Friday, February 28, 2014

Kisah temuduga 2 : Pegawai Sains Kimia C41


related post : Kisah temuduga


As salam,


Tarikh 28  Januari  2014

Menghadapi interview, Pegawai Sains Kimia C41,

Datang awal dalam 11.30 sampai tempat tuh, tengok-tengok tempat nak parking, sebab gueh mane terel sangat jalan Johor Bharu ni,

Singgah kedai Pokok Ceri, kat depan Persada Johor tu, lapar, tapi tak de selera sebab nervous sangat, aku kalau nervous macam ni lah, kalau tak de iman, memang sikit lagi nak sawan.

Mundar-mandir bahagian kuih, tapi tak de kuih  menarik, lekit-lekit jenisnya, takut semua lekat kat celah gigi , nanti hilang confident, padahal memang tak selera, tapi makan jugak sebab

tunggu turn mungkin lama, sejuk, lapar, lemah, tak dapat berfikir,dan  takut perut bunyi kuat masa interview.

makan lah kita laksam, agak thorbaik jugak laksam dia. memula tak nak order air, tapi order juga horlick ais tak tahu apesal. tapi tak habis, sudah membazir duit di situ. Sudahlah ais , sejuk, nervous, meransang pulak pundi kencing pi bilik air. (Jangan pulak ada orang google benda tak senonoh keluar pulak post ni)



Sampai- sampai, nampak beberapa orang calon dengan teman masing-masing ada bawak emak, ayah. , kawan , aku sekoq-sekoq pi, approach sorang awek comel ni , nama dia Aini tengah tunggu turn. borak borak , beramah mesra dan kongsi maklumat sikit sebanyak.

Dia share, ade kawan dia pernah ditanya soalan:
1. Apakah ayat-ayat al-quran yang berkaitan dengan sains ?, Hamikkkk kau
2. Pastu  tanya aku perlembagaan malaysia, hingat aku tahu 16 perkara, 13 perkara berjadual tuh? haha, dia  yang cakap.

Aku sedikit gelabah lah kan, aku google lah jugak sikit gune intelligent phone aku nih.. bahaha, sekadar nak tau ada ayat untuk digoreng jeklah, aku tak naklah ada perkara-perkara kecil yang mengganggu gugat peluang kita, peluang harus digunakan sebaik mungkin.


Patutnya pi dekat urus setia SPA depan tu, amik nombor giliran dengan susun sijil dalam fail. Tapi aku duk borak-borak dulu. ngeng.

Masa susun sijil tu, dia cakap, surat beranak dan IC, di muka surat satu.

Aku macam confidentlah, lepas letak IC muka surat first lepas tu surat beranak kat muka surat 2,

Pastu dia ulang lagi, surat beranak dengan IC di muka surat pertama,


Dah masuk 3 kali dia ulang, baru aku pick up, oh sekalikan IC dengan surat beranak tu,
Pastu dia cakap, nak saya cakap bahasa apa lagi nak bagi faham? Dalam nada gurau .

 Aku anggap dia berguraulah kan.


Haha, aku gelak je lah, aku tak amik hati langsung, dan tak mahu emosi terganggu dengan sentap benda-benda remeh ..

Aircond membuatkan degupan makin laju untuk aku.

Aku tak boleh aircond kuat sebab,  tangan aku berpeluh, pastu peluh tu jadik sejuk, lepastu ditambah nervous, pergh lagi sejuk...

okay masuk, mengikut pesan akak aku kena ketuk pintu, aku pun pi ketuk calon-calon lain pun ketuk gak.

pastu, ada 2 orang wanita manis mintak fail, dan aku dipersilakan duduk, aku pun duduk dan mengucapkan terima kasih.

pastu cambiasalah.

Pegawai SPA : Please introduce your self
Si comel  gagap  : In English?

Pegawai SPA: Angguk, yes.

