Monday, February 14, 2022

Seminggu di kampung halaman ku



As Salam ,

Persetujuan Singapura dan Malaysia untuk mewujudkan Vaccinated Travel Lane(VTL) untuk rakyt Malaysia dan Singapura untuk bergerak antara 2 negara ni tanpa perlu kuarantin adalah berita yang sangat menggembirakan. Bermula 29 November 2021, berebut-rebut ribuan manusia nak beli tiket, termasuklah aku.
Tapi aku satu hari je cuba beli tiket sendiri. Nak masuk website tak boleh-boleh. Cuba beberapa kali dah separuh jalan tiba-tiba sangkut. Lepastu, bila buka balik beberapa nanosaat eh, dah slod out.
Tunggu pulak shoppee, tengok-tengok tak de pun keluar. Lepas tu, bila dapat buka alih-alih sold out jugak.

Give up serta merta ya.

Hahaha.
Dah tu, aku mintak tolong kawan aku , takpelah aku bayar upah sebab beratur kat websitekan kena effort ye bukan iffert (dak dak tik tok wajib tahu ya iffert tu apa )
Personal shopper dapat buat duit kerana wujudnya manusia yang tak kuasa nak beratur beli sendiri barang.

Dah dapat tiket kita apa lagi, kita action lah kat member-member yang tak dapat tiket lebih-lebih lagi nak raya cina.  



Perjalanan balik terasa sentimental. Korang mesti faham perasaan pergi ke tempat yang penuh memori masa silam kau.

Macam kau kembali melawat sekolah kau, tempat belajar kau, pastu kau mengenanglah kantin tempat makan kau, tempat kau lepak dengan kawan-kawan dan tempat bercinta (cuma tang ni lah aku tak boleh relate #teamsingletšŸ˜›)




Jadi, bila sampai je tanah air dari oversea dengan menaiki bas kau pun bersentimental value lah disitu sorang-sorang.



Proses balik kali ni pantas berbanding masa aku balik under PCA masa raya tahun lepas.

Tanpa perlu PCR, tanpa perlu kuarantin. Hanya ART test dan beberapa minut results keluar. Kau boleh mengepak dengan bebas.

Alhamdulillah, aku rasa aku dapat buat beberapa aktiviti yang aku nak sangat buat sebab tak dapat buat kat Singapura.

1. Aktiviti makan masakan mak
2. Aktiviti makan tempat mak bawak.
3. Aktiviti makan mak tapau.
4. Aktiviti makan di Sushi King
5. Aktiviti makan roti tampal sardin.
6. Aktiviti makan KFRY 

Hahahahahhahaha. Manusia yang senang dihiburkan memang tak banyak meminta. Penuhi perutnya, maka dia akan bahagia. 

Tapi, kalau ingat balik masa PKP  dulu tu baru kau tahu  nikmatnya dapat duduk makan kat restoran. Balik kampung nak jalan-jalan cari makan, sekali semua kedai tak boleh duduk makan.

In case kalau kau lupa lah nak bersyukur.

Makan ialah aktiviti yang nak sangat tu dibuat tu.


Kita mulakan dari bawah; kenapa? Sebab suka hati aku lah ( Siapa? Siapa tanya? ; tu dia pengaruh tiktok terlalu kuat ya)

Makan  KFry

Restoran KFry ada 2 je kat Johor ni, satu kat Johor Bahru, satu kat Batu Pahat. Kat JB ni manjanglah orang penuh.

Aku last makan KFry ni sebelum covid  buat onar kat muka bumi ni lagi.


Budak ni lah , yang perkenalkan aku dengan menu aneh-aneh Kpop ni.

Qibah ni bekas rakan sekerja aku kat tempat aku sekarang. Tapi, sebab dia ada anak kecil 2 orang, pastu takkan nak tinggal laki dia pulak kan. Jadi, nama dia pun tak diutamakan masa kami semua dipanggil masuk kerja masa lockdown 1.0 tu. 


