Sunday, September 20, 2020

Cas Bateri di Karva Salon, Muslimah salon di Singapura

As Salam, 


Setelah pampering(or torturing) session kat klinik gigi, aku pun dah tak tahan dengan masalah rambut aku, last pergi salon Mac, sebelum PKP. 

Aku pun kena fikir 3 purnama nak pergi ke tak tempat yang pampering diri ni bila guna dollar ni. 

Mengenangkan harga kat Malaysia, aku boleh dapat lagi murah,disebabkan lebih banyak pilihan. 

Sebagai contoh; aku Google 'salon muslimah Singapore'

Jadi dia keluar mestilah real Salon. Tapi, aku bersyukur, ada juga offer tempat yang muslimah friendly kat sini,walaupun limited. 


Kalau kat Johor, kau jalan-jalan, agak senanglah jumpa salon atau orang kata kedai gunting rambut yang ladies only atau muslimah ni. Pernah aku pergi KSL, kedai gunting rambut cina pun offer tempat tertutup untuk muslimah.

Walaupun kat Johor aku tak pernah pergi salon mahal. Aku pun baru berjinak pergi salon sekitar akhir tahun lepas, jadi adalah 3 kali aku pergi salon. 


Dulu, aku rasa tak logik nak pergi basuh rambut kat salon, kan boleh basuh sendiri. Lepastu, gunting rambut, aku pun pernah gunting rambut kat salon, pastu buruk,  baik aku gunting sendiri  lagi helok. 

Sejak tu, aku tak pergi kedai gunting atau salon, sehinggalah tahun lepas aku baru balik kerja malam, macam saja nak manjakan diri orang syampu kepala aku, lalu aku terpesona dengan orang yang serve aku tu walaupun kedai biasa je bukan salon gah. Lepas tu, terus jatuh hati nak pergi salon. 

Amazing gila lepas pergi salon masa tu, kelemumur dan rambut gugur kurang. Aku ada post pasal masalah kelemumur aku kat post  ini ; Penyelesaian Masalah Kelemumur 

Tapi, tak berani nak pergi salon mahal, tengok ngok harga gunting rambut pun buat akak terpelanting dik. amboi sejak bila gelarkan diri kau akak... kihkihkih 


Tapi, kat sini aku pejamkan mata, sebab rambut aku dah macam dilanda garuda, aku perlukan scrub, lagipun ada promo dan lokasi dia dekat. 

Carian Google menemukan aku dengan Karva Salon @KarvaSg di Northpoint.

Alhamdulillah, layanan semua baik, stylist yang serve aku dua-dua orang Malaysia. Satu kampung nya di Benut. 

Dia lagilah, 3 anak terpaksa tinggalkan kat Johor. 

Ramai yang terpaksa berkorban demi rezeki. 

Semoga semua tabah. Covid-19 bila nak habis, nak masuk 2021 dah ni. 

Lagipun, sekali je bukan selalu. 

Lagipun untuk kewarasan mental dan hadiah untuk diri sendiri. 

Lagipun supportlah industri orang muslim, pekerja dia pun ramai orang Malaysia. 


Amboi, dia punya nak pujuk hati sebab dah melayang $118... luls


" Kalau pergi Karva ni, dah kira gah sis.Karva kan mahal, orang Singapore pun pergi bawah blok je" 

#kateko😂

Tapi, okay lah, lepas scrub semua, kurang kelemumur dan rambut gugur, lega sikit kepala dah gunting rambut. 

Tu lah pasal aku suka benda-benda gini, ada harga untuk dibayar. 

Nak tunggu jadi Tai Tai lambetttt lagi. 

Terpaksalah korek duit tabung nak feelingggg. 

Btw, Karva Salon ada satu cawangan kat Malaysia. Nora Danish punya.

Kbai. 

Saturday, September 19, 2020

Cas Bateri di Klinik Gigi a. k. a self love

As Salam,

Apakah makna self love; selalu orang kaitkan self love dengan aktiviti pampering seperti facial, manicure and pedicure, salon, spa massage, dan sebagainya.


Aku suka aku duduk, pastu org servis... feeling kau ini Tai Tai

Feeling pampered ini pada aku termasuklah pergi jumpa dentist. 

Tak pelikkan? 😂

Aku enjoy pergi dentist.

Aku suka duduk, baring, nganga mulut, lepastu dentist dok cuci gigi.

Kalau dapat dentist yang baik hati, cakap lemah lembut... perghhhh lagilah. Bonus. 

