Tuesday, May 21, 2013

Kisah Mei

As salam,


P/S: Peristiwa di bawah tidak mengikut garis masa.



Bulan Mei sememangnya bulan yang mencatat sejarah penting tanah air.
13 mei 1969






11 Mei 2013

Cik ana tunang, kawan sebelah katil di sekolah menengah,SAKTI,  majlis pukul 3, kami sampai lebih kurang pukul 5. Harem, sesat bagai.

Sampai-sampai cik ana dah tukar baju biasa dah....

pastu kena paksa pakai baju tunang balik, tak kira!.huhu



Aku cam tahu apebende yang aku buat. Fatma, tengah buat rehearsal lah tu.




 
 Tubeng  macam tahu jek apa yang sebenarnya dia  lakukan.





 haha, maklumlah kalau tak kena cucuk peniti, memang bukan pakai shawl lah kan. Fatma sebagai pelakon pembantu disitu.
  


 

 Giliran si Fatma cam tahu apa yang  dilakukan. Apa tu,kat dagu? huhu.


nasib make up tak tanggal lagi. kalau tak satu kerja nak tepek bedak .




 Pertunangan dia nia ni comel tau, hantaran tunang dia bagi semua bungkus, tak tahu pun apa isi, dia pun tak tahu apa yang pihak lelaki bagi. Pastu dia cakap dia bertunang macam orang dulu-dulu, tunang dia tak datang pun time nih.




tahniah cik Ana, darah manis sekarang,  nasib kau ni nutritionist .Eh, apa kaitan?





 Lain kali duk belakang cam si Fatma, tak de lah nampak giant sangat aku nih.



5 Mei 2013,


Sejurus selepas hari pengundian pilihan raya umum Malaysia yang ke-13,

Aku pun berbincang hal politik dengan Nisak, di tempat makan Cendol tepi Laut Pontian. Lalu, menyerahkan telekung yang aku order dari dia.

Cantik sangat dia bungkus, walaupun aku tak bayar kos postage/packaging, dia tetap letak reben bagai, lupa aku nak snap gambar, sebab dia paksa aku bukak time tu jugak.

 Jatuh hati sangat dengan material telekung ni, cotton yang ringan dan sejuk, banyak pihan warna, aku pilih warna ni, cam down to earth seperti aku. :p


 anak panah tu nak tunjuk , tempat gantung baju aku telah  condong 45 darjah sejak aku beli , lebih setahun yang lalu dan tetap bertahan kalah  menara condong Pisa.








 lepas tu ada beg sekali, 
jadi, kain ringan, beg telekung, warna menarik, selesa . Semuanya ada dalam pakej telekung dari Amal Nisa.



Kemudian. aku pun  beli telekung dari bella Ammara, ye lah asyik beli baju nak  melawa  kononnya , tapi  telekung nak jumpa Allah, rembat jek mak punya selama ni, tak pun pakai jek apa ade kat surau awam.

Lagi pulak ada lace , kengkonon lace kan tengah in.

Fabrik selesa, cantik , tapi kain dia agak pendek, aku yang tak berapa tinggi ni , 156 cm cam kena pakai kain dia labuhkan bawah pinggang.





Bolehlah buat skirt kain dia.




feeling princess jap.
Kalau satu entri tak poyyyow  memang tak boleh eh?


6 Mei 2013,

Ulang tahun kelahiran manusia comel , yang ke-25 mengikut tahun masihi.

Tapi, kebanyakan manusia tak ingat.... aku pun tak kisahlah, sebab aku bukan jenis manusia yang rajin nak wish HB! lah selamat itu... selamat ini....


Maka tiada hadiah berupa material seperti sebijik kereta, mungkin kerana harga kereta belum turun dengan dasyat dan harga petrol juga tiada khabar berita mahu turun.


Juga tiada gajet terkini di pasaran dihadiahkan, lalu tiadalah benda untuk diupload di laman sosial, mengatakan ia pemberian orang tersayang.

Juga, duit tabung untuk beli beg Furla , tak penuh-penuh.


Oleh itu, hadiahkan diri ini sepasang kasut yang diidamkan lebih setahun yang lalu. Selalu keluar masuk kedai, cuba-cuba tapi tak pernah beli.

maka dengan kesempatan 30% discount for birthday treat, maka belikanlah diri ini sepasang kasut Crocs. Haish, orang dah tak pakai kasut  nih, ang baru nak beli. haha. Lantak pi lah, asal kasut ni gangster.


