Thursday, November 22, 2018

Bercuti di Hat Yai ; Melayan Nafsu Makan

As Salam ,

Setelah aku rasa seluruh penduduk alam maya semuanya sudah pergi Hat Yai dan telah berkongsi gambar makanan kat sana .
 Tambahan pula, post kat laman sosial seperti ;

Dengan Bajet Serendah RM200, Wanita Ini Kongsi Itinerari 'Food Hunting' Ke Hatyai

bagai mencurah minyak petrol pada api yang sedang marak

Kau pun apa lagi ,terkinja-kinja lah dengan set kawan travel kau nak pergi sana.
Lebih-lebih lagi jenis yang lapar manjang.

Padahal  kalau diikutkan, sejak berkurun lama makanan Siam telah bertapak ke seluruh tanah Melayu.

Thailand adalah negara yang sangat fofuler untuk melancong bagi seluruh penduduk bumi terutama Malaysia. Hok Kelate, Perlih ,  Kedah tu memang neighbor baik dia, macam Johor dengan Singapura, walaupun selalu kutuk-mengutuk, tapi tetap saling memerlukan.

Pergi Hat Yai, macam kau feeling nak pergi oversea, tapi kau  tak de bajet nak pergi Hokkaido apatah lagi The Muraka, Conrad,  Maldives bak Neelofa pujaan hati korang.

Jadi Hat Yai adalah sesuai untuk semua termasuk rakyat  marhaen yang bukan jutawan founder produk, makanan sedap dan mudah cari yang halal serta harga masih mampu milik
(bila ekonomi Malaysia nak pulih, LGE oh LGE) #foreverteampembangkang.

Seperti biasa, usual suspect adalah Ijah dan Nisak , travel partner since 2014 dan Tiqah, geng pi Sabah hari tu, tapi dia tak dapat join.

Ijah telah membawa 2 orang manusia, kawan dia sangat baik masyaAllah.
Nak tahu kenapa aku kata depa baik? Sila teruskan pembacaan.

Setelah menelaah blog-blog dan post-post Facebook yang viral berkaitan Hatyai serta rujuk rakan yang laman sosial yang rata-rata dah pergi sana,
aku pun memulakan proposal walaupun aku blur blur tak paham sangat acaner Hatyai ni, berbanding dengan Kundasang, Kota Kinabalu dan Langkawi yang iternary macam lebih kurang je.
Hat Yai ni aku ala-ala confuse. Luls, yelah 'oversea' kan, selalu local je.

ETS KL Sentral-Padang Besar

Aku memang plan nak naik train, pasal dulu masa pergi Langkawi kengkonon nak balik dari sana naik ETS, selamba pergi kaunter nak beli tiket untuk balik haritu jugak.
Kau ingat ETS macam bas Larkin-Pontian, setiap jam ada?

Kene beli awal okay, jadi kami beli sebulan sebelum hari kejadian.
Beli online sajorr. Laman web KTM: https://eticket.ktmb.com.my/guest
Kami bertolak pukul 7 pagi dari KL Sentral.



Silah beli tiket lambat sebab join last minute, dia duduk tempat lain.




Dalam ETS ni ada kafeteria, ada jual keropok lekor, dan makanan microwave, kopi etc,  harga mahal sikit dari kedai jual kuih depan taman korang, tapi masih mampu milik.


 

Air Mineral ni RM2 kalau tak salah memori aku, ada kemudahan toilet yang tidak hauk dan surau dalam train ni. Kira, kalau kau jenis yang nak buang air kena amik feels , boleh melepas kat toilet sini,



 Cheq amik feels  kat tingkap train je


Hari Pertama

Sampai di stesen kereta api Padang Besar sampai dalam pukul 12.45pm dan kitaorang decide nak naik van (lewat kalau nak naik train, train petang dalam pukul 4-5pm).

