Showing posts with label ilmu Islam. Show all posts
Showing posts with label ilmu Islam. Show all posts

Saturday, June 8, 2024

Dengan Mengingati Mati


As Salam,


Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.

Dengan uban dan garis-garis kedutan ,

Mengingatkan aku dah umur tiga puluh enam,

Menampar muka aku agar menjadi matang,

Cukuplah memikirkan tentang hari semalam,

Cukup tentang penyesalan,

Angkat dagu , dan hidup untuk masa depan.

10 tahun lalu, ketika kawan serumah aku meninggal dunia, aku terfikir jika aku juga akan pergi pada usia 30 an, 

ketika itu mungkin di usia ini, 

aku sepatutnya sudah sedia dengan bekalan menghadapi mati,

Tapi,

hutang masih banyak berbaki,

dosa buat tiap-tiap hari,

aurat pun tak terjaga lagi,

masih sibukkan hidup selebriti

Datang pula;

Kerisauan melampau, tentang masa depan, 

andai umur ku panjang,

andai kesihatan tak mengizinkan, 

andai tak cukup wang untuk persaraan,

dan pelbagai lagi senarai kerisauan

Ya, Allah tahu ini yang sentiasa menghantui pemikiran.

Dan setiap masalah, ada ayat Al-Quran yang menjadi rujukan, yang memujuk hamba ini untuk kembali ke pangkal jalan,

Kerana hidup ini tidak panjang, 

Yang akhirat yang akan kekal,


وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ

“Sesungguhnya, Akhirat itu lebih baik bagimu dari dunia”

Surah Ad-Dhuha , Ayat 4

Sumber: Ad-Dhuha sebagai penawar Anxiety dan kemurungan

Kesusahan mahupun kesenangan yang dimiliki akan hilang,

Yang Allah tak pandang kejayaan kau dengan title kau sekarang,

Yang penting adalah berapa amalan kau untuk menghadap tuhan,

ketika jenama baju yang kau pakai tiada siapa yang hairan, 

hanya berkain kafan. 

Dunia ini kau akan tinggalkan, jangan kau bimbangkan,


Benarlah,

Dengan mengingati mati hati akan jadi tenang.

Ayat ini selalu menjadi pujukan aku jika galau.


Dunia ini tempat meninggal, bukan tempat tinggal.

Agar kita sama-sama dapat menikmati hidup dengan tenang, mati juga dalam senang. 





Terima kasih kawan -kawan ku yang masih Allah pinjamkan untuk aku, Nisak , Fatma, Cik Ana atas ingatan.



Kalau pakai mask, ada orang panggil adik, kalau buka, habislah pecah lobang; jadi kakak. Ya, acik tengah cuba nak terima kenyataan lah ni #indenial #siscuba


Sunday, October 17, 2021

Makna bersyukur

As Salam, 

Aku sebenarnya rasa aku ada masalah, tapi kadang-kadang aku rasa itu normal. Adakah itu termasuk jenis-jenis Toxic Positivity.? 

Aku adalah orang yang banyak nak express tapi aku tak pandai nak express apa yang ada dalam minda aku tu.

Ini termasuk dari segi lisan dan penulisan. 

Ya, aku ada masalah komunikasi.

Bila aku bercakap, aku gagap dan susah nak express kan apa yang aku ingin sampaikan. Dan, akhirnya, orang yang mendengar tak dapat seratus peratus apa yang disampaikan.

Contoh penulisan; Aku nak post kat social media pasal sesuatu isu tapi aku tak reti tulis , atau aku tulis separuh lepas tu aku delete, lepas tu aku tak jadi nak pos.

Sebab tu, aku selalu delete aku punya post lepas send Instagram, Facebook , waima whatapps pun.

Sebab apa?Sebab aku rasa orang akan salah dan tak  faham dengan apa yang aku nak sampaikan. Orang akan judge aku, apa yang aku tulis tu tak menggambarkan secara real apa yang aku sebenarnya ingin sampaikan.

Okay, sampai sini , korang faham tak? 

luls

Dan salah satu sebab tu aku selowww bab soc media termasuklah belog ni pun ...

Tapi, aku suka blogging ni sebab ini adalah ruang yang personal sangat, bila aku tulis blog ni aku tak letak harapan berapa likes, siapa views semua tu. Jadi, inilah ruang yang terpaling jujur yang aku mampu expresskan.

Pada aku, siapa yang baca blog aku ni level dia ala-ala master bukan asher-asher.

Fan sejati lah senang kata.. kah kah kah. Feeling lah sikit.

Ok, satu lagi sebab aku tak post kat Instagram,

Aku rasa low self-esteem.

Biasanya, post post kat Instagram, tentang pencapaian mereka, kerja mereka, apa yang mereka beli, ootd mereka, percutian mereka, rumah dan kereta mereka . Kira apa yang mereka ada.

Ini secara automatic akan membuatkan aku membandingkan dengan diri aku yang rasa apa pun tak da. Bukan dengki ya #perludisclaimer

Yalah, aku adalah operator kilang yang menumpang mencari rezeki di bumi orang, yang tiada kwsp, tiada pencen, tiada investment dan simpan yang banyak.

Walaupun, aku cuba tak nak buat perbandingan, tapi terbanding jugalah kan.

Jadi, aku rasa tak de apa yang indah, tiada yang aesthetic, tiada achievement yang aku banggakan.


Well, itu adalah lumrah alam.

Apa yang aku boleh kawal, ialah pujuk hati.

Gembira dengan pencapaian mereka.

Mereka berhak dapat atas berkat usaha mereka.

Gembira dengan kegembiraan orang lain. Juga satu nikmat kegembiraan. Juga gembira.

Dia bahagia, Saya bahagia.


Someone else getting richer doesn't

make you poorer.

Someone else being attractive

doesn't make you less attractive.

