Friday, March 7, 2014

Ke Penang Ke Kita : Episod 2 Makan !!!


As salam,


related post :  Ke Penang Ke Kita : Episod 1 , 

                      Ke Penang Ke Kita : Episod 3 War Museum


Seperti dijanjikan , episod 2 berkisar tentang makanan di Penang.

Penang adalah negeri yang sangat popular dengan makanan terutama hawker food.

Sampai-sampai Penang cari makanan kat Restoran Nasi Kandar Deen, tapi tak de parking,

Pergilah hawker centre depan dia, makan Nasi Dalca.



Lokasi : Nasi Dalca, hawker centre Jelutong.


Pada aku macam nasi berlauk jek, cuma dia kasi warna kuning sikit kat nasi dia.


Tema warna lauk ialah, merah dan kuning.





Lepas makan, kita cari makan lagi, Laksa!!


Lokasi : Laksa Janggus, Kampung Perlis, Balik Pulau.


Ya ampun nak pergi tempat ni , sebab kita pelancong , bergantunglah kat GPS, dia punya jalan, alah kau tahulah jalan gunung, kau memerlukan pemanduan, yang cekap dan teliti, kalau tak .......hmmm, "5 sahabat berhajat makan laksa tidak kesampaian."  tajuk berita harian Mak LisdakeNisda  yang bakal di sampaikan kepada suaminya Pak Jebat bin Lan Todak


 








Betul tak kak?
Kalau tak, tak dapat  saya tengok muka kakak ni.






Kakak ni mungkin dah selalu masuk media cetak dan elektronik (baca: Jalan-jalan Cari Makan) serta belog, relaks sahaja. Ligat jek dia buat kerja , apron pun Mesra ligat Enterprise







Tempat makan dia ni tepi-tepi jalan , kat rumah persendirian di kawasan perkampungan.
Sebab kami baru lepas makan nasi dalca,  kita orang share semangkuk 2 orang
Si Ikin ni memang favorite dia tempat ni, Ikin sorang jek bedal semangkuk,  haha. Cikgu Ikin pemurah  belanja.
Laksa biasa    : RM3
Laksa Special : RM4



Huhu, tak payah hairan buih-buih tu ye.




Pisang goreng kat mana-mana boleh dapat kan , tapi pisang dia, special sebab ranguppp , sedap, dia potong nipis-nipis lagu tu, langkah penjimatan yang berkesan dan memuaskan pihak pelanggan dan peniaga.




Nah , bagi gigit sikit!



ABC , 2 hinggit. nyumms


Ikin kata tak pernah kalau pergi sini tak beratur, dan masing-masing kena beratur 3 bahagian, pisang goreng, air dan laksa.Tapi, masa kami datang hari Khamis, bukan cuti sekolah, tak ramai orang pun.



 Ni lepas waktu office hour baru ramai. Semua jenis makan laksa special. 
Asal baju kurung cenggini ni jek, mesti dalam fikiran, geng-geng cikgu nih.huhu



Okay, bagi chance dia posing dulu kat signboard kampung Perlis, alohh, rindunya.. Perlis.




Nah, amik pulak  gambar kitaorang pulak! cari signboard ni yer,  Laksa Janggus.
.



Lokasi : Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor


kat sini kita sarapan!!

banyak pilihan dekat sini.








Macam-macam nasi ada, satu pun tak try, sebab tak tahu rupa nasinya, dia berbungkus dan bukan telanjang.
Nak tahu, kena bayar dulu, baru boleh tahu isinya.

Sama juga kes perempuan, dah ada mas kahwin , baru boleh tengok apa yang selama ini dilindungi, bukan free jek bagi. Baru berapa bulan kenal , takde ikatan sah, dah bagi orang pegang-pegang. Herghh!.
#genggosip


 
Tengok balik gambar ni , eh, ada nasi Lemuni? Nasi Kacang? Mende tuh?
Baru perasan, rasa nak try.




Amacam Nurul Izzah (nama sebenar) , mahu  makan Chapati ka?
#motifletaknamasebenar







Pilihan Nurul Izzah nampaknya bukan chapati tetapi roti atau sandwich istimewa katanya.




Tubeng pun pilih roti rupanya. Kita boleh belajar sifat cahaya melalui gambar ini ye.




Nisak memilih roti canai.





Bersama ini karilah.





Tetapi , sebab kari itu tak menepati selera melayu Nisak, maka dia telah membedal Ikin punya kari. 
Ikin makan ketupat daun palas, ada kacang buh dalam tu.





Ikin , macam tulah , pemalu, sopan, cekap, lemah lembut, amik gambar pun tak nak tengok kamera.
Untungggg siapa dapat dia.




Inilah sandwich istimewa yang diaorang ni makan, ada rempah ..







pastu ada pilihan inti , tuna , daging , ayam. Sedap jugak. 
Lebih sedap bila berkongsi gigitan beramai-ramai.




Apakah jenis pegang roti macam geli ituh.



Pilihan aku nampaknya tidak tepat kali ini, makan bihun campur kuew tiaw sup, tidak menepati selera Johor ku. Apakah makan sup dengan sambal tumis?
Yang atas tu ialah serabai.






Serabai (nama sebenar) ni dihidangkan dengan sekali dengan kaya homemade, sedap sangat kaya dia tapi bukan benda putih tu.
Tubeng panggil, Apam masam. Sebab dia rasa masam yang cam tertanya-tanya 
" eh, boleh makan lagi ke benda ni?" (baca:basi)



Lokasi : Padang Kota Lama, Georgetown

Ni bak kata Ikin tempat lepak orang Penang, macam ala-ala Danga Bay, bukan ada apa pun.



coconut shake sentiasa jadi pilihan Tubeng.