Pada mulanya, aku dah kuat iman dah tak mahu terpesona dengan pujukan orang yang offer segala prebet sapu bagai. Pak cik prebet sapu tu ikut kami, dan pujuk dok kata imigresen jauh, dan offer RM20/orang untuk hantar ke imigresen Padang besar hingga sampai hotel  Hatyai.
Aku dah bajet gigih, tapi bila ada yang hat  muda dok offer, masa kita orang menapak.
Depa terpesona, walaupun iman aku masih kuat. Haha. Aku pun tak pasti depa ni lemah sebab brother tu ke atau lemah  nak jalan kaki.
Kami pun naiklah Pickup truck abang tu, muat okay kami berlima. :P




Idoklah jauh mana jaraknya. Isi white card yang dipegang oleh kakak Imigresen, beratur, dan sambil tu sumpah-sumpah sebab lambat dan banyak cekadak pulak pegawai imigresen lane yang aku beratur.
Asalnya brother yang bawak kitaorang kata selit RM1 kat passport, sampai turn pegawai imigresen  tak mahu duit ringgit nak duit baht, dia mintak 45 baht untuk kami berlima.
kbai.


Setelah sesi sumpah seranah dalam hati kat Imigresen, aku dah start lapar dari dalam kereta api lagi, (dah nak sampai baru kau nak beli makanan kan, dah tutup lah namanya kafe kat ETS tu)
Aku sorang jelah yang hangin, aku kagum betapa diaorang berempat sangat tenang, sedangkan aku  lebih biasa situasi beratur panjang kat Imigresen. Kami bayar RM5 sorang (Imigresen Padang Besar, Malaysia-Imigresen Padang Besar, Thailand-Stesen bas (van) Padang Besar)



Ok, brother tadi tunggu,  dan bawak kitaorg ke stesen bas(van) dan offer lagi kat kitaorang , dia nak hantar sampai hotel kat Hat Yai (RM20/orang-tak termasuk RM5 yang dia amik tadi) kami kan back packers , haruslah kedekut dan memilih yang paling murah. Kami rela tunggu van (50 baht/orang)




Auntie, tengok sini, you are in ma blog!

Tunggu turn naik bas, dalam van tu apa lagi ? Tidorlah walaupun aku jadi copilot.
 Perjalanan ke Hat Yai amik masa 45minit-1jam

Van hantar sampai Hotel Regency,  dekat je dengan kawasan Lee Garden Plaza.

Kami dapat bangunan lama (boleh cuba nasib mintak bangunan baru )
Bagus jugak  pasal lif jauh sikit dari receptionist.
Maklumlah seludup 5 orang sekali dalam satu bilik.



Hotel Regency

Asalnya , bajet nak duduk Lee Garden sebab baca belog, ramai duduk Lee Graden Hotel ni, tapi dah penuh, dan kawan Ijah kate Hotel Regency ni okay.
 Rupanya, dia dekat sangat dengan Lee Garden Hotel dan Centara Hotel.
Aku recommend lah  tiga-tiga hotel ni, sebab bawah ni ada pasar malam, jalan kaki je nak pergi Restoran Hamid, Restoran Salma, Watsons, 7 Eleven dan Lee Garden Plaza.
Tuk tuk pun banyak kat sini.
Hotel ni  bilik luas, ada peti sejuk, cumanya dia punya heater ade bengong,  time aku mandi, tak panas langsung,  lepas turn orang ke empat  mandi boleh pulak dia panas. Besoknya, aku mandi, panas gila air dia tak boleh bawa bincang. Hampir melecur organ tertentu.


Sekali lagi sebab kami backpackers, kami sewa satu bilik je. haha..katil dia besar, boleh je nak merapatkan ukhuwah fisabilillah tidur sekali atas katil ni,tapi, tadi kan aku ada tulis Silah dengan Ieda ni baik sangat .

Kenapa?

Sebab diaorang sanggup tidur kat bawah 2 malam tu. Ieda bawa sleeping bag, Silah alas runner katil tu tidur kat bawah dan biarkan 3 orang makhluk bernama Nisak, Ijah dan Mun berlingkor atas katil yang empuk, gebu dan hangat ini tak hingat dunia.



Tv old school, dan peti sejuk pun old school, siaran ada juga yang channel mat salleh. 

OH, lagi satu! Tak de IRON!
Kemon, kalau hotel kat Malaysia, tak sediakan iron , mahu kene sumpah seranah, tapi rata-rata hotel kat Siam tak disediakan iron. Pandai-pandailah ko nak hidup.


