Friday, April 23, 2021

I Phone 12 mini di tahun 2021



 As Salam,

Aku ingat aku pilih kehidupan yang sudah cukup rutin. Aku tak suka tiba-tiba dalam pekerjaan. 

Tiba-tiba ada masalah, tiba-tiba ada perubahan.

Ha, mulalah gelabah.

Tapi, aku suka juga kehidupan aku yang full of surprise. Penuh kejutan.

Selalu reaksi aku akan blur blur ayam.

Tapi, selepas satu ketika, aku bersyukur melalui beberapa siri kejutan tu.

Sebagai contoh;

Covid-19 yang korang pada mulanya pun terkezut sampai sekarang pun terkezzuttt tak boleh jangka kesudahannya.

Aku pun tak terkecuali, post post sebelum ni pun aku ada mengadu domba.

Mac 2020: stuck kat Malaysia.

Mei 2020-April 2021: stuck di Singapura.

Dan terbaru handphone aku yang aku setia selama ini mati tiba-tiba tanpa bagi kata-kata akhir

Apa ni Xperia, setelah bertahun-tahun aku setia, dan kau pergi begitu sahaja?!

Walaupun sebelum ni, dengan kau asyik panas je, baru ambil gambar beberapa keping dah naik suhu.

Baru amik video beberapa minit dah demam.

Siri Xperia, aku macam-macam, yang hilang lain, yang masuk air lain, yang masuk jamban lain.

Adakah ini tanda yang aku perlu ucapkan final good bye kepada brand yang aku pertahankan sekian lama, Sony Xperia

Bila difikirkan aku memang lama sangat sangat nak Iphone, tapi dek harga nya yang memang diluar kemampuan golongan B40 macam aku.

Ada post aku gigih sangat nak menang Iphone zaman Iphone 3 ke 4 ntah, malas ar nak gali, zaman-zaman blog tengah hangat. Sanggup buat entri banyak-banyak. Tapi, hadiah yang ditawarkan cuma sebiji iPhone je. 

Haruslah aku tak menang. Ceh.

 Haiii lah . Aku bayangkan jika suatu hari aku ditakdirkan beli iPhone mestilah di hari aku paling bersedia, tempat istimewa, seperti floating Apple store Marina Bay Sands, ia mestilah full spec paling optimum, mesti juga nombor siri keluaran yang ganjil , 13 ke? 

Satu pencapaian ya kalau dapat beli Iphone untuk aku. 

Korang budak darjah 5 yang pakai Iphone mak pak belikan apa tahu erti pencapaian?


Walaupun selama ni kawan-kawan selalu dok racun  suruh beli phone baru, aku pertahankan je Xperia aku tu.

“Jangan kata kat handphone aku , nanti dia merajuk”

Tapi satu kali tu, aku rasa nak balik kampung ni macam mana aku nak berfoto di pagi aildilfitri  selepas tahun lepas raya sendu di hotel, kalau kamera aku lekeh, tak sharp dok asyik temperature naik jek, aku jadi tak dok mood lah kan.

Tapi, aku lawan perasaan tu, sebab aku kena sedar diri dan memang akan kena pakai duit untuk bulan ni dan bulan seterusnya

Hari tu dah bayar untuk PCA, bayar deposit bilik sewa, nak balik raya lagi, elaun dah tak de, kena start bayar bilik sendiri so, aku memang tak boleh belanja sesuka hati.

Tapi, takdir Allah mengatasi segalanya, dalam masa aku menidakkananya, handphone aku terasa hati, dan mematikan diri. Tiba-tiba.




Ya ampun jijik betul aku tengok cover Xperia ni, boleh pulak aku kondifen pakai ke hulur hilir selama ni.
Ehem, jijik bukan sebab ada yang baru yerr

Dengan itu.......

Aku ditakdirkan beli iPhone 12 mini sajorr di Causeway mall , reseller biasa dan dalam keadaan tergesa-gesa.

Dengan bajet yang terhad dan warna biru je yang tinggal, jadi aku tak de pilihan, bagus juga tak de pilihan ni, kerana kau tak payah pening kepala sebab itu je pun yang ada. 

haha

Terimalah gambar selfie pertama dari iPhone 12 mini, pada 20 April 2021.