Masa dia letak benda ni atas meja aku, aku buat bodoh jek, tak heran. Orang tu tunggu aku bayar.
Pastu diaorang tanya, ni kau punyakan?
Eh, ni ke Lai Chi kang?!
Sebab aku biasa Cikong satu colour jek, apesal pulak nak ada warna merah ngan hijau.
Terus sedikit kecewa aku.




Pasembor kat Padang Kota ni tak berapa ummm untuk aku, kami prefer rojak asma daripada ni.

Selingan : Tubeng makan char kuew tiaw. Ada insiden, di mana tikus jatuh dari atas bumbung kedai, nasib baik aku tak nampak , sebab dia kat belakang aku, yang Tubeng nampak ni terus tak makan. 
Euwww


Okay, meh sambung makan.



Lokasi : Padang Brown, Georgetown


Lebih kurang macam Padang Kota , Hawker centre tapi prefer kat sini lagi,sebab bila kita duduk tu takdelah semua pemilik kedai nak menuju kat meja , promosi menu diaorang, lebih bersih, pasembor dia lebih sedap dan tiada kejadian tikus jatuh dari atas bumbung.



Ikin comel makan sup kambing. Sedap, Nisak makan sup ekor, menu yang dia teringat-ingat  bila balik ke tempat asal.



Nisak kata dia punya sup tak pekat sangat , jadi sesuai untuk hirup..
 SLurrppppp
Eh,salah
Sruppppp... .. Ahhhh





Tak tahu kenapa Nurul Izzah memilih sate untuk makan di Penang, adakah Sate Kajang tidak cukup baik ?
Sate dia biasa-biasa sahaja.



Lokasi : Mi Udang Ayu, Kampung Masjid Satu, Teluk Kumbar.






Ni pun dekat kawasan rumah-rumah persendirian. Kitaorang sesat jugaklah nak cari kedai dia ni. Apa yang bagus kat restoran ni, mengikut review orang ialah dia bersih, tak de lalat. Dekat dinding-dinding dia tu dia tulis "Jangan Bising"





Letih ha mencari kedai ni. Sian Nisak .



Kau pernah pergi kedai makan, nampak warning macam tu?

Mungkin bagi menjaga keharmonian kawasan kejiranan itu.

Aku ingat aku yang paling excited bila dapat pergi sini, memang aku tanam niat aku nak pergi makan mi udang , jadi hari-hari sebelum nak berangkat tu aku ngadap mi udang utara kat internet.


Rupanya, diaorang pun excited jugak.

Tak Percaya?


Tengok Ikin ni, dia yang aku suruh amik gambar. Kalau tak harapan nak dia pandang kamera.
Dia teruja tengok udang tu, besar.




Nisak tak pasti dia tengah buat apa tu, dia sama dengan Ikin geng makan isi dulu.



Dapat terus makan.




Ijah geng ngan aku , suka makan kuah . Dia memang malas nak layan aku , pun dapat terus makan.
Ijah order mi udang special , 6 ekor udang. Mi udang biasa 3 ekor udang.
Itu sahaja yang membezakan.



Sebab aku telah kepoh ngan kawan rumah dan kilang aku, yang aku nak pi Penang sebab nak makan mi udang, aku perlu amik gambar sebagai bukti yang aku berjaya makan mi udang di Pulau Pinang,
Jadi  bersabarlah kita, untuk menerkam mi udang . 3 ekor kelihatan , 3 lagi sorok disebalik mee.





Aku jenis yang suka kuah, masalahnya , aku ngan ijah tak puas hati, apesal kuah dia sikit.
 Kalau special tu bagilah extra kuah sikitkan.




Aku beli special , tapi 3 ekor jek aku makan . Baik aku beli yang biasa jek kan.
Yelah kata datang jauh-jauh, minta cuti bagai, haruslah order yang thorbaik. 
3 ekor lagi aku bagi kat bebudak yang lain kecuali Nurul Izzah.


Pada aku mi udang dia, okay , sedap tapi kurang kuah, sedikit macam mi bandung tapi versi cair. Pada aku, aku lebih suka rasa mi udang yang aku beli kat bazar ramadhan Taman Desa Jaya tu. Harap-harap sempat aku menikmati ramadhan tahun ni.
 Harga nampak mahal tapi okaylah, dari restoran ada tax, tak delah sedap mana, udang sekor jek, pastu mahal gila
Mi udang Special : RM23
Mi udang Biasa : RM14




Hai, saya Nurul Izzah, cuba awak semua teka saya kat mana ni?
Saya bukan nak beli tiket konsert K-Pop tau.






Ya ini. dia

Lokasi : Nasi Kandar Beratur, Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown .


Nasi Kandar bukan favorite kami, jadi pergi sebab malam last  kat Penang, redha datang sebab dia bukak dah lah pukul 10 malam, pastu kena beratur pulok
Banyak bersabar kita nak makan nih.




Lihat minyak-minyak sekalian.
#bajet #eatclean




Dah beratur penat-penat takkan nak amik sikit jek kan.






Memang pun amik sikit.
Lauk  untuk sorang kongsi  5 orang.
Satu ayam goreng, satu kambing, satu kari ikan., satu sayur , 3 pinggan nasi.
Memang bukan nasi kandar betul style makannya.

Nasi ciput dia bagi. kalau banyak dah beli 2 pinggan jek nasi putih.




Bagus diaorang ni, makan sikit, jimat duit mak pak ngan laki diaorg.... 
haha
 Semua sekali masuk air , limau suam satu, dengan teh O ais kot RM20.40
Rasa boleh tahan sedap, kari ikan dia I loike.


Eh, dah sampai hujung rancangan rupanya.
Penang bagi aku dia best, sebab dia kecik jek , korang boleh pergi ke tempat-tempat pelancongan dia sekejap jek, tak habis banyak masa kat jalan. Makanan pun harga boleh tahan mampu.

Datanglah ke Penang, dan bolehlah lalu Jambatan Kedua Pulau Pinang
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Cheq tak merasa hari tu.