Posing depan hotel sambil tunggu Grab.



Lepas check in , buang apa yang patut , apa lagi perut aku yang lapar dari dalam train, tu dah berlompat bintang nak makan. Amik tuk tuk, 100 baht pergi  Kai Tod Decha




Traffic Light Situation. #awkward


Kai Tod Decha 

Ikut recommendation pelayan comel siam pandai cakap melayu dia suruh order ikan masak asam jawa. Dia oyak, yang stim halia ke semua dah biasa kat Malaysia.

Kami teruja sungguh, lapaq dia tahap dia bagi makan batang kangkung pun redha.



Ini adalah sangat menggoda ya puan-puan, ikan ape ntah ni (ehem, maaf bakal mak mentua :P) digoreng rangup dalam masa yang tepat, dipotong dengan perincian yang sungguh teliti agar kerangupan dapat dirasai diseluruh sosok tubuh ikan ni, dengan kuah yang ngam ngam hampir layak dipanggil kepada sos.
The sweetness, the, acidity. betul-betul Ngam.
Aku tunjuk kat  mak aku,

" Mak ni sedap. ikan goreng masak asam jawa"
" Memanglah sedap, kalau letak tau chu lagi seadp"
" Kenapa mak tak pernah masak?"
" Dulu mak masak" ( Ini ayat common mak aku , tak nak kalah)
" Mak asyik masak asam pedas je" (signature dish masakan rumah di Johor)
" Suka hati akulah, Mak suka asam pedas."

Fine, orang kalau malas masak, mulut diam. #sayatakbolehjanjibabni #kakikritik :P



Sotong ni iz  Dabomb.com;  juicy, dalam masa sama dia crispy. Amacam KFC, nak lawan?



Som tam, teh buih, sayur semua sedap.




Aku awal-awal dah pasang niat, masa berangan nak pi Siam,  aku nak makan tom yam , aku nak rasa jolo tomyam Siam guana.

Sekali bila aku makan, pergh dia punya masam, macam letak pati jus limau nipis muda  tanpa air putih.
Tak syok nak hirup untuk level aku.

How la, banyak-banyak menu, tom yam yang paling mengecewakan


Nasib baik, teh buih menyejukkan hati aku. 



Resit kai tod decha; kalau kau bohong aku pun aku tak tahulah  dik oi.
Balik dari makan , kita naik tuk tuk ke Asean Night  Bazaar.


Asean Night Bazaar dan Greenway Night Market

Asean Night Bazaar, banyak baju-baju dan tingkat atas ada kiosk-kiosk makanan signature .


Seperti kedai jus ni.
Aku order jus yang paling tak direcommend kan kat sini
Jus lobak.. luls



Semua makanan dipersembahkan dengan menarik sekali. Markah presentation-  Jayyid/ Baik. 


Rasa cecah tu sangat tak boleh terima , A.N.E H. Markah  Rasa; Rasib/ Gagal

Sushi pun ada kat sini. Aku suka sushi tapi idoklah aku membelinya.
Fanatik sushi seperti Ijah harus beli.









Aku rasa sushi  siam, sedap jugak, idoklah hanyir atau rase aneh .

Lepas makan pulut mangga Nisak, dan minum Jus sayur kat sini, kita menapak pergi Greenway Night Market.

Di Greenway Night Market ni pun ada kiosk-kiosk jualan makanan tapi interior dia cantik sikitlah.
Kita tak beli apa-apa kat sini , ushar ushar je.
Nisak pi membuang, sementara  tu amiklah kita gambar sekeping dua, buat habis  kodak  memori.



Kami jalan kaki patah balik ke Asean Night Market.

Pasal apa ek, Ijah nak beli apa ntah,lepastu rasa Asean Night Market ni bagi aku lebih menarik daripada Greenway.










Makin malam makin meriah, masa ni baru kau tengok semua nak beli.
Tadi kau hmm je,  pandang sebelah mata, kan tak ramai customer, sendu..