Aku beli kasut ni 13 Mei iaitu lebih sehari dari tempoh yang diberikan (seminggu sebelum birthday dan minggu birthday). Aku buat muka kesian dengan budak situ, dapatlah kita 30% , padahal akak sebelum tu lambat dari aku, dapat jugak.

Design yang aku harapkan tiada, haish....



kulit buaya, ke kulit durian hentamlah, 
haha. kau ingat dengan meletakkan lambang Merc di stereng , menjadikan kancil Sebijak Anda hebat seperti kereta buatan Jerman.




Antara yang terlewat ialah mak kesayangan wanita comel tersebut,



 Baik korang aminkan cepat!

mak aku selalu cakap jodoh yang sesuai/sekufu, sebab dulu aku selalu ckp nak laki Jepung tak pun kerabat diraja..haha.. Dulu lah kan..

 tapi masalahnya tulah 26 tahun?!





 K.

12 Mei 2013

Hari ibu, tapi aku tak balik dan tak ucap hari ibu, sebab berbalik kepada sebab yang aku bukan jenis manusia rajin nak wish, selamat itu , selamat ini...

Aku jumpa kawan aku, Wan Rosidah  yang datang dari Penang hang tau, asal Kuala nerang ha.. kahwin 3 bulan dah dengan budak sekolah dia , diaorg jumpa balik kat kedai makan.Kenduri dia aku tak pilah, utara nun...masa zaman UiTM dulu, dia tak bercinta , tak couple pun (setahu aku lahkan)

Sekali dia yang kahwin dulu. Comel jek aku tengok dia dengan laki dia.



Laki dia tak dak, sebab kami paksa dia amik gambaq.



Kawan sekerja jugak lupa dah lepas 4 ke 5 hari baru perasan, itupun sebab tengok I.C (tunjuk kad pengenalan tanpa niat:P)
Maka, dia orang pun belanja steamboat kat Lagi Best



Ini Amoi komplen tak sedap, pastu balik umah sakit PeLut.  huhu
Tapi, dia comel sebab belanja tutti frutti pulak.
huhu.

Ayu tunjuk skill, bagaimana memasak marjerin dengan cara yang betul.
Makan ngan Si Ayu ni pun rugi, makan sikit jek, nasib bukan aku yang keluar duit.




Si Lulu, ni pun pandai guna teknik yang sama macam si Fatma sorok belakang aku, supaya nampak lebih kecik. Cis.


Selalu gadoh dengan ini amoi. Tapi , baju cam match jek.




Roomate aku, Si Ira ni pun tak hingat birthday aku, maka setelah ingatannya kembali pulih, dia pun membagi aku SEPOTONG kek Chocolate Indulgence dari Resipi Rahsia.





Hui, banyak sebenarnya nak buh dalam entri nih, termasuk jumpa Mawi ngan najwa Latif time Festival Knovo UTM tuh, yelah , I olls kan bukak booth kat situ kengkonon nak ushar budak UTM hensem, tapi malangnya semua bakal engineer dok bilik, pi  study, hahaha.. Tipu!

#black505 dan  penahanan Adam Adli. .Mei belum habis tapi sudah mencatatkan sejarah buat anda-anda semua. Mata-mata yang menyaksikan apa yang sudah terjadi dan bakal terjadi selepas ini.







Termasuk ramainya yang bakal mendirikan rumah tangga ..fuhhhhhh





Friday, May 10, 2013

Angan-angan dan Selendang

As salam,


Sebagai seorang manusia kebanyakan, mempunyai angan-angan adalah perkara wajib . Namun , angan-angan aku adalah yang kalau boleh memang aku sendiri nak bakor jek , sebab aku punya berangan tu mengalahkan mat jenin.mat jenin ? who? jiran belakang rumah Tok Ali tu lah .. Tok Ali? siapa Tok Ali? ntah..



Antara angan-angan yang tak boleh terima akal:

1. Cikgu suka tanya cita-cita setiap anak murid dia, dan aku selalu tukar-tukar cita-cita aku. Salah satu jawapan yang aku berikan ialah : Pereka kereta mewah  (WTH ?!)









Okaylah cube lah , angan-angan aku tu jadi kenyataan... sebab realiti tak dapat kan..