Dia memang rindu nak kerja balik, tapi selagi border tak bukak, yang boleh ulang alik macam dulu, dia tak mahu masuk. Pakkal aku single tak de siapa  nak sponsor aku dok rumah jadi tai tai. 


Tapi, dia ni memang jiwa kental buat bisnes personal shopper Bath and Body Works dan Victoria Secret. Pastu dah dia bawak kat aku hadiah barang-barang brand tu. Dah aku segan pulak pasal aku tak bawak apa-apa hadiah untuk dia. Dah pulak aku kena belanja makan pulakkkk hahahahaha. Okay, tipu. 

Jadi, korang kalau nak beli barang-barang jenis-jenis dari kedai tu korang join Telegram (link: PSbyQiba). Selalu merayap pergi JPO and Mid Valley South Key nak shopping barang-barang orang.

Makan Sushi King

Nisak cakap, Imod nak makan sushi king, aku apa lagi, lomapat bintang ya dalam hati, pasal paling kurang 2 tahun ya aku tak jejak sushi king.


Ni konon happy sangat tu dapat makan sushi.



Oh sushi come to my tummy 


Sedap betholl sayur-sayuran ini ya. 
Kau pergi Sushi King nak makan sushi ke makan rumpai?


Anak Fatma yang terbaru, pertama kali juga aku jumpa.


Langsung tak nak orang budak ni. Penat aku jadi kuda, kucing langsung ya dia tak heran. Menjerit macam kena dera ya. Haha



Nisak yang tengah gila jejaka Turki ya sekarang.
Sep sep berjambang memang taste dia dari dulu. Kih kih kih.

Makan Roti Tampal Sardin 

Roti tampal sardin ini memang aku tak pernah rasa kat tempat lain yang seumpama dengan kat tempat ni.
Kebanyakkan roti sardin, sardin dia jenis kering, bubuh bawang je. Kalau kat tempat ni, dia masak ala sambal sardin pastu buh dalam roti pah tu baru tampal telur goyang. Ngam terokk warung pintu belakang UTM ni.


Perlu ya close up telur kuning ku pecah. Sampai ya hati dia bubuh mangkuk kari tindih telur kuning aku.



Tengah syok makan sambil dengar Nisak cerita pasal drama Turki dia tu. Lahhh, siput  alih-alih dok sebelah pinggan aku. Haha

Aktiviti aku bersama Nisak dan Fatma lepas makan ialah melawat 2 orang kawan aku yang bersalin. 


Kita mengimbau sebentar zaman remaja kita lepak mall, selfie kat toilet. Cumanya dulu selfie ramai-ramai dalam fitting room ya. 

Pertama; melawat Bell, anak lahir tak cukup bulan, tak boleh balik rumah lagi. 

Kedua; Cik Ana kawan sekolah menengah kami. Masa dia  kahwin dulu, akulah pengapit dia . Keh keh keh. 4 ya anak dia sekarang, manakala aku, anak kucing pun tak de 🤣


Cantik rumah Cik Ana.  Amik gambar kat tangga, mana tahu berumahtangga pulak kita nanti… auuuuuuu



Terima kasih sudi terima kehadiran kami. Aktiviti  aku balik kampuang ni salah satunya ialah mengacau orang tengah berpantang. 


Aktiviti Makan yang Mak aku Tapau

Sepanjang kat rumah, aku tak pernah rasa eiii lapar nya,  pasal tak sempat lapar, makanan semalam pun tak habis hadam lagi. Ada makanan lagi.
Alhamdulillah, rezeki melimpah-limpah ya. Kau duduk sorang kau tengok. Lapar,  sendiri cari, kalau rajin masak, kalau malas sikit order, kalau lapar sangat, keluar tapau, kalau kau malas tahap gaban, tidur lah dalam kelaparan.

Satu hari, pasar tani buka, mak aku tahu aku suka nasi kerabu. Dia pun beli. Sedap jugak. Terima kasih kepada perantau dari Pantai Timur yang menetap dan meniaga di Johor.



