Tuesday, August 30, 2022

Hikmah dalam Khemah


As Salam,

Sepanjang perjalanan hidup kita, 
kita memainkan watak yang macam-macam,
bertemu juga dengan watak yang pelbagai, 
di tempat yang berlainan.

Kita bina hubungan persahabatan, ada yang kekal, 
dan ada yang cuma jadi kenangan.

Setelah berlakunya perpisahan,
dek takdir untuk meneruskan kehidupan,
kita tidak tahu hubungan mana yang akan bertahan atau masing-masing kabur dek kekangan berlainan.

Tiada siapa yang berdosa, kerana semua itu faktor takdir. 
Atau mungkin masa, kita cuma perlu redha. 

Kerana setiap hubungan perlu usaha, bukan hanya dia atau saya, tapi kedua-duanya.

Begitulah yang terjadi bila kau meningkat dewasa, kawan yang bertahan dari sekolah  kau ada hanya seketul dua.

Aku ada kawan yang dari group berbeza, dan aku memainkan watak berbeza.  Kawan sekolah rendah lain, kawan sekolah menengah lain, kawan U lain, kawan tempat kerja lain. 

Aku seboleh-boleh elak nak temukan kawan-kawan yang berbeza ini semeja. 


Sebab apa? 

Mudah.


Nanti terbukalah segala aib dan rahsia yang aku simpan selama ni antara geng-geng berlainan ni.

Tapi, sudah tertulis, 12-13 Ogos lalu, kawan sekolah rendahku bertemu kawan sekolah menengah , dan camping  bersama.


A : aku rasa nak terkentut lah.

M : kalau nak kentut , pergi luar, jangan kentut kat dalam ni (khemah)

Beberapa  saat selepas itu,

N: eiiii, busukkkkkk!!!!!!! 

M : hehe, alaaa terlepas lahhh😜

A : eiiii , teruknya, dahlah tak bagi aku kentut, sekali dia yang kentut!


Setakat post ini ditulis, kami masih berkawan.

Hikmah kentut dalam khemah; 

kita dapat kenal member yang masih sudi kawan dengan aku walau perangai macam sampah🤣



Mungkin, ini je pilihan yang ada kan?



 Gambar ini diambil dalam khemah 



Gambar ini diambil depan khemah 




N & A



N & M


A & M



You’re stuck with me.


Lokasi: Teluk Keke Campsites, Pulau Perhentian Besar, Terengganu 



Monday, August 1, 2022

Pengalaman sewa studio selama 26 hari

 

As Salam


Aku rasa aku dah berpindah  berkali-kali lepas habis belajar.

1. Shah Alam Seksyen 13: Jadi cikgu tadika, tumpang bilik di tingkat atas rumah 2 tingkat yang dibuat taska.

2. Johor Jaya ; sewa bilik kongsi 2 orang. Kerja kilang di Desa Cemerlang 2 tahun 8 bulan.

3. UTM ; 6 bulan + 6 bulan tumpang bilik kawan

4. Pasir Gudang; Bukit Dahlia : 2 bulan

5. Shah Alam; tumpang rumah makcik 2 bulan.

6. Larkin ; sewa bilik kongsi 2 orang dalam sebulan kot

7. Flat PPR Sri Stulang; sewa bilik master kongsi 2 orang,  setahun setengah.

8. Woodlands  Blok 660; satu tahun

9. Woodlands Ring Road Blok 630; satu tahun

10. Central Park, Damansara Aliff , studio; 26 hari

Ya. 26 hari.

Dan, aku hanya bermalam jumlah tak sampai 7 hari dalam studio tu.




Dalam post ni aku nak cerita apa yang membuatkan aku membatalkan perjanjian sewa studio tu tak sampai sebulan. Oh, deposit hangus ya.

Pada mulanya, aku memang sangat teruja ya, nak sewa rumah kat Johor Bahru, setelah 2 tahun bayar mahal untuk sewa bilik di Singapura. 

Ini adalah keinginan aku sejak sekolah, duduk kondo, ada swimming pool, ada gym, privacy, lepak kat balkoni, tak jumpa jiran-jiran. Haha



Jadi, aku rasa inilah masanya untuk aku  ada whole space sendiri. Sebab daripada aku kecil aku tak pernah ada bilik sendiri, kebanyakkannya sharing, dah besar pun belum ada rumah sendiri lagi.

Tapi, itulah bak kata mak aku,  apa yang kita suka , belum tentu baik untuk kita.

Keburukan tinggal di kondo (studio) pada pendapat aku;

1. Open floor plan

Layout studio yang aku tinggal, sekeping je, tak de divider ke, mezzanine floor ke.

Masuk-masuk kau memang nampak semua. Benda ni okay memang best kalau memang aku sorang tinggal kau tak payah nak complicated , belok-belok buka pintu bilik semua. 

Tapi, dia akan jadi tak best bila kau nak menerima tetamu . Ye lah, kadang-kadang orang nak tumpang solat ke , nak hilangkan penat , baring ke. Macam aku kadang-kadang nak lari sekejap dari bersosial ke. Mana nak sembunyikan? Takkan dalam toilet je.Pasal tu jelah yang ada pintu pun. 