Someone else succeeding doesn't

make you failing.

Just focus on your life.


Di usia ini, dengan lumrah manusia tak kira berapa banyak harta yang kau miliki, sentiasa takut pada masa depan, takut miskin, dan aku sedar semua ketakutan ini diambil kesempatan oleh syaitan. 

Semakin risau, semakin kedekut, semakin nak simpan duit, semakin berat nak sedekah. 

Duit ini adalah fitnah, jika dipandang dengan nafsu, maka ia ibarat minum air laut, semakin diminum semakin haus. 


Itu yang dah kaya pun, jadi tamak, amik rasuah, duit tak pernah cukup, mahu lagi dan lagi. 


Aku mengingatkan aku tentang apa yang aku ada, apa yang Allah pinjamkan untuk aku.

Masa yang banyak.

Kesihatan yang baik.

Ibu bapa yang sentiasa mendoakan anak-anaknya.

Cukup makan dan pakai.

Perkara ini, aku perlu ingatkan sentiasa.

Ini kurniaan yang lebih dari sebahagian orang dari 'dunia' lain.

Ya , kau nampak di media sosial  semua indah-indah.

Aku dapat cerita daripada kawan aku, 

“Ingat tak Si Z, kesian dia, dia mesej sedih sangat.”

“Bang kalau kau boleh tolong aku, aku kalau nak pinjam memang tak kan  mampu nak bayar pun”

“Aku nak minta sumbangan. Aku faham kalau tak dapat bagi.”

Z ni baru dapat anak masa Covid tahun lepas, jadi dia memang tak masuk balik kerja Singapura

Dia sekarang kerja gaji RM1200. Dulu, paling kurang pun income SGD1200. Dengan sewa rumah, bayar kereta. Mana nak tanggung makan anak bini lagi.

Sebab aku kenal Z tu walaupun tak pernah bercakap.

Selalu nampak dia pergi sembahyang kat surau kilang kat tempat aku bekerja ni.

Sedih, walaupun tak kenal rapat, tapi aku tahu dia budak yang baik.

Astaghfirullahalazim

Sungguh ya Allah aku terlupa, di mana di media sosial orang mempamerkan dunia, dan membuat aku hiba. Hiba kerana membandingkan aku yang tiada apa.

Tapi, di sebelah dunia yang lain, lebih ramai lagi yang berkira-kira samaada nak beli beras atau isi minyak motor.

Atau susu untuk anak kecil.

Sungguh aku mengaku, aku risau tentang masa depanku. 

Adakah sempat aku menikmati usia tua atau mati muda?

Jika lanjut usiaku, adakah aku boleh hidup tanpa meminta-minta pada manusia?

Ya, aku tahu, masa adalah milik tuhan. 

Rezeki milik Allah.

Usah risau tentang perkara yang belum pasti.

Ia pasti akan datang juga.




Sebab tu, kadang-kadang aku berhenti buka media sosial terutama Instagram sebab aku rasa kat situ, buat aku down. 

Aku lupa berapa banyak akaun kat Instagram yang indah-indah tu, berapa ramai yang derita di luar sana, yang langsung tak de mood nak buka akaun media sosial. Mungkin sibuk buka Apps Grab Food, atau Food Panda menanti order masuk. 

Tik Tok pula sebaliknya (setakat ini lah) aku lebih belajar tentang kehidupan sisi manusia yang lain yang lebih kena dengan aku, buat aku rasa It’s okay for not being rich, for not being so called successful, young and beautiful, for being single, for being mediocre. It’s totally okay. Mungkin sebab Tik Tok lebih kepada strangers dan bukan dikalangan kawan-kawan atau kaum kerabat yang kau kenal. Jadi, kuranglah perbandingan di situ.

Hadis berikut ini selalu mengingatkan aku, dia macam penampar kat diri sendiri, macam terus tembak tepat ke hati, terlanggar hidung sendiri. Memang sifat manusia itu semula jadi cinta pada material, takut pada kemiskinan, jadi dengan sedekahlah dapat jinakkan nafsu liar kedekut kau tohh.

PAHALA SEDEKAH YANG PALING BESAR.

Nabi s.a.w bersabda :

"Engkau bersedekah pada saat engkau masih sihat , saat engkau takut menjadi fakir, dan saat engkau berangan-angan menjadi kaya.

Dan janganlah engkau menunda-nunda sedekah itu, hingga apabila nyawamu telah sampai di halkum, engkau baru berkata, "Untuk si fulan sekian dan untuk fulan sekian, dan harta itu sudah menjadi hak si fulan.*

HR. Bukhari 1419 dan Muslim 1032


Selami makna bersyukur, nikmati rasa bersyukur itu, maka kau akan rasa cukup. 

Nikmat mana yang mahu kau dustakan?

Sunday, March 22, 2020

Berperang dengan Virus Covid-19

As Salam,

Selama ni aku elak untuk bercerita masalah aku di media sosial... Acehceh.

Benornya aku malas nak tulis.. Kih kih kih.

Tapi, seriously this Corona-kaukumasihdisini virus really hits me hard.

 Kenapa aku rasa susah?
 Sebab ia akan melibatkan komitmen aku terhadap orang yang paling dekat dengan aku.

Aku pernah accident 2 kali, kereta rosak 2 kali kali, dua-dua sebab aku yang langgar.
Masa kereta rosak dan kemalangan tu, aku rasa aku susah, helpless sebab kena susahkan orang lain.


Bila bercakap tentang kewangan dan komitemen, aku adalah orang yang paling tak suka dia-dua perkara tu.


Aku banyak kali ulang kalau berbual dengan kawan-kawan aku.

Kenapa tak kahwin?

Okay, selain sebab tak de orang nak, *Uhuk uhuk   #uglytruth

Aku tak suka pada komitmen.


