Wednesday, January 25, 2023

Pengakhiran Kisah Mbah Saya


As Salam,

Selasa, 10 Januari 2023, 8-8.30malam;

Aku ambil mbah dari rumah Mak Na, dan ku sorong mbah ke rumah depan. 2 malam ni, mbah akan tidur di rumah aku (rumah mak aku lah of course, Wongjowo memang suka sebidang tanah, dalam tu adik beradik buat rumah duduk dekat-dekat #followersperlutahu).
Mbah seperti biasa, bertanya nak ke mana. 


Khamis, 12 Januari 2023,  10-11 pagi;

Aku siapkan mbah. Potong kuku mbah.
Pagi tu, aku akan hantar mbah ke rumah Mak Bi.

Mak Long datang, salam mbah.

Pak Long pun datang salam mbah dan tolong masukkan kerusi roda, dan kerusi toilet mbah dalam MYVi aku, hari tu susah pulak nak masukkan dalam 2 kerusi tu dalam King.

Khamis, 12 Januari 2023, 12 tengah hari;

“Mbah suka lauk ni, masak sayur lodeh”

Aku cedokkan lauk favorite mbah ke pinggannya.

Mak Bi masak sekali untuk aku dan mak aku. Kami berempat makan sama-sama.

Aku tahu lodeh kering kesukaan mbah sebab mbah pernah request menu ni lama sangat dulu, ketika dia masih sihat. Sambil tu, dia tunjukkan aku cara masak lauk ni. Itu pertama dan kali terakhir aku masak lauk tu.

Ahad, 22 Januari 2023. 10.30 malam;

Malam tu aku kerja, sakit kepala pula. Sebaik sahaja orang lain pergi makan di kantin. Aku letakkan kepala di meja dan tidur. Persis seperti aku prep malam di sekolah dulu. 

Isnin, 23 Januari 2023. 3.15pagi ;

Aku terjaga pukul 3 pagi lebih. Itupun disebabkan telefon  di meja berdering. Ada pekerja dari department lain telefeon. Aku cek handpone aku; 


Isnin, 23 Januari 2023, 6 pagi;

Aku scan awal balik kerja , menaiki bas menuju ke JB, sebelum memandu pulang ke Pontian.

Isnin, 23 Januari 2023, 8-10 pagi

Kakak dan Abang ipar aku datang bawa nasi lemak, roti canai dan air mineral untuk pelawat yang datang.

Kawan-kawan masjid mak -mak tolong siapkan apa yang patut di rumah Pak Long, anak sulong mbah, depan rumah aku. Orang-orang tua ke Batu Pahat awal pagi tu, jadi yang tinggal cucu-cucunya di LHT. Yang mostly blur-blur.

Sementara itu di Parit Raja, Batu Pahat;

Gambar-gambar ihsan sepupuku, Surya






Isnin, 23 Januari 2023, 10.50 pagi

Van jenazah yang membawa jenazah mbah dari Parit Raja, Batu Pahat  tiba , terus ke rumah Pak Long.


Selepas sembahyang, semua waris termasuk aku, memberi kucupan terakhir pada mbah.


Lepas cium mbah aku ,  kakak aku cakap , “wangii”

Aku cium mbah buat kali terakhir.

Aku minta ampun pada jasad mbah yang tidak lagi bernyawa.


Cucu-cucu lelaki mbah sama-sama mengangkat dan mengusung jenazah mbah.


Mengucapkan selamat tinggal pada mbah buat kali terakhir, sebelum disemadikan.
Abang aku, si Saad bawa van jenazah ke tanah perkuburan.
Cuaca redup mengiringi mbah ke tempat persemadian.


 Throwback sat 14 Julai 2022; 
Kat rumah Mak Bi, masa ni mbah tak bangun, tidur je. 
Makan pun tak. 
Kami bawa ke klinik. Darah dia tinggi sangat. 

Sebagai manusia biasa, ada kekesalan dalam diri aku.

Hakikat yang pasti, masa tak akan kembali.

Aku harap keampunan daripada Allah dan mbah kepada aku. 

Aku tak sangka,  aku rasa dah bersedia, tapi tetap sedih namun redha.

Tenang bila Mak aku cakap , mbah tenang sangat, macam dalam tidur.

Kolekai Gambar Mbah

Raya 2022

Sebelum tu, terima lah selfie-selfie gedik cucu dia ni.


Mbah malas nak layan aku.



Tapi, aku tak putus asa, suruh mbah tengok kamera.


Mbah dan salah seorang cicitnya,Sarah.


Bersama cucu; Saad, bapak si Sarah. Hantar mbah ke rumah Mak Ti. 


Dengan mak aku, cucu menantu, Azie, isteri Saad dan cicitnya, Hawa, adik si Sarah. #motifpenjelasan.


Dengan anak paling ‘baik’. #anakkedua😅


Cantikkan mbah kita, bayangkan mbah kembali muda dan cantik di usia 33 tahun.


