INSTAGRAM

Thursday, September 27, 2012

Aktiviti hujung minggu kita di Tanjung Balau

As salam,




Selalu bila weekend selalu fikir nak buat ape?
kalau dulu, aku selalu fikir weeked adalah masa untuk di rumah,
nampaknya sekarang masih sama,
bangun lambat, sarapan, waktu tengah hari, lunch waktu petang, mengadap tv sampai malam,
ohhh, sorga.

Tapi, boring jugak kalau tiap-tiap minggu gitu, cubalah kau ikut macam mak kau tu, pergi kelas ngaji, bersosial dengan orang kampung,
kalau dengan herbalife, selalu pergi event dia, so, selalu jalan jugak.

Jadi, ape kata kita buat aktiviti bersama besprenkss kita,

Picnic!

Lokasi : Tanjung Balau.
Pengangkutan : wira mak kita.
menu : Pot luck (mee goreng, rendang, nasi himpit, daging tumbuk, fussili goreng, jelly pic)
Tol  : RM 11.40  + RM bape tah, (lebuhraya desaru senai) dari pontian.
sanggup tau, weolls drive dari Pontian gi jumpa kawan ku si fatma gongeng ngan tubeng kat kota tinggi.
Sampai-sampai, haram, tunggu berzaman, budak yang duduk berdekatan ni tak sampai-sampai.




Fatma yang mulutnya terkeluar mee, selamba  buat peace mungkin, menganggap dirinya comel seperti model iklan corntoz manakala tubeng dan nisa, sempat mengetap mulut menghalang makanan dari kelihatan dan senyum, menghalang udara masuk mulut,maka, pipi pun menjadi tembam. Gitew :P








Ni makanan yang aku angkut dari rumah, nampak macam sikit, hui, yang hitam bulat-bulat tu , siapa yang cakap cekodok pisang, memang ar....tu meat ball okay, aku yang goreng, jelly tu aku yang buat instant kinokuniya, fussili, tu hahaha, aku memang niat nak cuba masak , alah senang kot.....kan?:P

 tapi, mak aku pulak yang masak, mungkin sebab simpati dengan aku yang haram jadoh, nak memasak.



sebab aku yang buat , jadi promosi sikit diri ni kan, aku pandai buat jelly instant ... lalalala




Ni namanya daging tumbok, ni resipi keluarga , sedap tak hingat wei, daging ni , kene rebus, hiris, goreng, tumbuk daging tu satu persatu, perap dengan kicap , baru masak, gune kuali, huhu, tak lawak ,dengan kicap, lada, bawang, nak tahu siapa masak dan buat step-step remeh nih, Nisak Ahmad wei. 

Sila amik bantal buat tekup muka dan jerit, munirah.


Mee goreng ni, si tubeng tak beragak, dia bawak satu flask, macam bawak satu kelas tingkatan dua tu, dan aku baru tahu si Tubeng ni pandai masak, dia masak sendiri kau tahu ?

Sila tampar diri sendiri munirah.




hok ni, rendang woo. .. ni siapa yang pandai masak ni, memang sep-sep kahwin awal nih, huhu, nak tahu jugak tak?

si fatma yang gonjeng tu yang masak.

Sila kesat air mata munirah.


tubeng bawak nasi himpit, memang feeling syawal  nih.




Janganlah tiru fatma, kau pakai shawal pastu mandi kat laut, memang menyusahkan dan buruk, pakailah tudung instant ke tudung syria cotton ke.




nak buat gaya baywatch , bertukar kepada aksi sukaneka tadika kemas.



























Bye-Bye Tanjung balau, selama 5 tahun sekolah kat  bandar penawar, Kota tinggi, setelah 7 tahun meninggalkan tempat ni, barulah first time lepak Tanjung Balau, gitew.




Iklan corntoz (merujuk kepada gambar pertama)

:D

Sunday, September 9, 2012

Cinta, Jodoh, Takdir.

As salam



Memang ramai mata yang memandang,
mungkin memandang wajah kacaknya,
atau kereta BMW X5 nya,
ku akui, Hariz sungguh kacak,
renungan matanya sungguh redup, badannya sasa ,
hangat berada dalam dakapannya.





Hahaha, aku nak tiru cara penulisan novel, dah bertahun tak baca novel memang tak ar kan , nak puitisnya  


zaman belasan tahun dan ke bawah, 

Kita selalu admire orang yang kacak, masing-masing ada citarasa yang pelbagai, tinggi, kuat bersukan, putih...and so on.   

 20 an

Paras rupa kan kefofuleran bukan lagi ukuran, ciri -siri suami budiman lebih diberi perhatian.. senyuman manis walaupun gigi jongang sudah cukup, keseriusan dalam menuju ke gerbang perkahwinan lebih dititik beratkan. 

 30 an ke atas  

Taktahu sebab tak rasa lagi, mungkin time ni tak kisah kalau hidup sendiri.

Motif aku buat entry ni bukan apa, cuma sejak dua menjak ni, orang sekeliling aku dan sekitar facebook, melangsungkan perkahwinan, menemui cinta baru, dan mencari cinta lain. Ade jugak yang sedih bila ditinggalkan sebab , kekasih hati tu menemui cinta lain.   
Ha, inilah isunya sebenarnya!  

muqqaodimah (disebut dengan qalqalah) kemain panjang .

