Saturday, December 25, 2010

Doa dan Janji

As salam,




Ya Allah , kami bersyukur kepadaMu kerana
engkau telah menjadikan kami orang yang beriman orang Islam

Ya Allah,, kami bersyukur kepadaMu kerana 
engkau telah menjadikan kami umat nabi Muhammad S.A.W

Ya Allah kami bersyukur kepadaMu kerana
engkau telah menutupi dosa-dosaku selama ini

Ya Allah, kami bersyukur kepadaMu kerana 
engkau telah memberiku rezeki tidak dikuasai orang lain

Sahaja aku hari ini tidak akan zalim
Sahaja aku hari ini akan menolong orang yang mazlum
Sahaja aku hari ini akan menunaikan hajatnya sesama muslim.

Doa pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu tadika.........


Tertunaikah janji menjadi manusia yang tidak menzalimi orang lain,
Membantu orang yang teraniaya (mazlum)
dan 
menunaikan hajat muslim yang lain, 
khususnya bangsa sendiri.


Mungkinkah rezeki kita di tempat lain......

 
 
Rezeki yang tidak dikuasai orang lain.
 





Ya Allah, Berikanlah kami jalan menuju ke syurgaMu.
Amin.

Sunday, November 21, 2010

Tahukah kamu, Pengorbanmu ku hargai...

As salam,


Hari ini dalam sejarah..


Raya Haji atau raya korban atau raya Aidiladha nih...

Ku merasai pengorbanannya


Pengorbanan seekor lembu dan seekor kambing...

sekor lembu untuk 7 orang termasuk satu famili ,abang ipar n iman alif
sekor kambing untuk kamilia iman




Trauma tengok lembu tendang  pagar.



Tahukah anda?

perut lembu ada empat.




Tahukah anda?

bahawa anda bakal disembelih beberapa jam lagi.


Tahukah anda?

 ini apa.


dan 

ini adalah gigi kambing


Tahukah anda?



bahagian kepala lembu daging dia tak da lemak



Tahukah anda,



ayah saya pandai sembelih kambing



saya baru tau.



Thursday, November 18, 2010

Ikhlaskah?

As salam,


kalau dulu, ketika projek tahun akhir meruntuhkan segala nafsu,

bidang kimia bukan idaman, tadika pula menjadi pilihan,

rasa macam senang, tak perlu pergi lab , membaca jurnal bagai.

Pukul 12.30 petang, boleh balik sambung tidur panjang.



Tapi sekarang,

balik kerja paling awal pukul 4.30 ptg cuma sejak dua menjak ni cabut awal
paling lewat sampai slot drama akasia habis...




Episod akhir Chinta wei...

balik kerja jumpa budak bergigi tajam, sebab suka gigit orang, termasuk punggung.






ha, makan budak....



kena pulak mengajar budak-budak menari, boleh pulak manusia kayu yang mengajar , ibarat

kera mengajar anak berjalan-kucing.


Tak sabar bilalah sekolah habis, tak payah bangun pagi, menjerit setiap hari, berlari ke sana sini.


Bila sudah sampai waktu yang ditungggu,





terasa mahu terbang, lebih hebat dari selepas mengepos tesis degree.





Sedih tak dapat amik gambar pakai topi nih, sebab bapak budak tengok pelik bila aku pakai. 




Oh, lupa! Aku cikgu budak bukan nya budak.

Namun terasa rindu pada mereka, walaupun aku tau berapa kerat manusia yang ingat  cikgu tadika diaorang. Aku tau korang pun bukan ingat kan?kan?kan..



Guru, kau ibarat lilin.




Rela membakar diri untuk menerangi insan lain





Sudahlah kau, sajak berkarat...

Apa yang penting..
(Gaya pidato kebangsaan)









Mereka sentiasa tersenyum bahagia,






Sentiasa bersedia,



Menjadi Pembela bangsa


Dan apa yang lebih penting?



Duit gaji masuk..:P


kalau orang bertanya kerja apa yang senang,


mana ada kerja yang senang,


Tiada yang mudah, Goyang kaki pun susah.

md ::: Ayah masih tanya, "ada duit lagi tak?"...

Sunday, November 7, 2010

DBSB: siri 9: ungu violet

As Salam,





I love to tell moooooooooore about my cousin`s wedding, and edit this picture.
But for the time excuse, I can`t manage it.hehehe. sowy.(jangan eja sorry mcm nih, ye adik-adik)

Selamat Pengantin Baru, dan semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat.






Pasangan : Baiti & Eddy
Lokasi     : Tanjung Harapan
Kamera   : SONY Cybershot T77 (akak saya punya)
(harus yer buat caption bak jurukamera profesional)

Friday, November 5, 2010

mengapa bah?

As salam,

Mengapa Bah? Kau berubah ? ( Stacy).

Okay, tak de kaitan.

