Showing posts with label Guru Terhebat.. Show all posts
Showing posts with label Guru Terhebat.. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

tak ternilai



As salam,














 











kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,dan Allah datangkan hujan.
kita menangis mencari matahari,tapi sebenarnya Allah nak hadiahkan kita pelangi

Terima Kasih atas pengalaman tak ternilai ni.


md :memang tak ternilai sebab dianggap  tak bernilai.

Wednesday, September 14, 2011

Sampai Hati Kau, Adnan

As salam,




Berbicara tentang cinta,

Memang sungguh indah,

Ada yang bertuah,

Tapi, ramai juga yang kalah,

Bila,

kasih yang dicurah,
 
tidak dibalas dengan sayang yang diharap.

Selamat tinggal, Adnan.







Semoga kau berjumpa dengan wanita yang lebih baik  dan lebih layak untukmu.


Ikhlas dari gurumu yang `ikhlas'.



Thursday, April 21, 2011

cuba bukan terpaksa

As salam,

aloooooooha!!!

apa khabar orang kampung ?
ade yang rindu tak.. hik  hik hik .ya, saya bajet saya blogger famous

apa yang terjadi kepada diri saya?
baik saya jawab soalan saya.

Training kat Berjaya Times Square




sebelum tuh, kat Jalan Raja Chulan, pakai Jumpsuit gedabak arituh lipat atas die masuk ke dalam jadi seluar harem :P..ye macam nak gi Giant.



 malam cocktail party, jadi jumpsuit.

adakah anda berjaya melihat perbezaanya?!:P




Jumpa dengan Blogger FAmous Amous


 Cik epal!!! gambar amik dari blog Cik epal. jangan marah ye..:D



Training kat Puteri Resort, Melaka.
 



 Acelona, 23 Millionaire team from Indonesia, hampir kehilangan nyawa ketika gempar bumi di Padang.
Sanggup menniggalkan pengajian di Singapura dan kembali membantu rakyat Indonesia dengan nutrisi Herbalife.( Abaikan si baju merah tudung die yang tah ke mane-mane)


Us with Camy, a housewife, gemuk dari kecil , berjaya turunkan berat badan pernah tak mampu bayar bil klinik anak die RM25 , berjaya yakinkan Dr.Khadijah dengan nutrisi.Dia juga pernah jual dari rumah ke rumah dengan bawa anak dan troli letak barang.. Amazing. Now,she is a millionaire team.


Perut saya telah dikerjakan dengan makanan yang superb inih


.







Okay nevermind, lepas nih, kita minum shake Strawberry.

Shake Party kat rumah, Lorong Haji Tubari, Pontian.

alamak, tak amik gambar.. Thanx , sedara mara sudi datang... AIN. time kasih datang rase shake, nak rase banyak lagi message lah I...huhu...


alamak dah 2 pagi, ade lawatan bersama kanak-kanak riang pergi Muzium eh Library Shah Alam .
See you then. Any enquiries contact me okay, no.phone n e-mail kat sebelah atas kanan....okay.tatatititutu.


md : cube mecari kaitan tajuk dengan isi cerita. Patut ar kau tak sambung master.

Saturday, March 12, 2011

surat ku untuk mu

As salam,


hello readers,

yay yay cuti sekolah,

I love holidays just same like  my students.
They don`t like schools
just same with me
they don`t like me just same like I hate don`t like them

hahhaha
no lah ko gile tak suke anak murid kau
nampak sangat ko ni guru tak bermoral...

Dear my students,

Teacher just want to say sorry,  almost 3 months,I have been your teacher,I always scream to all of you just like crazy woman.... u understand crazy or not

Okay lah teacher cakap bahasa melayu, biar korang faham, walaupun nanti teacher jugak yang kena marah dengan bos teacher ngan papa mama korang sebab cakap bahasa Melayu .

I know,

teacher selalu jerit, marah - marah
bukan ape, ni sebab teacher sayang,
lagipun, kalau tak, bos teacher ingat teacher tak buat kerje... kalao teacher jerit sikit, dia boleh lah dengar suare teacher mengajar kat kelas.... (:P)


lagi satu, mase reading, teacher marah sebab teacher nak kamu pandai baca, korang selalu berangan mase teacher ajar, sebab tu lah tak ingat-ingat...

kalau tak pandai baca, nanti mama dan papa korang marah kat teacher,cakap teacher tak pandai ajar.
bayar mahal-mahal, tapi tak pandai-pandai baca, baik hantar pra-sekolah lagi bagus.

sebab tu teacher selalu ugut nak kurung lah, nak berdiri atas bukit sorang-sorang lah, sebab teacher cakap lembut tak berkesan, korang tetap berangan, seperti teacher ni menyayi lagu dondang sayang kat telinga korang.

