INSTAGRAM

Tuesday, January 15, 2013

Kisah Temuduga

As salam,


Bila kita kerja makan gaji , kita sibuk mengharapkan gaji yang lebih banyak, cuti banyak, senang kata banyak benefits.
 
Sibuk siapkan diri agar diri ikut syarat yang ditetapkan.

Huhu, kalau bisnes sendiri pula, kalau nak pinjam kat bank kena siapkan kertas kerja.
Modal, dan displin yang kuat, melainkan bisnes tu tok ang punya, ang tukang kutip hasil buat perabih.

Kalau MLM (bukan maharaja lewak mega eh) , sure tak payah semua tu, tak perlu sijil, tak payah temuduga, tapi perlu kesungguhan dan kerajinan dan masih perlukan duit untuk modal.

Kalau MLM(maharaja lewak mega) perlu pandai buat orang gelak, dengan impersonate gaya orang lain, pakai baju perempuan, buat gaya terencat, atau macam-macam lagi. Ingat senang nak buat orang ketawa?.


Semua bidang kerja perlukan cabaran, tiada yang mudah, duduk tunggu duit kat jalan pun susah,
kerja apa yang senang, dapat duit banyak?
Jual dadah?
Kena tangkap. Innalillah.



Aku adalah golongan  manusia yang memilih untuk makan gaji,  maka haruslah kita gigih  cari kat jobstreet , siapkan resume, dan perkara-perkara normal lain.






soalan - soalan temuduga


Awak suka masak tak?

Apa makanan yang bila awak masak, semua orang kata sedap, ichiban?

(aku jawab ikan rebus, sebenarnya aku mana lah reti masak pelik-pelik, resipi paling hebat aku masak ialah ikan masak singgang, hahaha, tu yang aku main taram ikan rebus)

Cuba awak cerita , dari permulaan awak beli ikan , hingga awak hidangkan ikan rebus tu.

Okay, sekarang awak bukak kedai, dengan resipi awak tu, awak memilih untuk membuka cawangan atau
awak nak bangunkan sahaja satu kedai tu?

Kalau ada 2 tempat, macam mana awak nak uruskan?.

awak, memillih untuk menjadi taukeh, goyang kaki kutip hasil je, atau awak tukang masak, ke atau awak ada buat tugas lain?

awak hadapi situasi ini dalam masa serentak;
-Perkerja awak kata semua lot ikan busuk, macam mana ni bos?
-Pekerja awak report nasi sudah habis, pelanggan ramai tengah tunggu.
-Pelanggan pula suruh awak kira, cepat!

Macam mana awak handle?, mana yang awak nak buat dulu.

Satu hari yang lain,
Awak hadapi situasi ni serentak;
-Pekerja awak masak nasi, 3 periuk; satu periuk, nasi jadi bubur, satu periuk, banyak batu, satu periuk lagi,   pekerja awak masak guna air basuh pinggan.
-Awak punya resipi ikan, pekerja awak salah sukat  gula 10, garam 1 , jadi Garam 10 gula 1.
Dan sekarang sudah mahu pukul 12 tengah hari, pelanggan mahu datang. adakah awak akan teruskan mahu jual, atau tak?

Dan banyak lagi soalan sampingan,
Seperti dia menjadi watak pekerja bangla/Nepal dan aku jadi taukeh, dia suruh aku marah dan cakap bila situasi pasal nasi jadi bubur, semua tuh.

Aku : Saya potong gaji awak. Awak masak tak betul.

Penemuduga :  Ha. Tak boleh. Ini 500 kena bagi, tak boleh potong. Same same. Tak boleh potong ( style cakap ikut orang bangla )

Aku : Kalau tak nak , awak bagi sedara  awak makan lah (nasi)
time ni aku dah penat nak jawab soalan.

Dia langsung tak mintak sijil-sijil aku. Dia ni percaya ke aku ada degree.


Kena buat ujian tukar unit.(tanpa guna calculator, aku lupa nak guna phone, aku kan jujur:P)

2400 mL   =  _______ L

5%  + 3400mL = ______ L

45200  gm - 9% = _________ KG

2400L = ________ Gallon

Soalan lebih kurang ar, giler aku ingat semua benda.


Kena buat ujian buta warna

Komen penemuduga:

'' Awak seorang yang bijak" (ayat amik hati )

" Pasal ikan rebus tu awak kena improvelah"

''Kalau tak da orang guide awak,
Ini zaman internet (buat gaya tekan keyboard)
saya yang macam ni pun still learning
I bukan ini macam (buat gaya tekan keyboard macam expert )
tapi ini macam(buat gaya tekan keyboard satu-satu macam lembap)''

''Masa saya  universiti dulu,
first year is my honeymoon year,
second year , boleh lah...
third year baru insaf, tapi dah terlambat''

'' Masa saya dulu, subjek Kimia, ingat I, A? B, bolehlah ... C? Jangan Cakaplah"
 (Patutlah dia tak mintak transcript aku:P)


tapi ada satu Prof, dan nasihat dia saya ingat sampai sekarang

If you don't know the answer it's okay,
but do you know how to find the answer?

If you know how, then you already know the answer.


Temuduga :

Post : Chemist. (Ya bukan tukang masak restoran seafood)
Company : Sebuah syarikat cat dari Korea.


Ini Atul 
Last jumpa 7 tahun lepas time amik result SPM. Amik Master. Sekarang dia kerja kilang. Lu jangan memain, walaupun pakai macam tu, dia bukan kerja operator kilang sarung tangan terkemuka di Malaysia. Minah kilang gaji ribu riban.


 Lu orang nampak tak kondo kat belakang tu, Tu tempat dia tinggal, yang kagumnya dia park kereta dia tak jauh dari aku tempat aku diri nih. Tak nak jauh pulak kan.Maka, sebagai denda dia kena amik gambar aku..lala
Sebab aku tau kerja macam aku sure pakai jeans ngan tshirt jek, jadi ni kira habis smartlah kan nak gi interview.


Beg aku tu , yang aku beli juga khas untuk dipakai waktu interview jek, aku sumbatkan se gala jadah dalam tu, ngan kasut bersawang sekali aku taruhkan.

 
Expectation : Aku tak dapat job tuh, sebab 
1.  sepanjang soalan untuk ikan rebus tu dia asyik gelakkan jek jawapan aku. Baiklah, aku patut gi ujibakat MLM.
2. Aku tak tahu conversion Litre ke Gallon

Meh aku bubuh :


Liters US Gallons Imp. Gallons
1
0.264172052
0.219969157


 md : Entri ini disiapkan di tempat kerja. Ampun bos. Saya saja je jalan-jalan nak spy kilang orang lain.

2 comments:

  1. Macam-macam ditanye tym temuduga tuh..kalau ML pun penin nak jawab situation die..walaupun nampak mudah..tapi nak cari ayat sesuai jenuh berpeluh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, tu lah...lagi banyak sebenarnye... Soalan die....stresss mak jemah

      Delete

terima kasih sudi baca :D