Kaitannya hanyalah Bah itu banjir,



5 Tahun, dari 2001 hingga 2005, menuntut ilmu di sebuah sekolah di bandar penawar, Kota Tinggi. Selepas tidak meninggalkan apa-apa untuk sekolah ,


Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007 (sumber : wikipedia)


Tempat belajar lagikan dikenang,




apatah lagi tempat outing.


serta tempat beratur panjang keluar duit pakai buku. 
(maklumlah bebudak sekolah  takda kad atm).


sumber gambar : sini


1 tahun, dari pertengahan 2006 hingga pertengahan 2007, bersuka ria  belajar selama satu tahun kat matrikulasi tangkak , Johor, walaupun banjir , tapi tak nampak sebab  kat KMJ tak naik air, tapi air bersih tak da, maka  susah untuk menyucikan diri..hehe...


3 tahun, dari 2007 hingga 2010 , menuntut ilmu di sebuah universiti di Arau, Perlis. Selepas meninggalkan tempat itu dengan linangan air mata Mei lepas, Arau juga dilanda bah.



Pelajar UiTM Arau dijangka berdepan krisis bekalan makanan (sumber: Berita Harian)


nama Prof Dr. Khudzir masuk paper okay.




md ::: KONVOKESYEN UiTM PERLIS yang petama ape cer?

Wednesday, October 20, 2010

ya, hidup mungkin indah, tapi sebenarnya memang bukan mudah

as salam,


Pabila ku melihat orang kaya, ku memikirkan mereka bahagia, tapi kebanyakkannya penuh rasa waspada.

Pabila ku melihat seorang bayi, ku ingat dia sentiasa digemari, rupanya ada yang tak sudi,

Pabila ku melihat sepasang kekasih, ku ingat mereka sentiasa berkasih, rupanya ada syak yang sukar disisih.

Pabila ku melihat  peragawati, ku sangka mereka bebas memiliki, rupanya mereka terlalu berhati-hati,


Ya,  memikirkan dunia insan-insan ini,
sehingga lupa kepada indahnya takdir diri,
yang ku sangka  indah tapi sebenarnya bukan mudah.


Alhamdulillah.

Segala Puji Bagi Allah , Tuhan Sekalian Alam.





















Demi siapa, hidup ini? 
Kembalilah kepada Yang Maha Mengetahui.




md::: tak mudah rupanya hidup tanpa kamera.

Wednesday, October 13, 2010

Budak-Budak zaman sekarang

As salam,

Johann (bukan nama sebenar) menunjukkan lukisannya pada gurunya, Teacher M (bukan nama sebenar).

Johann       : Cantik tak ?

Teacher M :  Tak.

Johann       : Teacher punya baju lagi tak cantik .

Teacher M : (terkesima).

Teacher M memakai baju kurung yang dibeli di Giant pada hari sebelum hari kejadian.

Pengajaran: 
Cikgu yang jujur kata lukisan anak murid dia tak cantik wujud rupanya. Nampaknya, terpaksalah tipu lepas nih, sebab kalau tak  kena kutuk balik.


md : nasiblah kalau mengajar anak orang kaya.

Friday, October 8, 2010

suku jiwaku pergi

As salam,







kamera yang setia berkhidmat untuk saya dan blog cabuk ni pandai edit gambar yang ditangkap.

gambar sebelum








dan gambar selepas di-edit









hebat tak kamera nih?:P
dan lagi satu




nak teka , gambar asal nye...?












sumber:  Saiful nang



ya, betul , 1/2 daripada 1/4 jiwa ku ini telah pergi






dan





inilah gambar asalnya.


mungkinkah blog cabuk ini juga akan berhabuk seperti tempat gantung kunci tapi tak digantung pun kunci kerana lagi 1/8 dari jiwaku ini juga telah pergi.



Adakah ada lagi inspirasi buat munamuni?


Thursday, October 7, 2010

Mari Mengaji

As salam


Siapa dah khatam Quran?
Mesti dahkan? Sejuk urat saraf emak yang meneran.
Kalo yang lahir lalu tingkap, sejuk parut emak kat perut.

maaf, merepek. :D


Di sebuah kampung yang permai di sebuah daerah paling selatan di Johor, terdapat seorang anak yang tinggal bersama emak dan neneknya yang dipanggil Mbah.

Pada suatu hari , Si emak telah menyuruh si anak pergi belajar mengaji Al-Quran

Emak : Nanti mak hantar gi belajar ngaji. Kita ni belajar mengaji kena berguru.

Anak : (buat muka sepe-et).


Si anak pun dalam usaha untuk cuba menyejukkan perut ibu mengandung pun menurut kata si emak. Lagipun, si emak yang bayar dan hantar  walaupun dia merasakan diri dia sudah berlagak pandai baca Al-Quran.

Si anak pun ada pernah terbaca, kalau baca dan amalkan isi Al-quran , ibu bapa kita akan dipakaikan makhkota masa hari kiamat.



Hadis Rasulullah s.a.w dari Muaz al-Juhani

" Sesiapa yang membaca al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaiman pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya."


Di dalam kelas, si anak memberi senyuman simpul  kepada kawan-kawan baru sebaya umur si emak . Apa nak buat diri si anak semula jadi pemalu.