Pastu aku pun debor, cakap jeklah omputih... aku kan nervous tahap biawak nak lintas jalan (macamlah debaran biawak tu aku dapat kesan), aku pernah jugak sangkut , name degree boleh blur aku tak hingat, brand aku punya produk pun boleh tak hingat.

Maka , aku belajar dari kesilapan, memang kena practice part introduction, penting, sebab masa ni penilaian bermula, first impression, nak promote diri ni kan.

masih tak berapa lancar jugak, tapi bolehlah...

Lepas tu dia pun cakap bahasa melayu.

Pegawai SPA  : Oh awak sekarang ni Assistant Chemist, ada can tak nak naik  jadi Chemist?

Si tengah tibai:  InshaAllah. Dekat sini, paling tinggi pun post dia ialah assistant chemist, post Chemist hanya ada di Lea Hin , HQ di Singapura.

Pegawai SPA : Awak ada mintak kerja lain? Kenapa awak tak mintak jadi Chemist di tempat lain , awak dah 2 tahun dah..

Si  gelabah kena psiko : saya ada mintak, 3 (aku maksudkan company yang aku pergi interview)  ....

Pegawai SPA  : 3?, orang lain lagi banyak, awak tak cukup berusaha kot...Kat mana awak cari?

Si control debar : Nama syarikat bla-bla.

Pegawai SPA : Dalam masa 2 tahun patutnya awak dah boleh tukar...


 Si gelabah maintain confident : Saya tak nak kerap bertukar kerja....

Pegawai  SPA : Kenapa pulak?

Si Baik Hati : Sebab , masa tahun pertama, saya memang tak cari kerja  lain, sebab banyak lagi saya perlu belajar. Tahun kedua baru saya cari kerja lain.

Pegawai SPA : Habis tu, kenapa awak nak kerja kat Jabatan Kimia?

Si Jujur : Sebab memang cita-cita saya, Jabatan kimia adalah sebuat syarikat yang dipandang tinggi.

Pegawai SPA : Syarikat?

Si  tengah cover : Maksud saya , jabatan,

Pegawai SPA : Dipandang tinggi?!  macam mana tu, awak kat bawah ,tengok jabatan ini tinggi, macam tu?

Si hafal skema jawapan :  Jabatan Kimia, membantu negara dalam menjaga kesejahteraan sosial dan kekayaan negara.

Pegawai SPA : Ha?! Mana awak dapat ni? Awak hafal kat laman web?!

Si noob : *angguk

Pegawai SPA : Cuba awak terangkan, saya tak fahamlah macam mana pulak Jabatan Kimia boleh membantu dalam kesejahteraan sosial dan kekayaan negara

Si tukang karang karangan bebas : Kekayaan negara, (bercakap pasal cd cetak rompak, yang    menyebabkan cd original dan pungutan cukai tidak dapat dilakukan,  bagaimana, Jabatan Kimia membantu pihak berkuasa dalam mengesan cd cetak rompak, dan padanan dengan mesin yang mencetak cd cetak rompak)


Pegawai SPA : Ini bukan tugas polis ke?

Pegawai Jabatan Kimia : Jabatan Kimia  ada buat part ni. (baik hati tolong terangkan)

Pegawai SPA : Macam mana pulak kesejahteraan sosial?

Si masih bertahan : sebagai contoh dalam seksyen makanan...

Pegawai SPA :  Lain-lain,  makanan saya boleh fikir logik.

Si tengah control tekanan: Seksyen air..

Pegawai SPA : Air pun saya dapat relate, lain?

Si tengah fikir ayat power : Seksyen kriminalistik.

Pegawai SPA : *Angguk.

Si tengah ingat hasil bacaan : Contoh dalam kes kebakaran, Jabatan Kimia akan membuat analisis, untuk mengesan punca kebakaran, sebagai contoh, jika kita dapat mengesan unsur hydrocarbon (petrol) maka, ia mungkin berpunca dari unsur khianat atau sebagainya,

Pegawai SPA : Nasib baik, awak buat orang biasa , layman macam saya faham

Si lega : * Senyum.

