Saturday, April 20, 2013

Resipi mudah. Rebus!


As salam,


Sebagai seorang kebanyakkan manusia normal di dunia ni aku memang suka makanan bergoreng, masakan pedas dan masakan berlemak,

Bayangkan kentang goreng McD yang rangup dan masin yang membuatkan kita nak kunyah lagi.



 Oooops



Juga asam pedas yang mampu membuatkan aku jilat pinggan.



dan masak lemak cili api mahupun kari... lebih pedas lebih pekat lebih sedap !





Tapi , aku ada masalah dengan nak masak makanan nih.

bila masak ayam goreng, udang goreng ke, ikan goreng.


 nampak tak kiah  propa di situ


Bukan apa aku tak nak tambah parut kat muka kita nih, cukuplah jerawat  yang dok bertapa kat muka kita. Habislah saham kita jatuh dari harga emas semasa.


Asam pedas?

Kalau ikut proses dia , memang mencabar , kena blend lada, pastu kena tumis sampai garing,  naik minyak lah ape. nak tunggu tu rasa misai aku lebat jek tumbuh, pastu nak tahu tahap naik minyak tu takat mana kan.


masak lemak?


masak dengan santan , adalah benda paling last aku buat kat dunia , kalau teringin dan terpaksa.
kena kacau, tak boleh kasi pecah santan.


Dan masakan yang paling aku suka masak adalah masak rebussssss!
HA? macam orang sakit?  tak kisah lah , ang pi dok amal lah lemak, goreng , kari-kari tuh hari-hari, amalkan , nanti rebus jugaklah makanan kau sampai mati. Lagilah tawaq habiaq.

masakan ni adalah masakan paling senang di dunia mengatasi masak kukus, sebab radas dia lebih sikit.

rebus vs goreng

1. Rebus tak pakai minyak . Goreng pakai minyak (kecuali ko pakai air fryer dari Philips). sejak kemunculannnya beberapa tahun dulu. Aku dok suruh mak aku beli, tapi dia cakap, " Kau belilah untuk mak"

2. Rebus tak risau minyak percik kat muka dan tangan. Risiko parut dan kecederaan berlaku amat tipis, 0.1%. sumber dari Doktor tidak transeksual lepasan SPM.


3. Rebus kau tak perlu, risau masakan kau hangus, ke melekat kat kuali ke berbanding masak goreng.

4.  Masakan rebus mengurang kan risiko mendapat penyakit tinggi kolestrol dan  kanser. lebih -lebih lagi kalau kau guna minyak yang sama bekas, kau guna goreng ayam, goreng ikan, goreng lembu, goreng itik, goreng telur dan sebagainya.

Maka, dengan kepakaran tahap jurutera Mclaren Mercedes Formula 1.

mempersembahkan Boiled Prawn with Tumeric leaf .
Konon letak nama orang putih cam hebat lah kan.



kalau namanya masak udang. kenalah ada udang.




Sebab aku tak mampu beli yang fresh,
udang ni aku beli lelong sepinggan RM10 ,



Pastu, Daun kunyit dengan bawang merah. Omai, 3 benda jek, dan masuk air bersih yang di tapis , 4 lah.



Daun kunyit tu aku rasa berat giler nak pergi beli, kalau kat umah, bolehh aku rembat hasil tanaman emak aku, ni kena beli plak, sehelai timbang dapat lah RM0.15. 15 sen hoccay.



Dah cukup?. Pilah rebus air dengan bawang dengan garam. Garam ni ang letak lah ikut sedap ang, aku memang tak pandai agak garam. Sebab mak aku tak ajar letak Cukup Rasa ke, Ajinomoto ke, Knorr pasti sedap ke. Maka , sebagai anak yang TO'AT (hujung lidah sentuh sentuh lelangit) maka aku pun hanya bergantung pada garam, sebagai perasa.




Tunggu sampai didih , nak tahu air didih tak payah pakai thermometer . Masuk jek kepala dalam kuali  tu kalau tak tahu. Mak cik pakai kuali jek, periuk tak dok. Guna je lah apa yang ada kat rumah sewa nih.


Dah didih tuh, masukkan udang dengan daun kunyit.  Daun kunyit tu bagi elakakan pembaziran 15 sen aku, aku taruhkan semua dalam nih.

Pastu tunggu lah sampai udang tu masak.



kemudian, barulah bau harum keluar menggoda seantero  Johor Jaya.






Bagus angpa semua pakailah udang segar, ni udang tak segar, tapi tetap habis nokk.
Tak sampai setengah jam kot masak benda nih , termasuk preparation , potong bawang semua.


md : letaklah jugakkan resipi first time masak udang rebus, asyik masak ikan rebus , tunjuk lah sikit reti masak, walaupun rebus jek semua.



11 comments:

  1. hahaha..moon..ko bile nak kawen..aku doakan laki ko suka makan ikan goreng.ayam goreng..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks admin for the share. i ikut style you sambil guna sikit style i. mmg turn out sedap. simple but sedap. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. haha, anonymous, siapa ko, awat x letk name, haha, nk buat caner, kalo tu jodoh.... ahaks

    ReplyDelete
  3. Suami aku pulak suka ayam goreng jaundis, sotong goreng jaundis, udang goreng jaundis. Apa-apa pun nak suruh goreng jaundis. Jadi tak boleh la aku nak propa pegang perisai bagai. Haha.

    Semoga kau bertemu lelaki yang gemar makan rebus. Aman hidup kau. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah, serius kelakar, aku pun masalahnya suka, tapi aku kena physo diri sikit..haha, baik hati kau wish aku gitew... haha, sengsara jugaklah kan kalau pagi makan ubi rebus, siang makan ikan rebus, malam makan ayam rebus

      Delete
  4. bile mase ko msk ni..??
    knpius aku..
    tgok mcm sedap..lauk sehat katenye..huhu
    -room8-

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa yang aku masak tu ko makan luar, ko balik parking dlm, pastu aku cakp baru nak ajak makan, pastu ko cakap tak pelah...

      Delete
    2. Owhh...len kali ckp la ko msk...
      aku ingt apy yg msk...
      adehhh...rugi x jengah lauk ko msk..bkn sng nk tgu ko msk..
      hahahaa

      Delete
  5. Woi giler lauk org sakit ko mkn. Haha. Asal tak buat singgang je? Bagus seh ko. Diet gittew.

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Sekarang ada promo..saya jual Phillip Airfryer rm 650.
    Like FB page Pandanmall.com

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D