Friday, February 15, 2013

Kuasa handbag

As salam,


selalu kalau korang keluar rumah, nak jalan-jalan ,pergi pejabat pos, makan kat luar, dating sambil ushar awek ke mamat hensem atau bahasa ilmiahnya, memerhati gelagat manusia, korang  mesti dress up atau istilah pompuan doll up kan..

kalau rajin mesti pakai baju yang the best dari atas hingga ke bawah,

atau selalu malas, sarung jek baju yang tak payah iron, selalunya tshirt dan jeans ngan kasut yang tak payah pakai stokin.

kalau 'kemas' macam aku nih, selipar jepun jelah ke mana-mana.



Biasanya lah kan, dalam kita tengah-tengah berpakaian tu kan, mesti ada satu senjata atau penyelamat yang kita buat rasa lebih kondifent (lihat kamus rempit)


Pada aku, kalau pakai simple, dan nak nampak macam sedikit bergaya, wear shawl instead of tudung segiempat 8 hinggit dari zaman sekolah. Kalau malas lagi, tudung segeralah jawabnya.

style essential :  headscarft



 
 tudung instant


 Tudung segiempat sama 





Selendang

nampak tak perbezaan si nora danish pakai segiempat sama dan selendang? lebih ayu kan?
Adakah mungkin effect teknik bergambar, mendongak , kamera di atas dan pencahayaan yang cukup?


Lihat tauke SimplySiti nih, ayu tak Tok Ti bertudung litup.
 

apesal si anne ngasri, isteri Encik Sumali , orang Benut nih, pakai selendang cam ni pun nampak comel jek




Nak lebih stylo ,pakai Serban ke eh, Turban .
 bak kata Ustaz Azhar Idrus, pakai tudung tak wajib, menutup aurat tu wajib.



Amacam , ayu tak muka aku pakai tudung segera.
Phuiii.



Pastu kalau nak pakai simple , simple blouse or simple shirts dan flip flop, akan pilih seluar atau skirt yang buat kita rasa best dan kengkonon tak terlalu kelihatan seperti baru bangun tidur terus keluar rumah .  Selalunya aku pilih jeans lah, mane ade aku rajin nak iron slack pulak kan.


 style essential : bottom wear




Katie Holmes, segala jenis jeans dia pakai.



 haish, bagus depa nih, pakai jeans longgaq-longgaq.Rare tak rare tengok si Posh ngan heidi Klum pakai lagu tuh.



Scha Al yahya


Nora danish





Nak penampilan lebih sopan  dan ayu, pakailah skirt





 Amik lah kain baju kurung ke langsir  lebih tu buat skirt.


 

Biasanya, skirt hitam lah kan senang nak match


Nicole Richie


 Hana Tajima. Mana kau menghilang Hana?

















Ada orang pulak yang tak kisah atas, tapi kasut kene yang best.. ada yang pilih cantik dan ada yang pilih selesa. Pada aku, aku pilih selesa dan sebab tu aku tak kisah pakai selipar yang sama, , selipar tu lah buat gi kerja, selipartu jugak lah buat gi jenjalan, gi pantai dan  selipar yang sama tu buat gi jamban.


Style essential : Shoes


Sebab aku suka Converse dan harga converse tak semerepek harga kasut Christian Louboutin, boleh tak nak compare converse ngan Louboutin? Langsung tak kena . Oklah, sebab aku suka gaya sempoi bubuh lah gambar Celebrity with Converse. Siapa yang lebih feminin ,yang pakai heels ang gi google sendiri.



sneakers






Hazama

Nicole Richie



Justin Bieber, adik kesayangan korang.



Selena Gomez, ex adik kesayangan korang.


 Jessica Alba, pakai converse purple


mak dia pakai ankle boots yang boleh buat spare jadi tukul ketuk paku, sebab mak dia tak pakai, anak dia terus menjadi cool dengan pakai converse.Korang masa baby pakai kasut brand ape?




 Idaman ker?



 Sarah jessica Parker




 Ni bini Pontianak kegemaran ramai. Kalau tak selebriti tak de nya orang nak amik gambar gini. Kristen Stewart ni penggemar converse tegar.





Rihanna , yang dikatakan hot gila oleh lelaki dan perempuan (aku tak termasuk), antara selebriti yang banyak kali dispot pakai converse .



 Awal Ashaari

 awal ashaari


scha alyahya. Studded lagi.

Fatin Liyana , Blogger pernah menang Nuffnag Blogger award kategori Selebriti maka bubuh  gaklah.


Apa ingat pakai jeans jek ke padan ngan converse?





 Cer try korang pakai macam ni, stylo ke hancor? Oopps.
tak pe yang penting Kondifent.



 

Rita Rudaini pun suka converse sampai pakai sekali ngan baju kurung, Aku tau korang pun pernah buatkan, pakai baju kurung ngan sport shoes. Ahaks.


 nak letak gak gambaq kekasih lama nih, walaupun aku tak tau ar brand kasut dia nih.


Flip Flop



Si Ikon Fesyen, Posh beckham pakai sipar jepun a.k.a Flip Flop bahasa modennya. Tak pelah apa yang dia pakai semua nampak mahal, aku pakai mahal pun orang kata murah. Memang pakai murah pun.ihiks.



 Kim Kardashian
 .


 Uma Thurman



Schawal

Dazrin dan Schawal





Tapi sekarang kan gadget pun boleh jadi style tool, Kengkonon cool pakai biase jek, tapi pakai Apple gadget atau Samsung yang besar gabak kan...


 Schawal, again. 




 David Beckham dan iPhone 5.