Masa sesak tu lah kau baru bernafsu sanggup beratur nak beli pancake yang rupanya ala roti canai,  dibubuh isi pisang didalamnya, dan dicurahi susu pekat manis dan cecair coklat di atasnya. Camtuh.




Kat kedai Mamak Malaysia sila order, ane nah roti pisang letak susu.. Sap sap sui dia buat.



Sebab masalah Nisak (dan aku) sepanjang hari ialah esok nak pakai tudung apa, pasai tak de iron, Nisak pun belilah iron kat sini. Wajib tawar menawar ya melainkan kau pemurah banyak sangat duit tak tahu nak buat apa.



Tuk tuk yang mengeratkan silaturrahim,
 siapa yang kaki panjang tu bolehlah berlaga lutut dengan orang duduk depan.






Beginilah kalau suruh stranger yang amik ya, Setelah menang tawar menawar tuktuk, pemandu tuk tuk terus diberi tugasan ambil gambar, huruf N kat belakang hilang tak masuk frame.

Balik hotel, bergaduh siapa nak mandi dulu dan siapa nak mandi last, makan, sambil ulas dokumentari kerajaan siam kat tv.

Hari Kedua

Order grab, Honda City datang, sumbat 5 semua dalam kereta tak termasuk driver, kami nak sarapan kat Chabura Dimsum, grab driver ni promo, amik dia punya pakej satu hari dalam 1800baht, kami tak mahu. Kami nak makan sini, dia cakap dia nak tunggu. Suruh balik pun tak mahu, kami nak melantak kot, dia cakap tak pe dia tunggu. Lantak hang lah.

Chabura Dimsum

Suasana meriah dia memainkan peranan sangat, letak je atas meja 5 kelipan mata, hilang.
I love this place.






Pilih kak , pilih jangan tak pilih.




Antara menu kat sini selain dim sum.


Kami order ni, roti gulung pisang, coklat dan susu pekat manis berpisah tiada.
Dappp


Chang Puak Camp

Lepas makan dimsum,  Chabura ,kita amik grab nak pergi tengok gajah. Tempat dia tak besar sangat,  tak tahulah kan sebab aku tak buat gajah tour .


Kalau pergi sini setakat tengok baby elephant tak payah bayar, kalau nak join aktiviti baru kena bayar, seperti tengok gajah show, bagi makan gajah atau naik gajah.





Sebab kita kan terpengaruh dengan video kempen geng pencinta haiwan dan sikit lagi nak join WWF, tak sanggup lah kita nak naik gajah,  kesian gajah kena pukul, nangis dia wak.. Sebak kite.. #nakbahuplease😂






Lepas beberapa minit kat sini, selfie satu dua dengan baby elephant , kita jumpa driver grab car tu bawak kita pergi hatyai municipal Park,


Hat Yai Municipal Park

Alah bila orang Malaysia pergi sini, kemain hidung tinggi memasing, sebab dia punya cable car pendek je,  siapa yang pernah naik cable car kat Langkawi,elehkan je.. Korang lah siapa lagi?




Kita boleh tengok pemandangan  bandar Hat Yai dari atas ni. 
Aku ajak depa turun ikut tangga tu, depa tak mahu. Depa suruh aku pi sendiri.



Team forever alone. 






Mun: Cepat pura-pura best friend forever. Pandang each other.
Diaorang: Aku tak faham apa yang cuba dilakukan.
#nasibmanusiabernamaMunirah

\
Ada juga temple kat sini.




Aiskrim ni sedap, kenapa  Walls tak bawak perisa Coconut mango ni kat Malaysia?
Kalau ada, Excuse me, Solero, give a way please
haha, No, Solero tetap di hati.


Lepastu masih awal lagi, ragu-ragu nak pi Samila beach ke tak, sebab grab car tu cakap nak pi sana 600baht, lagipun perjalanan dalam 45 minit dan fikir-fikir Samila beach tu menariknya cuma patung ikan duyung kat pantai tu je.

Jadi kami pun nak balik bandar balik nak pergi Nora Plaza, tapi grab driver sibuk nak bawak kami ke Big Bee Farm, dia cakap free je, tak de extra charge. Udahlah kami nak komunikasi struggle, english asal paham sudehh...