Walaupun, aku tinggal sorang dan tak menerima tetamu pun, aku masih tak selesa bila tiada bilik.

Privacy dan aurat adalah perkara penting dalam budaya dan agama kita. Dapur dan bilik adalah tempat yang selalu kaum wanita lepak.



Masa baru lepas pasang langsir. Terus gelap ya kalau tak ikat, dah kena pulak beli sheer curtain.
Nak rembat mak aku punya langsir, sekali senteng daaa

2. Parking 

Studio yang aku sewa tu tingkat  9, bersama parking kereta kat tingkat 7. Terus terang aku cakap , aku benci setiap kali nak parking . Setiap kali nak pergi parking , kau bayangkan aku kena tekan minyak, tekan brek, pusing stereng nak corner,  kereta lain lalu dari arah lain kena hati-hati, kena berhenti untuk bagi laluan kalau terpaksa, pasal laluan sempit. 

Bayangkan kena naik turun parking 2 kali sehari, tingkat paling tinggi sekali. Buang masa nak parking je guna berapa minit, berbanding kau parking depan rumah, okaylah paling tak pun rumah pangsa, parking semua kat bawah, tak payah kau nak panjat bangunan nak parking. Tapi, siapa cepat dia dapat lah konsepnya.

Kalau kereta yang parking kat ground floor , mungkin lah kena bayar lebih, pasal aku tengok banyak kereta besar- besar situ, kalau kenari ke kancil ke yang aku jumpa, ada, tapi kena clamp huhu.

Oleh itu, jika rumah anda, porch kereta depan rumah, itu ialah luxury. Kau tak payah angkut barang groceries punya jauh , bawa masuk dalam rumah.

Anda patut hargai dan bersyukur.


3. Tingkap menghadap garden, dan blok lain.

Garden tu satu level floor bawah aku, kalau aku buka langsir , aku akan terus nampak garden tu, dan orang yang kat garden dan yang dalam blok seberang pun boleh nampak aku kat dalam.

Untuk orang yang introvert seperti  aku, it is no no. Jadi balkoni kat depan tu memang tak berguna lah, sebab aku tak dapat lepak dek tempat tu bukan lagi privacy, aku nak tengok pemandangan, bukan nak tengok orang (walaupun orang tu bukan tengok aku pun)  Kalau nak tengok orang, baik aku bersidai kat mall, daripada bersidai kat balkoni.



4. Security 

Ni ada baik dan buruknya. Sememangnya kau kena masuk ada access card. Jadi, tak de orang asing boleh masuk kat kawasan tu.

Dia boleh jadi annoying, sebab kau kena sentiasa bersama-sama dengan access card tu. Nak masuk kawasan kondo kena tunjuk access card, nak tekan lif kena buh access card.



Menyampah sebab tangan aku tak free, lebih-lebih lagi kalau bawa barang banyak.

Bayangkan kalau ada tetamu, kau kena turun lif jemput dia bawa naik unit kau, sebab tulah, kena ada access card tu.

Barang-barang kau beli online semua hanya dihantar sampai security guard. Jadi, kau kena pickup barang tu kat security guard, lepastu kau kena tulis pulak dalam buku log security setiap kali ambil barang.

Ntah ek, dia macam kau dah biasa kerja senang, sebelum ni delivery guy hantar sampai  depan pintu , tapi  sekarang kau kena tambah kerja pi collect sendiri.  Jadi, kau merungut ah kan apa lagi hahaha.



Sheer curtain pun beli kat shopee, katanya privacy sheer cutain, tak boleh nampak apa yang kat dalam rumah, kita pun tak boleh nampak orang kat luar. Tak sempat guna lagi, berbungkus lagi ha. Link shoppee: Privacy sheer curtain

5. Kewangan

Aku agak tak bernasib baik kali ni, sebab masa aku survey tempat nak sewa tu, banyak iklan yang aku tengok dengan lokasi dan harga yang aku berkenan tu sudah diambil orang. 

Jadi, bila agen ni kasi ads studio ni dengan harga rm850, berbanding unit lain rm1000 ke atas. 

Aku terus amik, sebab takut terlepas, aku fikir tak pelah unfurnished pun, beli tilam sudahlah.



Akhirnya, aku kena fikir nak beli langsir, nak beli rel  sangkut baju, nak beli rak simpan baju. Nak beli peti ais dan macam-macam lagi. Jadi, banyak duit yang keluar. 


Bangga ya berjaya pasang sendiri terus feeling wanita independent , berjaya , cemerlang dan terbilang. Tohh. Link shopee : Bamboo railing cloth 

 Sesuai lah untuk orang yang selalu pindah macam aku, kang nak beli almari, kita ni tak de laki nak tolong angkut berat-berat eh, tiber.

Mana kau punya “hey, ma single ladies” 

*Menari Beyonce*

Nasib baik juga aku belum beli peti ais, kalau tak aku nak ngangkut keluar pulak naik Axia.

Demand kilang aku pun merosot, jadi tak de peluang untuk overtime, maka aku cuma dapat basic je.