Kemain jujur ya sampai nampak semua lobang dan kedutan. #bukan30an #takmengakuihakikat

Setakat ini aku masih kekok lagi nak guna handphone ni, sebab aku rasa Xperia/android lagi senang. Jadi sebagai nubis , aku suka pada saiz dia yang ngam dengan lifestyle aku yang asal boleh ni, suka selit merata, tak suka pegang handphone gedabak, walaupun tangan gemok. Kamera yang tak ‘fake’ *cough Oppo uhuk  ooops.

To gain something, you must lost something.

Untuk memiliki Iphone ni, aku kehilangan Xperia aku dan semestinya duit dalam akaun. Terbang.


Ya perlu ya gambar sebegini untuk pengguna Ipong

Nota kaki: Entri ini diterbitkan menggunakan iPhone 12 mini. 

Disclaimer : Perlu ya nota kaki di atas bagi tujuan rekod.😂 Baru dapat beli Iphone dah excited ko main err, selama ni orang update beli rumah kereta kat medsos, kemain kau ngata ya🤣🤪 

Nota kaki 2: Jangan lupa bayar zakat fitrah ya😁



Saturday, April 17, 2021

Puasa di Singapura, Raya di mana?

 As Salam,

Begitu ya tajuk anda, bagai pengacara rancangan tv Suria Sinaran Hidup Anda. (Saluran TV Melayu Singapura) *baca harus baku ya

Selepas setahun Covid-19 masih belum Game ya.

Vaksin sudah mula diambil secara berperingkat. 

Aku belum register lagi.

Ntah, kau tahu lah Munirah punya perangai, 

Seloww

Tapi, mungkin ada sedikit kurang keyakinan ya terhadap vaksin ni. 

Aku nak monitor dulu, statistik keberkesanan yang dah ambil vaksin ni.

Cehhh... was was kau ek #bukanantivaksin

Tapi, bila dengar kata, kalau dah amik vaksin, tak payah kuarantin, gelabah ek kau nak register.

Dasar lalang. 

Well,  tak kiralah, pasal tunggu border bukak, bagai menunggu Putera Mateen minang kau. 

Daripada tutup border terus - PCA tanpa perlu bayar- PCA kena bayar sgd1300 + unpaid leave lagi.

Tetap kau nak balik ya. 

Sengkek belakang kira

Walaupun orang kampung ingat kau kaya kerja Singapore #walhal #Allahjeyangtahu

Menggigil ya nak transfer duit 1300 dollar, gaji aku pun tak sampai oiii... 

Lepas dah transfer tu, cuak pulak kalau tak lepas, Finance tak terima, salah masuk akaun. 

Haish, tiba-tiba overthinking kan, maklong lah tak pernah-pernah umur kita hadap kejadian serupa ini ya dak. 


Sekali bos aku bagi mesej ;

Aslmkm Munirah..Alhamdulillah,Finance da received ur payment.Plse sent take a picture of work permit & passport so I can apply ur PCA


Tahu tak apa perasaan aku? 

Tak jejak tanah oii.. 

Sudah, mana pulak passport aku ni. 

Ni ha, literally berkulat. 🤣


Passport yang bercendawan pun nampak elok lagi ha, daripada aku punya. 



Lagu I'm coming home dan Balik Kampung lah berkumandang. 

Tak main lah lagu Dendang Perantau dan Air Mata Syawal tahun ni.. haha

Amboi, yakinnya kamu. 


Bulan Ramadan ni juga rasa sedikit berlainan untuk aku. 

Sambut awal Ramadan di Singapura. 

Tak de nak tapau makanan kat Johor dan bawa jenis makanan bermacam-macam untuk berbuka. 

Makan jelah apa yang ada jual kat kantin. 

Tapi, kali ini bila ada ketika orang bagi kau makanan, rasa tersentuh... 

Baru hargai bila rasa tiada. 

Bila mana serba ada, kau pandang sepi bila ada yang beri. 

Allah ajar aku nikmat bersyukur 


Kawan sekerja aku Cina Singapura, bagi aku biskut untuk sahur. 

