Wednesday, January 13, 2021

Rangkuman 2020, Salam Redha 2021

As Salam,

Selamat tahun baru 2021. 

Baru nak cakap jangan jadi macam 2020, kat Malaysia je macam-macam dengan PM resign, tukar kerajaan, bencana alam. 

Covid-19 start serang, PKP,  tik tok, covid reda. Gosip jangan cakap lar bertubi-tubi , daie Syed, Neelofa bertunang. 

Pilihan raya Sabah, covid kembali tinggi, sampailah 31 Disember 2020, kes harian di Malaysia sebanyak 2525. Nampak tak punya lama duduk dalam draf, karang tak siap-siap dari tahun lepas ke hari ke-13 tahun baru, tak game-game lagi. Semalam kes dah kepala 3*** Mun oi. 

Belum apa jadi kat seluruh dunia lagi, Lebanon meletop sebab baja ammonia

Ku cuba berbaik sangka, 2021 penuh perkara positif, rupanya memang betul, kes positif covid mencanak... huhu. 

Banjir dan PKP balik rupanya dan darurat politik puleks. 

Sebelum aku lupa impak 2020 terhadap aku (Yalah, manusia mudah lupa) 

Maka, terimalah kompilasi sepanjang tahun 2020

Januari 

Aku dah plan nak buat simpanan, nak settlekan hutang kereta, dah suku dah. 

Tak lama lepas tu, kawan aku mesej cerita masalah dia berkaitan Ah Long.

Masa ni aku dah sedih, sebab kalau aku bagi dia pinjam aku punya target takkan sampai kalau ikut kira-kira duit gaji aku setiap bulan dan mungkin aku takkan dapat balik duit aku tu. 

Well, korang yang ada pengalaman pasal hutang piutang mesti tahu kan ni. 

Aku kenangkan anak-anak dan isteri dia je, aku bagi pinjam apa yang aku mampu. 

Bila member tu cerita masalah pada kau, kau rasa apa? 

Dia nak mintak tolong atau sekadar melepas masalah?

Dia cakap dia cerita je, tak sangka aku nak tolong.

Luls. Apakah?

Korang jangan ingat aku kaya pulak dan ada hati nak buat loan dengan aku pulak eh. 

Februari

Bulan masih ni kerja macam biasa, cuma keluar masuk kastam dah kena scan temperature. Masa tu ingat Covid biasa-biasa je. Tak de teruk sangat sampai menjejaskan rutin harian. 

Sekali lagi aku menerima tamparan, apabila ada masalah kewangan berkaitan orang yang rapat dengan aku.

Allah pasti nak tunjuk sesuatu pada aku.

Jangan asyik kira duit?

Jangan asyik fikir masalah?

Aku join trip kawan aku first time aku sampai Cameron Highlands,  itu aku rasa keputusan yang terbaik aku buat. 

Sebab, impian terpendam aku selama ini ialah ambil gambar kat ladang teh. 


Come on, semua orang yang pernah duduk Malaysia ada gambar dengan teh, aku nak jugak.


Walaupun, di sebalik gelak ketawa ini ialah sorang manusia yang serik nak datang sini sebab mabuk todi sampai muntah-muntah dalam kereta orang. #maluwww

Tak cukup dengan isu covid, Tun Dr Mahathir tiba-tiba letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Masalah negara betul. 

Mac

Bammmmmm...

Lockdown. 

Covid-19 betul-betul sudah berjaya melebarkan jajahan ke Malaysia.

Semua kelam kabut termasuk syarikat Singapura yang kebanyakkannya  pekerja Malaysia bagi industri pengeluaran.

Aku boleh dikatakan terduduk termenung memikirkan masa depan. 

Sudahlah memikirkan masalah kewangan orang, simpanan tak dapat capai. 

Sekarang, tak dapat masuk kerja di Singapura pula. 

Masa tu, aku agak buntu, pelbagai kemungkinan boleh jadi. 

Sama ada aku akan dibuang kerja, kemudian aku kena cari kerja baru yang gaji lebih rendah, ketika Perintah Kawalan lagi pulak tu, ada ke kerja? 

Atau aku dipanggil balik bekerja dan dibenarkan masuk Singapura? Kelam kabut SOP masa tu, semua orang tertanya-tanya, rasanya tanya menteri, menteri pun confuse 

Hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan tunggu bila waktunya akan di panggil masuk, imigresen tak bagi keluar. 

2 minggu kemudian, Singapura pula lock down, harapan semakin tipis. 


April

Penantian satu penyiksaan, company masih bagi gaji. Dalam masa aku bersyukur masih diberi gaji, aku tetap rasa gelisah. Aku dah fikir-fikir apa aku nak buat, bos masih beri harapan yang kami boleh masuk. 

Mei

Hinggalah tiba bulan Ramadan, dalam pada risau tentang masa depan aku sedar Allah izinkan aku bercuti tanpa memohon cuti, menumpukan perhatian meningkatkan penyerahan diri kepada Nya. 

Jika sebelum ni, mungkin aku perlu buat kerja overtime. Terkejar-kejar waktu berbuka, solat pastu nak masuk kerja lagi.

Allah beri, bila kita menyerah diri. 

Kali ini, bos kata boleh masuk. Aku tekad aku nak masuk juga masa tu, walaupun lagi 2 minggu nak raya. 


JB sentral kosong. 



Tambak Johor yang dulunya tak pernah sunyi, kini sepi. 
Yang paling happy, tentulah pemandu lori. 

Sampai Singapura, tinggallah aku bertapa duduk dalam hotel kuarantin selama 14 hari. 