Aku boleh hidup gaji sikit kalau aku cuma tanggung diri sendiri, tapi bagaimana kalau ada tanggungan, orang dalam rumah tak cukup nak makan, tak boleh bayar bil, tak de duit nak isi minyak.

Bila ada tanggungan, rasa stress tu semestinya berganda-ganda berat. MasyaAllah.

Dan aku hanya alami perkara ini di usia aku 32 tahun. Di tahun 2020.

Ya, sebelum ini, aku tak kisah tukar tukar kerja. Sengkek. Sebab aku tak da tanggungan.
Mak pak aku masih berpendapatan tetap. Aku tak de anak.

Aku tak de hutang bank.

Aku berserah pada Allah swt atas perjalanan takdir aku.

My life was completely laid back at that time.
Masa tu pakai kancil. Stress aku pada kereta tu yang selalu rosak, tak seteruk aku setiap masa fikir bila nak habis hutang kereta Myvi yang aku pakai sekarang ni.

Aku theoretically aware pasal financial, fasal kepentingan membuat pelaburan, kepentingan mempunyai pendapatan kedua, aku ada buat untuk terlibat dalam business.
Tapi, setakat ni semua tak memberansangkan, dan aku rasa aku memang tak de bakat dalam meniaga ni.

Haha, orang yang bercinta-cita tinggi dan orang business memang akan mengata aku, sebagai seorang yang mudah putus asa dan malas berusaha.


Well well well..


Sejak kerajaan Malaysia mengumumkan social distancing order @ restriction movement order @movement control order @ partial lock down @ total lock down, atau apa-apa yang korang nak panggil bermula 18 mac 2020, pada 16 mac, semua menjadi kelam kabut,

Kilang tempat aku kerja di Singapura, melakukan survey urgent,

16 Mac: 1. Siapa yang boleh stay di Singapura, dengan accomodation sendiri?
                  2. Siapa yang boleh stay di Singapura, dengan disediakan accomodation

aku pilih yang ke -2

Namun, aku terima hakikat, company tak mampu sediakan tempat  sepantas satu hari untuk pekerja yang sangat ramai, (yang naik bas ulang alik , JB-Singapura, 14 bas setiap shift, ada 4 shift, tak termasuk yang ulang alik naik motor).

17 Mac: Senarai yang bekerja hanya orang yang ada accomodation sendiri sahaja (bermaksud tak disediakan accomodation untuk yang tak de, sekaligus tak boleh nak kerja) 17 haribulan tu sepatutnya shift aku start, jika aku pergi kerja  kerja malam tu, esok paginya 18hb aku  tak boleh balik Malaysia.

18 Mac : Kerajaan negeri dan menteri pertahanan, membangkitkan isu untuk pekerja yang mempunya work permit untuk meneruskan pekerjaan seperti biasa.


19 Mac:  Masih menunggu. Menteri pertahanan hanya beritahu, orang yang bekerja di Singapura boleh terus bekerja (Imigresen masih tak bagi  pekerja dengan pas pekerja melepasi sempadan Johor nak ke Singapura)
Perdana Menteri sekali lagi buat perutusan khas supaya duduk di rumah,
Siapa yang berada di Johor Bahru, sila duduk di Johor Bahru. Siapa yang berada di Kuala Lumpur , sila duduk di Kuala Lumpur.

20 Mac: Supervisor mesej minta gambar passport, dia suruh standby untuk masuk Singapura. Aku dapat lihat, operation kilang akan tempang, operator ramai orang Malaysia, diaorang tak dapat capai mass production, dengan adanya sekatan ni.

Daripada 4 shift, hanya 2 shift je yang jalan, kedua-duanya shift siang.

Malam,  9.31pm, bos bagi surat melalui whatapps, dia kata ada 2 jam sebelum 11.59pm untuk aku merentas Tambak.
Selepas 12am, kalau aku masuk Singapura, aku akan dikuarantin selama 14 hari.
Ketika itu, membongkang lagi kat rumah mak pak aku, di Pontian.
Baju satu apa tak kemas, setelah sesi whatapps call dan mesej  yang genting melibatkan rakan-rakan seperjuangan yang lain, ibarat perjuangan hidup dan mati, nak gerak ke tak nak ke, masa itu ibarat MASK,  ketika itu, sangat berharga.
Aku amik baju, pakai tudung, cuba sumbat apa yang sempat dalam beg.
tapi, hati aku masih ragu-ragu.

 Aku stress.

Setelah 20 kali tanya kat kawan-kawan, ada yang tak boleh pergi, aku pun rasa, aku tak dapat lepas imigresen dengan waktu yang begitu menekan.

Salin baju tido balik, tutup muka dengan bantal.


11.44pm, dapat mesej, yang imigresen tak bagi keluar walaupun ada surat. Jadi, siapa yang dah pergi CIQ tu, sia-sia je, kena patah balik.


21 Mac : Supervisor dan Manager telefon, dengan memberi pilihan, adakah aku sanggup untuk pergi ke Singapura jika Malaysia border benarkan untuk lepas. Kuarantin selama 14 hari dan mungkin kena stay di Singapura selama 3 bulan, tanpa balik ke Malaysia. this is tough dude.
Tetapi, bila difikirkan duduk di rumah di Malaysia tanpa kerja, tanpa pendapatan, runsing fikir nak makan apa, lebih baik kerja, yang kena risau adalah kalau ada apa-apa jadi kat Malaysia, susah nak balik atau mungkin tak dapat balik.

Tapi, manusia harus memilih,

Dan pilihan ini pun masih belum pasti.

Esok mungkin akan tiba, namun nasib belum tentu menyebelahi kita.


22 Mac: Kerajaan Singapura sudah pun membuat sidang media dan mengehadkan kemasukkan rakyat Malaysia dengan pass perkerja masuk ke Singapura. Hanya industri berkepentingan seperti kesihatan dan pengangkutan je boleh.
Singapura pun sudah mencatatkan 2 kematian akibat wabak ini.