Kawan yang sama juga bagi, pertama kali aku jumpa kawan cina yang makan kurma, selalu aku jumpa kawan cina aku tak makan. Dia pun bagi testimoni abang dia makan kurma setiap hari, kesihatan jantung bertambah  baik. 


Kawan Cina Malaysia aku belanja makan Four Fingers. 



Kakak ni bagi aku makan masakan dia. Rasa lah makanan rumah... *lap air mata
😭🤣
Kakak ni duduk sewa bilik rumah Melayu untung boleh masak. 
Kalau aku, duduk rumah yang tak dibenarkan masak. 
Eleh, kalau boleh masak pun kau  bukannya masak.
Rela makan roti. 


Ada kakak bagi aku pau goreng untuk berbuka. Dah jimat tak payah beli makanan kantin. hihi



Alhamdulillah dengan segala nikmat yang dikongsi bersama, semoga kita sama-sama mendapat keberkatan Ramadan. 


Btw, apa yang aku buat senang hati lagi sebelum nak balik ni ialah, aku dah dapat bilik sewa yang baru. Tak payah lah aku risau lagi nak cari bila balik kampung nanti. Dapatlah aku raya dengan tenang. 


Bakal duduk lepas balik semula ke Singapura bulan June. 

Duduk seorang, katil Queen, rumah melayu, tak de budak kecil, tak de orang lelaki dewasa, boleh basuh baju guna washing machine, dan extra bonus boleh masak!!! 

Yeayyy, walaupun akhirnya kau cuma masak maggi pecah telur. 



Masa aku tengok bilik hari tu, bakal tuan rumah siap bagi aku air kotak buat pergi kerja. Well, dapat rasa lah aku kebaikan dan kemesraan dia walaupun pertama kali jumpa. Disclaimer : gambar diambil sebelum bulan puasa. 
 

Alhamdulillah, selamat menjalani ibadah 
pembaca belog aku sekalian yang berapa kerat tapi istimewa ini. 

Semoga ibadah kita semua diterima Allah.

Sementara tu nak imagine bila sampai rumah nanti, 

"Makkkkkkk, orang dah balik!!!!" 

"Ha, baguslah, boleh kemas rumah" 
😂









Monday, March 29, 2021

Dari suka menjadi benci

As Salam,


Aku sakit hati. 

Sekian permulaan dengan negativi untukmu siapa yang baca ni. 

Tapi, sakit hati aku cuma tinggal bekas. 

Aku tak sangka bulan lepas, aku akan melalui satu episod tak kawan setelah sekian lama aku tinggalkan waktu mengaji dulu. 

Seboleh-bolehnya, aku tetapkan beberapa prinsip;

1. Neutral. Berkawan sama rata dengan semua orang. 

2. Jangan terlalu RAPAT dengan sesiapa-siapa

3. Jangan cari pasal. Jangan cari musuh. 

4. Jangan terlibat dengan drama. 


1 dan 2 penting pada aku, sebab biasanya 3 dan 4 tercetus sebab bermulanya 1 & 2.

Aku malas dan tak koser dah wei nak layan benda tak matang ni. 


Apa ni umur 33 tahun, perang dingin.




Ketika aku tengah panas dan sakit hati tengah meluap-luap. 

Bila orang tanya dan memberi nasihat;

cuba buat macam ni, buat macam tu

Aku akan cakap, tak pelah biar masa yang mengubati.

Luka nak sembuh kena ambil masa. 

 quote ni jahat, 
pasal dia cakap pasal rumah. 
Nak balikkkkkk!!!!


Well, sekarang begini lah, aku tak akan mengamuk atau lawan lidah dengan orang yang aku sakit hati. 

Tahap paling aku tak suka, ialah aku akan menjauhkan diri. 



Dan, tidak bermakna orang yang aku sakit hati tu jahat sangat-sangat. 


Ada rasa yang kita benci. 

Orang tu memang perangai jahat , kau tahu dah perangai dia, tapi kau cuma rasa menyampah je dengan perangai dia, kau masih boleh cakap dengan dia. Tapi, kau masih boleh buat biasa je dengan dia, sebab kau tak pernah meletakkan apa-apa komitmen, atau harapan dengan dia. 