Pastu mak aku balik pergi pasar, 
“Aku beli buah favourite kau”
Tohhh, aku pun tak dapat fikir buah favorite aku, sebab sebagai Ratu Buah (ye aku sendiri iktiraf diri aku sebagai ratu, ratu hatimu je, awak yang kena iktirafkan)  aku suka makan semua buah-buahan.


Ya, kalau kau rasa harga buah mahal di Malaysia. Buah  jambu ini berharga hampir 1 dollar sebiji ya kalau dijual di pasar raya Singapura.
Kau rasa?

Kemudian, hari yang lain kenkononnya mak aku nak jogging, lepastu dia cakap ada port makan sedap. Amboi, tahu dah aku jogging tu berapa lama sangat lah compare dengan sesi sarapan+ sembang  dengan member dia. 

Tapi, tak kisahlah yang penting makanan dia bawa tu.
Aku pesan kalau tak de rojak tahu , beli soto. Kalau dah ada rojak tahu, tak payah beli soto. 
“Mak jangan beli dua-dua tau”
“Suka hati akulah”

Ya, mak aku beli kedua-dua mi soto, rojak tauhu dan… mi rebus.



Aku makan ni je rojak tauhu yang mak aku dok cakap, sedap sangat tuh
“Ni bukan rojak petis ke?”
Haha

Mak aku ada order laksa Johor, sebab abang aku dan kakak ipar suka makan laksa Johor ni. Payah katanya nak dapat yang sedap. Nak buat sendiri bercintalah kau nak mengerjakan laksa hidangan diraja dan golongan bangsawan ni. (Perang laksa antara negeri-negeri di Malayasia dah habis kan) 🤣


Tempah je lah senang. Itupun tukang buatnya pun tak kuasa ya nak mengulit timun tu. Kasar benorr di potongnya timun tu. Memamg potong betol markah aesthetic dan penyediaan perabah.

Aktiviti Makan yang Mak aku bawa Aku

Hari kedua aku balik tu, keluar pagi-pagi sebab ada urusan. Kami sarapan dekat kedai makan Perkarangan Masjid Pekan Nenas.
Ni first time untuk aku, tapi yang ntah berapa kali untuk mak aku. 



Pilihan mak aku ialah nasi lemak daun pisang dan asam pedas.



Sedap kata mak aku. Aroma daun pisang. Nasi yang berasap. Sambal bilis cukup rasa.  Klasik dan asyikk.



Aku order roti kosong dan roti sardin. Roti dia lembut tapi untuk roti sardin. Maaf walaupun boleh dimakan. seperti ku katakan sebelum ini, sardin nya diambil ikan sahaja, dan dibubuh bawang versi kering.

Tengah hari, hari yang sama, kita makan pulak di Restoran Anjung Selatan , BBU.


Mak aku ambil tempoyak ikan patin. 



Aku pulak tamak lah ambil sotong berapa jenis masakan, siput sedut dan ulam.



Last-last, siput sedut langsung tak berusik. Kita tapau je lah. Buat lauk masa malas masak.



Ambil bau je muka dah food coma.


Ini ya harga yang perlu dibayar termasuk air.

Balik makan ni kitaorang menuju ke Batu Pahat. Melawat mak cik aku, suaminya telah pergi menghadap Ilahi. Makin berusia, semakin banyak kita dengar kes kematian orang yang terdekat kita.
Inilah lumrah kehidupan, hidup dan mati, yang tinggal  hanya memori. 

Balik dari Batu Pahat tu,  Aku dah ngantuk dan kenyang gila. Mak aku boleh ajak ngeteh lagi.


Tak ingat nama kedai, depan sekolah Bugisiah. 


Mak aku order kopi Vietnam dan Kacang Pool


Aku order Nachos dan Mocha dalam balang kuih.
Dia cakap kalau bawa  balang dan datang lagi harga kurang RM2 (Harga asal RM6)



Pada aku rasa Nachos and Mocha Ais tu so so je lah. Tak tahu kalau menu lain. Sebab aku dah ngantuk tahap gila dah.

