Showing posts with label IloveHerbalife. Show all posts
Showing posts with label IloveHerbalife. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Yang tak best bulan Puasa kali ni

As salam,

hye, u olls, puasa ?

Harap semua puasa lahkan, kalau yang bendera Jepun tu nak buat camna ,
Terimalah seadanya, nanti kita ganti e...

Bulan Puasa sememangnya bulan yang penuh keindahan,
Jangan pandang pada keringnya tekak,
busuknya nafas, (pepandailah flos, gosok gigi , kumur dengan Listerine ke , colgate plax ke hape)
Letihnya badan.(sahur lah dengan kurma, shake herbalife, dan air teamix Herbalife, sempat.. promote)

Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’” (HR. Muslim no. 1151).



Puasa menjadikan kita lebih teratur,
makan hanya bila waktunya,
menahan diri dari melakukan perkara yang batalkan puasa,
membuka pintu rezeki,
mengeratkan hubungan,
lebih banyak masa,
Yalahkan, masa makan dah kena potong.
Menjadikan badan lebih sihat.


orang Islam sememangnya hebat,
Sahur dengan makanan yang baik,
minum minuman yang baik pasti akan menjadikan puasa anda bertenaga,

Namun, tahun ni adalah puasa yang agak menyedihkan bagi saya,
Tahun ni adalah, tahun pertama aku berpuasa sebagai pekerja kilang ,
Sebelum ni, aku menjadi pelajar di UiTM, bekerja sebagai guru tadika,
kalau , kat UiTM yang majoritinya orang melayu, islam tak puasa, urm tak tahulah
Kalau, kat tadika Islam , seronok tengok kanak-kanak cuba berpuasa, kalau tak puasa logiklah, budak...

Dan, ini adalah kali pertama aku didedahkan dengan orang dewasa yang aku kenali,
tak berpuasa, lelaki, cukup sifat, sihat, dan memenuhi syarat wajib puasa.



Sedih...
berlaku depan mata,
tapi tak tahu nak kata apa,
bukan tak tahu,
mereka tiada segan silu,
kita pulak yang malu.

sedih,
mereka lelaki,
mereka pemimpin,
namun .....,
Bukan kurang ajar,
Cukup ajarnya,
mungkin, tak masuk ajar.


hanya mampu berdoa,
semoga digerakkan hati kita dan hati mereka,
ke arah menuju syurgaNya.
Ya Allah, Ampunkan dosa ku dan dosa mereka.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang laki-laki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal. Keduanya berkata,”Naiklah”. Lalu kukatakan,”Sesungguhnya aku tidak mampu.” Kemudian keduanya berkata,”Kami akan memudahkanmu”. Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba ada suara yang sangat keras. Lalu aku bertanya,”Suara apa itu?” Mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka.”

Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka, mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalirlah darah. Kemudian aku (Abu Umamah) bertanya,”Siapakah mereka itu?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya.” (HR. An Nasa’i dalam Al Kubra, sanadnya shahih. Lihat Shifat Shaum Nabi, hal. 25).


Monday, May 28, 2012

Menjelang raya

As salam,

Sesiapa yang kenal aku, mesti tahu yang aku ada teman rapat yang sentiasa menemani aku sejak sebelum baligh lagi. Aku dan dia ibarat teman yang rapat tapi teman yang jahat atau lebih tepat musuh lama.

Kadang-kadang aku kisah, dan bersemangat nak lawan dia, tapi bila dia dah terlalu kuat, dan bila aku sentiasa memikirkannya, makin lagi suka dia datang , dia bawak pulak sekali geng-geng dia.

Aku dah hampir give up dan malas nak layan.

Tapi,

sejak akhir-akhir ni, dengan tekanan kerja menjadi-jadi, bila makin ramai yang tegur pasal hubungan akrab aku ngan geng -geng ni, aku jadi semakin tertekan.

Maka target sebelum hari raya, aku nak berpisah dengan teman rapat aku nih.


hambik ko, gambar tanpa edit!



 menikmati teman rapat..




aku ada, kau ada????


                                                                


                                    Tangkap gambar sambil memandu satu (wah, skema ayat ku!)






