Saturday, August 22, 2020

Cas bateri di Jewel, Changi Airport

 As Salam,

Setelah kemuraman selama beberapa hari, aku memang perlukan sesuatu untuk memastikan mental aku stabil.

Ada orang cari hobi, membaca, melukis, bersenam, jumpa keluarga, bercinta...
ahhh, indahnya dapat bercinta...
teks rindu sangat-sangat, walau ada depan mata.
Bila sakit dia hantarkan makanan, pergi mana-mana dia hantarkan.
Petrol dia isiskan....

Dushh.... mimpi rupanya๐Ÿ˜‚

Aku mesej kawan sekolah rendah aku yang kerja kilang lain, Hajar. Dari minggu ke minggu cek bila dia ni free.

Tapi, ada je halangan dan dugaan, tak jadi.

Akhirnya, suatu hari yang hujan dan mengantuk sebab masing-masing baru balik kerja pagi tu, kita berjaya juga merealisasikan perjumpaan di Jewel, Changi Airport demi sebuah post di Instagram.

Bukanlah...

Semua demi keseimbangan cecair kimia di otak. luls


Perjalanan yang agak panjang, stesen demi stesen, akhirnya sampai jugak...

Airport seantero dunia sekarang ni standardlah kosong, tapi demi menjana ekonomi negara Singapura, kita pun apa lagi, memeriahkan suasana. Yelah, tempat aku cari makan, takkan nak harap ekonomi dia down pulekksss.

Pastu, bolehlah kita berbondong-bondong balik Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ tumpah tanah darah ku.

Sampai Jewel, ofkoz target kita bergambar berlatar belakangkan air terjun buatan tertinggi  dalam bangunan di dunia. Dengan tanaman yang banyak gila, banyak gila kos untuk menyelenggara tempat ni. Ye, bagus ye terjemahan aku untuk perkataan 'maintain'.

Direka oleh arkitek kelahiran Kanda-Israel yang sama mereka Marina Bay Sand.

sumber daripada surat khabar; link

Buntang sikit lah mata sebab nampak air terjun ni, lepas tu baru buka dalam pukul 11, orang tak ramai, jadi boleh lah ambil gambar banyak take pun... hehe.

Sebab dua-dua lapar dan mengantuk, moh lerrr kita pi makan.

Jumpa kat IG nampak ada restoran ala-ala fine dining tapi kau tahulah mesti nak yang bajet punya.

Jadi, kita pilih 3 course seat meal Lunch.



Appetizer Hajar, Octopus 4 ketul.


Dessert, pink guava Sorbet.


Main course Hajar, Red Snapper. 


Main course aku, duck breast, plum, potato.. Liat gila itik dia, itik hutan ke apa ni.. hahaha


Appetizer aku, Flower clamp with Israeli Cous cous..  Masin gila.. perlu ya kau pilih menu kontroversi.


Tengok gelas jus tu pun aku dah kecewa๐Ÿ˜‚


Sebab Hajar perlukan dessert, ya bagi dia dessert adalah kek. Kita singgah ngopi juga, sebab aku pun tak boleh bukak mata dah pasal tak dapat kopi.


 Sesekali feeling macam orang hado-hado makan kat restaurant dan minum kopi mahal. Walaupun, dok depan sinki. 

Selalu kau makan kat kantin kilang, satu hidangan $2.60,minum kopi mesin, $40 sen secawan... 

Kitaorang jalan-jalan kat mall, tapi tak masuk pun kedai, kecuali MUJI, sebab aku tengah suka dengan design depa yang minimalis. 


Feeling lah, tak berapa nak tengok harga sangat. Just wash eyes je.




"Hajar, amik gambar aku nampak barang semua ni"
#perasancandid


Benci ya aku, sebab semua gambar aku nampak gemuk pendek.  Ni semua salah baju bukan salah badan aku. ๐Ÿ˜


Dan dan terus download apps edit gambar nak bagi kurus tinggi  kerana tak dapat menerima hakikat. Biarlah situ... luls


Yang penting dapat target kita ambil gambar dengan air terjun ni.


Feeling kejap.


kasi can lah


eh, banyak pulak. 


ok, last. 


tak game lagi ye. 


haha. 


Akhirnya, sebiji gambar untuk IG. Terima kasih Allah kerana membenarkan aku rasa gembira, dengan hadirnya kawan teman kan aku. Alhamdulillah, dapat hilangkan rasa murung pasal sakit rumah.

Hanya Allah yang dapat membantu dalam segala kesulitan. 





Thursday, August 13, 2020

Suatu Hari yang Suram

 As Salam,


Aku terbaring sendiri, melihat siling,

Setelah bosan menghadap skrin retak hp Sony,.

Menonton pelbagai update kehidupan manusia di IG. 

Ada yang buat aku rendah diri tapi mesti lah aku happy, mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, inspirasi buat diri ini.