Harapan aku makin tips untuk BEKERJA.

Aku fikir hutang yang perlu dilangsaikan, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Aku menangis lagi (setelah episod nangis mintak MC)


YA Allah, sungguh kami tak berdaya, Tiada daya dan kuasa kami
YA Allah, hanya Kau yang berkuasa atas kami.




Ketika ini, musuh aku sebenarnya adalah diri sendiri yang selalu fikirkan tentang duit dan keduniaan hampir setiap masa, dan Covid-19 hanya sebagai subjek untuk aku letakkan kesalahan.

Bantu aku untuk redha, Ya Allah.

Tuesday, March 17, 2020

Cari Hikmah Covid-19 & Cuti di Cameron Higlands

As Salam


Aku tanya apa khabar? duhh, Mac 2020 dah wei, rangkuman 2019 pun dok kat draft lagi ha.
Tapi baru je jejak Mac, banyak dah yang terjadi di arena netizenization (Kak Lina pom pom kampung people here... Haha)

Well, selain arena politik malaysia yang mungkin pencatit sejarah agak pening kepala  nak bukukan dan masukkan dalam silibus buku sejarah SPM generasi akan datang, wabak  penyakit Covid-19, dari tahun 19 masuk bulan 3 tahun 2020, yang tak de tanda akan menurun dan Malaysia telah isytihar lockdown.

Bagaimana wabak penyakit ini meruntuhkan segala perancangan kita, manusia yang lemah. Ha, dah mula lahtu nak tuju lagu Rohana Jalil,

~~Aku insan yang lemah, hanya mampu berserah


Tahun lepas, bila ada orang sekeling yang ditimpa masalah, aku ada fikir,

Adakah aku ni tak de masalah?
Bila dengar orang lain ada masalah yang pelbagai, aku fikir sejenak.
Adakah masalah orang lain itu sebenarnya adalah masalah aku?
Sekarang kau faham tak aku tulis apa ni?

Adakah dengan tak de masalah (aku rasa ketika itu), adakah ini tanda Allah sayang, atau hukuman,  atau dugaan (dugaan dengan hidup tanpa dugaan).


Dan tahun ni datang masalah kat aku...

Aku tanya pulak, apakah dosa aku? Dan, dan dan.....

Segala target utama tahun ni untuk aku capai telah hancur seawal 2 bulan tahun ni bermula.

Dengan semua yang datang dalam hidup ini, Kadang-Kadang bagus jugak kita lari sebentar demi menjaga kewarasan fikiran, nak pakai lama insyaAllah.

Lari kat Cameron Highlands je lah tapi.
Bulan Februari lepass lah tapi.
Sebelum lockdown lah tapi.


Well, at least I can tick one of my bucket list for long time, I even doesn't put it in my target this year. Well it just come at the right time. Sometimes, something come at the random time that we didn't expected.

Well, at first I want this post to be like a  travel post about Cameron Highlands but we plan, however, Allah is the best planner.
Just share lot pictures of me with the tea plants background and ONE picture with friends that make the trip much more fun. Well, that's how I appreciate people... Lol.



Terima kasih kawan-kawan yang baik tolong bahagiakan kita di sana. 
Diaorang ni active tau, setiap minggu ada aktiviti luar nak dibuatnya, tapi dengan wabak penyakit ni, semua terpaksa dibatalkan. 
Semua berkorban, tanpa pentingkan diri sendiri.




Kasi berbaloi lah sikit nak masuk ladang teh bayar RM3.
#senangbuatduitek


Maaflah, first time wei, jejak ladang teh Cameron Highlands.



Feeling suwekkk.


Alhamdulillah. 
Dari dulu teringin bayangkan minum teh, makan scones berlatar belakangkan ladang teh, cuma sayang tak de gambar je. Kalau takkk...


Tapi wak, kita tetap bersyukur.



Masalahnya aku ni nak gi kerja macam mana, dahlah dilema duit, nak gajiiiii 


Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 155 yang bermaksud: 
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”


Terima kasih Allah, kerana memujuk hati-hati kami dengan ayat suci Mu,
sesungguhnya janji Mu adalah benar.





Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bersegeralah kamu semua untuk beramal (kerana akan datang) ujian-ujian ibarat keadaan-keadaan malam yang gelap. (Disebabkan ujian tersebut, adakalanya) seseorang itu beriman pada waktu pagi tetapi menjadi kafir pada waktu petang, dan beriman pada waktu petang tetapi menjadi kafir pada waktu pagi esoknya. (Lalu) Dia menjual agamanya dengan sesuatu daripada (kepentingan) dunia ini.” (Riwayat Muslim)




Ya Allah, bantulah kami menghadapi ujian ini Ya Allah.
Masukkanlah kami dalam golongan yang beriman.
Amin Amin Ya rabbalalamin


Wednesday, November 20, 2019

kisah mbah saya II

As salam,

Ibu bapa dan orang tua adalah anugerah,
Anggaplah segala ketidakupayaan mereka sebagai anugerah,
Dengarlah segala bebelan mereka sebagai anugerah,
Pandanglah mereka sebagai satu anugerah.

Allah memberi peluang kepada kita,
Allah menguji kita adakah kita pandang mereka sebagai anugerah atau bebanan

Dalam kisah mbah saya, aku ada tulis mbah aku kahwin pada umurnya 14 tahun
Satu hari , aku bertanya lagi tentang itu kepada mbah aku, 

Untuk baca Kisah Mbah Saya yang ditulis pada tahun 2013 > Kisah Mbah Saya

3 perenggan pertama diatas, aku jumpa dalam draft aku, tahun 2015.

Punyalah lama, sampai aku pun dah lupa apa nak tanya kat mbah .

