Sunday, May 16, 2021

Cerita Raya Covid 2021



As Salam,

Tengah melingkar ke tu?
Ha, apolah nasib raya pkp, nasiblah ada media sosial bagi mensia-siakan masa kau .. huhu. 

Setelah penat mengeLike semua gambar raya kat socmed, aku pun terdampar kat katil😂

Biasalah esok nak raya, mak aku dengan akak aku sibuk kat dapur. Aku?  Menyibuk je lah.


Bahan-bahan semua mak aku sediakan. Hal di dapur bukan kepakaran aku. #bukanmalas


Tapi, hat basuh pinggan mangkuk, periuk belanga tak boleh lari ya.

 
 Sinsing lengan.

Hadap. 


Sebab Acu kau ni tak berapa nak rajin, nasiblah anak menakan aku Kamilia Iman tolong basuh simen, beranda semua.  



Si Iman Alif pun dah besar , bujang tolong pasangkan jam. Penting ya ambil gambar , sebab Acu yang beli jam tu. Cakap pasal anak sedara yang dah besar, pasal jam, Acu kau ni sebak tiba-tiba, Acu kau ni dah tak larat nak kira uban dah.


Air Katira Abu Bakar sponsored by abang ipar aku. Dia jual kat bazar Pontian.

 Akak, kenapa potong atas pinggan, tak cukup aesthetic... Cehhh


“Kenapa mak pakai alas meja bunga-bunga, Tenggelam gambar makanan.” 
 Cehhh satu kali lagi🤪


Pagi raya, fasa budak  tunjuk sign nak ambil gambar.


Makanan yang relevan dalam tempoh malam raya hingga pagi raya sahaja.




Ya, inilah sebab aku nak sangat balik kampung tahun ni untuk beraya. Ya, demi sambal goreng jawa mak aku.

 

Sehening pagi Syawal, aku mandi pukul 5 pagi, siapkan mbah aku, semata-mata nak ambil gambar nampak matahari dhuha. Kalau tak, selagi mbah aku tak panggil, selagi tulah kau tak mandikan mbah kau ya. Munirah Munirah ...


Budak ni poyo tau, tak nak senyum


Suruh senyum, ini je yang dia bagi aku.


Gambar sofa bersama mbah. Terganggu sungguh aku dengan tudung itu, selain saiz aku yang amat giant kat depan tu.


Gambar di sofa bersama 


Aku sebenanya, nak pakai tudung  bawal, tapi ntah mana bawal aku hilang pergi menyelam pagi tu, sabotaj aku lettew.


Kesian abang aku, 2 tahun tak dapat beraya sekali. Anak buah aku pun tak kenal aku. Sampai nak dapat adik baru si Sarah ni. huhu




Mak aku posing, didirect oleh anak dia yang paling baik.

Sesi selfie bersama Amun, maklumlah kata susah nak jumpa.



Susah ya nak ambil gambar dengan Ameera Khan ni. Haha, ni tudung setelah beberapa ketika, cucu dia ni malas pakaikan anak tudung, dah tu malas nak repair.


Ni dengan  Pak aku. Guess what? Ini adalah selfie pertama aku dengan yang berhormat ni


Bersama isteri yang berhormat.
 


Ni orang dok selalu kata muka dia macam aku, perangai ‘baik’ pun sama. 
Haish, tak payah kata kau stress tengok tudung aku. (Padahal aku yang sendiri tension)



Kasi can lah ootd bawah pokok manggis. 

 Modal nak upload kat IG. luls

Baju daripada Petra RTW tahun lepas punya collection raya, maklumlah kau nak yang helok, tapi nak bayar new collection tak mampu, kau beli lah design yang lepas-lepas yang nak habiskan stok ittohh.


Yang penting feeling golongan kayangan... Kih kih kih #jangankecam


Maka, dengan berakhirnya sesi ootd ini berakhirlah raya aidilfitri tahun 1442 H 2021M. Minta maaf zahir batin.

Tahun depan nanti, bagaimana lah raya kita agaknya, kalau dipanjangkan umur dapatlah kita bertemu lagi di sini. #pergilahkaucovid

Thursday, May 13, 2021

Kisah Mbah 3

As Salam,

Alhamdulillah 

Aku berada di katil rumah aku sekarang 😂

Sudah nak masuk minggu ke 3 aku berada di rumah.

Bila kat rumah ni, segala rutin yang aku nak buat jadi lintang pukang, tulis journal kesyukuran dan bertemu anda di blog munamuni ini tak kesampaian.

Okay, kenapa aku rasa aku tak de masa?

Eh, bukan tak de masa, tak de kudrat.

Cuti sebulan aku ni, bukan hu ha hu ha , cucuk bintang, mengepak ke langit ketujuh ya. 

Pertama, aku balik tengok rumah aku banyak gila barang. Aku tengok je, aku rasa penat.

Kedua, mbah aku dibawah jagaan mak aku bila aku balik ni. 