Janganlah pulak korang tanya apa itu dondang sayang, sebab teacher pun tak tahu nak jawab, seperti pertanyaan kamu yang dulu, "kenapa rama-rama hidup tak lama?"

lagi pun teacher tahu korang bukan selalu kena marah kat rumah, ..papa ,mama dan  atuk mesti ar jarang marah , apatah lagi bibikkan siap berdukung bertimang lagi...

kalau tak teacher marah,nanti korang tak tahu apa itu maksud perkataan ANGRY...

sebab selalu cikgu tadika semua baik-baik,
tapi,teacher jek yang garang macam cikgu penolong kanan HEM.



nampak tak betape eksyyennye teacher.
kembang kempis hidungku.


lagi satu korang nih,
suka sangat gigit jari ar, gigit kukur, gigit baju lah, gigit tudung lah..

lapar sangat ke, nak

Teacher harap, kalau wujud lagi post ni,masekorang besar, masa tu korang dah pandai baca dengan lancang dan tidakperlu mengeja lagi seperti sekarang, lebih pandai lagi dari teacher

ketika itu sudah pandai membezakan huruf p, d, dan b...


maka maafkanlah teacher ...

dan berikanlah sebjik kereta sports untuk teacher untuk mengenang jasa teacher...
sekian dari teachermu yang ikhlas.


Regards,

Teacher Munirah.

p/s : hari tuh,teacher nampak ziana zain PKNS,alah kalau korang tak kenal,die antara penyanyi tersohor zaman nih... die kurus jek, die jalan sensorang , orang tengok die tapi tak kejar die , tidak seperti ketika teacher tengok adik dia, anuar zain, 

dia behenti kat myvi hitam,lepas tu teacher cakap ," pakai MYVI jek."


rupa-rupanya bukan kereta dia, dia jalan lagi kat kereta warna putih, oh,rupanya ziana zain pakai kereta Peugeot .Malu teacher. Eh,apesal panjang pulak nota kaki teacher nih..oklah babai. Assalamualaikum.

Thursday, March 3, 2011

nampak indah, bukan mudah

As salam,




SENARAI DUKA

  1. percubaan untuk memikat hati emak sendiri tidak berjaya.
  2. english aku broken
  3. budak tak reti-reti baca
  4. skrip mc tak buat.
  5. persembahan budak macam nak sorok bawah kerusi.
  6. link memburukkan  jenama produk kat facebook


kalau senarai ini diteruskan 
boleh mengundang sakit jiwa.

:(



SENARAI SUKA


  1. Pelanggan pertama adalah Maid Tadika.
  2. Melihat gelagat budak-budak

senarai yang ini membangkit semangat..
membakar jiwa
menjadi lebih teruja

.......

:)

 Nikmat yang Allah S.W.T  beri terlalu banyak,
cuma kadang-kadang kita yang tak sedar.

Astaghfirullah.


 lakonan membuat wajah keibuan dan mesra kanak-kanak tidak menjadi.



md ::: senarai gembira ketiga, terasa kulit lebih licin  dengan shake dan teh herbalife :P

Friday, January 28, 2011

si tua pakai tuala (60 sx)

As salam,



si tua tengah tunggu pinangan




kerana telah lama bercinta


sejak zaman muda lagi,
si tua merasa sungguh tertekan sehingga terlupa yang dia pakai tuala untuk keluar beli barang dapur.




si tua pakai tuala g giant perasan macam dia artis
si tua beli telur dengan roti, kantoi si tua tak reti masak.



semuanya bermula sejak peristiwa ini bermula

budak : teacher (si tua) , teacher dah kawin belum?

teacher :  belum.


budak : kesian teacher, tak da orang berminat dengan teacher

md : sakit jiwa.



Wednesday, January 26, 2011

sedar, aku memang bukan terhebat

As salam


kalau tak rindu tak pe,

kalau sudi bace pun dah cukup teruje,



Pengajaran untuk saya,
budak perempuan umur 5 tahun, tak boleh nak tinggi suara ,






Nanti tak nak datang sekolah.
Mak bapak akan persoal cikgu sekolah.