 
Aku  baru perasan hobi mak aku ni suka ngeteh.
Ngeteh tu kalau direct translation nya minum teh, tea break.
Suka lepak-lepak , jalan-jalan cari makan , minum sembang-sembang tanpa tekanan hidup. #walaupun

Sebab aku dah ngantuk tahap tak boleh buka mata, Mak aku yang bawak kereta sampai rumah. Tak, masalahnya siapa yang umur 70 tahun sekarang ni?

Satu hari yang lain, mak aku bawak aku pergi Parit Satu, Sanglang. Apa lagi? 

Ngeteh.


Bawak sekali kawan baik dia Cikgu Rosnah.


Mak aku makan laksa utara, ada soto dan tahu bakar.
Sedap juga semua. Tapi, tak menepati standard otai. Dia cakap kurengg. Lol. Adakah standard aku yang menurun sejak terdampar di Singapura? Atau memang aku memang mudah berpuas hati?


Segala jenis cendol ada, aku order cendol mangga. Pasal aku kenyang dek 2 hari lepas punya makanan.



Cikgu Rosnah order cendol kelapa laut.


Diaorang order, aku juga yang habiskan makanan yang tak habis tu. Mana tak perut aku sorang yang kenyang tak game-game.


Aktiviti Makan yang Mak aku Masak

Walaupun aku dah banyak kali cakap, dan kedengaran bias sebab dia mak aku, tapi memang masakan mak aku sedap pun hahaha



Hari abang dan kakak aku balik rumah, mak aku masak nasi lemak. Aku masak daging tumbuk walaupun masin, tetap laku ya Munirah masak . Ehemmm, padahal  kau masak segenggam daging je.

Sarapan nasi goreng kampung dengan telur mata goyang adalah personal favourite ku. Tak perlu fancy dalam nasi goreng tu bawang, lada dan rencah utama ikan bilis, garam. c.u.k.u.p.
 


“ Cukup kau disampingku, sempurnakan langkahku tuk menyusuri waktu”

Ku tujukan lagu ni untuk boyfriend ku from another nation,

My imagination.

Haha, gurau-gurau, harus lah untuk mak aku. Kau dah sedap melantak makan nasi goreng mak kau masak, tetiba lelaki yang tak wujud tu kau nak tuju lagu.


Berjumpa keluarga tersayang.

Pertama kali bersua muka dengan anak buah terbaru ni comel betholll ya . Ya lah umur-umur gini memang syok. Dah besar , dah pandai menjawab, siap kau e.. haha  


Reben terbalik. Koser lah mak aku dolu-dolu nak hias aku lagu nih.

Hawa binti Mohammad Saad


Nasib lah dapat mak cik yang suka amik gambar time korang comot-comot. 


Geram ngan peha itu ya, matching seluar dengan acik ko.


Atok, anak dan cucunya.



Ni dua budak geram ya. Dua ni jelah sekarang aku ambil gambar. 


Bubuh sini, pasal acik mu nak clearkan memori phone penuh gambar mu.

Yang lagi 4 orang anak buah tu dah besar , tak nak bergambar dah. Zaman korang sudah berlalu ya šŸ˜‚

Keturunan suka berkerut, banyak berfikir lah katakan.

Alhamdulillah, cuti pendek aku dapat selesaikan beberapa perkara. Cuma hajat aku nak jaga mbah aku 2-3 hari sebelum aku kembali ke Singapura tak kesampaian sebab sepupu aku yang jaga mbah aku positif covid. 

Semoga aku dapat cuti panjang sikit dan semoga kita dapat bebas keluar masuk negara macam dulu. 

Covid stop being culprit. 

Rindu tahu tak aku nak lepak makan Solero ke minum teh sambil tengok hindustan kat rumah.