Lebih kepada tak de perasaan. 

Tapi, bagaimana pula dengan suka bertukar benci? 

Kenapa benci? sebab kita pernah rasa dia baik dengan kita,

Kita percayakan dia, 

Kita beri komitmen pada dia. 

Tiba-tiba, dia buat hal kat belakang kau. 

Kau rasa dikhianati. Kau rasa kena tikam. 

Sakit. 

Aku faham sekarang. 

Dulu, aku tak faham bagaimana sayang bertukar benci yang amat

Aku lekehkan bila selebriti bercinta macam nak rak bagi ayat manis belaka, lepas tu kahwin, lepas tu tup tup bercerai. Bila bercerai bagi statement yang buruk sungguh, hilang dah kata pujian, ayat-ayat sweet dia dok kata dulu tu. Macam tak de sedikit pun kebaikan yang dia pernah buat.  

Cinta itu buta, ya, masa bercinta memang buta. Bila benci celik semua. 


Mungkin ini lah rasa yang dia orang alami. 

Benci?

Tapi, 

Sayang? 


Masa akan mengubatinya, luka ambil masa untuk sembuh 

Masa penyembuhan juga berbeza-beza, 

mungkin seminggu, sebulan, setahun mahunpun sedekad. 

Hingga muncul rasa yang tak de rasa terhadap dia. 

Feelingless. 

and  Happiest. 


 



Tuesday, February 16, 2021

Full Settlement Kereta, Ambank

As Salam, 

Bagaimana aku bayar hutang kereta di Malaysia sedang aku di Singapura? 

Sebelum ini aku baca melalui belog tempatan, cara-cara nak buat full settlement kena pergi cawangan bank yang kita buat pinjaman tu. 

Tapi kan aku kat Singapura ni, tak boleh balik dalam masa terdekat, dan plan asal untuk balik Januari 2021 terpaksa ditangguhkan ke Mei 2021, aku nak tahu berapa nilai yang aku kena bayar bila aku balik nanti, Mei 2021.

Aku nak balik Malaysia nanti, aku kena fikir bajet. 

Duit kuarantin, duit raya, duit shopping, duit swab test, so bajet sangatlah terhad. 

Kalau aku tahu nilai sebenar yang kena bayar boleh buat bajet dengan lebih tepat, mana tahu kan ada lebihan bajet ke.. hehehe

Aku call Ambank customer service, kena keluar modal sikitlah nak call Sg-My. 

Tak de whatapps call ya. 

Tanya berapa nilai kita kena bayar, 

Dia mintak tarikh aku plan nak bayar tu.

Pastu, dia pun cakap jumlah yang perlu di bayar untuk buat full settlement. 

Aku tanya boleh ke buat pembayaran online. 

Dia cakap boleh, sebab aku punya jadual bayaran okay, tak de sampai kena tarik kereta ke apa, kalau ada kes, memang kena pergi bank untuk settlekan bayaran. 

Bila aku dengar dia cakap boleh (bayar online) tu, aku happy gila. Bahagia sangat. 

Kenapalah selama ini, aku tak tahu. Tak payah tunggu sampai bulan Mei nak pergi bank bayar, ntah dapat balik ke tidekkk... nauzubillah. 

well, lagipun sebelum ni fikir duit tak cukup nak bayar, so malas nak tanya. 


Perjanjian pinjaman kereta aku asalnya selama 9 tahun, 108 bulan, tambah moratorium jadi 114 bulan. Aku beli sejak November 2016.

Jadi aku telefon, aku tanya kalau bayar Mei berapa? Bayar bulan Februari berapa? 

Ketika ini,  ada balance hutang RM29, 390 lagi. 

Customer service tu beritahu kalau bayar;

28 Mei: RM25, 396.49

28 Feb: RM 25, 128.07

16 Feb (hari ni) : RM 24, 990.59

Nampak tak beza, aku ingat sama je, nilai bayar ikut bulan, rupanya beza haribulan, beza nilai bayaran dia. 

Sebab tu dia mintak tarikh ya.  

Korang google lah sendiri, bagaimana kiraan sebenar dia,  jangan jadi aku malas guna otak. huhu 

Pasal beza amaun, cepat-cepat nak transfer. 