Brad Pitt tayang gak gajet dia.



Style Essential : Bags

Okay, selalu orang yang rajin macam aku, akan pakai beg yang sama sebab rajin sangat nak keluar masuk harta benda dalam beg tu (sebut rajin banyak-banyak, doa tuh)

Ni biasa perempuan punya kelemahan, tapi aku kurang sikit ar termasuk dalam kategori tuh. Aku orangnya setia pakai benda tuh sampai  buruk gila dan rosak. Tapi kan, ada jugak orang dia banyak beli handbag , last-last dia akan satu jek  bag favorite dia, ini  juga berlaku terhadap baju ke seluar dan lain-lain.




Nora danish dan anak dia Rayqal . Nama Couple : Norayqal



Fazura loves Chanel


Guess who?
with Prada

Neelofa kesayangan uolls. Louboutin.
Ko hade?


Scha Alyahya. Long Champ. 
Banyak lagi beg diaorang nih, korang gi ar stalk sendiri.


biar badan kecik, tapi beg besar



Katie Holmes ngan sling bag dia


 mampu ?






 Posh Beckham punye Hermes Birkin, berapa bijik kereta boleh beli ni,



Eva Longoria


Rosmah Mansor pun peminat Birkin.


Lelaki  tak  kan,  die bawak phone dan wallet masuk dalam poket. Tapi , ada jugaklah lelaki yang bawak beg antaranya Jovian Mandagie dan Rizalman Ibrahim, akak aku, persoalkanlah , apasal designer mesti bawak beg (beg yang style pesen-pesen) , pastu pakai seluar carrot cut, Michael Kors pakai biase jek tak de pun macam tu.Haha, aku no komen, dia tengok jugaklah kot lelaki yang pesen yang macam mana .











Jovian mandagie dan birkin





Rizalman Ibrahim





beg awal ashaari #louisvuitton



beg awal, longchamp







Ha, ni Retis baru, Anan atau nama retis  dia Tinybox






 huhu, tipu
Ni cousin aku, dia memang suka fesyen.


Laki pilih lah beg yang maskulin sikit, jangan angpa rembat awek angpa ke bini angpa punya beg bawak gi jalan. Kalau tolong pegang tak pe lah ye.



Ni aku pinjam kat blog Zack Zukhairi yang blogger hot stuff macam chipsmore.


Style Essential : Sunglasses

Oklah, shades pun penting untuk penampilan bergaya,  korang try pakai spek hitam secara automatik korang bertukar gaya jadi ala-ala selebriti.Gambar selebriti kata atas pun banyak pakai sunglasses.



Contoh : Nicholas Tse


Sebelum
                                                  



Selepas

Nicholas! Gong Xi Fa Chai!


Sekarang , aku nak buat pengumuman, aku nak beg ni, siapa nak bagi kat aku nih, angpa semua kumpul lah 10  hinggit tiap hari tambah duit korek tabung ,  sampai besday aku cukup lah tu nak beli beg ni buat present dok...hihi, macam cakap ngan diri sendiri jek nih.


haha, memang tak lah nak menabung nya. 

 my current desktop background

Kredit:
Gambar Neelofa : Instagram @Noorneelofa
Gambar awal : Instagram @awalashaari
Gambar Scha : Instagram @SchaAlyahya
Gambar Nora Danish : Instagram @NoraDanish
Gambar Jovian Mandagie : Instagram @JovianMandagie
Gambar Fazura: Instagram @missfazura ; Facebook Nur Fazura
Gambar Rizalman : Instagram @Rizalman71

Mintak maaflah , saya pinjam gambo awok-awok semua, sebab Malaysia punya wartawan baik dan tak kuasa nak ikut selebriti macam paparazi kat Hollywood, maka dengan itu saya selaku stalker berhemah telah menggunakan gambar yang diupload untuk tontonan umum kepada pembaca belog kesayangan saya.

Saya akhiri ucapan saya dengan terima kasih dan senyum selalu.
  Dari ikon fesyen selebriti sepanjang zaman.


 
  Peace Yo!

Monday, February 4, 2013

Namamu Iman

As salam,







 Aku ingin sekali tahu, apa sebenar mahumu.







Kau mungkin mahu tahu, siapa aku.. atau kau sebenarnya tak kisah siapa aku



 Ah, sudahlah... kau tak perlu tahu, kerana jika kau tahu, mesti kau tidak mahu menjadi dewasa seperti aku






Lebih baik kau menjadi bayi, disayangi, di tatangi, bersih tanpa dosa.
Tapi realiti harus kau ketahui, kau harus membesar, agar kau kenal usul mu.



Agar kau sedar, tanpa yang tua tiadalah yang muda.







Mengapa kau tanya? Kerana hidup ibarat roda, kau mungkin disayangi pada hari ini,


 tapi, mungkin satu hari kau akan dilupakan, jadi kau harus bersyukur dilimpahi kasih sayang sekarang,





Dianugerahi kesempurnaan sebagai seorang insan
dan semua itu, harus kau manfaatkan



Telingamu untuk mendengar perkataan-perkataan yang membawa ilmu kebaikan



Tangan untuk kau memberi dan berkongsi rezeki dan melakukan suruhan Ilahi




Dan kaki mu yang harus kau jaga agar setiap langkahmu tidak tersasar , mungkin ketika perjalanan ini, kau mungkin terpijak duri, dan jatuh ketika kau berlari,
Tapi, bangkitlah, kerana,
seberat-berat kesusahan kau, ingatlah ada lagi yang lagi susah.





Allah sentiasa bersamamu.