 

 Comel kan peminat I kat atas ni ?! bye.....InshaAllah Jumpa korang lagi !
Hihiks.



md : ada episod 3 ke? #monolog

Friday, February 21, 2014

Masa berlari mendekati mati


As salam,


Tahun 2014, aku tak menyangka akan kehilangan orang-orang yang baik dengan aku. Bermula pada tarikh 15 Februari, menerima panggilan telefon , mbah (nenek) saudara ku meninggal akibat sakit jantung.

Kalau ikutkan dia agak aktif, selalu teman mbahku yang sudah uzur, masak, mengemas, dia masih mampu buat.
Sebelum ni, biasalah sakit , pergi hospital, tak pernahlah ada sakit kronik ke apa .

Pernah dia mengadu, sakit ulu hati malam-malam, lalu menghantarnya ke hospital.

2 minggu sebelum dia pergi, dia ada duduk di rumahku, kerana sepupu merangkap jiranku melansungkan perkahwinan. Seperti biasa, kalau ada kenduri mana-mana saudara memang dia memang akan ada, menyumbangkan kudratnya . Suaranya saja sudah memeriahkan suasana.

Antara saat terakhir bersama arwah, dia ada mengajak ku membeli bedak,  ketika itu sudah malam, tapi aku bawakkan dia jugak ke bandar Pontian .


Dia rewang sampai tengah malam, nak bungkus tapai, dia juga masakkan paru untuk lauk pengantin, sampai tak larat dia nak jalan dan  nampak letih.


Sepupu-sepupu dan mak saudaraku bersama Mbah Sam pada 2 Februari 2014.



Dan pagi ini, Jumaat, 21 Februari 2014 aku mendapat berita, kawan serumahku pergi menghadap Yang Esa, Allah S.W.T pada usia 34 tahun, 
 

2 tahun, aku serumah dengan dia, pagi subuh sudah pergi kerja, balik rumah sudah malam. Sejak 2 menjak ni dia asyik sakit, tak larat bangun, demam , sakit kepala. Kami semua ingat demam biasa, cuma risau, sebab dia asyik sakit, takut dia tak makan antibiotik ke apa. Maaf aku sangat jahil tentang sakit-sakit ni, dan sentiasa berfikir cuma sakit biasa.

Kerap dia jumpa doktor , tapi tak sihat juga. Kadang-kadang dia pergi kerja macam biasa.
Pernah juga dia cerita, pitam di tempat kerja, dia ada cakap dia tak makan , cuma minum air jek. Katanya, tak berselera.

Malam-malam terakhir sebelum dia balik Kelantan. Kami ada makan roti bakar bersama di bilikku. Sebelum raya cina, dia cakap dia nak cuti 2 minggu, balik kampung di Kelantan.

Pagi tu sepatutnya, Epy hantar ke Larkin, tapi  Ayu tak larat , sakit.

Tak tahu macam mana dia pergi ke stesen bas.

Naik raya cina, tertunggu-tunggu juga,  lamanya, Ayu ni nak balik. Status di Facebook pun tak diperbaharui.
Selalu kalau balik kampung ada juga dia update status.

Akhirnya, aku pun SMS nya, dek roomate ku Ira, whatapps tak di balas.





Ketika mesej ini, aku masih mengharap keadaan dia tak serius, dan dia akan sembuh dan kembali ke Johor . Duduk bersama dengan kami semula, dan teruskan rutin seperti biasa.


Sehinggalah aku menerima mesej, oleh mak ciknya, pada 17 Februari 2014 , Isnin  11.10 p.m mengatakan Ayu tenat tetapi aku tak perasan sebab sudah tidur, dan pagi esoknya, aku menerima gambar Ayu sedang koma.

Aku menelofon nombornya, dan mak cik Ayu telah menceritakan keadaan Ayu, doktor kata tiada rawatan kerana ketumbuhannya sudah sampai tahap 4, dan telah memaklumkan saudara mara untuk bersedia bila-bila masa.

Aku dan rakan-rakan serumahku, Epy dan Ira buat keputusan untuk cuti dan terus ke Kelantan menaiki Perodua Viva Ira. 

Semoga Allah mudahkan.

Allah telah memberi izin kepada kami pada  Rabu, 19 Februari 2014  kami menatap wajah Ayu buat terakhir kali. Namun, dia terbaring kaku di atas katil.

Mak cik nya memberitahu, dia koma sejak hari Jumaat, maknanya dalam hari yang sama aku mesej dengan Ayu buat kali terakhir.


Antara memori terakhir kami bersama, jogging di Taman Pelangi Indah, juga menjadi sejarah untuk aku, jogging dengan rela buat pertama kali.

Tapi, Ayu cakap dia tak larat, dia cuma jalan jek, lagipun dia tak pakai kasut sukan.


Banyak memori yang pasti tidak akan berulang, 

Saat beli baju raya bersama tahun lepas
Saat ketawa bersama tengok TV.
Saat makan bersama dan salah satunya ketika makan sate Wak Radol pada hari jadinya tahun lepas.
Saat pergi pasar malam.
Saat pergi Giant beli barang keperluan
Saat hantarnya ke klinik
ABC Kampung Melayu dan aiskrim adalah favorite dia.
Suka makan udang, tapi dia allergic, tak boeh makan pedas, dia tak tahan.


Jika aku diberi waktu, ............

Namun aku sedar masa takkan berputar kembali, dia akan terus berlari, 

Adakah kita bersedia menghadapi mati?
Adakah kita sudah cukup bakti pada orang yang kita sayangi?
Apakah cukup amalan kita menghadapi Ilahi?
Aku minta maaf.




 Ayu bersama Ira , 14 januari 2014



Aku bersama Ayu, 14 Januari 2014. Aku tak sangka tidak sampai 40 hari kemudian dia meninggalkan aku buat selama-lamanya.



Kami berempat , ketika perkahwinan Epy , Mac 2013.