Pegawai Jabatan Kimia : Apa pentingnya akredasi dari American Society of Crime Laboratory Director nih (tak ingat macam mana boleh muncul, sebab aku yang sebut perkataan ni, mungkin nak cakap, pasal kredibiliti jabatan kimia), kita kan ada ISO semua, kenapa masih perlu lagi?

Si kaki  stalk orang lepas tu keluar belog politik : Ini penting bagi membuktikan pada pihak luar yang  Jabatan Kimia .. bla-bla tak ingat. (ayat corner-corner , tapi nak tunjuk yang dengan akredasi ni, dapat mengelakkan pihak lawan menjadikan ia sebagai bahan untuk melemahkan pendakwaan di mahkamah)

Sebagai contoh dalam kes liwat Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari., pihak tertuduh telah membawa pakar DNA dari Australia sebagai saksi... dan  bacaan lanjut di



Pegawai Jabatan Kimia : Awak ada kawan dari Jabatan Kimia? 
Si Naif : Tak de.

Pegawai Jabatan Kimia : Saudara Mara?
Si Sopan santun : *Geleng.

Pegawai Jabatan Kimia : Praktikal ?
Si lurus : Tak de, saya praktikal di Makmal Kesihatan Awam JB.

Pegawai Jabatan Kimia : Oh , tu tak de kaitan. Macam mana boleh awak tahu banyak pasal Jabatan kima 

Si Kembang Semangkok : *Betul ke apa yang aku dengar ni? banyak ke ?

Soalan teknikal!!! watchout
Pegawai Jabatan Kimia : Awak dari universiti mana?

Si ayu : UiTM Perlis.

Pegawai Jabatan Kimia : Orang kata , student UiTM Perlis lebih hands on dalam insrument berbanding di UiTM induk (UiTM Shah Alam)

Jangan buat malu bebudak UiTM Perlis, control ..jangan kembang sangat bontot tuh.
 

Pegawai Jabatan Kimia : cuba awak terangkan , beza HPLC dan GCMS.

Bab ni aku segan nak share jawapan aku, hentam jeklah Bedah. Pergi google sendiri.

Pegawai Jabatan Kimia : Apa beza normal phase dan reverse phase chromatography?

Si gelabah : Puan, kenapa puan tanya soalan zaman Hang Tuah?. Mana lah saya ingat.


Kau gila? nak aku jawab macam tu?

Aku ada baca, tapi tak lekat kat otak, padan muka aku ha.

Si cuak menyumpah diri apesal tak hafal betul-betul : Maaf , saya lupa. Boleh tak Cik terangkan pada saya.

Guess what?! yes , that was my answer, urmm.. actually a question.

Pegawai Jabatan Kimia : *Gelak . Ni siapa interview siapa ni?

Pastu aku hentam langgar flyover , masuk terowong, terbang , landing masuk parking bawah tanah kat menara ansar.

Pegawai Jabatan Kimia : Apakah jenis sample yang boleh dianalisis oleh FTIR?

Si tangan keje google jek  : *bukak nota please

Pegawai Jabatan Kimia : Ok, dalam kes Kopi K**ang , awak buat analisis, dan terdpat DNA babi di dalamnya, tapi di mahkamah orang pertikaikan, macam mana boleh ada DNA babi sedangkan itu kopi. Kopi? apesal pulak nak ada DNA babi.

Si bercakap tak berfikir panjang : Saya akan menggunakan analogi air oren dan air sirap. Kalau dia mendakwa dia buat air oren kenapa pulak keluar warna merah....Saya merapu la..la lala.....


Pegawai SPA : Kalau awak ditempatkan di Sabah dan Sarawak, awak terima tak?
Saya terima, kerana saya tiada komitmen, tapi kalau diberi pilihan sememangnya saya mahu di semenanjung.

Pegawai Jabatan Kimia : Ada apa-apa soalan?

Si mengharap : Boleh saya tahu apa peluang saya, untuk dapat jawatan ni?