Walaupun gigi kau haukkk, berkerak, dan penuh tahi gigi. 


Respect to the dentist all over the world, u are willing to do this job (highest salute to the government dentist) 


Well, that all come with the big fat cheque. 

Hehe. 


Bila dah ter'hijrah' kat Singapura ni kau tahulah, dia punya charge rata-rata pun jadi 3 kali ganda. 

Nasiblah company boleh bagi claim untuk dental.

Kalau kat Malaysia, dengan harga sama aku boleh buat whitening scaling, borong ubat gigi siap. 

Tapi, terimalah hakikat kau duduk di Singapura buat sementara ni. #tolonglahsementara

Jadi, aku pun cuba satu klinik gigi ni, kawan aku pun recommend dan dekat dengan HDB flat tempat aku duduk. 

Kawan aku buat implant kat situ, satu gigi $3000. 

My goodness. 

Aku pun ushar harga kat situ sebelum pergi. Kan over budget pulak. 

Gigi aku pun  dah lama tak servis. 


Orang-orang yang rapat dengan aku tahu aku ada masalah gusi berdarah sejak aku kecil. 

Aku rasa sejak sekolah rendah. 

Aku gosok gigi confirm berdarah. 

Aku bercakap, alih-alih orang tegur gigi aku berdarah. 

Aku bangun tidur, gusi aku berdarah. 

Aku makan apple, berdarah. 

Aku anggap aku punya masalah tu memang tak dapat nak baik, dan aku redha. 

Ada doktor suruh aku kumur air garam dan suruh floss. 

Aku agak konsisten jumpa doktor gigi dalam setahun aku jumpa 2 kali, kalau tengah bajet tak de, aku jumpa kat klinik kerajaan je. Tapi, sejak tahun lepas, aku dah pandai guna claim company aku pergi klinik swasta. 

Okay, aku pun pergi klinik yang kawan aku recommend ni, Casa Dental @Admiralty aku nak scaling, lepastu kalau ada masalah doktor ni beritahu aku. 

Dia cek gigi aku, ada 2 yang ada cavities, biasalah mesti gigi geraham belakang tu. 

Dia scaling bersihkan gigi aku. 


Pastu kumur, ada banyak darah. 

Aku dah biasa. 


"so much blood" kata doktor tu. 

Lepas scaling tu, dia suruh aku pegang cermin. dan tunjuk demo macam mana nak floss gigi. 

"Look you can see the gum, should be here (tunjuk gusi aku sepatutnya penuhkan ruang gigi aku,  ada gap) , but if you don't floss (calculus) make the gum recessed and your teeth will loose"


ada yang geli ke? 
Haha. 
Ini contoh lah aku amik kat Instagram, sebelum dan selepas scaling. 
Bagaimana calculus/tartar/karang gigi akibat sisa makanann dah calcified . Bila jadi macam ni, dua tak boleh disingkirkan dengan berus gigi dah. Kena jumpa dentist bersihkan. Kalau makin lama dia amik tempat gusi, dan gusi pun turun, tu yang ada orang bila bersihkan calculus tu, gigi jadi goyang pulak.  Tu yang kena jumpa dentist setiap 6 bulan. 

Aku dah pernah kena demo macam ni, masa aku sekolah juga, mak aku bawa aku gi klinik kat Pontian. 

Doktor kat klinik gigi Pontian tu cakap aku ada penyakit malas. 

Sebab tak floss. kui kui kui 




Okay, sambung. 

Aku cakap kat Doktor tu, 

"I have this problem since primary school" 

Respon agak pessimist yang gusi aku ni boleh baik.  

"Do you floss?" 

"On off" 

"You must floss every night, in one month, sure there is no bleeding anymore" 



Okayyyyyyyyy.


Then, dia cakap gigi aku kena tampal, aku boleh buat appointment lain, sebab dia kata nanti lenguh aku nak nganga mulut. 


Aku nak buat sekarang sekaligus, koser aku nak datang balik, nak buat appointment punyalah payah.

"scaling is $85, and one filling is $80, you have 2 filling, so about $240 plus, okay? " 

Dia buatkan lah math untuk aku kot-kot aku tak dapat bayar dah aku kena lap cermin tingkap klinik sebulan pulak. 

Dia cakap, "I try not to do injection first, if you feel any pain, you can raise your hand" 

Dia drill gigi aku lama jugak, sampai gigil lah pipi aku ni dok nganga lama sangat. 