Layanlah labu, boleh lah killing the time kan.




Kami nak selfie, lepastu macam struggle , driver tu offer lah amik gambar, 
Kemain ko eh, besar muka dia masuk. 


Big Bee Farm

Di Big Bee Farm ni menarik jugak, kita boleh tengok jenis-jenis lebah yang ada kat sini.
Lepas tu, nanti ada demo produk-produk seperti madu, royal jelly, krim kecantikan, dan dapat minum air madu free.

Tapi, sorrylah aunty and bro grab, kami tak beli apa-apa, so you all tak dapat komisyen. Lain kali target makcik pakcik pencen, diaorang kaya.








Propolis yang rasa dia not that bad not that good #padahalluparasediacamne #maklumlahsebulandah.


Oleh sebab kami tak beli apa-apa, kami redha tangan auntie masuk frame.

Lepas habis kat sini,  Grab hantar pergi Nora Plaza, dan kami pun mengucapkan Bye bye.


Nora Plaza

 Nora Plaza kecil je, satu tingkat,  ada barangan kulit dan souveniers.
Tapi, mahal sikit dan tak taste kite.





Ranu Koh Yo

Jalan kaki dari Nora Plaza pergi Ranu Kohyo, sini ada jual kekacang, gajus , pistachio.
Tapi, baca review, kat sini mahal sikit berbanding dekat Kim Yong market. 
Lepas round, Ijah beli sebungkus gajus, 240 baht untuk 500 gram (kalau tak silap) aku beli Papero,
 Apo beli Papero kat sini


Amik grab kita pergi makan di Restoran Salma

Lapaq lah apo laeiii....


Restoran Salma


Sekali lagi, order tom yam...



Tom yam, kenapa kau mengecewakan aku, Kya He?
Acidity tom yam kat Thailand memang tak boleh handle oleh deria masam lidah aku.
Masam dia perghh..

Yang lain sedap, dia punya green tea pun sedap.
Tapi, masa balik aku tapau nasi lemak dia. Sambal dia bikin turn off.
Apo sambal pun perah limau segengam aku rasa.

Balik hotel , jalan kaki, refresh, petang tu kita pergi Kim Yong Market.

Kim Yong Market.

Kami naik grab, tak sempat bontot parking (well 4 orang perempuan 30 tahun dok belakang, kau rasa?), driver kata dah sampai.

Oh, aku suka pasar ni.
Tempat yang mesti pergi. Boleh tawar menawar.
Authentic, classic, sempit , berlaga bontot
( macam kat Pasar Siti Khadijah dan Pasar Payang korang tulah, sempit-sempit pun suka nak pergi)
Kat sini, ada kekakcang,buah-buahan, makanan proses,
dan barangan kulit.


Lepas round sekali , ushar-ushar apa nak beli esok, 
kita pergi Floating Market.



Khlong Hae Floating Market

Ulalala, street food  banyak gilers.
Selain tu ada jual cenderahati dan tshirt.











Ketam dia sedap , walaupun  sebelum beli, aku macam ragu-ragu kalau dia cam nan hado dan tak fresh












Kat Hat Yai boleh tengok signboard bahasa Inggeris dan bahasa Melayu banyak kesalahan, 
yang penting maksud sampai.




Dia tulis kat papan belakang dia,
'Orang Melayu boleh makan'
Aku pun beli,  sodapppp. 
Serasi lidah melayu aku, padanlah tulis macam tu. Ihiks.
Mengubati seluruh rasa kekecewaan aku pada tom yam- tom yam sebelum ni






Telur bungkus, isi taugeh. Sedap





Tetiba hujan , kita dah beli ponco kat 7E semalam dan apo lagi inilah peluang kita nak bergambo.
Padahal orang lain selamba je jalan. 
#playingtouristkateko






Silah yang dipuji auntie Big Bee Farm dan tukang urut , dek kulitnya yang flawless.



Ijah dengan seafood favoritenya




Ayor biasa ja, bekas ayor tu ja yang rare.



Ieda gadis pantai timur yang sungguh sopan, tinggi budi pekertinya berbeza dengan diri ku ini..
#posegadisayu



Ieda makan apa tah ni, kerabu ayam kot.
Sedap jugak.