Antara gambar yang arwah upload di Facebooknya.
Semoga menjadi ingatan kepada kita yang masih hidup ini.




Ya Allah, matikanlah kami dalam Husnul Khatimah.




Friday, February 14, 2014

Ke Penang Ke Kita : Episod 1

As salam,


Nisak telah menghantar mesej kepada group whatapps ,

" Ekin ajak g Penang "

Aku, terus "yeayyy" , walaupun aku tak berapa pasti, aku dapat pergi ke tak.

Tapi, hanya satu aku bayangkan, Mi Udang. Sudah beberapa purnama aku bayangkan kelazatan mi udang utara yang aku beli di Bazar Ramdhan Taman Desa Jaya tahun lalu, , puas juga aku cari di internet akan gerangan gerai mi udang di sekitar Johor Bharu, namun pencarian aku tidak menemui jalan penyelesaian, Aku hanya menjumpai mi bandung udang di Tanjung Langsat.

Apakah kisah mi udang yang aku ingin sampaikan ? Bukan . Episod 1 , sepatutnya menceritakan tentang... ah, kau bacalah sendiri.


Jadual dan bajet


Selalunya memang aku tak kisah sangat pasal itinerary, aku percaya kepada unsur surprise, aku tak tengok pun , pastu aku akan menyusahkan Ikin, "Ikin lepas ni kita gi mana? " Pastu dia fed up, yang aku tahu agenda pencarian mi udang aku terlaksana , dan masuk dalam senarai, kalau tak ,aku tak nak pi Penang. Hehe.




Aku baru mintak itinerary ni kat whatapps, masa nak buat post ni hehe....nampak sangat tak amik berat. Nasib baik,  ada kawan-kawan yang baik dan teliti..haha.
Tapi, ada yang ubah-ubah ikut situasi.

Kami kumpul RM150 seorang, bagi kat Ikin untuk bayaran, jumlah =RM750

Ikin settlekan;

Penginapan, RM104 x 3 = RM312
Petrol =RM160
Tol/Touch n Go = RM100
Tiket masuk War museum= RM20 x 5 =RM100
Tiket Bukit Bendera= RM8 x 3  + ( RM4 (student) x 2) = RM32

Bayar parking, etc


Kenderaan 


Aku dan sahabatku yang pada awalnya main tarik tali, nak pergi ke tidak, si Zawani , baiknya saya letak nama betul, telah membelikan aku tiket bas secara online, untuk perjalanan dari Sri Puteri ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada pukul 8.00 malam lebih kurang.

Nampak tak betapa aku hanya mahu membawa badan sahaja?

Terkejar-kejar juga aku, dari  Johor Jaya menuju ke rumah abang Zawani di Seri Pulai Perdana, dan setelah sampai, abang Zawani yang sepatutntya menghantar kami, pulak sakit perut... jam ketika itu lagi 10 minit ke pukul 8. Ah, sempat ke ?

Namun, dengan izin Allah sampailah kami di TBS , (nampak tak penceritaan shortcut yang perlu di sini, kau nak masukkan setiap babak, termasuk "Eh, bas! Bas! " "hehe, bukanlah , ingat bas gi TBS", memang tutup terus window ni!. Lalu ? Sekarang kau nak merapu?)



Di TBS si baik hati, teman Tubeng tukar nama pulak, Azri telah menjemput kami, dan hantar pergi rumah Nisak di Serdang. Sudahlah keesokan harinya kerja, sanggup tunggu hingga lewat malam, siap belanja makan lagi, (ah, tak payahlah nak masukkan babak, dah duduk kedai, amik order, pastu cakap, kami nak tutup ni, lantas cari kedai makan lain, nampak restaurant steak, terus melulu, tapi order, nasi goreng dengan yee mee ). TiTik.


Oleh itu, KENDERAAN KE PULAU PINANG DARI SERDANG KE PULAU PINANG ialah MYVI SE 1.5 ditaja oleh Cik Nisak Ahmad, yang baru diservis dengan baik dan 'berpatutan' oleh Perodua Pontian.




MyVi ni telah membantu melancarkan perjalanan kami dengan adanya GPS dan membuat kerja dengan baik.
Iklan MyVi 'sangat'.




Kami berlima (si Ijah pukul 12 malam nya, baru kata nak ikut, pagi Subuh baru packing) , maka, masing-masing harus pandai bajet, pakaian untuk 4 hari 3 malam, kalau jenis yang setiap hari handbag kena tukar ikut tudung, kasut kena match dengan baju yang dipakai. haruslah membawa MPV ataupun lori Volvo (cubaan membuat kelakar)




Maka, pagi itu jugak kita belajar mana tempat air untuk kereta, 
Maka , keluarlah dialog-dialog seperti;

 Tubeng, " tengok air, dia dah tinggal sikit dah, kalau Azri dah bebel"

Ikin , "letak air paras sini, line merah ni" (ada ke line merah?)

Nisak, "Oh, itu eh tempat air?", "habis yang ni apa?"

Ijah/Tubeng/Ikin "Itu tempat air untuk wiper, boleh jugak kau nak isi "

Mun, "hahahahahahaha" *picit kamera*




Penginapan

Ikin, cikgu yang pernah menuntut di IPG Pulau Pinang nih, maka sebagai seorang guru yang berkaliber, dan mempunyai pengalaman 9 bulan di Penang, maka dia secara automatik nya membut itinerary, reservation bagai, dia cadangkan beberapa hotel, tapi aku lantak pi lah..

aku bukan kisah sangat, walaupun kadang-kadang nak jugaklah merasa tidur atas katil King beralaskan cadar sutera dihiasi bunga Lavender , ada private pool dengan dinding bilik air gelas lutsinar, ah. cukuplah, aku katakan,cadar dan tilam tak berdaki, tempat tak de hantu dan menakutkan,. Maka itu sudah cukup.

