu? huhu

Aku harap dalam 2-3 hari lagi baiklah sikit muka aku. Dan pipi tak kendur sebelah. 😅

Bengkak adalah normal selepas pembedahan gigi bongsu, sebab dia bukan macam kita cabut gigi biasa.
Bersabar dan time will heal. And trust the dentist.
Of course doa jugalah sayangg

Aku baru buang satu,sekali aku tengok kat tiktok, buang sekali 4… Duhhhhh