Okay , dari seorang yang `bekeng'  kepada

lemah lembut ( loya tahap tengok taik budak),





senyum tu palsu jek. stress mak, nyah!




md ::: Masih bertahan.

Saturday, December 25, 2010

Doa dan Janji

As salam,




Ya Allah , kami bersyukur kepadaMu kerana
engkau telah menjadikan kami orang yang beriman orang Islam

Ya Allah,, kami bersyukur kepadaMu kerana 
engkau telah menjadikan kami umat nabi Muhammad S.A.W

Ya Allah kami bersyukur kepadaMu kerana
engkau telah menutupi dosa-dosaku selama ini

Ya Allah, kami bersyukur kepadaMu kerana 
engkau telah memberiku rezeki tidak dikuasai orang lain

Sahaja aku hari ini tidak akan zalim
Sahaja aku hari ini akan menolong orang yang mazlum
Sahaja aku hari ini akan menunaikan hajatnya sesama muslim.

Doa pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu tadika.........


Tertunaikah janji menjadi manusia yang tidak menzalimi orang lain,
Membantu orang yang teraniaya (mazlum)
dan 
menunaikan hajat muslim yang lain, 
khususnya bangsa sendiri.


Mungkinkah rezeki kita di tempat lain......

 
 
Rezeki yang tidak dikuasai orang lain.
 





Ya Allah, Berikanlah kami jalan menuju ke syurgaMu.
Amin.

Thursday, November 18, 2010

Ikhlaskah?

As salam,


kalau dulu, ketika projek tahun akhir meruntuhkan segala nafsu,

bidang kimia bukan idaman, tadika pula menjadi pilihan,

rasa macam senang, tak perlu pergi lab , membaca jurnal bagai.

Pukul 12.30 petang, boleh balik sambung tidur panjang.



Tapi sekarang,

balik kerja paling awal pukul 4.30 ptg cuma sejak dua menjak ni cabut awal
paling lewat sampai slot drama akasia habis...




Episod akhir Chinta wei...

balik kerja jumpa budak bergigi tajam, sebab suka gigit orang, termasuk punggung.






ha, makan budak....



kena pulak mengajar budak-budak menari, boleh pulak manusia kayu yang mengajar , ibarat

kera mengajar anak berjalan-kucing.


Tak sabar bilalah sekolah habis, tak payah bangun pagi, menjerit setiap hari, berlari ke sana sini.


Bila sudah sampai waktu yang ditungggu,





terasa mahu terbang, lebih hebat dari selepas mengepos tesis degree.





Sedih tak dapat amik gambar pakai topi nih, sebab bapak budak tengok pelik bila aku pakai. 




Oh, lupa! Aku cikgu budak bukan nya budak.

Namun terasa rindu pada mereka, walaupun aku tau berapa kerat manusia yang ingat  cikgu tadika diaorang. Aku tau korang pun bukan ingat kan?kan?kan..



Guru, kau ibarat lilin.




Rela membakar diri untuk menerangi insan lain





Sudahlah kau, sajak berkarat...

Apa yang penting..
(Gaya pidato kebangsaan)









Mereka sentiasa tersenyum bahagia,






Sentiasa bersedia,



Menjadi Pembela bangsa


Dan apa yang lebih penting?



Duit gaji masuk..:P


kalau orang bertanya kerja apa yang senang,


mana ada kerja yang senang,


Tiada yang mudah, Goyang kaki pun susah.

md ::: Ayah masih tanya, "ada duit lagi tak?"...

Wednesday, October 13, 2010

Budak-Budak zaman sekarang

As salam,

Johann (bukan nama sebenar) menunjukkan lukisannya pada gurunya, Teacher M (bukan nama sebenar).

Johann       : Cantik tak ?

Teacher M :  Tak.

Johann       : Teacher punya baju lagi tak cantik .

Teacher M : (terkesima).

Teacher M memakai baju kurung yang dibeli di Giant pada hari sebelum hari kejadian.

Pengajaran: 
Cikgu yang jujur kata lukisan anak murid dia tak cantik wujud rupanya. Nampaknya, terpaksalah tipu lepas nih, sebab kalau tak  kena kutuk balik.


md : nasiblah kalau mengajar anak orang kaya.