Saturday, June 29, 2019

Sofa. Antara buang, beli atau baiki?

As salam, 

  
Bagaimana dengan raya yang dah nak hujung-hujung ni?

Mengikut pernaakulan aku, ada 4 empat golongan  bila berkaitan dengan perasaan raya ni;

Golongan 1: Raya dia habis setakat raya kedua je;
lepastu hari dilalui dengan memikir cari duit nak makan, pasal raya habis duit tak tahu pi mana.

Golongan 2: Raya dia sepanjang 30 hari; 
Sepanjang bulan Syawal mengikut kalendar Hijrah, hari-hari dia penuh dengan aktiviti open house, collect duit raya, ootd baju 30 helai.

Golongan 3: Raya dia seperti 365 hari-hari biasa yang dilalui, hari raya ke hari jadi ke, Hari Gawai, hari jururawat, waima bulan Syawal dengan Safar sama sahaja. 

Golongan 4: Hari-hari hari raya, bak kata Awi Rafael, yang ni spesis  dia lain sikit dengan golongan no,3  (graf no3. macam tersekat di skala 6). Tapi golongan 4 ni dia di skala langit. Rare. 
Hari-hari dia bermotivasi manjang, positif dan semangat macam DMFK dan Prof Muhaya, tak de satu saat dalam hayat dia rasa down, istilah murung tak de dalam kamus hidup dia. 
Berbual pun berdegor degor sampai bergegar meja.

Okay, sebelum aku terlupa tentang motif aku tulis entri ni, aku golongkan diri aku sendiri di golongan pertama, dengan adanya event special  semangat datang sikit-sikit, seperti mengemas rumah.


Walaupun, mengemas sepatutnya lahir dalam naluri setiap insan, ya setiap manusia, setiap jantina termasuk khunsa, dilahirkan untuk sukakan kekemasan walau sebesar zahrah. No?


Kalau tak de hari-hari special seperti hari raya memang lantak pi lah rumah jadi apa, sebab kau rasa tak de orang tengok dan nak judge kau, rumah cam habitat beruang matahari mananya kau nak  post kat media sosial.


BUANG

Ini adalah perkara yang aku paling suka. Haha.



Jadi, inilah padahnya kalau kita simpan barang yang tak guna dalam habitat kita, dan berkurun tak pernah buka pun laci tu. Bukan saja kita tinggal dalam rumah tu, malah ia menjadi tempat tinggal makhluk lain,seperti Cik Tikus.

Dalam kes ni aku memang tak de fikir-fikir falsafah mana-mana tokoh tentang pembaziran , BUANG!!!


Betapa nakalnya Cik Ti  nih, dia boleh kokak gerobok.
dah jadi tukun ya kabinet dapur ni.



Bulu Karpet tu pun dia kekah kan, dasar makhluk prosak, kau ingat ni flos gigi ke.


Aku pasti ini adalah masalah yang dihadapi oleh anak-anak dewasa yang tinggal dengan parents iaitu banyak barang-barang tak guna pada mata kau, tapi parents kau tak bagi buang.
Haha, at least kawan-kawan group whatapps aku..luls



Bekas Plastik dan hadiah

Drama Pendek Ramadan: Aku buang balang kuih plastik sebelum raya. Mak aku suruh aku ganti balik bekas plastik  yang aku buang.
What?!

Kesimpualan: Bekas plastik murah apatah lagi yang ada cop depan T memang boleh buat gaduh anak beranak, laki bini ya.




Ini adalah selepas aku buang beratus-ratus bekas, aku pun dah tak ingat, lepas buang, confirm muncul lagi.
Limit untuk bekas plastik adalah muat kabinet ni je, ye bonda ku sayang.


Yang bakal menyusul.



Sekarang dah kurang dah  mak pak aku bawak balik  gift berupa bekas-bekas hiasan daripada rumah orang kahwin, cantik tapi tak dimanfaatkan. Bila dah banyak, dia mulalah jadi tukun.


Aduhai, aku lebih suka terima bihun, tepung, gula, souvenier kicap lemak manis Jalen tu, kalau ada kicap cap kipas udang lagi bagus stok tu berjalan deras kat rumah aku. Baru bermanfaat.

Hadiah kahwin kakak aku dan abang aku rasanya ada lagi tak pakai.
Luls, dah beranak pinak dah depa pun.
Kang kalau ada rezeki aku kahwin , korang bank in je duit salam keruk kat akaun aku. Pandai lah aku nak beli apa yang aku nak. KALAU ye KALAU (sebab tu lah hang bujang sampai laaa :P)




Buku-buku dan majalah lama

Selain daripada itu, rumah aku ada masalah majalah-majalah lama, adalah  sekitar tahun 2000-2008, tapi mak aku dah stop beli sejak beberapa tahun lepas.  Zaman 80an-90an punya majalah, dah dihapuskan satu ketika dulu.