Pegawai SPA : bersedia mental dan fizikal jelah. Macam,  kalau awak dapat Sabah dan Sarawak.

Pegawai Jabatan Kimia  : Kalau awak tak nak, kita ada calon simpanan. Persaingan sangat banyak, dalam seluruh Malaysia yang kita interview, kita nak beberapa orang sahaja. (dia ada cakap figure, tapi aku tak berapa dengar)



 Tips interview SPA dari kakak aku, dia ni expert sikit berkaitan kerajaan nih..

 


 ....Dia ada tanya pasal mohon kerja kerajaan kerana benefit


 







 


 Ni dari kawan aku , Yati dia nya interview tanya pasal pengetahuan am,... hew hew hew




 Bawah ni pulak , dari kawan aku Ika, dia tanya ape yang ditulis di resume.





Perbualan twitter dari kawan aku Wani, soalan berkaitan kerja sekarang.











Dan dari Facebook, Diana Mokh ... berkaitan laman web jabatan


  • Diana Mokhtar
    Diana Mokhtar

    Uitt...iv da lps lame dh
    Alhamdulillah...dia xtnya bnyk pun
    Org spa cma tnya sal adk brdik je
    Soklan2 intgriti bagai xde pun
    Yg dr jbtn kmia tu cma tnya sal jbtn dia ade bpe seksyen,misi jbtan
    Pas2 tknikal pnya soklan dia tnya cane nk prepare 20% hcl.... N instrmnt ape untk dtect heavy metal...tu je
    Ko lak cane?


Xpe...relax2 je... Aah...dia tgk2 g2 je... Yg ftstat dia cma amik yg mcm dia statekn kt srt pnggilan je... Sijil2 koko xyah ftstat...tp letak je dlm folder tu
Lg satu btter g awl skit...sbb amik msa jgk nk susun sjil ikot turutan


Lme jgk...dlm 45mnit.... Tp dorg bnyk borak2 kosong je
Srius?ak xde pn soklan2 gitu
Mmg xmcm inteview pun
Ak siap hfl sal hplc...last2 satu pn dia xtnya
Haha
Tp ko bca2 la sal instrmnt...
Tau main use je...
Ak pnya 8.20 am... Tp kul 7.45 ak dh p...
G awl... Sbb nnti dpt turn lmbt2 lg cuak



Ni mengikut tips-tips yang orang bagi.

Baca, doa, dan yakin dengan doa kita, kita hanya bergantung pada Allah, dan pastikan kita berusaha.

1 .ambil maklumat dari semua pihak, laman web JABATAN, kawan, internet, blog, kalau ada klik lebih lagi bagus.


2.Praktis selalu, duduk tegak dan selesa (jangan membongkok dan jangan relaks sangat), bercakap dengan jelas

3. keyword YAKIN YAKIN YAKIN CONFIDENT CONFIDENT CONFIDENT.

3. Baca , make sure, tahu apa yang ditulis di resume, interviewer akan tanya pasal apa yang ada dalm resume tu.
Kalau tulis pasal Analytical chemistry. Apa yang tahu pasal subjek tu. Kalau tulis pasal instrument make sure tahu serba sedikit pasal instrument tu.



 4.  Wujudkan perbualan, maksudnya huraian, kalau tahu sesuatu perkara tu, cerita dengan mata yang bersinar-sinar dan pandang tepat pada mata-mata penemuduga (read:confident).
Contoh : aku pernah interview, di Siegwerk, dia ada tanya, Can you start from scratch? belajar balik semula.
Aku angguk, of course  . TITIK. lemau.  Aku dapat rasa silap aku kat situ, sebab aku jawab tidak bermaya. sebab tu perlu makan, bertenaga, jangan  give up,  aku mahu terangkan, aku sanggup belajar, life is a learning process, my current work also need me to learn, but I still can perform and do well in this job.

Walaupun aku gagal dalam interview-interview sebelum ni, tapi aku tak rasa membazir pergi, sebab dia mengajar aku untuk improve diri aku, boleh gain confident dan kita boleh belajar dari penemuduga apa yang kita boleh perbaiki dan apa yang baik tentang kita.