Sunday, October 17, 2021

Makna bersyukur

As Salam, 

Aku sebenarnya rasa aku ada masalah, tapi kadang-kadang aku rasa itu normal. Adakah itu termasuk jenis-jenis Toxic Positivity.? 

Aku adalah orang yang banyak nak express tapi aku tak pandai nak express apa yang ada dalam minda aku tu.

Ini termasuk dari segi lisan dan penulisan. 

Ya, aku ada masalah komunikasi.

Bila aku bercakap, aku gagap dan susah nak express kan apa yang aku ingin sampaikan. Dan, akhirnya, orang yang mendengar tak dapat seratus peratus apa yang disampaikan.

Contoh penulisan; Aku nak post kat social media pasal sesuatu isu tapi aku tak reti tulis , atau aku tulis separuh lepas tu aku delete, lepas tu aku tak jadi nak pos.

Sebab tu, aku selalu delete aku punya post lepas send Instagram, Facebook , waima whatapps pun.

Sebab apa?Sebab aku rasa orang akan salah dan tak  faham dengan apa yang aku nak sampaikan. Orang akan judge aku, apa yang aku tulis tu tak menggambarkan secara real apa yang aku sebenarnya ingin sampaikan.

Okay, sampai sini , korang faham tak? 

luls

Dan salah satu sebab tu aku selowww bab soc media termasuklah belog ni pun ...

Tapi, aku suka blogging ni sebab ini adalah ruang yang personal sangat, bila aku tulis blog ni aku tak letak harapan berapa likes, siapa views semua tu. Jadi, inilah ruang yang terpaling jujur yang aku mampu expresskan.

Pada aku, siapa yang baca blog aku ni level dia ala-ala master bukan asher-asher.

Fan sejati lah senang kata.. kah kah kah. Feeling lah sikit.

Ok, satu lagi sebab aku tak post kat Instagram,

Aku rasa low self-esteem.

Biasanya, post post kat Instagram, tentang pencapaian mereka, kerja mereka, apa yang mereka beli, ootd mereka, percutian mereka, rumah dan kereta mereka . Kira apa yang mereka ada.

Ini secara automatic akan membuatkan aku membandingkan dengan diri aku yang rasa apa pun tak da. Bukan dengki ya #perludisclaimer

Yalah, aku adalah operator kilang yang menumpang mencari rezeki di bumi orang, yang tiada kwsp, tiada pencen, tiada investment dan simpan yang banyak.

Walaupun, aku cuba tak nak buat perbandingan, tapi terbanding jugalah kan.

Jadi, aku rasa tak de apa yang indah, tiada yang aesthetic, tiada achievement yang aku banggakan.


Well, itu adalah lumrah alam.

Apa yang aku boleh kawal, ialah pujuk hati.

Gembira dengan pencapaian mereka.

Mereka berhak dapat atas berkat usaha mereka.

Gembira dengan kegembiraan orang lain. Juga satu nikmat kegembiraan. Juga gembira.

Dia bahagia, Saya bahagia.


Someone else getting richer doesn't

make you poorer.

Someone else being attractive

doesn't make you less attractive.

Someone else succeeding doesn't

make you failing.

Just focus on your life.


Di usia ini, dengan lumrah manusia tak kira berapa banyak harta yang kau miliki, sentiasa takut pada masa depan, takut miskin, dan aku sedar semua ketakutan ini diambil kesempatan oleh syaitan. 

Semakin risau, semakin kedekut, semakin nak simpan duit, semakin berat nak sedekah. 

Duit ini adalah fitnah, jika dipandang dengan nafsu, maka ia ibarat minum air laut, semakin diminum semakin haus. 


Itu yang dah kaya pun, jadi tamak, amik rasuah, duit tak pernah cukup, mahu lagi dan lagi. 


Aku mengingatkan aku tentang apa yang aku ada, apa yang Allah pinjamkan untuk aku.

Masa yang banyak.

Kesihatan yang baik.