دْخُلُ أَهْلُ الجَنَّةِ الجَنَّةَ جُرْدًا مُرْدًا مُكَحَّلِينَ أَبْنَاءَ ثَلَاثِينَ أَوْ ثَلَاثٍ وَثَلَاثِينَ سَنَةً

Maksud: “Penduduk syurga akan masuk syurga dalam keadaan jurdan (tidak berbulu di badannya), murdan (tidak berjanggut), bercelak, dan usia 30 atau 33 tahun.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2545. Juga diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal dan ia terdapat juga dalam Kitab At-Targhib wa Tarhib – dinilai sahih atau hasan) sumber


Raya 2021


Raya PKP, first time raya tak balik Tangkak. 

K fine , Raya 2020, aku raya sorang dalam bilik hotel. 






Ini paling comel, kena suruh senyum.


Mbah selalu cakap dia nak balik rumah dia.

Akhirnya, dia dijemput pada 1 Rejab pulang kepada Yang Maha Mencipta.



Firman Allah SWT:


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Al-A’raf: 34

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.



Mbah pergi ke alam yang lebih indah, tiada lagi derita,  lalu meninggalkan kita yang masih struggle menghadapi dunia yang penuh dugaan ini.

Maka, inilah pengakhiran kisah mbah daripada bahagian aku setakat ni.

Mohon sudikan sedikit masa kalian untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada nendaku, Maryah Binti Hassan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

"Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilan rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripadas yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta suami yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnah nya, dan dari siksa api neraka."



Sunday, January 8, 2023

Pengalaman Menuntut Wang tak Dituntut




 As Salam,

Pernah tak korang rasa sangap tak de pitih, korang akan cari duit waima duit seringgit di celah dinding, poket seluar , keluar segala  isi dalam beg dan bawah kerusi punyalah nak kata terdesak sangat tu… 

Fikir lah kot ada member hutang belum bayar , boleh mintak. 

Malangnya, tak de 

Hakikatnya, baguslah tak ada member hutang dengan kau kan? Luls

Ada simpanan mana-mana untuk emergency ke boleh bawa keluar. 

Fikir punya fikir punya fikir…

Sebelum ni, lama juga kat Facebook ada orang share pasal Wang Tak Dituntut. 

Aku pernah cek, dan memang ada.

Tapi, sebab macam leceh nak tuntut, aku pun malas nak fikir nak amik, lagipun konon ada duit lagi, 

Akhirnya, tiba detiknya aku kena Tuntut Hutang. Bukan daripada kawan. Tapi, Jabatan Akauntan

Tuntut wang tak dituntut.


1 . Cek kat sini https://egumis.anm.gov.my/ Register dan Log in macam biasa.

Kalau ada, alhamdulillah, “saya menang muto”

2. Aku ada 2 wang tak dituntut

i. Pos wang draft ( ni langsung aku tak ingat) 

ii. Duit simpanan Bank Simpanan Nasional ( ni maybe zaman belajar dulu)



Bila aku dah apply online tu, dia bagi aku email katanya aku kena sediakan surat daripada Pos Malaysia, mengesahkan duit tu. 



Aku pergilah pejabat Pos Pontian , pertama kali aku pergi, bos dia suruh kasi surat contoh bagaimana surat yang diminta.

Kali kedua pergi, bos pejabat tak de, kena pergi hari lain.

Kali ketiga pergi, dia suruh hantar surat kepada HQ Pos Malaysia , suruh sediakan surat. Sebabnya, pejabat pos daerah tak de maklumat yang lama (no siri bagai) hanya ada tempoh masa 6 bulan je.


 Siapa yang kenal Nur Liyana ni? Aku nak mintak email dia mintak buat surat macam bawah ni.

Betul-betul ya Pos Malaysia ni suruh aku guna khidmat pos dia. Email pun tak kasi, nombor  telefon jauh sekali.

Aku pun mula give up. Rasa buang masa untuk nilai RM30.

Zaman sekarang ni kuasa pulak aku nak tulis-tulis surat, pos bagai. 

2. Korang boleh tuntut dengan update ic dan dokumen yang dia mintak tu secara online, dan pos berdaftar ke Jabatan Akauntan Negara.

Tapi, pada aku leceh

Macam aku cakap tadi,aku dah tak reti dan tak kuasa nak pos surat. 

Kan kalau tak lengkap ke apa, buang masa lagi.

Untuk aku, lebih senang pergi terus pejabat Jabatan Akauntan Negara je. Aku kat Johor Bahru, jadi balik kerja pagi , terus  je singgah je  pejabat dia yang terletak di Menara Tabung Haji.



Korang boleh cek,  kalau ada keraguan boleh terus tanya. Tak lengkap ke apa dia boleh terus beritahu.

Macam kes aku, aku dah prepare satu page bank statement yang aktif, salinan IC , lepastu kena isi borang yang dia bagi masa tu. So, senang, pergi sekali je.

Aku pilih untuk tuntut satu je , iaitu duit Bank Simpanan Nasional, yang Pos Malaysia tu aku biar je termenung disitu.


Masa aku pergi, orang pun tak ramai, hari Selasa, pagi.


Lepas tu, siap.

