Monday, May 28, 2012

Menjelang raya

As salam,

Sesiapa yang kenal aku, mesti tahu yang aku ada teman rapat yang sentiasa menemani aku sejak sebelum baligh lagi. Aku dan dia ibarat teman yang rapat tapi teman yang jahat atau lebih tepat musuh lama.

Kadang-kadang aku kisah, dan bersemangat nak lawan dia, tapi bila dia dah terlalu kuat, dan bila aku sentiasa memikirkannya, makin lagi suka dia datang , dia bawak pulak sekali geng-geng dia.

Aku dah hampir give up dan malas nak layan.

Tapi,

sejak akhir-akhir ni, dengan tekanan kerja menjadi-jadi, bila makin ramai yang tegur pasal hubungan akrab aku ngan geng -geng ni, aku jadi semakin tertekan.

Maka target sebelum hari raya, aku nak berpisah dengan teman rapat aku nih.


hambik ko, gambar tanpa edit!



 menikmati teman rapat..




aku ada, kau ada????


                                                                


                                    Tangkap gambar sambil memandu satu (wah, skema ayat ku!)






                                                                   muka tertekan satu



Semangat dimulakan dengan ke Watson, untuk survey , skincare yang mendapat review best macam cinelle  ke hape, tapi sambil tu berazam, mane-mane promoter yang tanya aku terus beli barang dia, nampak tak  salesgirl dan salesman sekalian, kita tak boleh giveup kalau orang ramai tak nak , kerana mungkin ada orang yang macam saya, yang hanya tunggu masa jek nak rembat barang korang.
Maka, jangan pandang rendah kat aku, walaupun aku berpakaian selekeh, ingat aku tak teringin ke nak cantik.. Padan muka salesgirl yang poyo tak nak promote kat aku .. Buwekkk... eh emo. ( Pergi Levi's , promoter tak heran pun kat aku, ada aku kisah, jimat duit aku. kalau kau tanye jek, aku cari jeans ape, confirm melayang duit gaji. )


okay, mari tengok, promoter tu promote PURE BEAUTY, (what is this?) haha, tak pernah dengar, Made in Korea, dari ekstrak buah delima katanya, sesuai untuk kulit sensitif katanya, kerana dari sumber semula jadi katanya,

Phuuui...

Mana ade barang yang kandungannye banyak kandungan semula jadi dari bahan kimia, kita boleh dapat dengan harga yang murah, melainkan buat sendirilah...

cleanser, (2 in 1 , boleh buat mask sekali) , Toner dia paling best



satu set RM69.90. Bagi kat housemate, toner aku amik.



 Trial set Aloe vera range, from Thebodyshop, clenaser, toner, day cream , night cream, RM79.90, tapi aku dapat 25% diskaun

ni kat thebodyshop, ha ni lagilah, asal masuk jek ade promter approach, habislah kan, dia nya promote
kata ,  kata kulit aku kering,

Phuui...

kulit aku punya minyak boleh buat kuah kacang kot....

Tapi, aku kan baik , maka , aku beli trial set dari range Aloe vera, untuk legakan kulit.
Mane tak duit asyik tak cukup jek..


Phuii...

Aku dah tau sejak dulu, aku memang tak boleh pakai krim muka, kalau nak pakai mesti dari lotion muka, sebab kulit berminyak , kau bagi lagi krim nak bagi lembap muka, dari minyak, memang ar naik kan jerawat kau,

Produk yang agak aku rasa okay untuk aku , aku pakai zaman sekolah ialah face lotion white radiance dari Oil of Olay,


Pastu terus tukar-tukar, and aku pakai Herbalife !!!!!!!!!!!!!!! Muka aku improve, walaupun aku tak pakai whole set die,






Tapi, sebab aku nak beli online , selalu, debit kat aku overlimit, maka tersangkut lah aku kat Juso Tebrau tuh, kat thebodyshop.




 Rangakain tea tree dari thebodyshop, kite tunggu jelah nanti yek.. ape jadik raya nanti




Scha Al-Yahya katanya.


Md ::: Berazam , bulan ramadhan , nak join tiap-tiap malam solat Tarawikh kat masjid. Moga dipermudahkan. Amin.