Thursday, March 17, 2016

Kau bila lagi?


As salam,



"Kau bila lagi?"


Macam biasakan dengar soalan ni? 

Biasanya, mod soalan ini akan lebih tinggi bila di kenduri kahwin, dan apabila kau masih bujang 
(duda dan janda termasuk ya)
Cerita kahwin memanglebih-lebih lagi dalam drama ..huh.

Berikut adalah pilihan jawapan yang biasa aku bagi, bila ditanya,
"Kau bila lagi?" ;


A. InsyaAllah. Doa-doakan lah ya.
B. Tunggu putera raja (masukkan nama anak sultan Johor ) ni ha.
C. Tunggu (masukkan nama artis lelaki, berubah-ubah bergantung tahap kepopularan dan kekacakan ketika itu) masuk minang.
D. .... *renyih =D
E. Kau carikanlah (biasanya bila kawan-kawan yang tanya)

Jawapan  yang diunjurkan oleh laman sosial seperti, 
Tanya balik, "Kau bila nak  mati? "
 (jodoh, ajal, maut, tanah kubur, rezeki adalah rahsia  Allah) memang tak lah wei.

Bila aku jawab A , respon orang akan berupa seperti, " eh , siapa?" ataupun " Macam dah ada jek?" ataupun " "Macam nak dekat jek"

Walaupun aku rasa jawapan A adalah yang paling baik dan sopan berbanding jawapan yang lain, namun, aku terpaksa untuk tidak memberi jawapan itu kerana ia lebih mendatangkan kepada soalan-soalan yang lebih mencabar minda . Akhirnya, jawapan B atau C akan diberikan dan disimpulkan dengan jawapan D.

 B adalah jawapan yang paling kerap aku bagi. 
Sebab biasanya orang malas nak layan lepas tu..huhu

Biasalalah, orang yang kita suka, biasanya dah berpunya ataupun tak suka kat kita... lulz, sedih.

Setakat ini, aku tak pernah stress dan sentap sebab aku feeling-feeling artis bila orang tanya.
Yelah, orang gojes memang selalu ditanya pasal ni
 (baca: Tunku Tun Aminah, Fazura, Nasha Aziz, Lofa, Fathia dan Jihan)

Jadi, kira bila orang tanya, kau feeling gorgeous, walaupun hakikatnya kau tidak lebih daripada melukut di tepi gantang.
Lagipun, aku anggap itu hanya buat modal tajuk borak,aku pun selalu jugak tanya orang jugak macam tu.
Tapi, aku kena akui ada orang yang sensitif dengan soalan sebegini sama macam orang dah lama kahwin tak dapat anak. Jadi, kenalah hati-hati jugak kekadang tu.

Pada aku, menjadi bujang tidak menjadi masalah besar. Lebih-lebih lagi, zaman sekarang orang lebih terbuka. Golongan lambat kahwin/tak kahwin adalah orang normal dan bukanlah suatu yang aneh.

Status bujang tidak sepatutnya membuatkan kita sedih.

Al-Baqarah : 216 
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” 
 sumber


Banyak sebab untuk kita gembira dan tidak berkahwin bukan sebab untuk bermuram durja.


1. Mak dan ayah yang sihat walfiat dan aku masih belum cukup berbakti
2. Mbah yang aku belum cukup bagi layanan yang sempurna.
3. Kucing yang aku tak mampu bagi makan setiap hari.
4. Cita-cita peribadi yang belum kesampaian 
5.Kesihatan dan tubuh badan yang sihat.
6.Adik-beradik  dan kaum kerabat yang  baik.
7.Kawan-kawan yang jujur dan menggembirakan.
8. Anak-anak buah yang aktif.
9. Masa lapang yang aku boleh buat suka hati, namun belum dapat aku penuh manfaatkan dengan beribadat.
10. Tempat tinggal yang selesa.
11. Makanan yang mengenyangkan.
12. Tiada hutang yang membebankan (siapa yang aku hutang, tolong beritahu, dengan yuran UTM, MyBrain bila nak settlekan?)
13. Bebas berjalan keluar rumah, tanpa perlu minta izin dengan suami.

Senarai ni takkan habis, tengok sahaja diri, apa yang anda ada, muka yang sempurna, jari tangan yang cukup, perut tak buncit.

Dan walaupun  rasa tak cukup, kita harus bergembira dan bersyukur sebab masih bernafas kerana berbillion jasad di kubur ingin kembali ke bumi dan berada di tempat kita.


Kegembiraan adalah pilihan. Mengapa pilih untuk bersedih?

Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

Kadang-kadang kita sibuk menyesali sesuatu yang kita tiada, sehingga kita buta untuk menghargai  apa yang ada di depan mata.


By the way, u olls sorry lah tak jemput kenduri kahwin I.

"Apa? Nak tahu dengan siapa?"






Apa korang ingat Meran jek reti edit gambo?

 #alangalangberangantubuhtiarasekali #janganmimpingeri
#jangancaciplease #editPaintlevel2juta

Wednesday, March 9, 2016

Hiking di Gunung Arong, Mersing, Johor



As salam,


Bayangkan kau inginkan sesuatu atau nak sangat pergi ke suatu tempat ni, kau ajak orang ni  orang tu, kau beritahu kat semua orang yang kau nak sangat pergi, kau tengok kat laman sosial orang lain pergi, kau makin berapi nak pergi.

Tapi, atas sebab beberapa faktor, kau tak dapat jejak ke sana, sehingga, kau rasa, memang takde harapan.