Pastu ingat dah, rupanya belum lagi. 

Doktor tu cakap aku punya lubang dalam.

Dia tanya okay ke, aku cakap okay.

Dah siap tu, dia tanya aku nak sapu floride tak? 

Additional $25, aku pun Onz je. 

Yelahkan, aku dah kira-kira maksimum, company boleh claim $400 setahun, so under bajet lagi, ngam ar.

Dah siap semua. 

"You have wisdom teeth that about to grow, if you feeling pain, you can come back here" 

Dalam hati aku, sudahhhhhh, aku ingat aku dah tak de gigi bongsu dah. 

Kenapa sekarang? 

Kenapa umur aku 32 baru nak tumbuh? 

Kenapa setelah aku bersetuju pada semua treatment yang dah dilakukan?

Tak cukuplah peruntukan claim aku, kalau kena cabut gigi pulak ni. Duhhhhh. 

"Ok done,  lot of treatments there, the fillings are quite deep, but you didn't make any sound! "  Doktor tu kedengaran impressed. huhu. 

Well aku kan suka pergi klinik gigi,so aku rasa biasa je ngilu-ngilu sikit ni.


Free Hand sanitizer. 



Total duit terbang $302.

Dalam hati aku berdoa, tumbuhlah baik-baik wahai gigi bongsu. Jangan lah kau buat hal. 

Dan dan, aku rasa gigi aku sakit. 

Damnnnnn


Tapi - tapi, 

Lepas aku jumpa doktor, aku makan bento, dan aku floss, 

O. M. G. 

Tak keluar darah langsung. 

Sebelum ni, walaupun sentuhan lembut, boleh buat gusi aku berdarah. 

Inikan floss yang memang akan kena aku bagi lalu kat gusi dan kadang-kadang tersadung kasar kat gusi. 

Dan, 

Setelah 9 hari aku jumpa dentist ni, setakat ni gusi aku tak berdarah lagi (setiap hari floss) 

WOW. 

Aku impressed. 

Aku ingat aku akan hidup dengan gusi berdarah sepanjang hayat aku. 

Kira lepas ni kalau gusi aku kembali berdarah, memang masalah aku, bak kata  Dr gigi kat Pontian dulu.

Penyakit M, 

MALAS



Wednesday, September 16, 2020

Habiskan bateri di Garden By the Bay

As Salam, 


Sudah 4 purnama di Singapura, lagi 3 purnama maka tahun yang begitu banyak kejutan ini akan berakhir. 

Minggu lepas, asalnya nak pergi Cloud Forest, nak ambil gambar berlatarbelakang kan air terjun buatan. Tak habis lagi episod rindu air terjun kat hutan khatulistiwa, air terjun buatan pun jadi. 

Ini adalah hikmah Covid-19, tak boleh balik Johor. Kalau tak, sampai sudah aku dok ulang alik Seagate-Jb Sentral, Woodlands-Stulang je. 
Bila orang tanya pasal jalan-jalan kat Singapura, aku renyeh je lahhhh... haha

Sekarang, kira ada kemajuan lah sikit kihkihkih. 

Pertama kali pergi Garden by the Bay, kira kalau jenis tak berduit sangat, ini adalah tempatnya, tak payah ada entrance fee, jadi korang boleh lah bergambar di sekitar taman tu sampai patah kaki jalan. Kalau korang nak naik Super tree ke masuk Cloud Forest dan Flower Dome kena keluar modallah sikit.


Setakat nak ambil gambar berlatar belakangkan Marina Bay Sand Hotel ini, bolehlah


Ambil sipi sipi je background, yang pentingnya bukan apa, 


Kau nak buat modal masuk Instagram je khennnn..



Dapat sekeping dua nak upload bagi nak tunjuk followers ko yang berapa kerat tu, bahawa hidup kau tak sengsara sangat. kahkahkah. 

#walaupun 


Pleated skirt Uniqlo ni patern senteng tapi flowy. Aku pernah berazam aku tak nak beli pleated baju ke dress ke apa, sebab sebelum ni habis lah kalau dah masuk dryer pastu renyuk, kau nak iron pulak, rosak lah pleats nya. Kira renyah  sikit nak jaga. 


 


Tapi, sebab tengok, dok lalu lalang kat laman sosial. Jadi aku pun rasa nak pakai dan abaikan pengalaman pahit aku dengan pleated dress aku dulu. 
Bagi mengelakkan sejarah mungkin berulang, aku terpaksa rajin kan diri basuh pakai tangan, dan terus gantung kasi kering 



Sekitar taman, yang ni bahagian Chinese Garden. 