Ibu bapa yang sentiasa mendoakan anak-anaknya.

Cukup makan dan pakai.

Perkara ini, aku perlu ingatkan sentiasa.

Ini kurniaan yang lebih dari sebahagian orang dari 'dunia' lain.

Ya , kau nampak di media sosial  semua indah-indah.

Aku dapat cerita daripada kawan aku, 

“Ingat tak Si Z, kesian dia, dia mesej sedih sangat.”

“Bang kalau kau boleh tolong aku, aku kalau nak pinjam memang tak kan  mampu nak bayar pun”

“Aku nak minta sumbangan. Aku faham kalau tak dapat bagi.”

Z ni baru dapat anak masa Covid tahun lepas, jadi dia memang tak masuk balik kerja Singapura

Dia sekarang kerja gaji RM1200. Dulu, paling kurang pun income SGD1200. Dengan sewa rumah, bayar kereta. Mana nak tanggung makan anak bini lagi.

Sebab aku kenal Z tu walaupun tak pernah bercakap.

Selalu nampak dia pergi sembahyang kat surau kilang kat tempat aku bekerja ni.

Sedih, walaupun tak kenal rapat, tapi aku tahu dia budak yang baik.

Astaghfirullahalazim

Sungguh ya Allah aku terlupa, di mana di media sosial orang mempamerkan dunia, dan membuat aku hiba. Hiba kerana membandingkan aku yang tiada apa.

Tapi, di sebelah dunia yang lain, lebih ramai lagi yang berkira-kira samaada nak beli beras atau isi minyak motor.

Atau susu untuk anak kecil.

Sungguh aku mengaku, aku risau tentang masa depanku. 

Adakah sempat aku menikmati usia tua atau mati muda?

Jika lanjut usiaku, adakah aku boleh hidup tanpa meminta-minta pada manusia?

Ya, aku tahu, masa adalah milik tuhan. 

Rezeki milik Allah.

Usah risau tentang perkara yang belum pasti.

Ia pasti akan datang juga.




Sebab tu, kadang-kadang aku berhenti buka media sosial terutama Instagram sebab aku rasa kat situ, buat aku down. 

Aku lupa berapa banyak akaun kat Instagram yang indah-indah tu, berapa ramai yang derita di luar sana, yang langsung tak de mood nak buka akaun media sosial. Mungkin sibuk buka Apps Grab Food, atau Food Panda menanti order masuk. 

Tik Tok pula sebaliknya (setakat ini lah) aku lebih belajar tentang kehidupan sisi manusia yang lain yang lebih kena dengan aku, buat aku rasa It’s okay for not being rich, for not being so called successful, young and beautiful, for being single, for being mediocre. It’s totally okay. Mungkin sebab Tik Tok lebih kepada strangers dan bukan dikalangan kawan-kawan atau kaum kerabat yang kau kenal. Jadi, kuranglah perbandingan di situ.

Hadis berikut ini selalu mengingatkan aku, dia macam penampar kat diri sendiri, macam terus tembak tepat ke hati, terlanggar hidung sendiri. Memang sifat manusia itu semula jadi cinta pada material, takut pada kemiskinan, jadi dengan sedekahlah dapat jinakkan nafsu liar kedekut kau tohh.

PAHALA SEDEKAH YANG PALING BESAR.

Nabi s.a.w bersabda :

"Engkau bersedekah pada saat engkau masih sihat , saat engkau takut menjadi fakir, dan saat engkau berangan-angan menjadi kaya.

Dan janganlah engkau menunda-nunda sedekah itu, hingga apabila nyawamu telah sampai di halkum, engkau baru berkata, "Untuk si fulan sekian dan untuk fulan sekian, dan harta itu sudah menjadi hak si fulan.*

HR. Bukhari 1419 dan Muslim 1032


Selami makna bersyukur, nikmati rasa bersyukur itu, maka kau akan rasa cukup. 

Nikmat mana yang mahu kau dustakan?