Mbah telah duduk kat rumah mak aku, dalam 10 tahun.

Dalam tempoh tu ada beberapa kejadian yang aku nak cerita, tapi sifat bertangguh aku memberi kesan ya..
Apa yang aku nak cerita tu berlalu bak angin lalu... tuhhh..
#keepontypingmunirahjanganstop #kalautaktahulahtahunbilapulaknaksambungtulis


Semalam, 19 November 2019;

Aku bangun dari tidur, mak aku kejut, pasal ada kawan dia nak tumpang sembahyang.

Aku ni ada perangai kesurupan sikit kalau bangun tidur orang kejut.
Lebih-lebih lagi time tu dengan rumah bersepah , tak bersedia nak terima tetamu.
Ya, time rumah aku dah kemas, aku dah mandi, jarang orang datang.
Biasanya, rumah aku macam tongkang pecah, aku tak siap , muka berminyak, rambut macam berus periuk. memang time tulah orang datang.

Dan kebanyakannya  ialah bila rumah aku di situasi yang kedua itu.

Sedang aku mengamuk-mengamuk dek kesetanan,
aku dengar bunyi mbah aku jatuh, dan suara mbah aku panggil.
Sebenarnya beberapa kali juga mbah aku jatuh, biasanya terduduk.


Aku selak langsir bilik dia.
Hampir putus urat ketenangan aku.

Suara mbah mengaduhhh...

Mbah aku jatuh tertiarap.
Tongkatnya dibawah kakiknya,
darah menitis ke lantai, sama ada daripada mulutnya atau hidungnya.


Situasi itu sukar untuk aku ceritakan.

Aku rasa cuak, takut , sedih tengok keadaan mbah waktu itu. bertuala, baru lepas mandi.

If only I am good with word and can project my feelings during that moment into video.



By the way, Mbah aku memang menghadapi luka/kudis di hidung, doktor menasihatkan untuk buang, kalau tak buang, ia akan membesar.
Tapi, di hari pembedahan, dah masuk dalam bilik bedah dah pun, tiba-tiba mbah aku yang selama ni jenis tak banyak perangai sungguh-sunguh tak mahu.
Doktor tak boleh paksa, itu atas kehendak pesakit.

Kudis tu makin besar.

Setiap kali aku tanya, pasal hidung dia, rasa sakit atau tak, dia cakap tak. Tapi, tangan dia selalu usik kudis di hidungnya.

Berdarah.
Di telekung dia, banyak kesan darah.


Antara tabiat mbah aku sekarang, 20/11/2019 untuk rekod;

Kadang-kadang, dia macam bingung.
Dia akan angkat tangan, berdoa, beberapa saat. Kemudian, selang beberapa minit, dia akan ulang lagi perbuatan itu. Pernah aku tanya sekali, mbah doa apa, dia cakap sembahyang.
Aku pasti dia tak sedar perbuatan dia tu.


Dia semakin lemah untuk berjalan menggunakan tongkat, jarak perjalanan dia makin pendek.
Dulu, dia boleh bertongkat dan berjalan, dari rumah aku ke rumah mak na, dalam jarak lebih kurang 100-200 meter.

Kemudian, dia hanya boleh berjalan dari bilik dia, di ruangan depan ke dapur.

Sekarang, mak aku dah letak air minuman dan makanan di ruang tamu, sebelah dengan bilik mbah aku.

Banyak kali, mbah aku 'terlepas' sebelum ke bilik air, maklumlah pergerakan tak selincah dulu.

Setiap kali soalan yang sama diulang dalam selang beberapa minit, aku cuba jawab, walau hati tak senang.

Kadang, timbul rasa kasihan. Perjalanan hidup mbah aku tak mudah sejak kecil.

Kalau dengan apa yang dilalui waktu kecil berlaku pada zaman sekarang ni, mungkin dikira penderaan dan boleh hadapai tekanan mental.

Kadang, aku tertinggi suara dan tak dapat layan mbah dengan lemah lembut.

Dan ketika ini, aku teringat, bila mak aku tak de, bila aku kecil, mbah akan datang ke rumah aku, temankan aku.

Bila ada kentos (tombong kelapa), mbah akan simpan kan, dan hantar kat rumah aku.

Aku harap, biarlah hanya yang manis sahaja yang aku akan ingat,
kerana mengingati benda yang pahit sungguh merosakkan jiwa.




Betapa pentingnya  memuliakan ibu bapa, sehingga Allah menyatakn dalam firman, jangan menyekutukan-Nya bersama-sama dengan ayat berbuat baik kepada ibu bapa.


Sungguh laluan syurga penuh kesukaran, laluan ke neraka penuh dengan hiburan.
Dunia ini tempat bekerja, akhiratlah tempat kita menikmati hasilnya. Janji Allah itu pasti.

Allah SWT berfirman, "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa." (Surah al-Nisa, ayat 36)
sumber: https://www.bharian.com.my/node/84268
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.
Iklan: yang tak tahu kentos tu rupa bagaimana;


Yang kecil lagi sedap daripada yang besar, hat besar dia tawar sikit.
Tapi, aku balun je semua.



Friday, April 26, 2019

Kebal Puji, Kalis Keji

As salam,

Babak 1:  31? Tak percayalah


Manusia 1: Semoga mendapat jodoh yang baik, cepat kahwin.

Manusia 2: Carikan dia boyfriend dulu.

Manusia 1: Ni, tak de boyfriend?  muka macam ni tak de boyfriend ?"

Manusia 2: Tak pe muda lagi.

Manusia bernama Munirah: Alah, kita dah umur 31 malas dah nak fikir, dah tak de feeling 

Manusia 1: Ye ye je kau umur 31, mana IC? Walaupun muka dia ni naif, jangan percaya.

Manusia bernama Munirah tunjukkan kad. 