Dan Ikin telah menempah bilik di Recsam, akibat last minute , kelebihan sebagai kakitangan kerajaan tidak dapat digunakan dek bilik di hotel Seri malaysia dan hotel mana tah penuh.


Tapi sebab aku tak expect tinggi, kerana aku pikir hotel bajet yang kat rumah kedai jek.

dan  Seameo Recsam is way toooooo goood ..... 

Ikin tempah awal ; Harga dia RM94 untuk bilik dengan 2 katil bujang dengan cadar jenama Akemi, bilik luas muat tempat sembahyang disediakan sejadah, aircond dan kipas siling, tv kotak kecik, ada astro beberapa channel, shower air panas tak de bath tub.
tapi kita order satu lagi tilam (sehelai tuala, dengan cadar, bantal), RM10 sehari. 

Kita romantik, kongsi satu bantal satu selimut, dengan Ijah.. hehe...


Tapi, Ikin cakap harga dia dah naik lepas ni, jadi RM129.  Nasib baik, Ikin sayang tempah kan..

Nak tengok harga dia : Sameo Recsam




Kitaorang kat tingkat 1


Nak amik gambar lawa-lawa , tak sempat, dek masuk-masuk memasing terus letak beg dan lanyak katil, penat, malas nak layan aku. Tu yang asyik  si Zawani jek yang masuk frame nih.


Ahli Rombongan



Kita nak cube  tengok boleh lagi ke buat  benda-benda kreatif macam buat folio sejarah, keceriaan dorm dan kelas tu.Hmmm., heremmm..

Budak kilang aku, Huda suka tengok aku tengah buat apa kat PC,
tanya apesal aku letak bunga matahari? 

Aku cakap , aku dapat inspirasi dari Jaafar Onn (tipu).

" Ha,? Jaafar Onn suka bunga matahari ke?"

Ok. Foinee.



Baiklah, habis sudah episod 1,

Saksikan saya, pengacara anda , Mun Meletss di episod akan datang yang disiarkan pada hari tak tahu bila. Jangan lupa tau, kerana kita ada paparan pencarian makanan di Penang yang pasti lebih menarik. Tidak percaya?



Mari kita saksikan teaser.




Kuah habis ku telan.
Apa? Masih tak cukup mengundang?






Sekian,
bawa bertenang dan telan air liur. 
Senyum dengan ikhlas selalu.



Tuesday, December 31, 2013

Hitam Putih 2013 , dan apakah warna 2014?

As  salam,


Tahun 2013, nak habis.

Ya , Allah  telah beri aku peluang hidup sampai saat ini..... dan anda juga. Says Alhamdulillah kerana Allah masih beri kita nafas dan kepada kita walaupun dosa yang tak tahu berapa banyak. Astaghfirullah.

sebenarnya nak tulis azam ni perlu kekuatan, sebab sebelum ini, memang langsung tak pernah nak tulis azam,  malu atau takut tak terlaksana pastu nak sorok bawah katil, akibat tekanan perasaan atau pun tak sanggup nak komited dengan azam tu.

tapi aku kuatkan semangat jugak, senang bagi orang lain, tapi susah untuk aku. 
Sebab orang kata kita kena tulis dan kita tengok dream kita tu hari-hari. jadi, aku tulislah, supaya kira aku akan benganglah kalau tak dapat buat, sebab dok beritahu kat belog.


Sebab selama ni  mungkinlah aku berpegang kepada kata-kata kat bawah ini,  haha (padahal baru jumpa) tapi mungkin sebab kurang berkesan, lagipun aku dah taip dah post ni.







kerja


2013, usaha cari kerja baru 3 interview aku pergi dan 1 ujian bertulis untuk Pegawai Tadbir Diplomatik. Satu pun tak lepas. 

2014, 

  • sambung lagi usaha dapat kerja baru
  • kurangkan melagha time kerja 
  • tak melawan cakap
  • lebih teliti  untuk 0% salah dalam kerja.
  • baiki  Bahasa Inggeris




Agama

2013  : nak pakai kasut bertutup, tapi tetap pakai selipar jepun
2014  : baiki solat, Jadi lebih baik. Selebihnya tulis dalam hati. Malu.






kesihatan

2013 : minum air 1 L jek paling banyak. 

2014:
  • minum air kosong 2 liter sehari
  • makan banyak ulam.
  • amik supplement, tengah fikir-fikir nak amik kolagen ke tak (mahal okey)
  • Makan kurma 3 biji pagi-pagi




Belanja

Aku rasa dah cukup jimat, tapi sekali bila nafsu nak beli barang tu wujud, perghhh terus macam segala kewarasan yang aku cuba semai terus layu dek taufan kegilaan ... gitew.

2013 : simpanan tahunan meningkat dari tahun 2012 sebab tak beli barang banyak sangat, 2012, ada beli handphone dan kamera. 2013, konon nak beli kereta tapi tak jadi sebab kat sini, dan alasan, kalau PKR naik jadi kerajaan , dia nak turunkan harga kereta dan petrol turun harga,tapi dia tak naik,

tapi kerajaan BN pun janji nak turun harga kereta, tapi yang ada cuma pilihan kereta harga yang lebih rendah (yang dipotong banyak spesifikasi), bukan turun harga kereta dannn petrol pun naik harga.

makanya , aku pun setia dengan kancil sehebat sebijak anda aku, dan masih manusia tiada komitmen dengan bank.
Secara positifnya, aku suka, sebab aku tak berapa suka ke, tak berapa reti nak berhutang. Prinsip masing-masing, ada yang lebih suka kumpul harta banyak-banyak , nanti senang kan.

2014 : Simpan RM500 paling minimum. Sesuai lah kot dengan gaji dan perbelanjaan seharian aku.