Bertakbir raya seorang diri di dalam bilik hotel. 

Photoshoot sorang diri. 

Inikan yang kau mahu? 

Kau cakap tak nak balik kampung,  

Telan  MUN, Telan




Padan muka kena kurung!


Jun

Alhamdulillah, aku sudah mula kerja, dan diberikan duduk di hotel 4 bintang. Syok juga duduk hotel ada bath tub, ada orang tukarkan cadar, kemas bilik, ada aircond tanpa had.

Rasa bagai orang kaya... hahahhaha

Namun, langit tak selalu cerah, 

angin tak selalu bertiup. 

2 minggu je beb dapat duduk di astana, selebihnya kau kembali kepada kehidupan rakyat jelata.

Kena pindah duduk HDB flat, kira sewa bilik dengan pemilik rumah. Landlord aku suami, isteri, 2 orang anak dan 1 maid. 

Aduyaiiii, memang rasa nak balik rumah time tu jugak. 

Dari ini;


Kepada ini;


Kau tengok baru rasa nikmat yang sebentar, 14 hari, kau dah lupa 32 tahun kehidupan kau yang selama ni kau jalani.

Sungguh manusia sifatnya pelupa.


Julai & Ogos

Kehidupan tinggal di bumi asing memang betul menguji. 

Walau seburuk mana tempat tinggal kau, kau akan tetap rindu jamban rumah kau, bantal kau, sofa kau, apatah lagi mak pak kau. 

Amboi, bergenang ya air mata sambil taip ni...

Itulah tuuu perkataaan amboi macam tak sesuai pulak kat sini... Aduhaiiiii mungkin

Tunggu punya tunggu, Raya Haji pun tak dapat balik, raya lah kau di situ.

Makan murtabak dan nasi beriani diam diam kat Haji Lane. 

Sho saddd. 

Tapi, okaylah tak de ar sendu sangat berbanding masa raya Aidilfitri, makan bihun sebagai menu raya.. hado? 





September 

masa ni rajin nak explore Singapore kononnya. Sebab rasa sendu no aku duduk bilik, tengok orang kat Malaysia duk jalan-jalan cari makan kat laman sosial. Haha, mana tak serabut kepala... 

Dahlah rindu, bukak soc med buat tambah sendu. 

Kita pun pergilah jalan-jalan cari pasal. Buat modal upload kat instagram, idoklah nampak sangat hidup kau tak sodihh manjang. 











October

Bulan ni sangat mencabar emosi, ayah aku jatuh sakit, dimasukkan hospital dan perlukan pembedahan segera. 

Walaupun PCA diwujudkan, tapi aku tak boleh balik lagi, sebab belum 6 bulan kat sini, 11 November baru cukup 6 bulan. Kalau tak kos kuarantin aku perlu tanggung sendiri. 

Ini adalah perkara yang paling menakutkan, apa yang aku boleh buat hanya berdoa dari tanah seberang. 

Sedang ada ramai kawan sekerja aku di Malaysia, yang mahu kembali bekerja di Singapura. 

Jadi, aku tak layak merungut untuk aku tersadai di sini, aku cukup makan, masih mampu simpan untuk bayar hutang, masih mampu mengirim sedikit wang untuk mak ayah. 

Cuma, sedikit homesick.

November 

Hui, pejam celik duk sini lagi aku rupanya. 

Bulan ni aku start nak jaga muka, sebab selama beberapa bulan ni, aku malas nak belek muka, dan ada kawan aku yang obessed skincare dok tegur muka aku, tegur eyebag aku, pastu dia recommend cosrx. Terus jatuh cinta, sampai masuk dalam timeline penting  dalam tahun 2021.



Disember

Ewah, derita-derita kau kat sini, gemuk gak sampai hujung tahun... 😀 

Malaysia punya kes Covid-19 terus meningkat. Kerajaan Singapura memperketat syarat kemasukkan ke sini. Siapa yang datang dari Malaysia, kena kuarantin 14 hari dan perlu menjalani swab test di Malaysia sebelum kembali ke Singapura. Masa kes Malaysia sikit, cuma seminggu je syarat kuarantin dan tak perlu swab test sebelum masuk sini. 

Dengan itu, company membuat keputusan baki tambahan kuarantin sebanyak 7 hari perlu ditanggung sendiri oleh pekerja memang taklah. 

Untuk orang gaji cukup-cukup macam aku menang tak mampu arr. 

Dalam masa sama aku sebenarnya bersyukur, aku dah buat pilihan, aku lebih rela merantau ke Singapura, menumpang rezeki di bumi asing. Dari duduk di negara sendiri, memikirkan nasib diri. 

Duduk rumah bersama famili tak bergaji, atau merantau mencari rezeki untuk dikirim pada famili. 

Aku rasa sukar jika diri aku mahu mula balik ketika pandemik Covid ni. 

Ya, cuma sedikit homesick. 

Daripada pihak aku pula, 2020 memberi pengalaman yang baru untuk aku, betapa Allah tunjukkan bila kita merancang, kita berusaha, tapi tanpa izinNya semua benda tak akan terjadi.

Kau belajar tinggi, kuat berusaha  tapi akhirnya kau juga tak dapat grad pada masanya, kerjaya yang kau banggakan belum tentu selamanya bertahan. 

Duit simpanan yang kau banggakan

Tiada apa yang kita miliki sekarang akan selama-lamanya menjadi milik kita.



Salam 2021, Salam MCO 2.0

md: Malaysia janganlah banyak main sangat oi, aku nak balik kampung ni.