Ok, fine... lain kali mintak tolong editor video politik.



2. Dulu aku suka tengok katalog Courth Mammoth yang dia campak bagi kat rumah-rumah. Aku selalu berangan rumah aku bila dah besar nanti, peti sejuk dia macam peti sejuk dalam katalog tu, penuh dengan buah-buahan. Aku bercita-cita makanan aku lunch ke hape, ialah dalam mangkuk tembikai, penuh dengan buah-buahan , alah yang macam pengantin punya tuh..








 Eh bukan nih!


haha ni, pun bukan .



tak jumpa pulak  kat google

haha lebih kurang macam nilah, jus tembikai laici pun bolehlah.. 


banyak lagi, tapi biasa-biasa jelah , aku pun tak hingat.

dan aku punya mimpi pulak, masa kecik-kecik,
aku pernah couple ngan Zamani. Zamani Slam , korang mana kenal , yang korang kenal Bobo jek..





Eh, apa sebut nama Bobo ni, jeles lew tew,Bobo dapat sign kontrak ngan MIG.. Ko hado?
 Bintang Popular ABPBH 2013 milik I nanti HOkkkay!


Gurau jek BoBo, kita kawan kan, masa kecik-kecik main teng-teng sama-sama kan?kan? ... haha. Tipu


aku pernah mimpi jugak jumpa Marc anthony, jumpe kat air terjun... apasal dulu aku rasa Marc anthony ni menarik, macam nak tembak diri sendiri boleh tak?


mafia Sepanyol pun boleyylah. nilai tambah lah kan kalau pakai aviator.


Mungkinkah emak aku suka makan buah berangan masa ngandung dulu.

sekarang, sebab tak de plan nak jadi apa, dan tak berusaha ke arah angan-angan tu ,
Kan kita suka elemen Kezzzutan atau Suprise dalam hidup ni,

so, kerjalah kita makan gaji ,
 perabih duit aku kat depan komputer. Dok laju jek duit Maybank aku tuh, memang pantang ada isi.


jadi, aku carilah alternatif nak hidup sementara tunggu hujung bulan, kalau tak tengok jeklah orang makan... kat tepi kedai...huhu....jual lah mak cik nih, kerepek, Herbalife ngan yang terbaru Meniaga tudung, sebenarnya ia berlaku secara tak sengaja, sebab kawan aku , si Ayu tuh yang punya business aku dok support jek lah...


kerana kekurangan bajet akibat bahan mentah meningkat, dan sebab Ayu tak mahu jadi model, dan bila muka yang tak komersial ni terpaksa jadik model, ginilah ghopernye


Antara personal favorite saya di By'u scarf





Slapping beauty . ihiks ... ihiks...sila flying kick skrin anda :p



 Pakai tudung biru buat tanda like .motif?...  menang kita syukur, kalah kita redha.
Semoga Allah pelihara kita dan tanah air kita.



Sudikanlah like dan shopping di by 'u scarf boleh bagi special price sempena hari ibu. pm / email di by.uscarf@gmail.com. By 'u scarf ada bukak booth dekat UTM Skudai (depan booth SimplySiti), sempena festival Konvo , 7-12 Mei, kaw kaw punya murah.hehe.





Saturday, April 20, 2013

Resipi mudah. Rebus!


As salam,


Sebagai seorang kebanyakkan manusia normal di dunia ni aku memang suka makanan bergoreng, masakan pedas dan masakan berlemak,

Bayangkan kentang goreng McD yang rangup dan masin yang membuatkan kita nak kunyah lagi.



 Oooops



Juga asam pedas yang mampu membuatkan aku jilat pinggan.



dan masak lemak cili api mahupun kari... lebih pedas lebih pekat lebih sedap !





Tapi , aku ada masalah dengan nak masak makanan nih.

bila masak ayam goreng, udang goreng ke, ikan goreng.


 nampak tak kiah  propa di situ


Bukan apa aku tak nak tambah parut kat muka kita nih, cukuplah jerawat  yang dok bertapa kat muka kita. Habislah saham kita jatuh dari harga emas semasa.


Asam pedas?

Kalau ikut proses dia , memang mencabar , kena blend lada, pastu kena tumis sampai garing,  naik minyak lah ape. nak tunggu tu rasa misai aku lebat jek tumbuh, pastu nak tahu tahap naik minyak tu takat mana kan.


masak lemak?


masak dengan santan , adalah benda paling last aku buat kat dunia , kalau teringin dan terpaksa.
kena kacau, tak boleh kasi pecah santan.