Allah je yang tahu, betapa nervous nya aku nak transfer duit banyak tu.

Duit adalah titik peluh aku, masa yang aku korbankan dan rasa ketidaktenteraman aku selama ni. Ini adalah sesuatu yang sangat-sangat besar untuk aku. 

Haishhh apalah sangat, masa dulu sign beli kereta tu tak ingat ke? 

Jadi, sebab tak de geran, aku tak perlu tuntut pun geran kereta. 

Selepas buat bayaran, aku semak balance bayaran kat Ambank online dan aku call semula Ambank untuk buat pengesahan. 




Satu-satunya RM0.00 yang buat kau rasa bahagia.



Rebate katanya, tak kisahlah, yang penting settle. Untung tak untung malas fikir. 

Bank akan email kan ;

1. Release Letter 

2. E-Batal

Aku tanya, kalau E-Batal ni tak payah bawa pergi JPJ boleh ke, dia cakap boleh, sebab memang dah tak de komitmen dengan bank. 

So, nantilah balik Johor nanti fikir. InsyaAllah. 

Doakan ya dapat raya kat kampung . Makan sambal goreng #priority

Btw, aku masih dalam fasa bahagia lagi ni. 

Semoga kita semua dapat langsaikan hutang-hutang kita dan mati dalam keadaan bebas hutang.

Rasulullah SAW bersabda: "Jiwa seorang Mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya." (Riwayat at-Tirmidzi) sumber

Tuesday, February 9, 2021

Rindu Makanan Malaysia

As  Salam, 

Walaupun Malaysia dan Singapura hanya dipisahkan oleh Tambak Johor yang berapa km tu je. Tapi, tetap ya, maggi kari dari kilang yang sama rasa lain. Tahu tak faktor apa? 

Tentu lah faktor rindu. 

Seperti katil empuk hotel terasa indah cuma 2 malam je. 
Rumah orang cantik, cantik untuk tengok je. 
Kau tetap kenangkan bantal berpeta kau, rumah bersepah kau, makan nasi pun rasa lain kalau kat tempat berbeza. 

Tapi, kau rasa dah 8 bulan kau duduk sini, kau fikir, kau ada masa untuk memilih? ? 
Tak. 
kau rasa kau ada pilihan? 😂 

Alhamdulillah, aku punya lidah boleh dah terima masakan kat sini, mungkin sebab dia downgrade atau dia dapat sesuaikan dengan level rasa kat sini. Dah ada tempat-tempat yang aku tahu nak pergi, kalau nak melampiaskan nafsu makan. 



Contoh; kalau aku rasa nak nasi lemak yang berlemak, sambal telur, kerang, aku pergi Marsiling. Rasa lah sikit feel Malaysia. 

Restoran Hajah Maimunah 

Tempat ni aku tengok kat igs kawan aku, terus nakkkkkkk.... sebab  dengan hanya tengok video makanan tu terus cacing perut aku lompat-lompat menagih untuk makan makanan tu. 

Sangat rare okay nak dapat siput sedut kat kedai-kedai nasi berlauk. 

Bila sampai sini, tak banyak sangat pun makanan, sebab masa tu dah lewat jugak untuk makan tengah hari, tapi Allah rezekikan juga dapat siput sedut masak lemak, sambal sotong, bila rasa makanan tu fuhhhhhhh dapat lah nikmat berada kat tanah tumpah darah kejap. #patriotiktibah



Tahan tangan, amik gambar satu dua, terus ngappppp. 

Lau Pa Sat

Di sini, suasana dia mengingatkan makan kat Luton van di Johor Bahru, atau kat Majlis Bandaraya Ipoh makan buka meja malam malam, ada Food truck, suasana meriah  berkumpul yang rasa 'mahal' tu. #eracovid





Udang pada aku kering dan tak berasa. 

 
Satay sedap


Kailan rasa standard 


Siput gong gong rasa standard. Layannn. 


Ni orang first time makan siput gong gong, terus sangkut. 


Sekarang kat sini pelan-pelan aku ada  beberapa menu yang aku gemari antaranya, Ban Mian. Luls, kawan cina aku kata, normal je rasa dia, memang macam tu lah. 