Tabiat

2014 , saya nak:
  • Senang bangun pagi
  • Lebih teratur, sediakan baju untuk pakai seminggu kerja, jadi bangun pagi tak payah melanguk depan kotak baju nak pikir pakai baju apa dan tudung mana nak pakai, padahal, baju berapa keping jek. sepesen jek pulak tu.
  • Kurangkan sifat malas
  • cakap dengan lebih jelas dan susun ayat lebih teratur
  • Sentiasa nampak bersemangat dan senyum
  • basuh muka dan gosok gigi sebelum tidur walau sepenat mana pun.
  • Baca buku inggeris setiap hari, sekurang-kurangnya 2 muka surat (I dislike reading)






Keluarga dan kawan-kawan

  • tak melawan cakap mak, mbah , dan orang yang lebih tua.
  • sayangi anak buah
  • lebih mesra dan kurangkan bergaduh dengan kawan-kawan.





Lain-lain :

  • Nak pergi bercuti sekali, tahun 2013 tak de bercuti langsung, except jalan-jalan pergi rumah kawan bertunang dan kahwin bersama manusia-manusia kesayangan,
  • nak panjat gunung, tak tahu gunung apa nak dipanjatnya, (tak pernah training)
  • nak join run. ( aku selalu ponteng larian sekolah)




md  : pastu gelabah, kerja tak siap besok tahun 2014! waa!


Friday, December 6, 2013

sekolah berasrama atau sekolah harian , mana satu pilihan anda?



As salam,

Hai adik-adik lepasan UPSR dan PMR(tahun terakhir)!

harapnya adik-adik sihat dan redha serta syukur dengan apa pun keputusan yang diterima . Kalau bagus keputusannya, Tahniah tapi ini bukanlah tiket untuk hidup dengan slip peperiksaan adik tu, hidup ni masih panjang dan ramai lagi yang ada keputusan macam adik tu.

Begitu juga bagi yang dapat result yang tak memuaskan, memang bukan mudah terima kegagalan, tidak mengapa untuk sedih, tapi jangan bermurung durja lama sangat, terima dan jadikan itu satu semangat untuk terus berjaya, sejarah untuk disimpan, apa yang lebih penting ialah masa depan.

Gitewwwwww,
Intro kau! , kau hingat ada budak-budak ni baca , kalau ada ingat dia nak percaya....bahahaha


Olok-olok, lah, bercakap tentang masa depan, jalan mana yang adik-adik mahu pilih, kerana umur belasan tahun umur-umur sekolah menengah adalah umur yang sangat-sangat kritikal, di mana  jati diri, fikiran , sedang terbentuk

Sebenarnya nak cakap nak pilih duduk asrama ke nak duduk sekolah harian biasa, ulang-alik.Sebab kita nak kongsi  cerita pengalaman kita duduk asrama,


Bila kena ikut program orientasi, pergh memang gile tak best...haha, tak delah , sebab aku dari dulu memang blur, cam tertanya-tanya weih , aku ni kat mana?, buat apa aku duduk sini?, sekolah ni sejenis sekolah apa?,
masa dulu macam pernah dengar asrama penuh tu, ni ke sekolah asrama penuh?. Tak penuh pun..Ok, itu melebih-lebihkan blur nya.


Homesick


Sejak tingkatan satu kita dah kena duduk asrama, mummy kita suruh, dia kata cuba dulu, lima tahun rupanya   duduk situ, aku taklah melalak masa salam bonda aku, tapi lepas ummi dan abi aku pergi ngan akak aku hantar, terus sebak di dada menikam-nikam jiwa.

Bila rasa jauh dengan mama papa, walaupun bukannya aku jenis bergentel jek ngan ibu aku, tapi pergh serius sedih, lepas tu nak rasa sadis lagi time tidur nangis time ni tahan-tahan lagi sebab malu kan kalau budak-budak lain dengar, time nak mandi kan ada air shower tu , tu lagi nangis gila-gila, ala-ala drama, nangis kat bilik air menghadapi tekanan dihidup.


InshaAllah korang tak rasa semua ni kalau duduk rumah, tapi aku pasti bila time merajuk ke kena marah ngan mak pak korang mesti rasa nak lari rumah kannn.. Faham, remaja kata kan..

 
Makan kat dewan makan guna tray , bukan pinggan corelle , maka agak biasa melihat adegan mengalir air mata mengenangkan amma appa dan adik-beradik makan kat rumah.


Masa

Masa memang telah diaturkan, bila fikir-fikir balik macam mana aku boleh tahan hidup macam tu, bangun pagi jek, hidup kelam kabut bermula, nak mandi,  tunggu turn, cop guna tuala, pastu jalan kaki sembahyang subuh kat surau, pastu balik asrama balik, kemas katil ,  pakai baju sekolah, buat duty, buang sampah lah sapu sampah, atau susun kasut. pastu kalau ada baju basuh malam tu kene sidai kat ampaian  bawah .


Dan ada kalanya, aku lambat , kene rotan dengan cikgu, kene denda apa yang patut , masa tu lower form lagi, dah pandai buat salah.

Lepas perhimpunan kene menapak naik tah berapa puluh anak tangga ade kata 84 , ade kata 98 ntah mak tak kisahlah, pergi sekolah, masuk kelas mesti berpeluh-peluh, panas macam hape , pastu bising . tunggu cikgu masuk, belajar, dan biasanya aku akan mengantuk tahap gaban, dan tidur dan ini adalah salah satu faktor ketidak cemerlangan aku time sekolah selain blur, weh, apa yang sedang berlaku sekarang?

Time rehat, time lunch, aku segera segar, untuk memulakan larian menuruni bukit dan anak tangga ke dewan makan yang terletak di kawasan asrama,  nak dapat turn makan cepat. lepas makan pergi solat zuhur, ada kawan aku Nisak dia pergi solat dulu, dia kata kalau kita mati sebelum solat macam mana?

Baikkk...