Dan masakan yang paling aku suka masak adalah masak rebussssss!
HA? macam orang sakit?  tak kisah lah , ang pi dok amal lah lemak, goreng , kari-kari tuh hari-hari, amalkan , nanti rebus jugaklah makanan kau sampai mati. Lagilah tawaq habiaq.

masakan ni adalah masakan paling senang di dunia mengatasi masak kukus, sebab radas dia lebih sikit.

rebus vs goreng

1. Rebus tak pakai minyak . Goreng pakai minyak (kecuali ko pakai air fryer dari Philips). sejak kemunculannnya beberapa tahun dulu. Aku dok suruh mak aku beli, tapi dia cakap, " Kau belilah untuk mak"

2. Rebus tak risau minyak percik kat muka dan tangan. Risiko parut dan kecederaan berlaku amat tipis, 0.1%. sumber dari Doktor tidak transeksual lepasan SPM.


3. Rebus kau tak perlu, risau masakan kau hangus, ke melekat kat kuali ke berbanding masak goreng.

4.  Masakan rebus mengurang kan risiko mendapat penyakit tinggi kolestrol dan  kanser. lebih -lebih lagi kalau kau guna minyak yang sama bekas, kau guna goreng ayam, goreng ikan, goreng lembu, goreng itik, goreng telur dan sebagainya.

Maka, dengan kepakaran tahap jurutera Mclaren Mercedes Formula 1.

mempersembahkan Boiled Prawn with Tumeric leaf .
Konon letak nama orang putih cam hebat lah kan.



kalau namanya masak udang. kenalah ada udang.




Sebab aku tak mampu beli yang fresh,
udang ni aku beli lelong sepinggan RM10 ,



Pastu, Daun kunyit dengan bawang merah. Omai, 3 benda jek, dan masuk air bersih yang di tapis , 4 lah.



Daun kunyit tu aku rasa berat giler nak pergi beli, kalau kat umah, bolehh aku rembat hasil tanaman emak aku, ni kena beli plak, sehelai timbang dapat lah RM0.15. 15 sen hoccay.



Dah cukup?. Pilah rebus air dengan bawang dengan garam. Garam ni ang letak lah ikut sedap ang, aku memang tak pandai agak garam. Sebab mak aku tak ajar letak Cukup Rasa ke, Ajinomoto ke, Knorr pasti sedap ke. Maka , sebagai anak yang TO'AT (hujung lidah sentuh sentuh lelangit) maka aku pun hanya bergantung pada garam, sebagai perasa.




Tunggu sampai didih , nak tahu air didih tak payah pakai thermometer . Masuk jek kepala dalam kuali  tu kalau tak tahu. Mak cik pakai kuali jek, periuk tak dok. Guna je lah apa yang ada kat rumah sewa nih.


Dah didih tuh, masukkan udang dengan daun kunyit.  Daun kunyit tu bagi elakakan pembaziran 15 sen aku, aku taruhkan semua dalam nih.

Pastu tunggu lah sampai udang tu masak.



kemudian, barulah bau harum keluar menggoda seantero  Johor Jaya.






Bagus angpa semua pakailah udang segar, ni udang tak segar, tapi tetap habis nokk.
Tak sampai setengah jam kot masak benda nih , termasuk preparation , potong bawang semua.


md : letaklah jugakkan resipi first time masak udang rebus, asyik masak ikan rebus , tunjuk lah sikit reti masak, walaupun rebus jek semua.



Thursday, April 11, 2013

INDAH SHAWL

As salam,

Lauching our first scarf collection, and lets call it INDAH. It mades from chiffon , flowy and easy to styled. It comes with limited pieces, hurry grab it fast!

Description : Long shawl with  curve  edge

Size (approximate) : 2m x 0.5m

Material  : chiffon

Price : RM 27 excluded postage . Postage : RM6.

To order : email  ; name , item's code to : yu.scarf@gmail.com




Indah  01  : Dark Grey


Indah  02 : Soft Pink






Indah  03 : Metalicca Black
Sold Out




Indah  04: Salmon  Orange


Indah  05: Teal Blue
Sold Out



 Indah 06 : Magenta