Beef Boat noodle ni pun mengingatkan rass boat noodle kat Malaysia. Tapi, ni versi besor ar. 
Yang versi Tom yam Amphawa belum jumpa lagi. Kalau jumpa tu, hmmm mau tiap - tiap minggu layan. 


Lama tak rasa pisang goreng, kat rumah, mak aku, mesti ada stok pisang buat goreng, sebab biasa ar wong jowo, gorengan is life. Kat sini amik lah kau, Ada yang 3 keping sgd 2, lima biji yang potong ala ball sgd 2, ada yang sebiji sgd1. 50. Nasib sedap, boleh lah buat-buat hilang kepingin. Nak beli hari-hari buat minum petang tu memang tak ar. 

Kadang-kadang bukan makanan yang menjadikan makanan tu sedap, tapi dengan siapa kita makan tu yang menjadikannya lazat. 


Itu kadang-kadang lah. 

Selalunya, aku enjoy my own company. 
Much better for me to enjoy the food #gengbartable #singleisabless


La ni aku lapaq cendol, orang kata kena pergi Geylang Serai.
Nak makan nasi kerabu belum settle-settle lagi ni, aku dah ngences habis ni.

Tak kira nak balik jugak raya ni, nak sambal goreng.
Ya Allah, bantulah hamba Mu ini. 

Wednesday, January 13, 2021

Rangkuman 2020, Salam Redha 2021

As Salam,

Selamat tahun baru 2021. 

Baru nak cakap jangan jadi macam 2020, kat Malaysia je macam-macam dengan PM resign, tukar kerajaan, bencana alam. 

Covid-19 start serang, PKP,  tik tok, covid reda. Gosip jangan cakap lar bertubi-tubi , daie Syed, Neelofa bertunang. 

Pilihan raya Sabah, covid kembali tinggi, sampailah 31 Disember 2020, kes harian di Malaysia sebanyak 2525. Nampak tak punya lama duduk dalam draf, karang tak siap-siap dari tahun lepas ke hari ke-13 tahun baru, tak game-game lagi. Semalam kes dah kepala 3*** Mun oi. 

Belum apa jadi kat seluruh dunia lagi, Lebanon meletop sebab baja ammonia

Ku cuba berbaik sangka, 2021 penuh perkara positif, rupanya memang betul, kes positif covid mencanak... huhu. 

Banjir dan PKP balik rupanya dan darurat politik puleks. 

Sebelum aku lupa impak 2020 terhadap aku (Yalah, manusia mudah lupa) 

Maka, terimalah kompilasi sepanjang tahun 2020

Januari 

Aku dah plan nak buat simpanan, nak settlekan hutang kereta, dah suku dah. 

Tak lama lepas tu, kawan aku mesej cerita masalah dia berkaitan Ah Long.

Masa ni aku dah sedih, sebab kalau aku bagi dia pinjam aku punya target takkan sampai kalau ikut kira-kira duit gaji aku setiap bulan dan mungkin aku takkan dapat balik duit aku tu. 

Well, korang yang ada pengalaman pasal hutang piutang mesti tahu kan ni. 

Aku kenangkan anak-anak dan isteri dia je, aku bagi pinjam apa yang aku mampu. 

Bila member tu cerita masalah pada kau, kau rasa apa? 

Dia nak mintak tolong atau sekadar melepas masalah?

Dia cakap dia cerita je, tak sangka aku nak tolong.

Luls. Apakah?

Korang jangan ingat aku kaya pulak dan ada hati nak buat loan dengan aku pulak eh. 

Februari

Bulan masih ni kerja macam biasa, cuma keluar masuk kastam dah kena scan temperature. Masa tu ingat Covid biasa-biasa je. Tak de teruk sangat sampai menjejaskan rutin harian. 

Sekali lagi aku menerima tamparan, apabila ada masalah kewangan berkaitan orang yang rapat dengan aku.

Allah pasti nak tunjuk sesuatu pada aku.

Jangan asyik kira duit?

Jangan asyik fikir masalah?

Aku join trip kawan aku first time aku sampai Cameron Highlands,  itu aku rasa keputusan yang terbaik aku buat. 