Ada satu tahap aku rasa aku tak perform dalam  interview dengan Siegwerk  tu, jadi aku terus tanya, what do you think about me?

 He answered,what do you think about yourselves? *sambil gelak.

He said ,  " You know what you are doing (my current job) , but to work with global company I can't see someone who is proactive  and it is normal during interview.

We want someone who not only wait for a question, and after that  answer.

So, jangan harap orang akan beri peluang kepada kita kalau kita lemau, malu-malu dan anggap, orang tak kenal kita lagi, kalau dah kenal , mesti okay punya. Kirim Salam.

Masa interview tu jelah peluang kita, untuk dia nilai kita, untuk serlahkan apa yang terbaik dalam diri kita.



Masalahnye sekarang ialah , aku tak lulus temuduga ni. Kecewa tahap kau bayangkanlah .. kau nak sangat makan pistachio Amerika limited edition yang dipetik sendiri oleh kau, dah lah nak pergi amerika atau  U.S lah , punya susah dan hampir mustahil untuk aku, yang orang lain petik kau tak nak,  pastu tiba-tiba kau nampak ada satu kacang pistachio tu (macam mana tahu aku yang petik, sebab ada nama :P)  atas meja, tak sempat kau amik dan jerit , abang kau  lalu keluar bilik ...amik, selamba terus makan dan telan. Muka puas hati.

Nampak tak aku punya kecewa ?
Nampak tak aku punya kecewa ?
Nampak tak aku punya kecewa.?

Tapi aku redho. Aku tahu aku ada silap dalam interview tu..



What comes to you of good is from Allah , but what comes to you of evil, [O man], is from yourself. And We have sent you, [O Muhammad], to the people as a messenger, and sufficient is Allah as Witness.
                                                                                                                  Surah An-Nisaa'(4:79)
source  : Qur'an


Apa yang baik itu datang dari Allah,dan yang buruk itu dari diri sendiri.

*Nangis.

Okay, petua nak lepas interview?

md : hari ni, Jumaat , sudah seminggu pemergian rakan serumah, Rahayu Norbaya. Alfatihah.




Friday, February 21, 2014

Masa berlari mendekati mati


As salam,


Tahun 2014, aku tak menyangka akan kehilangan orang-orang yang baik dengan aku. Bermula pada tarikh 15 Februari, menerima panggilan telefon , mbah (nenek) saudara ku meninggal akibat sakit jantung.

Kalau ikutkan dia agak aktif, selalu teman mbahku yang sudah uzur, masak, mengemas, dia masih mampu buat.
Sebelum ni, biasalah sakit , pergi hospital, tak pernahlah ada sakit kronik ke apa .

Pernah dia mengadu, sakit ulu hati malam-malam, lalu menghantarnya ke hospital.

2 minggu sebelum dia pergi, dia ada duduk di rumahku, kerana sepupu merangkap jiranku melansungkan perkahwinan. Seperti biasa, kalau ada kenduri mana-mana saudara memang dia memang akan ada, menyumbangkan kudratnya . Suaranya saja sudah memeriahkan suasana.

Antara saat terakhir bersama arwah, dia ada mengajak ku membeli bedak,  ketika itu sudah malam, tapi aku bawakkan dia jugak ke bandar Pontian .


Dia rewang sampai tengah malam, nak bungkus tapai, dia juga masakkan paru untuk lauk pengantin, sampai tak larat dia nak jalan dan  nampak letih.


Sepupu-sepupu dan mak saudaraku bersama Mbah Sam pada 2 Februari 2014.