Tapi, si anak teringat kata salah seorang cikgu belajar memandunya (lebih dari sorang rupanya cikgu memandu si anak :P)

Kita ni kalau nak belajar , 
jangan malu



Hadis dari Uthman Ibn Affan r..a

Dari Rasulullah s.a.w

Maksudnya: " Sebaik-baik kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain"



Si anak mahu mengajar anaknya membaca al-Quran.
Oh, dia baru sedar yang dirinya berangan lalu mengetuk kepalanya dengan perlahan.


Dengan keramahan mak cik - mak cik dan cikgu di kelas megaji, membuatkan si anak kembali lega
dan cikgu pun menyuruh membaca surah al-Fatihah.

Amik kau si anak,

 Basmallah lagi sudah kena tegur.

                                   

huruf jim bila bari atas, JA, mulut haruslah di`action' kan, ,
bukan mulut sengeh.Paham tak?


huruf ain bila baris atas, rahang berpusing, biar betul masuk bunyi ain tu.



huruf ha, bila sebut kena keluar angin.


banyaklah makhraj huruf yang harus dibetulkan oleh si anak.


Tapi yang paling dia susah sebut adalah huruf kha, cikgu kata sebut sampai bunyi kahak.








Ya, si anak terpaksa kembali kepada IQRA`.



Tapi, si anak redha lebih-lebih lagi bila Cikgunya kata, 


Biar lambat asalkan betul


p/s : kalau ada terkeliru tentang cara menyebut huruf-huruf, maafkan saya jika ada yang salah. Sila beritahu saya dan Sila rujuk kepada guru ngaji anda atau orang yang ahli tentang al-Quran. Saya budak baru belajar.

Tuesday, October 5, 2010

walau sinar bulan itu pantulan (amaran: entri ni buang masa!)

As salam,


 Dinasihatkan tak yah tengok. okay cepat-cepat klik pangkah.







































okay, buang masa kan.
macam harem jek nak buat banner letak muka sendirik :P
nak buat camner , takkan nak letak muka Lisa Surihani ngan Diana Dianielle pulak.

Sunday, October 3, 2010

sengeh pisang

As salam,







gambar hanya sekadar hiasan (tiba-tiba)
pisang memang sentiasa menjadi buah kesukaan :P



Seorang perempuan dibawa ke mahkamah lepas mencuri kat supermarket.

Hakim: Puan Senah, apa yang awak ambil?

Puan Senah :  setin kecil buah pic jek, cuma ada 6 pic dalam tin tu.

Hakim: Saya hukum awak dijel 6 hari untuk sehari bagi sebiji pic.

Puan Senah pitam dan tumbang ke lantai. Suaminya memangku Puan Senah ke ribanya.

Suami Puan Senah : Yang Arif,
                               Dia curi setin kacang peas jugak!

















eh, terlebih sudah...
nak letak gambar canned peach, google keluar gambar-gambar ni terus, 

air liur teraktif pulak.

Sumber : Reader`s Digest (oktober 2010).. 

md:::  bila aku translate , jadi pelik dan tak jadi nak sengih pun.

Saturday, October 2, 2010

haid?! senggugut! bersyukurlah!

As salam



Okay, cukuplah promotion untuk digi ngn iPhone4..

Meng-kayakan orang memang pekerjaan separuh masa tanpa gaji .



entri ni khas untuk golongan sejenis saya yang bergelar perempuan yang sudah akhil baligh.


Haid seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu.

Kalau pada hari pertama dia membaca;

" Alhamdulillahi' alaa kulli halin wa astaghfirullah"
(segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah daripada segala dosa)


maka, 
Allah akan membebaskannya daripada neraka dan 
dengan mudah melalui siratul mustaqim dengan aman daripada seksa

Bahkan Allah akan mengangkat darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.



Ini salah satu hikmahnya kan kita sakit giler .

kalau dulu senggugut, rasa nak mencarut.

Harap dapatlah aku ngan korang ingat rencana ni. hehe

Terus tak jadi nak makan orang.


Sumber: Majalah MIDI .Bil.98 (  majalah untuk 40 ++ ) haha

Friday, October 1, 2010

DiGi iPhone 4 Life

As salam,




what an apple can do?


"An apple a day keep doctors away"

and



what about an Apple iPhone 4?
 How it can affect our life?





 face time ; 
It has 2 built in cameras at the both part, that made for video calling and let us share what we see,  by the back camera .

With high revolution, we can see word by word without take the phone close to our eyes.

 help us to switch other application, listen to music as background, and skype at the same time without slowing it performance!

we can shoot , edit and share our video all in High definition.

and 5 megapixel camera
all moments in life should be captured as we can share it with friends or just keep it to ourselves . 
Definitely, in high quality.


See, how it may give colors and bring our life to the fullest?!



(Sorry for super terrible drawing )
Note : DiGi, I try hard okay..hehe


So, this is what iPhone 4 can do..almost anything...
including at the time, 
when you need to see your doctor..hehe




Wednesday, September 29, 2010

DiGi iPhone 4 Real


As salam,




In one happy day, there were 2 friends met up and they got into interesting conversations!


Let's see what they are talk about. 







This also what I love about DiGi  about the DiGi iPhone 4 Plans
 hehehe
unbelievable?!
Click here to believe it.