Dengan gaji basic aku, aku rasa berat dan tak ikhlas  nak bayar sewa untuk tempat tinggal yang aku tak suka.


6. Agen

Bila ada perjanjian sewa, dan ada perantara iaitu agen, sememangnya agak leceh ya dan lebih memenangkan landlord. Satu kau kena bayar upah agen, lepastu kalau tak puas hati kau kena berurusan dengan dia juga bukan terus dengan owner.

Mereka  sememangnya akan based on contract, tak boleh tolak ansur.

Kemudian, aku rasa ini memang dah tabiat sales atau agen.

Sebelum close deal kemain laju reply, efficient gila.

Lepas dah close deal, dah dapat payment,

Ya ampun, macam orang bodoh eyyy aku send text tak de reply.

Nak anggap normal ke?

buh sound tiktok sat;

Nak normalise apebenda? Ini bukan culture ey, nak normalise normalise

Okaylah kau nak kata tak perasan, hari pertama aku send kau tak perasan, hari kedua send tak perasan lagi, hari ketiga send lagi text, pun tak perasan. 

Berbeza pulak dengan sebelum yang aku cakap agreed.

Bila aku mesej gaya melenting , ehhh , tiberr boleh terus  reply mesej. 

Aku punya water heater tak berfungsi. Technician  belum betulkan  sampai aku keluar, aku bayar deposit 7hb, bulan sebelum aku masuk lebih kurang . Total 6 minggu.

Aku mesej cara baik dia buat don’t know eh,

Dia kata tu hal kecil, sampai buat aku nak keluar rumah. Bukan aku tak boleh guna toilet tu pun.

Tak semestinya hal kecil bagi kau, hal kecil bagi orang lain.

Aku sakit hati mandi air sejuk satu hal.

Tapi, aku paling sakit hati kau palau mesej aku. Sebab bayar  bukan murah eh, aku kalau bayar sewa murah, agen fee pun tak de bayar, boleh je aku mandi air sejuk macam ais tu. Tak de masalah.

Ni dahlah kau bayar mahal, bayar agen fee lagi , eh air sejuk tu hati aku rasa menyirapppp eyy.

So, agen or sales person, please lah,  after service sales is equally important as (or maybe more than) closing the deal.

Secara umumnya, kalau servis kau bagus, memang orang akan recommend kau, kalau tak bagus? Lu fikirlah sendiri.

You are not selling the product, but you also selling the feeling.

Kau bukan jual sewa rumah je, kau jual rasa selamat, rasa selesa, rasa istimewa. 

Kau  sewa rumah kondo, berbanding kau sewa rumah flat tinggal. Kau beli beg tak de jenama, dan kau beli beg Chanel. 

Rumah adalah rumah, beg adalah beg? 

Bukan semata-mata itu ya.

Kenapa pelanggan beli beg Chanel atau beg berjenama?

Pelanggan bukan nak beli beg semata-mata, dia beli lifestyle, rasa yakin, rasa mewah, rasa dihargai.

Dan mungkin juga impian.

Daripada sewa rumah pergi ke bag Chanel ya.🤪

Daripada aku marah-marah, memenatkan badan, emosi dan mental aku.

Bye bye je lah.


Baru pindah, kemas semua, dah kena kemas semula. 4 kali mengemas ya kau dalam masa sebulan. Aku rasa barang aku ni sikit berbanding wanita-wanita lain. Tapi pun sangat memenatkan ya. Tak game-game ya mengemas dalam hidup ni.

7. Bukan jiwa

Okay, memang aku tak de view rumah tu awal-awal. Ini memang perangai aku, deal online, terus on, terus masuk pindah.Yelah, aku lupa dulu aku dok sewa bilik, jadi tak kisah sangat, sebab tak de contract setahun, kalau nak keluar kena beritahu 1 atau 2 bulan awal je. Perjanjian rumah sewa melibatkan kos yang tinggi ya Munirah. Ingat kat kepala tu.

Tapi, tulah sebab malas nak view and survey rumah banyak-banyak dan asalnya cuma nak feel apa rasanya duduk dekat kawasan kondominium, “ha rasain loh!”

Mula-mula aku okay je, bolehlah lebih kurang dengan view yang boleh kata satu level dengan public garden, parking tinggi dia semua, aku ingat aku akan biasa lama-lama, atau nanti aku parking je kat bawah luar security guard tu. Takpe lah aku cuba satu tahun.

Aku suka juga dengan size studio yang comel, kau tak perlu jalan jauh-jauh,  nak pergi satu bahagian , ke satu bahagian. 

Tapi, bila beberapa malam aku duduk situ, aku tak de rasa makin suka tinggal situ, rasa benci tu mengatasi rasa suka. Salah satu sebab; point no.6. Line UMobile pun hazab ya. 

Aku pulak ada satu tabiat, bila aku dah tahap tak suka tu, aku terus tinggal, tak boleh hadap lagi. Lantak situ.



Buat masa sekarang biarlah aku tinggal dengan mak pak aku. 

Masa hadapan? Adakah aku akan kembali tinggal di kondo atau seumpamanya? 

Masa hadapan manalah kita tahukan. Doa yang baik-baik.


#diariperempuannomad 😄