                                                                   muka tertekan satu



Semangat dimulakan dengan ke Watson, untuk survey , skincare yang mendapat review best macam cinelle  ke hape, tapi sambil tu berazam, mane-mane promoter yang tanya aku terus beli barang dia, nampak tak  salesgirl dan salesman sekalian, kita tak boleh giveup kalau orang ramai tak nak , kerana mungkin ada orang yang macam saya, yang hanya tunggu masa jek nak rembat barang korang.
Maka, jangan pandang rendah kat aku, walaupun aku berpakaian selekeh, ingat aku tak teringin ke nak cantik.. Padan muka salesgirl yang poyo tak nak promote kat aku .. Buwekkk... eh emo. ( Pergi Levi's , promoter tak heran pun kat aku, ada aku kisah, jimat duit aku. kalau kau tanye jek, aku cari jeans ape, confirm melayang duit gaji. )


okay, mari tengok, promoter tu promote PURE BEAUTY, (what is this?) haha, tak pernah dengar, Made in Korea, dari ekstrak buah delima katanya, sesuai untuk kulit sensitif katanya, kerana dari sumber semula jadi katanya,

Phuuui...

Mana ade barang yang kandungannye banyak kandungan semula jadi dari bahan kimia, kita boleh dapat dengan harga yang murah, melainkan buat sendirilah...

cleanser, (2 in 1 , boleh buat mask sekali) , Toner dia paling best



satu set RM69.90. Bagi kat housemate, toner aku amik.



 Trial set Aloe vera range, from Thebodyshop, clenaser, toner, day cream , night cream, RM79.90, tapi aku dapat 25% diskaun

ni kat thebodyshop, ha ni lagilah, asal masuk jek ade promter approach, habislah kan, dia nya promote
kata ,  kata kulit aku kering,

Phuui...

kulit aku punya minyak boleh buat kuah kacang kot....

Tapi, aku kan baik , maka , aku beli trial set dari range Aloe vera, untuk legakan kulit.
Mane tak duit asyik tak cukup jek..


Phuii...

Aku dah tau sejak dulu, aku memang tak boleh pakai krim muka, kalau nak pakai mesti dari lotion muka, sebab kulit berminyak , kau bagi lagi krim nak bagi lembap muka, dari minyak, memang ar naik kan jerawat kau,

Produk yang agak aku rasa okay untuk aku , aku pakai zaman sekolah ialah face lotion white radiance dari Oil of Olay,


Pastu terus tukar-tukar, and aku pakai Herbalife !!!!!!!!!!!!!!! Muka aku improve, walaupun aku tak pakai whole set die,






Tapi, sebab aku nak beli online , selalu, debit kat aku overlimit, maka tersangkut lah aku kat Juso Tebrau tuh, kat thebodyshop.




 Rangakain tea tree dari thebodyshop, kite tunggu jelah nanti yek.. ape jadik raya nanti




Scha Al-Yahya katanya.


Md ::: Berazam , bulan ramadhan , nak join tiap-tiap malam solat Tarawikh kat masjid. Moga dipermudahkan. Amin.


Thursday, January 12, 2012

Kelantan Peace Yo!

As salam,

Dah berzaman pergi Kelantan , baru nak cerita, maklumlah dulu kita tak da jalur lebar, jadi perasaan nak blog pasal Kelantan tersangatlah membuak-buak.
Kira kalau tak blog pasal Kelantan , rase tidur tak lenalah.


Okay, Kelantan memang best, manusia nya ramah tamah, ya,  Mak cik-mak cik selalu ajak datang rumah, dan diaorang bukan ajak-ajak ayam, padahal bukan rapat pun.Dulu selalu fikir, lelaki Kelantan ni menyampahkan, tapi oh tidak langsung, diaorang memang peramah, dan suka menegur. Semulajadi.
Cuma sumber air dekat Kelantan tak berapa best, kebanyakkan penduduk Kelantan gune air perigi, sebab air gune khidmat syarikat air selalu tak de.

Tuan rumah yang sangat best, Auntie Rohaya, Pak Cik Zul dan Zahin. Sungguh awesome.

Kenapa awesome?


Auntie balik keje terus masak, (kenapa, aku tak boleh macamtu, nak masak air untuk diri sendiri pun malas),
Rumah dikelilingi pokok dokong.
Baking!

 muffin coklat cip



 Kek Lobak (Gunakanlah bahasa Kebangsaan kita)


 

Brownies ( brownies dalam bahasa melayu nak cakap camna ek?! :P) Marble dengan coklat dan keju.
Zahin dan Auntie Rohaya memang rajin , ade lagi , kek coklat dengan kek span oren bersama coklat ganache. Zahin pun ada buat tat nanas, sodap.


Makanan di Kelantan

Restoran Cikgu

 Antara tempat makan yang wajib hadir ya, bila ke Kelantan ialah nasi ulam Cikgu, kat Kota Bharu, tempat ni amatlah famous amous, kalau tak takkan sampai masuk Jalan-jalan cari Makan, Kelass kau Cikgu Hamid! Tempat ni untuk makan tengah hari di kampung kraftangan, berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah.