Nenas ni sedap gilers, tak lidas , manis.. Pontian, tanam nenas ni plish.
Antara sumber fiber aku yang buat aku selalu pergi toilet kat sini.


Dari hari cerah, 




Sampai hari gelap dok sini. 


Lee Garden Plaza (Massage)

Malam tu, kami jalan ke Lee Garden Plaza, dan plan untuk massage, pi tingkat 7 , ngam-ngam waktu kami sampai pukul 9 malam,  tutup dalam 10.30 macam tu, tempoh urut sejam setengah.
Berapa ntah upah urut dalam 350 baht kot. Hilang ingatan pasai kena bagi tips 100 baht , hat ni aku ingat. huhu
Pergh, aku je kena bagi tips pada tukang urut aku, orang lain tak de pun.. hampehs
Sampai hati mengepau rakyat  Malaysia marhaen ni, dah lah saya first timer.
(tips kalau tak nak bagi tips; jangan berborak dan buat-buat tak paham :P)


Lepas urut , kita jalan kat sekitar Lee Garden, depan hotel kami, ada pelbagai jenis gerai makanan.



Pulut mangga tak boleh tinggal.



Aiskrim ni yang hat Nisak dok suka sungguh. Lemak masin. *telan air liur


7 Eleven dan Watsons

Ramai orang recommend kena pergi 7 Eleven, sebab 7 Eleven dia macam supermarket, banyak dan macam-macam ada, Astro pun kalah (sebab semua Astro semua mahai)

Frozen food dalam 7 Eleven


Aku ushar White Radiance Perfecting lotion SPF 24, tengok laman web Watsons Siam dan Watsons Malaysia.
Harga barang sama/lebih kurang, walaupun Olay Made in Thailand.
After sales, lebih kurang RM37 , kalau tak harga dia RM50-60.



Aku rasa itulah belian terbaik aku, dan terasa bangga sehinggalah, aku buka web Watsons lepas aku balik  sini, Malaysia pun ada buat sales, dan harga lebih kurang.
Tapi, nasib baik sold out online. Luls. 


Barangan kulit

Barangan kulit kat sini, pada aku agak mahal dan design dia tak sesuai citarasa kami.




Nak sangat  rare kan? 

Nisak ada ushar beg-beg kulit dan produk kulit kat sini, tapi design dia hardcore , takut mak jemah nak pakai.


Hari Ketiga (hari terakhir)

Zaina Dimsum

Konon nak cuba tempat makan lain , selain Chadbura dimsum untuk breakfast, so kita nak try Zaina Dimsum.
Bila naik grab, Grab driver tu sesat, dan bila sampai, cuma ada seorang customer je
(mungkin sebab pagi lagi)
Menunjukkan tempat ni tak berapa famous.. luls.

Kan faktor kemeriahan memainkan peranan dalam peningkatan keterujaan tu kan, pilihan dia tak sebanyak  Chabura, 
20 baht sebekas , dan portion dalam sebekas tu besar.
(Chabura : 15 baht sebekas)





Selain dimsum, ade juga pelbagai hidangan sampingan, aku try order satu menu ni,  aku ingat dia macam snack saiz sotong , sekali keluar besar keluar donat terlebih yis.



Walaupun membazir untuk direview, tapi tetap tapau bawak balik pasai tak mahu membazir.


Tom yam seperti biasa masih sangat masam melebihi citarasa Malaysiaku.



Balik , order Grab, dan Grab pun sesat juga nak cari tempat ni.
 Kami berjalan kaki ke jalan besar dan melalui rumah-rumah kat sini, 
Boleh amik kesempatan tumpang bergambar kat wayar serabut  depan rumah yang sangat meragukan ya safetynya.

Kami  terus ke Kim Yong Market, dan beli kekacang, jumpa satu kedai , kakak pandai cakap melayu, offer gajus 380baht sekilo.
Depa borong kekakcang, dan sebab tak cukup baht, aku beli sekilo je , itu pun pinjam Nisak.
Hihiks.