Banyak gils, okay.

Buku tak berfungsi sebagai buku kalau kita tak baca.
Periuk nasi hadiah kahwin , tak berfungsi sebagai periuk nasi kalau duduk dalam kotak.
Baju tak berfungsi sebagai baju kalau duduk gantung 10 tahun dalam almari tak pernah pakai.
Dia hanya berfungsi sebagai tempat habitat cicak dan tempat beranak kucing.

Kita fikir dia bermanfaat, atau satu hari yang indah kita akan gunakan.

Nope, buku resepi yang 5 tahun kau tak pernah bukak tu kau takkan guna, kau nak masak kang, kau Google, alangkan saved and shared Recipes kat Facebook dan Instagram Eina Azman tu pun kau buat semak je simpan, bukan kau  try pun.



Okaylah, mungkin lah ada satu hari yang gemilang, kau fikir ada cabutan atau ada orang tawarkan hadiah RM1juta pada siapa yang simpan edisi majalah pada tahun 1981.
Lalu kau pun simpan, maka jadilah ia tempat habitat beruang matahari (Kesian beruang matahari, aku  seru je nama ko, apa boleh buat kau trending hari tu)


Penuh satu kereta kompak nak angkut buku dan majalah ni, sampai nak patah pinggang aku.
DM  Benut Traveler Cafe, milik traveler humbe, Nilam (Instagram : @rumah_ntang) untuk hantar majalah-majalah dan buku-buku terpakai. Dia pun terkejut tengok betapa banyaknya majalah-majalah zaman artis yang dulu free hair sekarang bertutup, dulu single, kahwin , janda, sekarang kahwin balik.


Zaman aku layan novel telah lama berlalu.
Biarlah orang lain yang manfaatkannya daripada duduk situ saja.








Majalah Mastika pun dah discontinued. 
Majalah Nona,cover anak Dato' Khalid masa tengah hangat satu Malaysia ketika itu.




Buku-buku tebal ni, langsung aku tak pernah baca, dah bertahun-tahun duk situ.


Bila kau brek macam tiada hari esok....
Mula lah kau nak guna konsep inertia sekarang.

BELI

Ini adalah perbuatan yang menipiskan wallet, tapi ramai orang suka buat. Beli tapi tak pakai.



Amboi, kau membebel pasar manfaat, beli tapi tak guna. Ni apa cerita nih.  
Pergi pasaraya nak beli buah dalam tin . 
Tiba-tiba, beli barang kuih raya, sampai raya nak habis, sebutir kuih raya pun tak de.

Semoga ada keajaiban untuk menukar bahan ni menjadi dessert  ala cafe hipster.
Kalau tak tunggu expiredlah tahun 2021.
Ingat semua tu duit, duit bukan sebab utama, membazir serta makan ruang dan jadi breakfast Cik Ti je kang.



BAIKI

Sebagai manusia yang lemah, semangat aku pun bagai dibawa angin bayu. 
Biasanya sendu, tapi bila dia datang, ha, masa tu baru nak buat macam-macam.

Raya kali ni aku repair sofa.
Kenapa bukan beli baru?
1. Beli lagi mahal (untuk sofa impian aku), bajet ilek. Kalau sofa fabrik boleh dapat lagi murah.
2. Sebagai scroller  feed dan Tapper stories Instagram tegar; Post yang memaparkan perbaik perabot lama, kempen sayangi alam, reduce, reuse, recycle, beli bundle, minimalist, avoid fast fashion memberi sedikit sebanyak kesan kepada aku.

hehe, poyo bukan?




Benonye, memula, aku rasa nak tukar sarung kusyen je untuk sofa ni, bawah dia yang hat kelabu tu, koyak, sebenarnya dia salut pvc warna hitam.
Aku tangguh dulu, pasal bajet tak dok.


Aku pulak dah lama kenan dengan sofa leather, pastu internet dan Instagram ni kan macam jahat giler tahu  kita punya interest based on our activity kan, asyiklah keluar gambar-gambar sofa kulit cekelat yang meruntun jiwa.




Time tak de bajet tu, sabaq lu, kita cuba buh kusyen-kusyen lain, bagi naik seri sikit walau nan hado.

 

Dia punya kapas dalam kusyen tu pun,   SEDIH!


Inilah rangka sofa yang sedih tu, dia punya kulit cabut dah, apa yang buat aku rasa sofa ni masih ada nilai ialah, armrest kayu dia tu.

Aku whatapps tukang baiki perabot di Pontian tu, dia bagi alamat, sampai alamat dia bagi tu, rupanya dia base kat rumah.
So, aku tengok catalog material dan warna, mostly aku nampak material yang tak serupa leather , banyak PVC dan fabrik.
Cuma, ada satu je, bila aku flip,
BAMMM,
You are the one!
Persis yang aku tengok di Instagram.