Dan pagi ini, Jumaat, 21 Februari 2014 aku mendapat berita, kawan serumahku pergi menghadap Yang Esa, Allah S.W.T pada usia 34 tahun, 
 

2 tahun, aku serumah dengan dia, pagi subuh sudah pergi kerja, balik rumah sudah malam. Sejak 2 menjak ni dia asyik sakit, tak larat bangun, demam , sakit kepala. Kami semua ingat demam biasa, cuma risau, sebab dia asyik sakit, takut dia tak makan antibiotik ke apa. Maaf aku sangat jahil tentang sakit-sakit ni, dan sentiasa berfikir cuma sakit biasa.

Kerap dia jumpa doktor , tapi tak sihat juga. Kadang-kadang dia pergi kerja macam biasa.
Pernah juga dia cerita, pitam di tempat kerja, dia ada cakap dia tak makan , cuma minum air jek. Katanya, tak berselera.

Malam-malam terakhir sebelum dia balik Kelantan. Kami ada makan roti bakar bersama di bilikku. Sebelum raya cina, dia cakap dia nak cuti 2 minggu, balik kampung di Kelantan.

Pagi tu sepatutnya, Epy hantar ke Larkin, tapi  Ayu tak larat , sakit.

Tak tahu macam mana dia pergi ke stesen bas.

Naik raya cina, tertunggu-tunggu juga,  lamanya, Ayu ni nak balik. Status di Facebook pun tak diperbaharui.
Selalu kalau balik kampung ada juga dia update status.

Akhirnya, aku pun SMS nya, dek roomate ku Ira, whatapps tak di balas.





Ketika mesej ini, aku masih mengharap keadaan dia tak serius, dan dia akan sembuh dan kembali ke Johor . Duduk bersama dengan kami semula, dan teruskan rutin seperti biasa.


Sehinggalah aku menerima mesej, oleh mak ciknya, pada 17 Februari 2014 , Isnin  11.10 p.m mengatakan Ayu tenat tetapi aku tak perasan sebab sudah tidur, dan pagi esoknya, aku menerima gambar Ayu sedang koma.

Aku menelofon nombornya, dan mak cik Ayu telah menceritakan keadaan Ayu, doktor kata tiada rawatan kerana ketumbuhannya sudah sampai tahap 4, dan telah memaklumkan saudara mara untuk bersedia bila-bila masa.

Aku dan rakan-rakan serumahku, Epy dan Ira buat keputusan untuk cuti dan terus ke Kelantan menaiki Perodua Viva Ira. 

Semoga Allah mudahkan.

Allah telah memberi izin kepada kami pada  Rabu, 19 Februari 2014  kami menatap wajah Ayu buat terakhir kali. Namun, dia terbaring kaku di atas katil.

Mak cik nya memberitahu, dia koma sejak hari Jumaat, maknanya dalam hari yang sama aku mesej dengan Ayu buat kali terakhir.


Antara memori terakhir kami bersama, jogging di Taman Pelangi Indah, juga menjadi sejarah untuk aku, jogging dengan rela buat pertama kali.

Tapi, Ayu cakap dia tak larat, dia cuma jalan jek, lagipun dia tak pakai kasut sukan.


Banyak memori yang pasti tidak akan berulang, 

Saat beli baju raya bersama tahun lepas
Saat ketawa bersama tengok TV.
Saat makan bersama dan salah satunya ketika makan sate Wak Radol pada hari jadinya tahun lepas.
Saat pergi pasar malam.
Saat pergi Giant beli barang keperluan
Saat hantarnya ke klinik
ABC Kampung Melayu dan aiskrim adalah favorite dia.
Suka makan udang, tapi dia allergic, tak boeh makan pedas, dia tak tahan.


Jika aku diberi waktu, ............

Namun aku sedar masa takkan berputar kembali, dia akan terus berlari, 

Adakah kita bersedia menghadapi mati?
Adakah kita sudah cukup bakti pada orang yang kita sayangi?
Apakah cukup amalan kita menghadapi Ilahi?
Aku minta maaf.




 Ayu bersama Ira , 14 januari 2014



Aku bersama Ayu, 14 Januari 2014. Aku tak sangka tidak sampai 40 hari kemudian dia meninggalkan aku buat selama-lamanya.