Manusia 1 dan 2 : Aah lah 31. *Diam


Babak 2: 31? Muka Tua 

Manusia 3: Nak tak kita kenalkan dengan adik kita?

Manusia 4: Eh, buat apa, nak kenalkan dengan adik. Nanti adik dia reject, kang tengok muka tua, malu je".

Manusia 3: Tak pe muka tak cantik. Tapi, hati baik.

Manusia bernama Munirah ; sengeh macam kerang busuk :D

Perangai dan mulut jahat vs perbezaan bangsa, dan asal keturunan

Setiap kali, aku jumpa dengan manusia yang perangai dia tak best,
lebih-lebih lagai kalau manusianya berasal dari negeri lain atau bangsa lain, 
Aku selalu ada terlintas di hati mengklasifasikan mereka semuanya sama.

Setiap kali seorang manusia yang bangsa lain atau negeri lain yang aku jumpa tak best tu, 
aku akan ingat dan pujuk diri aku, aku pernah jumpa mausia dari bangsa dan negeri mereka , 
yang mashaAllah baiknya dan aku pernah jumpa dari bangsa dan negeri aku yang lagi tak best perangainya.
(Paham tak susunan ayat aku ni?Kang kalau aku cakap lagi berterabur)




Buruk Puji dan Baik Keji


Setiap kali aku suka bila ada orang kata aku nampak muda, (dan cantik :P )
Atau sesekali orang yang baru kenal aku beberapa jam, kata aku baik

Sungguh pujian itu membuat aku gembira, kecuali puji tang baik tu..haha


Doa apabila dipuji;
اللَّهُمَّ لا تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، واغْفِر لِي مَا لَا يَعْلَمُونَ واجْعَلْنِي خَيْراً مِمَّايَظُنُّونَ
Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. Dan jadikan aku lebih baik dari pada penilaian yang mereka berikan untukku.”
Doa ini diriwayatkan Bukhari dalam Adabul Mufrad (no. 761) dan sanadnya dishahihkan al-Albani. Juga al-Baihaqi dalam Syua’abul Iman (4/228).




Siapa yang lebih mengenali diri?
Kalau tidak tuan empunya diri dan tuhan.

Siapa yang tahu niat dalam hati,
Kalau bukan tuan punya hati dan Penciptanya.
Dia yang menutup keaiban  kita pada ketika itu.

Kita pujuk hati kita agar tidak merasa  sombong dengan pujian sebab tu baik juga ada orang mulut lahar sembur kau, baru kaki kau jejak ke tanah, kalau tak jalan atas angin memanjang, hidung kemain tinggi,





Manusia dianugerahkan sifat semula jadi untuk suka berbuat baik dan setiap manusia ada sisi baiknya,
Tapi, biasalah nafsu dan syaitan dah train kita untuk jadi jahat sejak azali lagi.
Ha, mulalah tu nak salahkan syaitan pulak.


"Wow, sedap air kau buat, manis macam tukang buat"

(Agicu bak kate kak lina pom pom.)
Apa perasaan orang yang dipuji tu?
Walaupun stuck dekat jam otw pergi kerja, dia masih boleh tersenyum sepanjang hari.
Disclaimer : Pujian Ikhlas ya, bukan membodek.

Ataupun,

"Eh, kau pakai baju ni nampak macam mak cik lah"

Ape perasaan mak cik mak cik di dunia ni...
Ayat ni menggambarkan mak cik tak kerlass, walaupun, sebenarnya mak cik lebih vogue dari budak-budak baru nak up #sayapundahlamajadimakcik.

Okay. Ini bukan pasal mak cik.

Ada ketika aku memang jujur. Cantik aku akan cakap cantik, buruk aku cakap buruk.

Betapa tajam nya lidah hingga dia boleh memberi emosi kepada seorang manusia.

Aku tak tahu berapa banyak hati yang terluka sebab mulut aku.

Aku lupa betapa perkataan negatif memberi kesan kepada aku hingga aku sanggup melakukan perkara itu pada orang lain.

Aku seorang yang pelupa. Tapi, aku masih ingat perkara yang negatif orang pernah cakap kat aku.

Sampai sekarang ia memberi kesan kepada tahap keyakinan aku.

Aku tahu orang yang hebat dan korang akan, ambil perkara perkara yang baik, dan  tak peduli serta menjadikan perkara negatif sebagai pemangkin semangat.

Tapi, tidak untuk aku. 

Jadi, cakaplah perkara yang baik (bukan semata-mata pujian) pada sesiapa sahaja.

Tanpa anda sedar, mungkin ia adalah antara penyebab kejayaan seseorang.

Lebih baikkan daripada menjadi salah satu sebab kemurungan seseorang?





Bila ditanya kepada anak-anak muridnya , Apakah  yang paling tajam?
Imam Al-Ghazali mengatakan bahwa yang paling tajam itu adalah lidah. Karena dengan lidah, manusia kerapkali menyakiti perasaan orang lain bahkan kerabat dekat sekalipun.  Sebagaimana pepatah mengatakan, "Kalau pedang melukai tubuh ada harapan akan sembuh, tapi kalau lidah melukai hati kemana obat hendak di cari?".

Kepada anda yang menerima pujian.pulak Harap tidak sombong dan menerima pujian itu melebih-lebih.


Kepada yang memberi kritikan, pastikan jangan sampai menghina. (fizikal is so no no)
Bagai menghela (menarikrambut dalam tepungrambut jangan putus, tepung jangan berserak. 
Bak kata budak-budak kalau gaduh , 
"Mulut kau tu jaga, jangan kerana mulut badan binasa, masuk neraka"

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: 
“Amal yang paling banyak memasukkan manusia ke surga ialah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Baginda ditanya lagi, Apa penyebab banyaknya manusia masuk neraka?” Rasulullah SAW menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (Riwayat at-Tirmidzi). 