Keadaan mbah aku berbeza dengan setahun lepas, ketika aku meninggalkan Malaysia, untuk bekerja di Singapura. 

Kesihatan dia merosot.

Dia tidak lagi mampu berjalan dan menguruskan dirinya sendiri.

Sejujurnya, 3 hari pertama tu adalah hari sangat yang stress bagi aku. Aku tak ingat bila last aku menangis, dan hari itu, aku menangis akibat stress, sebab tak boleh pakaikan mbah aku diapers. Aku pakai kan senget benget, mbah aku tak boleh angkat punggung, 

Aku tak larat nak angkat mbah aku.

Aku stress 

Aku terduduk dan menangis kat situ jugak.

Aku juga tak biasa dengan kekerapan mbah aku panggil-panggil. Dia jarang sebut nama aku lah tapi.

Kebanyakkannya hanya untuk bertanyakan aku kat mana, pukul berapa, atau responnya, “tak de apa”

Hari kedua, aku cuba tak pakai kan lampin, maksudnya aku cuba cara Mak Na, setiap kali dia nak kencing dia cakap dan aku bantu dia duduk kerusi roda, tolak dia ke bilik air, dan sekali lagi bantu dia duduk di katil.

Kau rasa ? Berjaya?

Badan dan tangan aku sakit setiap kali lepas angkat mbah aku.

Belum lagi bajunya basah lencun dengan air kencing, dengan diapersnya yang tak function tu.

Aku mesej kawan aku, Nisak untuk luah perasaan dan permasalahan aku. 

Btw, Nisak ni jaga mak dia yang dimentia. So, aku mintak lah kekuatan daripada dia sikit.

Jadi dia recommend kan aku diapers pants ni, sekurang-kurangnya aku tak tension pakai senget-senget, dengan tape nya tak boleh lekat, kebocoron yang dasyat.

Guess what?

Alhamdulillah, aku lebih mudah pakaikan diapers pant berbanding pakai tape, (kalau mak cik aku, dia cakap tape lagi mudah) , tahan lebih lama, tak de sampai lencun baju dan kain dengan kerap. Memang ada tembus tapi tak seteruk sebelum ni, sebab aku tak tukar diapers dengan kerap. 

Minta maaf ya kalau ada yang kecam , perlu kekuatan kudrat dan mental ya, setiap kali aku bawa mbah aku pergi tandas, pakai kan diapers, pakai kan baju. Lepas tu, aku terus terbaring, tak de hati nak buat kerja lain. Jadi, secara average aku cuma bawa mbah aku pergi ke bilik air , 2 kali je mandi pagi dan petang dan bonus, kalau dia nak berak.


Roda  kerusi untuk pi toilet tanggal, nasib tak tergolek mbah aku.


Mak aku beli sebijik sama. Itu je pun yang ada kata mak aku.

Seterusnya, kalau dia meratib memanggil.

Kebanyakkannya aku tak nyahut, kesabaran aku sangat tipis ya. Orang akan lihat kejam. Tapi, kalau orang tu sanggup respon setiap panggilan tu tanpa emosi, aku bagi mini love.

Orang tua ni adalah tiket nak ke syurga, tapi kalau salah, boleh jadi tiket ke neraka pula.

Mak cik aku, suruh berdoa , berilah kekuatan dan kudrat untuk kita terus menjaga syurga kita ni.

Aku tak judge orang yang jaga orang tua, atau mengutuk cara dia jaga, sebab selagi kita tak berada di tempat mereka, kita tak tahu apa yang dia rasa,

Manusia biasa memang akan emosi, hanya iman dan rasa ihsan yang memimpin kita kembali ke jalan kesabaran. 

Pandanglah orang tua itu dengan kasih sayang, dialah yang membesarkan ibu kita, yang pernah menyuapkan kita makan.


Kesian mbah aku dapat cucu macam aku.


Setiap kali aku hilang sabar, aku teringat dekat Vivy Yusof yang layan arwah opah dia dengan penuh kasih sayang. Aku percaya, setiap orang yang berjaya itu adalah daripada doa orang tua dan berkat kebaikan yang dibuat selama ni. Bukanlah sebab kita nak dapat sesuatu kita baru buat kebaikan, tapi ye lah level up iman kita, semua yang kita lakukan Lillahitaala. 

Bersyukur maqam nya lebih tinggi daripada sabar.



Bersyukur Allah hadirkan dia untuk kita berbakti.


Kita pun tak tahu sampai bila usia kita nanti.

Berdoalah agar kesihatan kita dipelihara hingga kita mati.

Aku tak mahu jadi beban kepada orang lain dan diri sendiri.



“Selamat Hari Raya semua. Doakan waris-waris saya diberi kemudahan, kesabaran, keredhaan dan rasa sayang dalam menjaga saya ya😀”



.



md : baca Kisah Mbah dan Kisah Mbah 2