Tengok jari pun out tak de bakat. 


Malam yang sendu, dalam pukul 8 dah tutup dah semua, aku tak tahu lah sebab musim Covid-19 ni ke apa, aku fikir macam ada lampu-lampu meriah, tapi apa yang anda lihat ni je lah.


Aku dah pancit dah, lutut aku dah longgar, kawan aku dok nak ambil gambar lagi dengan cendawan ni. Terpaksalah nak oiii. 



Setelah setia sekian lama  dengan Converse, aku cuba New Balance, so far, I'm loving it. 

Lepas ni, aku harap outing lepas ni, jalan-jalan kat alam semula jadi yang dibiarkan tumbuh meliar bukan taman yang pokoknya ditrim. 

Rindu air terjun, rindu hutan!!!
Sabarlah nak.... Bak kata Imam Shafie;

Setiap orang bermusafir itu akan mendapat lima kebaikan iaitu:

1. Jika dia memerhatikan ciptaan Allah di tempat itu dengan iman, dia akan memperoleh iman.

2. Jika dia berhajat untuk mencari ilmu, dia akan mendapat ilmu.

3. Jika dia berjalan untuk menimba pengalaman, dia akan mendapat pengalaman. Melalui pengalaman, dia mendapat asas hikmah.

4. Jika dia bermusafir untuk mencari kenalan, dia akan mendapat kawan.

5. Jika dia mencari peluang untuk berniaga, dia akan mendapat rezeki.

Kbai. 

Friday, September 4, 2020

Cas Bateri Mendaki di Bukit Timah

As Salam,

Setelah beberapa episod kemurungan, dan akhirnya aku dapat kembali mencari sebahagian diri yang hilang.


hutan dan alam semula jadi, memberi rasa hidup, seperti ada kuasa, memberi rasa ketenangan... Subhanallah, pencipta kuasa alam.



Feeling tetap yerrr.... 



Benarnya nak buat pose rare ala yoga yang tampak effortless, tapi korang nilaikan lah sendiri... #yogakonon. 


aku try nak ambil gambar Hajar dengan kanopi pokok-pokok ni tapi apakan daya tak berjaya. Sekali Hajar tangkap gambar aku berjaya. Nampak simple ya nak ambil gambar, tak semudah nak buat ootd atau selfie guna instagram filter.

Nampaklah juga sesi jongos beserta topi pinjam daripada Hajar. 


Gigih gila Hajar tangkap gambar aku yang nak macam-macam angle, nak ala-ala autumn lah, nak ala-ala instafamous lah. walhal hasilnya.




Tunjuk BTS dulu.


Hasilnya,
Sendu ya duduk atas daun kering. 😂


" Hajar, bagi kaki kat aku" 


our sweat face, sweet ke tidekkkk. 


Effort tau nak naik batu ni. Lagi senang daki 163m dari naik batu ni. Malas je nak tunjuk bts. 


fyi, feeling is compulsory in this case. 


helok nya gambar kita. Macam Bff  gitoh. 
Hajar, "Bff setahun sekali..luls"



Kaki mana yang menjadi pilihan hati.



Memang perlu ya aku perlu upload gambar hasil tangkapan aku yang perasan ala-ala di Korea ni, walaupun hakikatnya, matahari tegak atas kepala. 






yelah asyik bagi posing poyo, kaki panjang senyuman dari dalam hati je. 
Kita bagi lah pose Kung Fu Helang Betina mencari makanan pulak. 

Jeng jeng jeng. 
Waktu yang ditunggu telah tiba. 


Tom yam pertama aku sejak bermusafir di Singapura sejak 11 Mei 2020.

Konon rewardlah dah naik bukit yang digelar Singapore Mount Everest yang berketinggian 163m
Amboi kau pandang rendah ya. 


Kegemaran ramai. 


kecewa ya teh dia. Sejak aku kat sini, tak dapat lagi aku rasa teh yang sedap. Semua teh kelat, tawar je... derrr guna lah krimer pekat manis. Biar lemak berkrim. #janganbicarasoalkesihatanyadalamsituasini #akutengahemonih.


Terima kasih Allah, berikan rasa nikmat kegembiraan di bumi asing ni. Allah telah beri apa yang kau harapkan tanpa kau sedari.