Bersederhanalah.
Jangan simpan pujian di hati, jangan ambil hati pada kejian.

Amalkan Kebal Puji, Kalis keji,
Atau peribahasa melayu, Tak hidup dek puji, tak mati dek keji.


Ha kau, peribahasa keluar semua, amacam karangan aku. Boleh dapat A tak?


md; Peringatan kepada diri sendiri.

Friday, November 18, 2016

Isnin Berdarah




As Salam,

Cara untuk buat hati kebanyakan manusia tersentuh adalah dengan melibatkan keluarga.
#makayahjanganmaineh #namaatukjanganmaineh huhu
Cerita,  gambar dan drama berunsur kekeluargaan yang menayat hati boleh buat aku nangis tapi kalau kisah kekasih tak dapat bersatu, hmm tak dak jiwa ar nak feeling. #teamjomblo

Bila aku diberi kesempatan untuk duduk rumah dan tidak bekerja, aku rasa nikmat.

Mungkin, pada orang lain situasi ini tidak menyenangkan.

PENGANGGUR.
Habiskan duit mak bapak.

Tapi, kalau dilihat dari sudut positif. Ini adalah rahmat dan peluang untuk kau berbakti.

Ya, bukan dari segi kewangan tapi perhatian.

Betapa mudah kau mengalirkan air mata,  melihat mak kehilangan anaknya yang bisu dalam Bhajrangi Bhaijaan.

Atau seorang budak yang terpaksa berpisah dengan ayahnya dihukum gantung atas kesalahan yang dia tidak lakukan dalam Miracle in cell no.7.

Adakah kau akan hargai masa yang Allah anugerahkan kepada kau untuk menatap dan hargai wajah-wajah ibu, ayah, kakak,  abang,  adik anak-anak buah.

Mungkin,  kasih sayang itu secara automatik lahir dalam diri.

Namun, jarang kali kita bersyukur kepada Pencipta kepada kasih sayang itu yang melahirkan rasa itu dalam hati ini.

Sungguh. Nikmat
Segala puji kepada Allah.

Namun, kau terleka, kau tak menghargai wajah-wajah yang ada didepan kau.

Kau lupa.

Hakikatnya,

Aku bukanlah orang yang reti nak lahirkan rasa suka aku pada kanak-kanak.

Aku juga bukan reti untuk lahirkan rasa kasih aku pada orang-orang tua.

Kenapa kau sibuk feeling tengok cerita sedih di wayang tapi kau abaikan insan sebenar dalam kehidupan kau.

Aku tidak rasa suka pada pekerjaan, maka Allah tak anugerahkan itu.

Tapi, aku dianugerahkan peluang dan masa untuk aku luahkan kasih sayang aku pada kanak-kanak dan orang tua.

Mbah dan anak buah ku.

Allah hadirkan masa beberapa minggu untuk aku jaga anak buahku. Iman Tariq.
Aku yang berjiwa keras, tak suka layan budak-budak. Cuba untuk mengaktifkan deria penyayang dalam hati ku.

Sifat tak sabar dan pemarahku, dilatih oleh anak kecil ini.

Mbah.

Dia adalah wanita yang dipanjangkan usianya untuk memberi peluang kepada waris keturunannya berbakti.

Orang tua kalau dilihat, tiada apa yang dapat diberi dari sudut fizikal.

Tapi, Allah masih beri peluang. Apa yang kau lakukan,  jika orang itu pada kau tidak memberi manfaat secara kasarnya.

Dia mendidik sabarmu,
dia memberi peluang kepada mu merancang  hari tuamu,
Hari tua yang mana kau pilih, dilayani dengan penuh kasih sayang, atau dibiarkan sepi melayan perasaan.

Mungkin jika dipanjangkan usia.
Jika masih sendiri dan diberi peluang melalui hari tua.
Mungkib kau sepi,  tapi kau tidak sakit hati bila mempunyai keturunan yang meninggalkan kau sendiri.

Al-Kisah hari Isnin 14 November , #barunakmasukkewei

Mbah aku teragul di pintu bilik air, kepalanya berdarah.. Dan aku hanya perasan setelah berapa ketika.

Darah menitik di lantai.
Mak menghantar ke klinik.
Mujur lukanya tidak dalam.

Syukur Allah panjangkan umurnya.
Mungkin mahu memberi pengajaran agar tak leka.

Sementara, emak menghantar mbah ke klinik. Aku bersama anak buah ku Iman Tariq, ketika dia minum air,  ntah macam mana, tergelincir dari kedudukan sepatutnya. Apalagi, menjeritlah dia. Mulutnya berdarah..ku ingat gusinya.. Rupanya, bibir..

Hailahhhh, Munirah.

Innalillahiwainallilahirajiun.

Jadi, apa kesimpulannya, sentiasa tanya diri, sementara sibuk menjaga kebajikan orang lain, adakah sudah cukup kebaikan yang kita lakukan pada ahli keluarga kita sendiri.




Antara kesan darah mbah di sekitar rumah


Firman Allah SWT yang bermaksud: 
"Sembahlah Allah SWT dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, ahli keluarga, anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.  (Surah an-Nisaa', ayat 36)






Sunday, August 7, 2016

Berikan Masa.Syawal 1437 Hijrah.



As salam,




Setiap makanan yang terhidang ,



Setiap insan baik yang hadir ,




Setiap detik untuk bersama orang yang tersayang,




Setiap nadi yang berdenyut.



Setiap udara yang disedut,




Setiap tempat indah yang dijejak,



Setiap restu dan doa yang dipohon,





Setiap pakaian yang diberi,




Setiap masa yang dipinjam,



Setiap rasa gembira yang dianugerah,




Setiap kudrat yang dikerah,




Setiap perlindungan dan nasihat yang dicurah
,




Syukur ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Ku pohon ya tuhan, izinkanlah kami untuk nikmati dan hargainya lebih lama lagi.