Adakah anda bersedih,bila bekas kekasih anda mahu bertunang atau berkahwin dengan orang lain.
walaupun sekarang anda sudah ada kehidupan baru atau sudah lama berpisah?

Kristen Stewart tu dah dapat pontianak kacak, Robert Pattison boleh plak skandal dengan orang tua.(tetibe)

well, aku pasti ramai yang sedih punya, korang dengan dia bercinta bagai nak ghak, kemain lama lagi, boleh pulak si dia tinggalkan korang sebab orang lain, dah lah kenal tak lama terus nak kahwin.
Selalunya perempuan lah yang kene dump ( mungkin sebab kes-kes yang aku temui semua melibatkan perempuan)

OMG,
Nak salahkan ke si Lelaki ?
Si curang?
Nak ikutkan dia mudah beralih arah, dia bercinta ngan korang lama apa,
Perempuan yang dia suka, bukanlah lebih baik dari korang,
korang pun pandai melawa ape.
vogue ape.

.

Aku percaya,
ini adalah takdir..

Kalau kes Dejavu di Kinabalu tu,
Bayangkan kau dapat tunang yang kaya, handsome , penyabar, baik , setia , semualah, sanggup pulak bercinta dengan orang yang ada penyakit jantung.
Tapi, sebab kau dah transplan jantung kau, pakai jantung orang lain, kau boleh pulak jatuh cinta dengan kekasih penderma jantung kau tu..

weh,  tak payah tunggu tukar jantung pun,
cinta boleh beralih arah ape,

Jodoh kau bukan dengan dia . Ini takdir.
Hidup ni penuh dengan elemen surprise,
tak semua yang kita rancang  menjadi,
dalam perjalanan, kadang-kadang ada jam,
accident,
kalau highway mesti ada tol.

Bila bukan jodoh, kau bercinta, selama mana pun,
pasangan ideal , sama cantik, sama padan, pun,
Tak jadik.

kalau dah  jodoh,
dia jumpa budak tu kat mesin ATM, cakap 5 minit je pun,
3 bulan lepas tu terus ikat tunang, kahwin.

Alah, sedangkan orang 20 tahun kahwin pun boleh cerai ini, setakat couple, betunang...

Habis tu nak buat apa?
bersedih?
Menangis?
Logiklah kau nak menangiskan...2 jam , 3 jam?

Habis tu nak terus bermurung?


When one door closes another door opens; but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us.

 ~Alexander Graham Bell~

Kita pernah, berada dalam keadaan paling teruk , masalah kewangan ,hutang, kerja tak dapat, keluarga masalah, ,rasa macam hidup nak diakhiri, yang kita rasa tak da jalan dah.

kita rasa dah tak tahu macam mana nak teruskan hidup, tapi kita akhirnya ditemukan dengan jalan yang tak disangka.
Mengapa?
ketika itu kita mengalirkan air mata..
Kita mengadu kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
Dan Allah maha Penyayang,
dan orang yang susah, adalah orang yang dekat dengan Allah

bila kita bersedih, kita sentiasa ingat Allah.

Allah adalah sebaik-baik perancang,
bila kita berpisah, kita bersedih, kebahagiaan untuk si dia,
dan kita menemui cinta baru.
Kebahagiaan untuk kita.
Itu terjadi ,
di mana-mana, kenalan facebook, kawan sekolah, Irma Hasmie dan Nabil, Ina Naim dan Mawi,
berpisah, patah hati, dan Allah temukan dengan jodoh yang terbaik untuk masing-masing.

Teruskan berdoa.




I thought when love for you died, I should die.

It's dead. Alone, most strangely, I live on.

~Rupert Brooke






Ikhlas dari pakar cinta (yang tak pernah bercinta)

haha, tak boleh pakai punya orang.huhu.

md : hari ni jek, dah 2 orang tanya ciri-ciri lelaki yang jadi pilihan aku. Mesti tak baca blog aku nih. bagi link sikit. ciri lelaki idaman (idaman lah sangat)



Wednesday, September 5, 2012

Penawar Gila.

As salam,

Tersebutlah kisah, 2 orang pesakit mental dalam sebuah bilik,
sorang tengah buat action ala-ala potong kayu.
sorang lagi tengah bergayut ( kaki sangkut kat alang kayu, kepala kat bawah)

Doktor pergi kat bilik diaorang.
doktor tanya pada orang yang tengah buat action gergaji kayu tu,
''kenapa dengan kawan awak tu?'',

orang tu cakap, dia tu gila , ada ke dia ingat diri dia tu mentol lampu.

Okay,
doktor tu , suruh lah yang pesakit yang bergayut tu turun, yalah kan, tak senoneng pulak kepala buat cam tu lama-lama.

nak tahu apa pesakit yang 'potong kayu ' tu cakap,

'' kalau dia turun, macam mana , saya nak potong kayu , gelap lah nanti lampu takda!"



cerita dicedok dari majalah Solusi isu tak hingat..(boleh, kena saman tak?)


moral : jangan mengata orang, diri sendiri sebenarnya sama jek.




Sebenarnya bosan,





lepas tu jadikan diri celaru.

weh, sakit psikolgi, adalah penyakit yang merisaukan dan meningkat naik wei. Bersaing hebat dengan penyakit jantung.
tak de care lain, baliklah kepada agama.


Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.  (A-li 'Imraan . ayat 160.)



Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).  (A-li 'Imraan . ayat 200.)





sumber


kesian, hospital  sesak dah.