Sunday, November 27, 2022

This is My PM


As Salam,

Walaupun, tajuk mat salleh , tapi minta maaf ya , post ni dalam bahasa Melayu (adalah sikit bahasa Inggeris nak acah-acah)

Selain aku punya  English terhenti lepas SPM, buat pertama kalinya rasa teruja dan tak percaya yang aku akan bangga dengan Perdana Menteri aku.

Untuk pilhanraya kali ini, memang aku nak Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. 

Tapi, aku tahu jalannya bukan mudah, apa cara akan dilakukan agar DSAI tak dapat jadi PM.

Setelah beberapa episod drama pemilihan PM yang korang pun tahu macam mana.

Beberapa kali plot twist, yang buat jantung aku berapa kali nak gugur.

Hujung-hujung, aku redha kalau DSAI memang takkan dapat jadi PM.

Based on the comments, I know half of Malaysians do not like Anwar as PM, you know why lah kan, DAP thingy, slanders and see TSMY as hero during Covid days.

Hari Khamis masa meeting raja-raja , aku nervous teruk, lalu aku tidur pasal nak selamatkan jantung aku.

Bila bangun,  aku buka update di Facebook nak tahu perkembangan plot….

Ya Allahhhhh!!!!!!!!

It’s really happening!

Allahu Akbar


Sejak 1998, episod fitnah, dipenjarakan atas kesalahan yang tidak dilakukan, mak dan ayahnya meninggal semasa dalam tahanan. Selepas PRU pun, episod nak pilih PM punya payah ya ampun….



Walaupun aku tak pernah turun riot, buat demo di jalanan. Aku  percaya DSAI dianiaya dan dia seorang pemimpin yang berkaliber. 



Korang boleh tak suka Anwar Ibrahim.

Tapi, korang tak boleh benci dengan Wan Azizh

Susah untuk aku tak merasa kagum dengan isterinya Dato Seri Wan Azizah, anak-anaknya, Nurul Izzah dan lain-lain. Seawal usia muda berpisah dengan ayah, pergi ke mahkamah, menyokong ayah mereka.



Berbaju sekolah, sambil melaungkan Reformasi.
Maaf lah gambar curi, kualiti pun nan hado.



DSWA,  dulunya seorang pakar mata, ibu kepada 6 orang anak, yang tak minat politik dan pemalu, terpaksa terjun dalam bidang politik, memimpin parti Keadilan, menjadi ketua pembangkang, ahli parlimen, dan akhirnya jawatan tertingginya sebagai Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia. 

Semua dengan izin Allah s.w.t.


Biar ramai orang mengeji, dia tetap setia pertahankan suami yang dicintai. Sorry aku tak guna beliau, bahasa Melayu aku pun level dia menurun lepas submit paper Bahasa Melayu SPM.


Faktor kejayaan DSAI, bukan semata-mata kerana seorang Anwar Ibrahim;

isteri dan keluarga, team yang bagus, strategi yang berkesan dan semangat yang tak luntur menjadi pemangkin , semestinya dengan kuasa Allah.

Orang yang tak ikut dengan siri perjuangan Anwar dan keluarganya akan ingat dia memang bersalah, mungkin tak faham, kenapa Anwar masih dipilih oleh sebahagian rakyat Malaysia.

Sama juga macam aku tak faham, kenapa Dato Sri Najib masih dipuji oleh penyokongnya walaupun pada aku memang sudah terang lagi bersuluh dia memang songlap duit.

Akhirnya, terpulang atas masing-masing, bacalah, tafsir dengan hati dan minda.

Hanya Allah yang tahu kebenarannya.

Kita semua manusia dan akhirnya akan kembali kepada pencipta. 

24 tahun berlalu, pada 24 November 2022,

Akhirnya, Dato Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

I’m thankful  that I still alive to witness this🥲

I was never proud before, but now I can proudly say, My prime minister is Anwar Ibrahim.


Dulu, ‘diheret’ ke penjara.


Sekarang, diiringi polis ke istana dan Putrajaya.


Inilah lumrah alam, kadang kau diatas dan kadang kau dibawah.

Hidup ini perlu diteruskan, ini bukan pengakhirannya. Perjuangan masih panjang.

Walaupun, DSAI telah dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia, diangkat oleh raja-raja.

Masih ada bunyi-bunyi yang meraguinya dan cuba menjatuhkannya.

Buat masa ini, biarlah aku meraikannya. 

Aku tahu tiada siapa yang sempurna, 

DSAI juga ada khilafnya. 

Rakyat dan musuh memerhati rapat DSAI

Jika ada silap, pasti menjadi bahan ketawa.

Berilah peluang, beri masa.

Jika ada yang lebih layak, kita undi next pilihanraya.

sumber : instagram Wardina  

Didoakan semoga pemimpin kita dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik, ikhlas, amanah dan memimpin Malaysia ke arah negara yang makmur.