Kurniakanlah masa lagi untuk kami ya Allah.
Jadikan lah kami hambaMu yang hargai masa.
Kami masih perlukannya ya Allah.
Berikanlah kami masa agar kami dapat nikmati Ramadan lagi, agar kami dapat nikmati bulan-bulan lain , agar kami masih dapat berkhidmat untuk orang yang kami sayang dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa memanfaatkan detik dalam hidup kami hanya untukMu ya Allah.



                


Lokasi kredit : Rumah Pak Noi sekeluarga, Tangkak, Johor.

Sunday, June 12, 2016

Rezeki dalam Pelbagai Bentuk dan Rupa


As salam,


Selalu kau mengeluh tentang apa yang kau dapat apatah lagi tentang benda yang kau tak dapat.


Sesungguhnya, Allah telah tetapkan apa yang terbaik , namun kerisauan selalu hadir dalam diri manusia.


Setelah secara rasminya tamat pengajian,
pencarian kerja bermula.
Kembalilah kita ke zaman lepas degree, 6 tahun dahulu.




Sebenarnya aku mula cari kerja bemula dari semester akhir lagi , lebih kurang bulan 7, tahun lepas.
Tapi, satu pun tak sangkut...luls



Pergi karnival kerjaya bulan Februari, mintak separuh masa kat Jabatan Perangkaan Negeri Johor., katanya temuduga akhir bulan Februari...

Tapi tak panggil  pun. I iz zaddd.

Jumpa iklan kat Facebook, terima kasih kepada yang share.




Telefon 20 April, temuduga 21 April, terus masuk  hari tu jugak.. walaupun di psiko tentang gaji (RM54 sehari) , tahap pendidikan dan jarak rumah (Pontian-JB). 





Orang kalau dah desperate kan.... Saya sangguppp!!!! (disertakan bunyi gema)




Alhamdulillah, sukar gambarkan betapa aku bersyukur diberi peluang ini.. walaupun aku selalu komplen kerja bluar panas tak hingat, kereta tak de air cond weih, muka haruk, sesat lagi belum kira jumpa orang yang macam-macam. Jadi, kepada peniaga mahupun sesiapa yang dibanci ,  kita tolong menolong , kasihanilah kami, kita banci untuk manfaat bersama. Tapi, sebenarnya aku seronok dapat pengalaman dan jumpa ramai juga orang-orang yang baik.






Berjumpa dengan orang baru dan cerita baru.
 (Yang hat paling depan tu bukan Akim Ahmad , husband Ummu Shaikhah Stacy Anam)



Selit sekali Di Sebalik Tabir , untuk 2 gambar atas ni. #Thestruggleisnotrealenough




Mendapat semangat daripada insan lain walaupun mereka jauh lebih muda..





Mendapat tunjuk ajar daripada mereka, walau muda lebih pengalaman... ape ni Mun?



Insan yang paling rapat dengan aku sepanjang bekerja sebagai pembanci untuk projek Banci Ekonomi 2016
Hat duduk tu, orang Pontian, lagi gigih, gerak sebelum Subuh 5 pagi, nak kejar naik bas ke JB.
Teka apa yang lagi mengejutkan?!
Dia junior waktu kat SAKTI, aku SPM 2005 , dia SPM 2010.




Dengan retis-retis, adik-adik semua ni ..21 tahun kecuali hat yang depan si Kusnul Kutimah 
(baju hitam nama unik) 23 tahun... tapi kahwin dahhhh..
Yang tudung pink tu bukan Neelofa yer... sesat apa pulak si Lofa kat sinikan.





Seronok dengar pengalaman hidup masing-masing. Bagaimana perjalanan mereka sebelum sampai sini , bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian(PSH), ada yang pernah jadi Manager Mcdonald, ada yang sebelum ni  Civil Engineer, tapi sebab stress berhenti, ada yang mohon nak masuk universiti , mohon 3 kali tak dapat.. walaupun keputusan STPM 3 pointer ke atas.




Ada jugak yang ada di sini kerana kawan baik dari kecil.




3 manusia pertama yang aku kenal , dan terus jadi paling rapat.. Bebudak ni kaki make up , doklah nasihat aku pasal jodoh dan penampilan... hew hew hew




Kancil legend yang telah bersama aku jauh dan dekat, susah atau senang...





demi mencari rezeki... walau berat atau busuk




walau masin mahupun pedas





Namun, jika kita bersyukur dan mencari hikmah...InsyaAllah, manis akhirnya..





kalau bukan rezeki, apa yang ada di dalam mulut , boleh terkeluar balik..

Ya, depa acah-acah jek, suap kek untuk aku , lepas bergambar,  depa masuk kek dalam mulut depa (telan ayaq liuq)...huhu




Sesunggunhya, rezeki bukan semata-mata dalam bentuk wang, rasa gembira, masa lapang, ketenangan fikiran dan dipertemukan dengan orang-orang yang baik , adalah  rezeki yang aku sangat syukuri.

21 April 2016 - 27 Mei 2016, satu purnama yang indah , yang Allah telah pinjamkan untuk aku.

Allah mengurniakan rezeki aku di tempat yang lain.




Saba ( 34 ) : 36
قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ 
النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya). akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
sumber

Bak kata Rizalman Ibrahim, Rezeki itu dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Alhamdulillah

md: Gambar last tu masa hari Jumaat (konon-konon overtime, yang sangat jarang berlaku) sebab tu pakai baju suka hati, hari lain kita sebagai penjawat awam ya, pakai baju kurung.

md: lokasi di pantai : Batu Layar, Kota Tinggi.
       lokasi cendol durian : Jalan Senai Utama 4/6 ,Taman Senai Utama.


Alhamdulillah. Rezeki bertemu di bulan ramadan.