INSTAGRAM

Friday, March 21, 2014

Ke Penang Ke Kita : Episod 3 : War Museum

Related Post :

Ke Penang Ke Kita : Episod 1
Ke Penang Ke Kita : Episod 2 Makan !!

As salam,


Muzium Perang ?! War museum?! Muziuuummmmmm?!

Sebab gueh tak buat research kan, muzium nak diperginya? memang rombongan sekolah sangat atau ingat bercuti kat Eropah, orang melawat muzium?

Dah lah nak perginya macam , eh, betul ke, apesal muzium duk dalam hutan , kena naik bukit, terpencil sangat nih.

Tapi bila sampai sini, wahhhh, memanglah , giler... War museum tu markas tentera ghupernye...


Ohhhhhh :O


Lokasi : War Museum, Batu Maung.
Bayaran : RM20 seorang dengan kad pengenalan Malaysia.

Ia adalah markas tinggalan dari Perang Dunia , zaman British, zaman Jepun pastu  British semula.
Tahun 2002, baru lah orang Penang, namanya Johari Shafie yang buat tempat ni dan jadikan war museum, dia yang bangunkan dan buat kajian, jadi ini adalah private museum.





Teka apakah ini?





Ya, inilah dia toilet, nanti  adalah yang ngutipnya, pergi buang.





Nisak buat OOTD shot kat dapur diaorang.


Kat sini jugak kita boleh tengok senjata-senjata yang digunakan zaman tu.



Raya ni boleh pergi sini main meriam.





Buat photoshoot Pre-engagement kat sini pun menarik jugak , Beng.




Ha ni, air craft pit, ni British buat tembak jet udara Jepung.



Bom masa. Perang dunia Ke-2... tak gheti eh, wayar-wayar nih.




Kat ruang bawah tanah, nampak  tak ada sesuatu kat bilik belakang tu, belah kiri.
Nampak? 

Cakap ar korang tengok mata sambil kecik-kecikan mata.
Memang tak de pun.




Ni pencinta sejarah , memang minat teliti satu-satu.





Laluan rahsia ni sebenarnya gelap gila, terang sebab flash. Takut nak masuk memasing, pastu nampak couple 2 orang masuk, pastu 5 orang perempuan yang kepoh, cepat-cepat ikut couple ni. Masalahnya, couple ni  lari cepat sangat.... dah bergelap dalam tu. Time tulah kan, handphone memasing tak nyala pulak.




Gotchaa !!! Ada nampak tak?




 

Ok , ni laluan dari bawah tanah nak gi atas.
Semua tak nak naik memula-mula.
Pastu aku suruh duduk kat situ acah-acah amik gambar.
Sekali si Nurul Izzah tu dah sampai atas ngan Tubeng dah separuh jalan.
Dah nangis-nangis 3 orang yang tinggal (Ikin, Nisak ngan Mun)






ok. Tak berapa tepatlah tang nangisnya.

Nampak tak, ada manusia yang kat belakang Nisak tu?




Kita selfie lah dulu kat lubang tikus ni sementara diaorang merangkak, sambil gelak diselangi tangisan.






Oh cahaya matahari, saya suka awak.


Sambil-sambil tu rengekan diteruskan kena panjat tangga besi.
 Ikin dengan wedges nya lagi rengek-rengek.






Sambil tu, kita posing dulu ngan baju tentera . Ntah berapa ratus orang tah pakai, aku pun main pakai jek kan




Mana kepala tentera Israel?

Takut tak? Hihiks

Ade operator nampak, die kate kat aku ,"Eh, macam Vietnam jek"



Mampu jadi macam dia ni? snipper Syria



Tubeng cakap, cepat Nisak jadik orang nak kena tembak.
Tiba-tiba , Nisak terus berlakon dengan siap sound effect lagi, ennn ennnn
Aku terus gelak, menjiwai betul dia ni.. tahulah pelakon teater dulu.

Yang aku ni memang kayu, tu yang  pegang senapang macam nak  siram pokok bunga .






Check point ni, kita dapat tengok laut ngan jambatan Pulau Pinang, kot ada benda asing dari arah lautkan. nampak tak yang belah kanan gambar, kat atas jambatan ,tepi tuh nampak tak cam ada sesuatu?

Sesuatu yang hilang.
Okay, tak tertipu eh.


Mari kita pergi tempat hukuman dia.



Pancung



Kemain luksan belakang tuh.
Malam-malam dia lagi seram kot.









Kalau berani datanglah sini malam-malam dia ada pakej lawatan malam. 
 Ada rezeki dapatlah jumpe kan benda yang nak ditemukan.




Nampak tak yang kat atas bumbung tu, nak tahu apesal dia ada kat situ?





Ha, pasai Jepung duk simpan mayat kat pokok tu, pastu budak berempat tu syok gambar depan ni.






Hargailah mereka  yang telah terkorban zaman penjajahan dulu, jagalah negara kita baik-baik . 
Nak ke, kena jahah lagi?




Diaorang boleh plak suka-suka duk atas tayar tu. Nampak lubang segitiga kat tayar tu?
Depa buh tangan kena kerat dalam tuh.
Choii.. tipu lagi.



Tangan sapa pulak ni......






 
Ikin ni, sanggup pulak dia pegang-pegang benda dalam ni.
Tak tahu memalam, ada........




Cikgu Ikin tengah terangkan kepada ahli rombongan, tengok ni, dulu, dia dah rogol pastu dia pi cucuk orang tu.

Askar Jepun cam tulah, mereka dihadiahkan seks, maka baru depa lagi semangat nak berlawan.
Semoga roh-roh mereka yang telah terkorban ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.







Ikin ni berani ha tengok dalam tu, kang ada benda keluarkan..

Seramm mak.




Lokap. Nampak tak apa baring dalam tu?


Sebenarnya banyak lagi yang tak dapat ditunjukkan dalam ni. Tempat ni sangat-sangat disyorkan untuk pergi, kalau pencinta sejarah lagilah kan, orang yang hampeh masa SPM main hafal jawapan jek untuk subjek Sejarah pun boleh suka, apetah lagi korang yang cakap jek 'Perjanjian #$@%^ !' (nampak tak, tak tahu nak bagi contoh ape) boleh huraikan isi, keluar segala tarikh, tokoh yang terlibat beserta rujukan muka surat mengikut buku teks .

Sebab dia adalah pengalaman sebenar markas tentera.. Ok, kitaorang dapat sikitlah apa yang tentera rasa iaitu....


Penat.
Maka bawaklah bekal air sikit serta jangan lupa kasut yang paling selesa yang anda pernah ada. 





Tapi, kalau anda hebat macam kawan saya seorang ni,  boleh jek nak pakai stiletto pun.





md : gambar ke-11 dari atas tu, teruk sangat eh aku edit.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D