Ok cukuplah politik buat masa ni, aku pun dah habiskan 3 hari scroll tik tok , sambil nangis tengok video depa. Hahaha, ok now time to move on. 

Tetap kena kerja , cari makan sendiri.


Tuesday, November 8, 2022

Tentang Sahabat



As Salam,

Selalu bila aku tengok drama cinta, bila tiba babak,

“ I janji dengan you, yang I akan setia dengan you seorang sampai akhir hayat hayat I, dan hanya mati yang bisa memisahkan kita”

“Ini janji I untuk you”

Dan setiap kali aku tengok, aku akan rasa annoyed.

Lebih-lebih lagi bila aku tengok drama tu dengan mak aku.

Hmm, janji-janji

(Begitu juga bila ahli politik bagi manifesto, terus aku swipe kan)

Kami masing-masing akan kutuk sebab akhirnya. nanti suaminya akan curang atau berubah jadi panas baran. 


Kalaupun akhirnya dia bahagia, konsep berjanji bulan dan bintang tu tak sepatutnya diungkapkam.

Kerana kalau dihayati janji itu adalah sesuatu yang berat,

Kalau tidak, takkan lah ia ditekankan dalam ciri-ciri orang yang munafik, iaitu apabila dia berjanji , dia akan mungkiri.


Pada aku, tak perlu lah beria , cukuplah kau katakan yang kau cuba lakukan yang terbaik, kerana akhirnya kita takkan tahu masa hadapan.


Ya, memang aku tak pernah ada hubungan cinta, tapi alhamdulillah aku dikurniakan nikmat bersahabat.

Dalam bersahabat, aku tak pernah melakukan akujanji untuk kami kekal berkawan baik sampai bila-bila.

Dimana-mana tempat yang aku pergi, bila aku click dengan seorang, aku berterima kasih sebab aku pernah rasa susahnya nak cari kawan bila aku pergi ke suatu tempat yang baru.

Dulu lah masa mula-mula  masuk  sekolah asrama.

Siapa sangka tempat yang aku mulanya aku susah nak cari kawan, akhirnya kawan dari tempat tulah jadi kawan rapat hingga sekarang.

Cuti Deepavali hari tu, aku beraya dan menemui kawan-kawan aku. 



Segan ya seorang Munirah, walaupun aku nampak macam tak malu,
 tapi aku terharu lah depa beria masak macam-macam untuk kami.

 Buat sendiri ya semua, pecal, kuah rojak, kacang tanah goreng, tumbuk, buah , sayur , tahu, tempe potong satu-satu… Ah,  memang taklah aku nak buat.



Aku cakap jujur eh kalau korang datang rumah aku, memang tak lah sambut tetamu macam ni.

Paling rajin pun, aku kasi air sejuk Coway. 

Tak pe, sila lah kecam.

Aku izinkan korang kecam aku untuk kali ni.



Ini memang kenalah tekak Melayu piorrr aku.

Nasi, lemak labu, sambal tumis udang, ikan goreng, pecal, dan kicap lemak manis.







Biasalah  yang gegirl  berkepit dengan emak, dan nak masuk gambar sekali.






Memang tak kasi can ya, anak dara 2 orang tu, nak kasi mak-mak bergambar. 
Yang lelaki memang sifat semula jadi tak suka bergambar.


Bergambar dengan tuan rumah. 




Mak Ha, dan Cik Masrom yang begitu mesra dan bersusah payah menyambut kami. 

Terimalah gambar-gambar kami yang aku upload untuk clearkan memory aku, senang aku nak buat throwback nanti.











   


Izinkan 2 remaja yang tinggal ini, menikmati hidup yang fana ini tanpa perlu fikir bagaimana nak jadi matang.





Bersama Imod yang berwajah kecil.
Buatkan makhluk dengan muka bersaiz talam nasi ambeng insikiorr.

confident betholl ya amik selfie daripada angle yang menyerlahkan dagu berlapis kau. 



And Tubeng saje kan show off dia punya lesung pipit, jap aku nak pi tebuk pipi.



Ini last gambar kami pergi masa rumah Seseng tahun 2018, melawat arwah Hadin yang sakit. 
Masa ni, rumah bahagian depan Seseng masih kayu lagi. 
Sekarang dah batu.

Inilah bahana aku tak upload kat belog, gambar resolusi tinggi tak dapat dikesan,  hilang kena korek pulak kat Instagram. Tolonglah jangan blogger tutup macam Friendster.


Sila bulatkan apa yang berbeza dengan gambar di atas.
 

Allah izinkan kami masih bersama di usia 34 tahun.
Semoga kekal ke hari tua.
Di usia ini, mahu atau tidak, fikiran kita akan meningat pada kematian.
Arwah Hadin meninggalkan dunia yang penuh dengan ujian ini seawal usia 6 bulan. 
Siapakah yang akan menyusul?
Yang pasti semua akan pergi.