Tuesday, November 8, 2016

Luahan Jiwa di Gunung Tebu & Bukit Kluang, Terengganu




As salam



Terengganu negeri islamiah
sekali ada jual telur penyulah





Terengganu dok tepi laut
Habis sampah semua ke laut







Dari selatan naik bas bertiga
Penat der 10 jam buat tahi mata






Banyak gila pilihan makanan
Nak tungu turn tu yang tak tahan
Beli jelah sotong telur letak lada
Asal jangan jubur pedas daa.




Bawak beg besar pergi pesta
Orang ramai dok jegil mata




Seni bina di sini sangat menarik
Tapi kalau tak jaga apa guna cantik





Masjid berkunci tak bagi orang mencuri 
Nasib baik pak guard izin  mensuci diri





Pagi-pagi perut  sebu
Apalagi, gi cari nasi kerabu





Hati debar tak tentu hala
Maklumlah senamnya kadangkala



Johor terkenal asam pedas ayam dan ikan 
 kegemaran warga Johor dan selatan
Ni kali orang Kedah, masak dalam hutan
Rasa boleh tahan, siap dapat pujian.


Masak nasi pakai api 
kalau hangit jadi kutukan
guna sahaja beras basmathi
 air pulak  1 nasi: 1.5 sukatan.


Makan roti memang biasa
style lain, bagi tambah bisa



Roti ,telur , lada hitam dan keju,
letak sosej tambah padu ha, setuju?






Tranung dan kepok losong tak dapat dipisahkan
tak mboh ayam, hari-hari mahu ikan





Kami daki Gunung Tebu,
Tapi haram nak jumpa tebu




Bawak bekal untuk mendaki
nak senang bawak je chokichoki



Hikers memang jiwa kental
Tidoq tangan qiam, tanpa bantal.












 Musafir dulu tak ada kamera
hanya dalam minda bila kembara
sekarang rasa rugi tak bergambar
rasa suasana jadi hambar.




Kenapa  seksa diri daki ke puncak
tidur lena di katil lebih enak
jangan tanya cuba dulu
sekali naik ketagih, kau tahu






Jangan cuba-cuba mendaki,
takut teringat-ingat nanti




Hidup di bandar  rasa seksa
Di hutan pula, tak lama bertahan
kenapa perlu tergesa-gesa,
kita usaha ,yang lain kerja tuhan



Bila ditimpa bencana,
Kau tanya 'Kenapa mesti aku?'
Bila diberi wang dan singgsahsana
Kau lupa pada Yang Satu.




Dikala mengeluh barang naik harga
ada yang pilih untuk redha
ada yang galak berbelanja
ada yang guna kayu api cuma




Kadang rasa nak berlari
Kadang rasa nak bawa diri
Jangan terlalu seksa diri
Hidup ini hanya sekali.



Dalam mencari kebahagiaan
kadang bukan datang dari kebendaan
bukan juga dari manusia dan haiwan
Tapi, jalan kembali kepada tuhan



Kau fikir lain,  dia fikir lain
komunikasi dua hala itu penting
Tak perlu kau salahkan yang lain
kalau diri sendiri rela dikencing






Hati yang baik sukar dicari
Tak terlahir dari lembutnya gigi
Zaman sekarang semua nak bukti
Budi terserlah bila dah mati.




Hidup bukan hanya untuk bersuka-suka,
Tapi juga bukan untuk bermuram durja,
Carilah teman yang bisa hadir waktu duka
Tidak semestinya yang lain jantina sahaja.



Berjalan sendiri  kau lebih pantas
 Berteman kau pergi lebih jauh
Usah risau jika kau hidup sendiri
Kerana perjalanan kita masih jauh.:P



Kau mahu mudah
Kau mahu bahagia
Kadang kau tersalah
Kembalilah pada Dia.




Dunia yang fana banyak duri 
Pada siapa mahu mengadu?
Sujudlah di waktu dinihari
Lebih elok dari terus beradu.



Tak ambil kisah kata tak berguna
Bila sensitif kata cengeng
Apa guna ijazah dan sarjana?
Kalau selalu buat cerita dongeng



Kenduri kahwin di Kemaman
 Tak sanggup pergi, sebab jauh
Alasan lagi,  tiada teman
Kalau hiking, dandan angkat sauh.


md: gambar daripada pelbagai sumber, maklumlah banyak photographer
Mintak maaf ayat serabut, maklumlah penulisnya pun kelam kabut.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D