Over ke tidekkk..

Selepas lebih kurang 2 minggu, berdegup kencang jantung ku... ewah



Bila dah dapat sarung tu aku punya excited sangat.


Pada aku, jahitan dia sangat kemas. 2 emoji jempol untuk mu.




Selepas beberapa minit kemudian,
Tadaaaaa!



Yeszzz, dia nampak sungguh tak siap, bajet separuh, warna armrest tu pun tak match dengan warna sarung tu.

Bak kata mak aku, bagai 'rumah buruk disapu kapur'


Okaylah aku google kan untuk korang




Hehe, sorry, aku google jumpa ni ja.
Aku pun tanya mak aku,
"Mak, kenapa tak de pun peribahasa rumah buruk disapu kapur? Ada rumah buruk disapu cat je."
"Yelah dulu, mana ada cat pakai kapur."
"Tapi orang Google tak jumpe pun"
"Google dah tak keluarkan dah, peribahasa dulu".

Haha, baiklah, makkkk kuuu, Mom always right. Mom 1 . Google 0.

Cop!



Tak habis lagi, aku punya sakit hati kat tikus tu.




Hat ni yang paling aku geram sekali ni, tak sampai 2 minggu, kau boleh makan aku punye sarung kusyen yang aku usahakan hasil duit tabung aku, kau belum kenal aku siapa?!

Aku sanggup membunuh 


I am not proud of it.


Bila lama-lama aku tengok sofa yang macam tak siap tu, aku rasa kehidupan aku sungguh terganggu.
Ya, perkara-perkara yang lebih besar seperti simpanan di hari tua, atau siapa nak jaga aku bila aku dah tua nanti, tak mengganggu aku seteruk nampak sofa tak siap ni, kerana dia ada depan mata aku dan masalah-masalah besar yang aku buh tadi tidak pasti, dan marilah kita bertawakal dan meletakkannya pada Allah daripada risau benda yang tak pasti.

Aku telah meletakkan masalah yang ada depan mata aku ni didalam Instagram. Well, it deserves one or maybe two or maybe 7  IG's story post , because , you know this is a big thing for me okay!

Heksaited ko ek (nada Aliff Syukri)











Ramai vote bungkus sekali handrest tu sekali. Thank you for voting guys. Aku sungguh menghargainya.



serta yang reply stories bagi pendapat jujur.

serta ini juga. Hehe. 




Aku  mesej tanya Encik Ahza (aku rasa nama dia Abdul Khalil, aku tak panggil nama pun) sofa ni balik. Berapa bajet kalau nak repair sofa tu dan cover semua tu dengan material sama. Boleh ke dapat sebelum raya semua.
Aku pun lontarkan kegusaran aku pasal armrest tu tak tahu nak buat macam mana, sama ada nak cat atau bungkus jugak.

Encik Ahza ni cakap, sayang kalau bungkus, nanti tak nampak kayu tu, aku pun rasa yang sama, sebab nilai sofa ni terletak pada armrest dia,
Dia cakap mungkin dia nak sapu varnish, dan kene tambah duit sikit lah, sebab dia nak gosok kayu tu. Allah, merecik peluh dingin aku dengar ayat " KENA TAMBAH DUIT "




Benar ya dah jadi habitat Cik Ti bawah sofa tu, sebab dia berat memang tak beralih.
Ini adalah momen yang mengaibkan, bila Tukang Sofa tu dalam proses nak angkat sofa keluar rumah, bapak besar tikus gemok gile hasil makan sawit.




Kau angkut apa lah Cik Ti duduk bawah sofa tu, memang habis tinggal rangka je sofa tu.


Aku pesan dengan dia, jangan charge mahal-mahal nak raya banyak pakai duit.
Amboi, dasar tak sedar diri,  nak cantik, bajet ciput.


Gambar whatapps daripada Encik tersebut.


Dia spray dengan warna yang lebih match dengan warna cover cushion yang baru tu.
I loike.

4 Mei dia ambil kerusi, 19 Mei siap.






Maafkan daku, pencahayaan lemah.


Nampaklah siap sikit kan?



Kalau ada yang berminat nak hantar sofa/kerusi lama untuk dibaiki sekitar Pontian dan Johor Bahru boleh cuba ushar whatapps/ Facebook Ahza Cushion Centre. 





Kos untuk sofa aku:
 6 sarung kusyen: RM405 
(Dia tambah RM10 untuk setiap satu sarung kusyen sebab material yang aku pilih, 
kalau tak lagi murah )
Sarung sofa dan handrest: RM550
Kos pengangkutan: RM100. 

#iklantakberbayar #akuyangbayar 

Aku harap bertahanlah sofa tu sampai bila-bila, berbaloi sikit aku punya duit tabung. #kesatpeluhdingin