Lepas habis kene naik sekolah balik untuk kelas prep, biasanya kelas ni kelas memekak, padahal untuk buat kerja sekolah ataupun nota setiap subjek, biasanya aku akan tiru orang, jek, dan ini salah kedua faktor ketidakcemerlangan time sekolah, 



Balik prep , turun lagi berpuluh anak tangga, solat asar, pastu balik hostel, kelam kabut pulak nak siap, untuk riadah atau bersukan, time riadah  ni wajib, dan selalunya aku akan duk tepi longkang , tengok orang bersukan, lalu lalang, ataupun bergosip. kenapa tak riadah? malas. Salah ketiga ketidakcemerlangan time sekolah, kerana otak yang cerdas dibantu oleh badan yang cergas.

Lepas riadah, kelam kabut balik, mandi , boleh jugak curi-curi masa nak iron baju, iron tudung , basuh baju, pergi makan malam, sembahyang maghrib, lepas sembahyang  pergi lagi naik sekolah prep malam, lepas ada kes budak dating , adik angkat ke abang angkat masa sekolah,  prep kat asrama jek...dengarnya, sekarang kelas pertama jek, campur lelaki perempuan, yang lain asing kelas lelaki dan perempuan. Jodoh anda mungkin di sini, ramai kawan dan senior saya menjadi cerita cinta diaorang dari zaman sekolah hingga beranak pinak.

Malam pun prep memekak atau tidur, masa dulu, aku ngantuk sepanjang masa, akibat kurang nutrisi dan oksigen, maka baiklah adik-adik minum air masak sebanyaknya, dan amiklah supplement yang baik untuk elakkan keletihan sepanjang waktu sekolah kerana tenaga yang diguna agak banyak, ada orang boleh buat , baguslah, aku ni memanjang jek ngantuk, tapi sebab masa tu aku layankan jek penyakit ngantuk ni maka faham-faham jeklah yek.



Yang duduk belakang tak study tu dua makhluk yang hermmm...


Balik prep sembahyang isya' kat surau, pastu balik siapa nak supper , biskut kering ke biskut mayat ngan air teh o ke kopi. pastu balik settlekan , apa yang patut basuh baju, iron baju sekolah, sebelum tidur ada baacaan Al-Mulk  dan boom light off tidur.

siapa yang rajin nak stay up, study lah malam-malam tu, biasanya memang tak lah , aku kagum lah kan siapa yang stay up tu, aku study tidur... salah empat faktor ketidakcemerlangan ketika sekolah,

dan esok, rutin yang sama berulang,


Sejenis senaman yang memerlukan anda duduk di tepi longkang, memerlukan banyak saliva dan penglihatan yang baik tanpa mengeluarkan peluh.



Kawan

Ini adalah diakui faktor yang sangat penting untuk membentuk siapa diri kita, antara kelebihan pergi sekolah yang baik ialah, budak-budak dia agak terpilih, maka agak kuranglah perangai yang cam haremmm tu, walaupun memang ada kes , tapi tak delah teruk sangat. Walau apapun, akhirnya terletak pada diri kita , kita nak pilih jalan yang mana.

Kawan-kawan zaman sekolah kita ialah kawan yang kira paling lama dengan kita, dari zaman hingusan, dari zaman baru nak akil baligh, mereka tahu baik buruk kita, kelebihan dan kekurangan kita, sejarah kita,  sebab kita hidup dengan mereka, pergi sekolah jumpa mereka, balik hostel pun dengan orang yang sama. maka, biasanya , kawan terbaik kita adalah dari zaman ini.

 telah berusia 8 tahun gambar ini, untuk mengikut trend, kita kena cari kain, buat balik baju ni, dan bergambar sebijik macam ni, dengan mata-mata kuyu sekali. Antara yang bertanggungjawab design baju rumah Wira, warna biru tu , sahabat kami, sudah kembali ke rahmatullah pada usia 25 tahun.. Al-fatihah.



 

Ni gambar kualiti rendah, cam salam seberang jek, walaupun masa ni rasa dah habis cun ar amik gambar depan toilet.


 
gambar kegemaran zaman sekolah, tudung hitam wajib ya, yang tudung putih tu memang suka jadik ketua kumpulan.



Disiplin

Memang tidak dinafikan , sekolah berasrama , displin memang dititikberatkan dan sememangnya anda tiada pilihan selain mengikut peraturan.

Dan, adalah jugak langgar peraturan, remaja , kalau lelaki tu fly malam-malam cari makan, ya makan 5 kali sehari memang tak cukup.  

Kau tak de maknanya nak berfashion lebih-lebih, rambut,colour-colour  cukur kening, kena pakai kain dalam, anak tudung penuh,  stokin putih. kasut kulit.

Berdikari

Di sini, saya belajar untuk berdikari, urus masa sendiri, layan perasaan sendiri, beli barang,  kena basuh baju , kemas katil, sapu sampah , lap tingkap, sememangnya, kalau duduk rumah pun, mak aku suruh jugak buat benda-benda ni, tapi biasalah kalau mak kita suruh buat, ada jek yang tak puas hati.

Tidaklah aku kata aku rajin , biasanya memang tak lah , tapi kalau tanpa 5 tahun latihan kat sini, aku mungkin jadi lebih teruk dari yang sekarang,

Kebersihan

kalau masa form 1 , tu kebanyakkan kakak -kakak senior,  akan cakap budak form 1 bau busuk, kalau lalu depan budak form 1 , akan tutup hidung, ye lah kau, selama ini, sekolah rendah, yag jenis mak buat semua benda, kalau yang ada maid tu lagi lah, sekali, ni semua kena buat sendiri, terkejutlah kan , lepas tu rasa cam, bila masa aku nak basuh baju, jadual pack jek, tak de pun dalam jadual basuh baju, kalau ada pun, ko kene tunggu turn, penuh jek bilik basuh tu nak basuh,kene cop ,  share lah tempat basuh yang sikit tu kongsi satu aras dalam berapa puluh orang. Masa dulu, tak de mesin basuh yang masuk syiling tuh, dobi pun wujud masa aku form 3 kot.


 senior akan didik kita, jaga kebersihan, basuh baju , stokin, anak tudung, pakai deodorant,










kesian karpet kat surau Al-jawahir nih, karpet yang korang duk guna tuk sujud , tuk terbongkang tidur, tak ganti-ganti lagi ha. Apa kata dok derma sikit , tuk sekolah yang melahirkan ilmuwan , jelitawan , jutawan , agamawan dan para cendikiawan dan orang yang baik hati seperti *cough saya *cough ini.