Sebab, impian terpendam aku selama ini ialah ambil gambar kat ladang teh. 


Come on, semua orang yang pernah duduk Malaysia ada gambar dengan teh, aku nak jugak.


Walaupun, di sebalik gelak ketawa ini ialah sorang manusia yang serik nak datang sini sebab mabuk todi sampai muntah-muntah dalam kereta orang. #maluwww

Tak cukup dengan isu covid, Tun Dr Mahathir tiba-tiba letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Masalah negara betul. 

Mac

Bammmmmm...

Lockdown. 

Covid-19 betul-betul sudah berjaya melebarkan jajahan ke Malaysia.

Semua kelam kabut termasuk syarikat Singapura yang kebanyakkannya  pekerja Malaysia bagi industri pengeluaran.

Aku boleh dikatakan terduduk termenung memikirkan masa depan. 

Sudahlah memikirkan masalah kewangan orang, simpanan tak dapat capai. 

Sekarang, tak dapat masuk kerja di Singapura pula. 

Masa tu, aku agak buntu, pelbagai kemungkinan boleh jadi. 

Sama ada aku akan dibuang kerja, kemudian aku kena cari kerja baru yang gaji lebih rendah, ketika Perintah Kawalan lagi pulak tu, ada ke kerja? 

Atau aku dipanggil balik bekerja dan dibenarkan masuk Singapura? Kelam kabut SOP masa tu, semua orang tertanya-tanya, rasanya tanya menteri, menteri pun confuse 

Hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan tunggu bila waktunya akan di panggil masuk, imigresen tak bagi keluar. 

2 minggu kemudian, Singapura pula lock down, harapan semakin tipis. 


April

Penantian satu penyiksaan, company masih bagi gaji. Dalam masa aku bersyukur masih diberi gaji, aku tetap rasa gelisah. Aku dah fikir-fikir apa aku nak buat, bos masih beri harapan yang kami boleh masuk. 

Mei

Hinggalah tiba bulan Ramadan, dalam pada risau tentang masa depan aku sedar Allah izinkan aku bercuti tanpa memohon cuti, menumpukan perhatian meningkatkan penyerahan diri kepada Nya. 

Jika sebelum ni, mungkin aku perlu buat kerja overtime. Terkejar-kejar waktu berbuka, solat pastu nak masuk kerja lagi.

Allah beri, bila kita menyerah diri. 

Kali ini, bos kata boleh masuk. Aku tekad aku nak masuk juga masa tu, walaupun lagi 2 minggu nak raya. 


JB sentral kosong. 



Tambak Johor yang dulunya tak pernah sunyi, kini sepi. 
Yang paling happy, tentulah pemandu lori. 

Sampai Singapura, tinggallah aku bertapa duduk dalam hotel kuarantin selama 14 hari. 

Bertakbir raya seorang diri di dalam bilik hotel. 

Photoshoot sorang diri. 

Inikan yang kau mahu? 

Kau cakap tak nak balik kampung,  

Telan  MUN, Telan




Padan muka kena kurung!


Jun

Alhamdulillah, aku sudah mula kerja, dan diberikan duduk di hotel 4 bintang. Syok juga duduk hotel ada bath tub, ada orang tukarkan cadar, kemas bilik, ada aircond tanpa had.

Rasa bagai orang kaya... hahahhaha

Namun, langit tak selalu cerah, 

angin tak selalu bertiup. 

2 minggu je beb dapat duduk di astana, selebihnya kau kembali kepada kehidupan rakyat jelata.

Kena pindah duduk HDB flat, kira sewa bilik dengan pemilik rumah. Landlord aku suami, isteri, 2 orang anak dan 1 maid. 

Aduyaiiii, memang rasa nak balik rumah time tu jugak. 

Dari ini;


Kepada ini;


Kau tengok baru rasa nikmat yang sebentar, 14 hari, kau dah lupa 32 tahun kehidupan kau yang selama ni kau jalani.

Sungguh manusia sifatnya pelupa.


Julai & Ogos

Kehidupan tinggal di bumi asing memang betul menguji. 

Walau seburuk mana tempat tinggal kau, kau akan tetap rindu jamban rumah kau, bantal kau, sofa kau, apatah lagi mak pak kau. 