Namun, setelah hampir setahun , tiba-tiba, pada suatu hari yang indah,  kawan kau beritahu ,
yang ada program untuk pergi ke tempat tu,
dan ia adalah PERCUMA a.k.a FREE a.k.a GRATIS!!

Maka, tanggal 27 Februari 2016, aku pun menjejakkan kaki ke tempat ini Gunung Arong, Mersing, Johor.
Ya, aku memang mudah senang dihiburkan. I lurveee Mersing.




Zaman sekolah dulu, kalau dapat naik bas sekolah pergi mana-mana rasa macam syoknyee... rasa wow ( nada iklan sensodyne , bila dapat makan aiskrim)






Ini Zhafri, apa yang boleh dipelajari daripada dia ialah sikap gentleman ,  hahaha, rasa nak muntah bila puji kawan yang selalu kita kutuk bila depan-depan.
Dia bersifat gentleman kepada semua orang... 
contoh;  meja kat kedai makan goyang, sebab lantai tak rata ke ape kan, lepastu kau membebel kepada meja tu , apasal nak bergoyang.
Tapi, tak lama lepastu meja tak bergoyang lagi, 
sebab, 
dia tahan guna kaki dia.

(kawan aku yang beritahu, bila dah balik, sebab dia tak kepoh)

Lepastu , kalau dia nampak orang bawa benda berat, dia akan tawarkan kepada orang yang lemah
 dan (biasanya perempuan tapi boleh jadi jugak orang tu bernama Hakim) untuk bawa apa yang patut.
secara gentleman nya dia akan cakap, ' Boleh tak tu?'
Sebab tu dia yang bawa beg besar.

hmmm, betapa coolnya dia boleh baca dalam Cerita Seram Si Mulut Puaka

Jadilah seperti Zhaf.



Ini namanya Hakim.. apa yang boleh dipelajari daripada dia ialah sikap berani dan tak tahu malu dia.
Kualiti ini membuatkan dia menjadi ahli perniaggan.
Dia pandai masak , pandai buat kek bagai.
Dia boleh buat lawak kering pada hampir semua orang. 
Dia sembahyang pada awal waktu, azan je terus sembahyang kat masjid.
Dia buatkan air untuk mak dia (Pada aku ni perkara yang besar, sebab aku pun jenis tak buat air untuk orang).

Jadilah seperti Hakim.



Sambil-sambil tu mari kita melihat pemandangan pantai yang jarang-jarang dapat dilihat dari puncak gunung  lain.




Gambar ni aku duduk atas batu, dan aku jangkakan yang nampaklah aku duduk atas batu malangnya... tidak.. jadi perlulah aku terangkan , sebab baru berbaloi, seluar kotor duduk atas batu kapur.





Zhaf memang selalu buat gambar group jadi fail. Rasa nak crop jek.




Gambar di atas  menjadikan ekspedisi ini bagai mengantuk disorongkan bantal, bagai pucuk dicita , ulam mendatang (nampak ? peribahasa tanya mak)

Zhaf pernah cakap tunggu Yan (Reyan) nak pergi Arong, aku rasa memang mustahil , sebab kalau aktiviti-aktiviti outdoor ni Reyan memang tak pernah join, sebab dia sentiasa sibuk dengan pelbagai komitmen. Jadi, bila dah habis ni, dan emak dia pun izinkan. Maka, terjadilah gambar berlima secara realiti.

They say,

God has perfect timing, never early , never late, it takes a little patience and it takes a lot of faith, but it's worth the wait.





The longer you wait for something, the more you'll appreciate it when you get it, cause anything worth having is definitely worth waiting.





but  you can't always wait for the perfect time, sometimes you have to dare to jump




Haaa.... Nampak quotenye, asal quote kena guna bahasa Inggeris konon bagi effect #deep lah kan.




Okay, si Reyan / Yan/Ryan ni pulak macam aku cakap tadi, seorang yang serius dan komited dalam apa yang dia minat, iaitu akademik, kalau tak de dia, boleh cakap kami bertiga ni melagha jek lah kerjanya.
Dia memang orang yang sangat terserlah dalam mementingkan keluarga, suka tolong orang, seperti hantar kawan-kawan dia malas nak drive, mengajar orang yang tak faham-faham, pernah dalam satu subjek semester, pensyarah suruh nyatakan kelebihan dan kekurangan ahli kumpulan, dan aku tak dapat fikir kekurangan dia.. nampak, aku kantoikan..leuls

Jadilah seperti Reyan.


Gambar seterusnya layan sajalah gambar jejaka terhangit di pantai.

















 


 

Tambahan, Ryan adalah seorang yang vain..lulzz



Inilah 'Geng Kite Ork? '  (nama whatapps group)


Pantai di Mersing selalu mengingatkan aku kepada sahabat-sahabat aku yang lain


Throwback 2013. Minta maaf gambar kualiti kamera VGA.
Mujur upload kat instagram, Facebook dan laptop telah tamat riwayat. Lain kali back up okay.
 Print mahal pulop. 

dan sahabatku Allahyarhamah  Rahayu Norbaya
Semoga tenang di sana.


dan putera kesayangan ramai ini, Allahyarhamha Tunku Abdul Jalil Iskandar.



(serta bakal puteri ini ..Kbai)


 Ada video masa hiking hari tu. Malangnya,  perangai-perangai aneh tu ada yang terakam.



Credit video : Imran
edited by yours truly.

Terima Kasih staf Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM atas XPDC mendaki Gunung Arong untuk pelajar pascasiswazah FKM.