Balik dari Kim Yong kita balik hotel nak kemas. Refresh, tapau makan.

Hat Yai Train Station

Silah balik naik flight (pasal dia beli tiket lambat, tiket ETS tarikh tu dah habis)
Kami menuju ke Hatyai Train Station, beli tiket train yang gerak pukul 2pm waktu Siam, tempat duduk dah habis.
Jadi kena berdiri, kereta api klasik ya , tak de aircond. Adventure kate ko.


Ijah dengan gaya kak long kawasan. Panas bak ang.





Biar terik mentari, 
biar kempunan ikan belacak,
 tetap nak posing  bajet Bella Dally,
walau tak jadi dan ketiak berlecak.








Dirilah kita dalam 40 minit-50 minit.


Sampai kat stesen Padang Besar lebih kurang pukul 4pm (waktu Malaysia), terus cop passport, 
cekap sikit imigresen kat stesen kereta api, takde tips.

Tunggu ETS , pukul 6 petang bertolak, aku apa lagi bobok , depan aku makcik pencen duduk 
(aku tak ingat aku ada pilih tempat duduk hadap- menghadap)
Aku tak de mood nak cakap dan ngantuk. Lagipun mak cik tu anak dia dah kahwin.
Lulls sangat perangai kau.
Nisak berborak manakala aku tidur berdengkur  menjatuhkan saham diri lagi.





Seperti biasa, entri diakhiri dengan ucapam terima kasih backstreet dan uptown girls ini kerana sudi dan tahan sabar dengan mini dramasepanjang 3 hari percutian kita di Hat Yai. 
Walau berbeza perangai, tapi makanan menyatukan kita semua. 
#menangisdepanpenimbang


Ini senarai kos perbelanjaan bersama  kami  sepanjang berada di Hat Yai yang dibuat oleh menteri kewangan YB  Nurul Izzah Khalid, YB (yang berkenaan) sila bagi laluan. Nasib ade dia, harapkan aku, tertinggal di sungai Chao Phraya jawabnya.

Hari Pertama
1. Bayar Imigresen 45 baht
2. Van 250 baht  (Padang besar-Hatyai)
3. Tuk-Tuk 100 baht (Hotel Regency-Kai Tod Decha)
4. Makan 1330 baht (Kai Tod Decha)
5. Tuk2 100 baht (Kai Tod Decha-Asean Night Bazar)
6. Raincoat 145 baht
7. Tuk2 100 baht (Asean Night Bazar -Hotel Regency)

Hari Kedua
8. Grab 75 baht (Hotel Regency- Chabura Dimsum)
9. Chabura 895 baht
10. Grab 100 baht (Chabura-Municipal Park)
11. Grab 200 baht (Municipal Park -cable car)
12. Grab 200 (Cable Car -bee farm- Nora plaza)
13. Grab 66 (Nora Plaza to Salma Restaurant)
14. Lunch Salma 1254 baht
15. Grab 60 baht (Hotel Regency-Kim Yong Market)
16. Grab   135 baht (Kim Yong Market-Floating Market)
17. Grab 131 baht (Floating Market- Hotel Regency)

Hari Ketiga
18. Grab  65 baht (Hotel Regency-Zaina Dimsum)
19. Dim sum 865 baht (Silah blnja)
20. Grab (kim yong) 64 baht + 20 baht (Zaina Dimsum-Kim Yong Market, driver grab ni mintak extra charge , katenya sebab lebih daripada 4 orang.. bluek:P)
21. Grab  60 baht (Kim Yong  Market-Hotel Regency)
22. Grab  60 baht (Hotel Regency-Hatyai Railway Station)

Total collected:5500 baht
Total used:  5455 baht
Total left:   45 baht

Aku tukar dari Malaysia dalam 3000 Baht , lepastu kat sini tukar dengan Nisak lagi 500 baht.
Jumlah; 3500 baht.


Terima Kasih, siapa yand baca dari awal sampai akhir. Atau ade yang terus scroll  ke  kesimpulan, pun terima kasih.

Nantikan pos saya yang seterusnya, pada tahun 2019.
InsyaAllah, kalau panjang umur. *pose merenung masa depan.