Amboi, bergenang ya air mata sambil taip ni...

Itulah tuuu perkataaan amboi macam tak sesuai pulak kat sini... Aduhaiiiii mungkin

Tunggu punya tunggu, Raya Haji pun tak dapat balik, raya lah kau di situ.

Makan murtabak dan nasi beriani diam diam kat Haji Lane. 

Sho saddd. 

Tapi, okaylah tak de ar sendu sangat berbanding masa raya Aidilfitri, makan bihun sebagai menu raya.. hado? 





September 

masa ni rajin nak explore Singapore kononnya. Sebab rasa sendu no aku duduk bilik, tengok orang kat Malaysia duk jalan-jalan cari makan kat laman sosial. Haha, mana tak serabut kepala... 

Dahlah rindu, bukak soc med buat tambah sendu. 

Kita pun pergilah jalan-jalan cari pasal. Buat modal upload kat instagram, idoklah nampak sangat hidup kau tak sodihh manjang. 











October

Bulan ni sangat mencabar emosi, ayah aku jatuh sakit, dimasukkan hospital dan perlukan pembedahan segera. 

Walaupun PCA diwujudkan, tapi aku tak boleh balik lagi, sebab belum 6 bulan kat sini, 11 November baru cukup 6 bulan. Kalau tak kos kuarantin aku perlu tanggung sendiri. 

Ini adalah perkara yang paling menakutkan, apa yang aku boleh buat hanya berdoa dari tanah seberang. 

Sedang ada ramai kawan sekerja aku di Malaysia, yang mahu kembali bekerja di Singapura. 

Jadi, aku tak layak merungut untuk aku tersadai di sini, aku cukup makan, masih mampu simpan untuk bayar hutang, masih mampu mengirim sedikit wang untuk mak ayah. 

Cuma, sedikit homesick.

November 

Hui, pejam celik duk sini lagi aku rupanya. 

Bulan ni aku start nak jaga muka, sebab selama beberapa bulan ni, aku malas nak belek muka, dan ada kawan aku yang obessed skincare dok tegur muka aku, tegur eyebag aku, pastu dia recommend cosrx. Terus jatuh cinta, sampai masuk dalam timeline penting  dalam tahun 2021.



Disember

Ewah, derita-derita kau kat sini, gemuk gak sampai hujung tahun... 😀 

Malaysia punya kes Covid-19 terus meningkat. Kerajaan Singapura memperketat syarat kemasukkan ke sini. Siapa yang datang dari Malaysia, kena kuarantin 14 hari dan perlu menjalani swab test di Malaysia sebelum kembali ke Singapura. Masa kes Malaysia sikit, cuma seminggu je syarat kuarantin dan tak perlu swab test sebelum masuk sini. 

Dengan itu, company membuat keputusan baki tambahan kuarantin sebanyak 7 hari perlu ditanggung sendiri oleh pekerja memang taklah. 

Untuk orang gaji cukup-cukup macam aku menang tak mampu arr. 

Dalam masa sama aku sebenarnya bersyukur, aku dah buat pilihan, aku lebih rela merantau ke Singapura, menumpang rezeki di bumi asing. Dari duduk di negara sendiri, memikirkan nasib diri. 

Duduk rumah bersama famili tak bergaji, atau merantau mencari rezeki untuk dikirim pada famili. 

Aku rasa sukar jika diri aku mahu mula balik ketika pandemik Covid ni. 

Ya, cuma sedikit homesick. 

Daripada pihak aku pula, 2020 memberi pengalaman yang baru untuk aku, betapa Allah tunjukkan bila kita merancang, kita berusaha, tapi tanpa izinNya semua benda tak akan terjadi.

Kau belajar tinggi, kuat berusaha  tapi akhirnya kau juga tak dapat grad pada masanya, kerjaya yang kau banggakan belum tentu selamanya bertahan. 

Duit simpanan yang kau banggakan

Tiada apa yang kita miliki sekarang akan selama-lamanya menjadi milik kita.



Salam 2021, Salam MCO 2.0

md: Malaysia janganlah banyak main sangat oi, aku nak balik kampung ni.