Iklan sekejap


kalau lah kiraan aku yang tak berapa nak bijak ni betul
Target : RM 50 000
Alumni sakti : 1996-2008 (yang dah habis sekolah lah katakan) 12 tahun
Jumlah alumni:  100(orang setiap batch) x 12 tahun=1200 orang
Seorang derma : RM50 000 / 1200 orang = RM 41.60 /seorang

Tak banyak kan, kalau beli barang online tu sekejap je, kan.  Tak berkira. Kita derma, pun janganlah berkira sangat . #justsaying #notetomyself :P




Akademik

Hal peningkatan akademik ini aku percaya banyak pengaruh dari banyak pihak, macam buat projek rumah, tak semestinya pemaju jek faktor kejayaan projek itu, ia melibatkan seluruh kumpulan, dari pekerja kontrak, pemasaran, supplier, engineer ,arkitek, semualah. sama juga dengan kejayaan seorang pelajar, guru-guru, kerajaan, kawan-kawan, buku dan rujukan, persekitaran .

Bak kata Tok Guru Nik Aziz, kita ni hidup saling tumpang menumpang, kalau kita makan satu hidangan makan tengah hari, dari beras, kita perlukan pesawah, ikan; kita perlukan nelayan, ayam; kita pelukan penternak ayam, sayur; perlukan petani , seterusnya tukang masak, dan kalau ikutkan mungkin rantaian lebih panjang untuk mendapatkan sepinggan hidangan tengah hari.  

Seperti yang dinyatakan,  kita sendiri yang pilih, nak jadi apa, mahu jadi siapa.

Namun, pelajar sekolah harian biasa yang usaha kena lebih, kene belajar sendiri tak de cikgu paksa, dan berjaya sememangnya aku salute . Sebab , mungkinlah kalau aku, nak belajar sendiri tak de kelas tuisyen ke tambahan ke, mungkin tak boleh nak survive.

Dan, sekali lagi, kalau tanpa team yang hebat , result SPM aku mungkin lebih teruk dari apa yang aku dapat ni, walaupun, tak semengah mana .

Dan aku rasa keburukkannya, ramai juga yang kata bila budak-budak yang sekolah asrama masuk matriks atau foundation, dia orang banyak lost, (terjadi pada diri sendiri)  sebab dekat sini, tak de siapa paksa  nak belajar, siapa rajin , kuat semangat, dia boleh dapat pointer tinggi, siapa malas, kaki tidur, blur-blur-weh-apa-yang-sedang-berlaku-nih? bersedia lah dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi.


kehidupan di asrama, memang salah satu pembelajaran yang sungguh bermakna, di sini, kita kenal tentang pengurusan diri, kehidupan bermasyarakat, mengenali manusia berlainan perangai, pengukuhan agama, kematangan, ketidakbebasan (nak beli barang jauh okay), nikmat kebebasan (outing), nikmat makanan (makan nasi goreng parprik kat luar kira best), dan dengar banyak cerita-cerita mistik..huhu

bak kata warden dulu, Cikgu Azman, ada orang panggil dia Sir Azman, dan dia tegur, sejak bila Queen Elizabeth bagi dia gelaran Sir. lebih kurang lah ,
dia cakap, bila budak tak sembahyang , atau bising dalam surau, dia kata kita kena hargai, zaman ini, kerana bila dah besar , lepas sekolah mungkin kita tak da masa nak sembahyang jemaah pun.


Tahun 2012, lepas berkelah raya di Tanjung Balau, kami pun menjejak kaki ke sekolah kesayangan ramai, ni, motif sangat datang time semua orang tak de kecuali Pak Guard (harap-harap pak guard sekolah aku tak de buat kontroversi ye) 




Nampak tak kehidupan hostel  lebih nikmat dari kat sekolah..tu yang pergi kawasan asrama jek.





Dewan makan tempat yang paling menggumbirakan sekali ......selain surau..hehe.. kucing tu mungkin keturunan kucing yang satu batch dengan aku.






Aspuri, akak aku masa dia datang sini, punya lah kutuk dia kata asrama aku buruk macam bangunan sekolah. Masa aku datang , cat dia buruk gila tahap iklan cat yang tiada jaminan weather-shield, ni sekarang 10 kali ganda lagi cantik. Okay, Fine MRSM macam apartment..heh. Kucing tu dok interframe jek nak masuk dalam gambar.






zaman aku dulu tak de kolam lumut ni, belakang tu surau.


 
Surau Al-jawahir, ya pakai camera phone jek.


 
self timer  lew kalau gini. susur gajah nan gagah ni dikatakan mempunyai 98 ataupun 84 anak tangga mengikut survey di twitter.



Terima kasih pak guard!




masuk jugak bayang Pak guard dalam gambar.

Terima kasih Allah dan semua, atas kenangan 5 tahun dalam buku kehidupan kami di dunia ini, banyak ilmu , pengalaman dan pengajaran, pokok , bangunan sekolah, batu serta  jalan raya, menjadi saksi atas perkembangan beribu-ribu manusia dari budak hingusan kepada dewasa yang berhingus.


Kalau nak cerita satu-satu memang banyakkkkk sangat , tak reti nak luah camna.
Fikirlah yang mana nak pilih duk asrama ke duduk rumah. ye.. tiba-tiba.


md: gambar-gambar adalah berkualiti rendah, tu yang nampak klasik sangat tuh.