Aku dengar kata-kata jangan  menyalahkan diri,

ini adalah jalan yang kita pilih dan qadar dari Allah. 

Jika kau mahu bahagia, maka bersyukurlah


Aku tak pernah rasa sesunyi ini,

Aku ada keluarga dan sahabat di sisi sebelum ni

Adakah ini dikatakan homesick? 

Bukankah ini yang aku mahu? 

Berehat dari kemas rumah, cuci sinki? 

Adakah ini namanya rindu? 


Dengan banyak perkara yang berlalu di dunia ini, Covid-19, letupan di Lubnan, kehilangan pekerjaan, kehilangan orang yang tersayang. 


Adakah aku layak untuk mengeluh? 

Sedang ramai yang hilang tempat berteduh?

Biar aku mengalir kan air mata, agar aku hargai bila sampai detik aku ketawa. 


Biar aku tulis di sini, buat memori. 

Munirah, 

13 Ogos 2020

1.46 am, 

 Singapura.




Saturday, August 8, 2020

Raya Korban dan Durian

As Salam, 

Raya Aidilfitri sudah ku lalui berseorangan didalam bilik hotel, melihat dunia luar yang suram dari cermin kaca. 


RayaAidiladha? 
Ku sambut dengan menjejakkan kali pertama ke Arab Street, Kampung Glam, yang sangat popular di kalangan pelancong. 

Akhirnya, dapat juga buat aktiviti selain hanya menghabiskan masa pergi kerja, balik kerja, tidur, makan dan tandas. 

Aku melakukan aktiviti luar normalku untuk sekalian kalinya hari tu. 

Mencari murtabak dan nasi beriani. Lapar. 
Maklumlah lauk Raya sampai kena naik MRT, bukan macam korang, dok ada dah atas meja. 

Asalnya nak makan kat Murtabak ZamZam ataupun Victory, tapi tutup dan tak boleh dine in. Sebaris dengan kedai itu juga ada Al Tasneem, walau tak sepopular 2 kedai yang bersaing tu, tapi aku akui rasa beriani kambing dan murtabak kambing dia sedap.



Kulit murtabak dia garing macam roti canai... Dap dappp

Lama wei tak makan kambing. 

Rindu bau dia hihi.






8.5 bintang aku bagi. 1.5 hilang pasai aku tak berkenan dia punya timun warna merah. 

Walaupun, dia score tinggi pada makanan, tapi Teh ais ;serpihan meteroid pun aku tak bagi, rasa macam Teh masuk angin. 
Aku yang selalu kena complain dek kakak dan mak aku, pasal aku buat Teh tak sedap pun jauh lagi sedap daripada Teh ais kedai ni. 

Aku minum air, " Pergh, out seh air dia ni" 

Kawan aku, "air tak penting, yang penting makanan sedap" 

Aku; " Air PENTING okay!" 

Ya, aku sangat titik berat kan air kat restoran, terutama jus dan Milo. 

Kau tulis kat menu Mango Juice, harga Rm10, tapi pakai kordial mangga, bukan mangga sebenar , memang buat darah aku go upstairs. 

Order Milo kaw, kena cas lebih, tapi bila sampai ceroi gila, dan bukan rasa Milo original, memang aku blacklist kedai tu. 


Dan kawan aku pun minum,hmm,
" tak de rasa langsung, cer suruh dia minum, test tengok" 

See, masih nak kata air tak penting?! 

Lepas makan, jalan-jalan dekat deretan kedai, amik gambar, buat modal nak pos kat Instagram dan buat kenangan. 


















Dah puas?! Jom, balik! Jangan buat lupa pula kena kerja malam. 



Sementelah aku sambut Raya Aidilfitri dan Raya Haji kat sini, keluarga aku di Johor bersuka ria sambut pesta durian.




Pak aku bersama cucu-cucunya. Seronok lah depa kutip durian, main kat kebun. 



Amboi, mak aku pun, sakan no. Aku syak tu kereta aku tuh hahahaha. 

Harap bila aku balik hilang lah bau durian tu. 
Masalahnya, Munirah bila boleh balik tu? 
๐Ÿ˜‚



Aku pun apa lagi, tergugat lah tengok durian. 
Sanggup kau beli durian dalam paket. 
Mujur sedap.  Dah itu pun je yang ada. hihi. 



Perlu ya, selfie sambil makan durian 6 hinggit seketul itu. 


Kes Covid di Malaysia meningkat kembali, sedang aku hampir murung di sini. 

Ada yang menyerah, kembali ke rumah.
Aku harus di sini, mencari rezeki di sini. 
Adakah ini namanya pengorbanan? 

Bila aku fikir kan, suatu masa dahulu, 
ini yang pernah aku inginkan,
kembara ke negara orang, 
lari sebentar dari semua orang, 
seorang. 

Alhamdulillah, dimakbulkan. 
Syukur Ya Allah, Ya Tuhan.