Pilihlah ulam apa yang kau nak makan, pegaga, kacang botol, ulam raja, tah aku pun tak ingat nama die.







  


  



 



Ikan keli die tak muat pinggan, mak rangup nyer... ditambah bersama budu, sambal belacan dengan tempoyak ...fuhhhhhh ..(kesat air liur)


 Famous blogger , Herbalifer, Joe, sengih market ...sorang sekor ha amik ikan keli, tu saper punya ulam lah  tuh, sekati .



Motif? Apakah?


Chim Chum

I love steamboat!  Chim chum ini steamboat Thai , srugghgh ( telan air liur).


 Ni Aishah tengah bakar daging yang diperam enak!, (Menahan air liur bertakung)




Bayar RM 19 seorang  , kalau tak silap, maklumlah dah lame, buffet, boleh amik berape banyak yang nak amik, ade udang, daging, sayuran, makanan laut sejuk beku yang lain macam steamboat yang biasa. Ada laksam, laksa Kelantan, Abc, dan ade lagi ape tah.


Laksam, my peberet.

Kebanyakan tempat makan yang lain kat Kelantan biasenye same, nasi kak wok ke,  nasi kukus dengan ayam, kuah gulai dan tak da sayur, cume ade timun.


Pasar


serius aku lupe name pasar nih

Kite timbang orang kat sini, haha pastu pergi rumah Yuni kat Kuala Krai


Pemegang banner..huhu















etok-etok kaum kerabat hidupan laut bercengkerang, kepah,ke, lala ke, pertama kali makan , mintak cik Aishah punya.

Pasar Siti Khadijah

Sape datang Kelantan tapi tak pergi Pasar Siti Kahdijah maksudnya belum peegi Kelantan lah tu.


serunding, seperti biase


kain baju, tudung bawal seperti biasa

  sudut fofuler pasar siti kahdijah

 Kuih ni aku lupa name die , tapi sedap, die inti kastard.


Kuih muih, superb banyak kat sini.


Wakaf Che Yeh


 Biase lah kat sini banyak baju, tudung, kaset lagu Thai, Kelantan pun ade .


Aishah dan Zahin suka betul sate ikan nih. 

 Standard lah sebagai negeri kelantan yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah , maka semua iklan,  model wanita kena pakai tudung litup, Fafau buat iklan Hotfm pun sopan je ar pakai tudung , Rozita Che wan lagi ayu buat iklan Safi Balqis, dan semua board ade tulisan Jawi disamping tulisan rumi.




Kat rumah Yuni kat Kuala Krai, memang superb, die buat kerabu, pergh, pakkal jek aku mempunyai nilai kesopanan yang agak tinggi, kalau tak aku suruh Yuni buat semangkuk lagi untuk aku tapau. Sambal melaka , daging goreng perghhhhhhhhhh.....

Sebelum



dan


Selepas
dapat tak maksud aku betapa sedapnye masakan Ayuni. (kipas-kipas)


Pantai kat Kelantan tak boleh mandi ...

tapi sebab Cik Aishah nak pergi gak kita gilah


Moon Light Beach


 Pantai Cahaya Bulan


Saranghae ^__^

Terima Kasih kepada tuan Rumah Zahin , Auntie Rohaya, dan Pak Cik Zul.
 Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.;)

Letak muka comel Zahin :D


btw, aku first time derma darah juga di Kelantan, kat IPG kota Bharu.
serius tak sakit! cam kene gigit semut jek.(dapat makan nasi lemak free)


md: kamera phone nokia E5 ni  banyak berjasa. Cam nak usha Kamera.

Wednesday, October 12, 2011

Saya rasa saya cantik

As salam,


















siapakah mereka yang agak tak berapa nak cantik nih?

Tapi, mereka yang semua mude-mudi ni telah bertukar kepada wanita yang sungguh cantik , hingga digilai suami sendiri.







Nadia, 25, 2 orang anak. Seorang suami




Amalina Peter, 22, seorang anak.Seorang suami



Yana Saiful, 23. Seorang suami.


Mana suami mereka, ? tak nampak pun (eh, ape tengok laki orang nih..ep ..ep)

Ni nak citer bagaimana, mereka yang jerawat, teruk , lebih teruk dari aku nih ,
sudah cun melecun, Semua guna herbalife.


Aku?
Boyfriend aku lagi cantik lah...hehe.


Aku tengah dalam proses ar nih, Pastu  baru leh  kahwin :P

Dia suruh aku muke aku licin cam baby baru leh die tangkap gambar senyum.
Dame.