Dia cakap dalam tempoh 3 bulan , dia akan bank in dalam akaun kita. Kalau tak masuk lepas 3 bulan, kita boleh follow up dengan diaorang.

Alhamdulillah, aku pergi Pejabat Akauntan 15 November 2022, dan duit masuk 20 Disember  2022.

Dah masuk duit, aku pun tak ingat pergi mana dah duit tu. Lol

Saturday, January 7, 2023

Salam 2023



 As Salam, 

Aku tak nak cakap betapa cepatnya masa berlalu , seperti ;

Pejam celik pejam celik dah new year , rasanya baru semalam sambut new year yang tahun 2020 punya. Zaman Mahathir PM, pastu alih-alih dah 3 orang tukar PM. My PMX. Ehem..

#eh 

(OMG, it’s already 7th January 2023 and I will be 35 this year and I think I just born 2 weeks ago , wearing diapers) 

#ehagain *insertcryingemoji

Okay, aku review 2022 yang berlalu sangat pantas

Jan-Februari 2022;

First time sign surat lawyer, loan bank  beli rumah.

Nampak macam milestones beli rumah, tapi, aku tak de hati sangat. The best part, rumah tu tak mula dibina lagi sampai post ini di published 

Aku rasa menyesal? Ya, kerana tak ikut gerak hati aku.

Sekarang aku kena fikir macam mana nak dapat balik deposit rumah tu.

April 2022;

Berita paling ditunggu-tunggu, border buka, selepas 2 tahun tersadai di Singapura.

Tak pernah terlintas yang aku akan duduk di sana.

Jika ditanya, nak duduk sana lagi tak?

Nehiii….

Julai 2022;

Aku sewa studio sebulan, dan aku sedar yang kehidupan rumah kondo bukan kesukaan aku. Di mana, sebelum ini aku sangat impikan untuk duduk di kondominium sejak dari sekolah lagi.

Maka, aku kembali duduk dengan mak aku kat Pontian.

Bermulah ulang alik perjalanan antara Pontian - Woodlands bila hari bekerja.

Pontian- Jb naik kereta

Jb- Woodlands naik bas

Penat? Ya. Tapi, aku suka lebih daripada aku stay kat studio tu. Aku memang tak bernasib baik dengan property .

Bila baca komen kat Facebook, orang yang ulang alik kerja jauh-jauh , hadap jem semua. Jadi, aku rasa aku tak keseorangan. 

Demi sekampit beras yang semakin mahal. 

Ogos 2022;

Tiba-tiba business down. Bukan business aku, tapi company tempat aku kerja. Border buka, melalui fasa endemic, demand kurang berbanding ketika zaman covid.

Ada yang mendapat manfaat daripada covid ,

namun ada  yang teruk terkesan.

Tiada yang kekal.

Business down, maka no overtime, no extra money, just basic salary.

Kita semua tahu pasal kepentingan sumber income kedua ( ketiga ke berapa yang nak) 

Tapi, aku masih tak dapat, sama ada aku memang tak de rezeki, atau aku belum cukup berusaha.

November 2022;

Dengan hanya kerja 16 hari atau kurang, sebab kilang slow down, pekerja disuruh ambil cuti. 

Jadi, aku banyak masa terluang, aku ada jaga mbah aku.

Menguji kesabaran dan sejauh mana aku sebagai manusia yang lemah boleh bertahan.

Kena berusaha untuk menjadi lebih baik , Munirah.

Aku juga buat perkara yang aku lama sangat nak buat sebelum ini, iaitu join kelas mandarin.

Selepas 4 tahun, baru aku start ambil kelas.

Ada hikmah kan tak pergi kerja? 

Niat aku bukan untuk pandai sangat, tapi untuk tambah ilmu di samping isi masa terluang.

Dan aku sedar perangai aku masih tak berubah, masih lambat datang kelas, masuk kelas tak prepare, last minute baru cari buku. Baru nak cari handphone, charge battery kong, cari tudung, set up telefon, 

Ya, ia kelas online. 

So, that’s it. My 2022.

Walaupun rasa macam tak de achievement. 

Tapi, bila kita list kan, ada perkara yang terjadi, yang kita harus ambil pengajaran dan ada perkara yang kau boleh tepuk bahu kau sambil berkata

“Alhamdulillah, kau dah lakukannya”

Small progress, is still a progress

Macam blog aku ni, walaupun sendu dan aku rasa rak de siapa baca,  tak beri inspirasi dan manfaat since 2009.

Tapi, bila ada yang tinggalkan komen macam kat bawah ni; tentu makhluk biasa macam aku ni rasa bersyukur dan sebak *lap air mata 🤪

#walaupun





Terima Kasih, pada yang baca blog ni, walaupun kita sikit, tapi kita bermakna. 

Tibahhh.

Semoga tahun 2023 yang dikatakan akan mengalami banyak krisis, kita akan kekal tenang, tak semua perkara kita boleh kawal, membuktikan kita semua hanya hamba.

Serahkan perkara yang diluar kawalan, kepada Allah, tuhan sekalian alam.

Jumpa di lain post. InsyaAllah.