Kami berempat , ketika perkahwinan Epy , Mac 2013.





Antara gambar yang arwah upload di Facebooknya.
Semoga menjadi ingatan kepada kita yang masih hidup ini.




Ya Allah, matikanlah kami dalam Husnul Khatimah.




Friday, February 14, 2014

Ke Penang Ke Kita : Episod 1

As salam,


Nisak telah menghantar mesej kepada group whatapps ,

" Ekin ajak g Penang "

Aku, terus "yeayyy" , walaupun aku tak berapa pasti, aku dapat pergi ke tak.

Tapi, hanya satu aku bayangkan, Mi Udang. Sudah beberapa purnama aku bayangkan kelazatan mi udang utara yang aku beli di Bazar Ramdhan Taman Desa Jaya tahun lalu, , puas juga aku cari di internet akan gerangan gerai mi udang di sekitar Johor Bharu, namun pencarian aku tidak menemui jalan penyelesaian, Aku hanya menjumpai mi bandung udang di Tanjung Langsat.

Apakah kisah mi udang yang aku ingin sampaikan ? Bukan . Episod 1 , sepatutnya menceritakan tentang... ah, kau bacalah sendiri.


Jadual dan bajet


Selalunya memang aku tak kisah sangat pasal itinerary, aku percaya kepada unsur surprise, aku tak tengok pun , pastu aku akan menyusahkan Ikin, "Ikin lepas ni kita gi mana? " Pastu dia fed up, yang aku tahu agenda pencarian mi udang aku terlaksana , dan masuk dalam senarai, kalau tak ,aku tak nak pi Penang. Hehe.




Aku baru mintak itinerary ni kat whatapps, masa nak buat post ni hehe....nampak sangat tak amik berat. Nasib baik,  ada kawan-kawan yang baik dan teliti..haha.
Tapi, ada yang ubah-ubah ikut situasi.

Kami kumpul RM150 seorang, bagi kat Ikin untuk bayaran, jumlah =RM750

Ikin settlekan;

Penginapan, RM104 x 3 = RM312
Petrol =RM160
Tol/Touch n Go = RM100
Tiket masuk War museum= RM20 x 5 =RM100
Tiket Bukit Bendera= RM8 x 3  + ( RM4 (student) x 2) = RM32

Bayar parking, etc


Kenderaan 


Aku dan sahabatku yang pada awalnya main tarik tali, nak pergi ke tidak, si Zawani , baiknya saya letak nama betul, telah membelikan aku tiket bas secara online, untuk perjalanan dari Sri Puteri ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada pukul 8.00 malam lebih kurang.

Nampak tak betapa aku hanya mahu membawa badan sahaja?

Terkejar-kejar juga aku, dari  Johor Jaya menuju ke rumah abang Zawani di Seri Pulai Perdana, dan setelah sampai, abang Zawani yang sepatutntya menghantar kami, pulak sakit perut... jam ketika itu lagi 10 minit ke pukul 8. Ah, sempat ke ?

Namun, dengan izin Allah sampailah kami di TBS , (nampak tak penceritaan shortcut yang perlu di sini, kau nak masukkan setiap babak, termasuk "Eh, bas! Bas! " "hehe, bukanlah , ingat bas gi TBS", memang tutup terus window ni!. Lalu ? Sekarang kau nak merapu?)



Di TBS si baik hati, teman Tubeng tukar nama pulak, Azri telah menjemput kami, dan hantar pergi rumah Nisak di Serdang. Sudahlah keesokan harinya kerja, sanggup tunggu hingga lewat malam, siap belanja makan lagi, (ah, tak payahlah nak masukkan babak, dah duduk kedai, amik order, pastu cakap, kami nak tutup ni, lantas cari kedai makan lain, nampak restaurant steak, terus melulu, tapi order, nasi goreng dengan yee mee ). TiTik.


Oleh itu, KENDERAAN KE PULAU PINANG DARI SERDANG KE PULAU PINANG ialah MYVI SE 1.5 ditaja oleh Cik Nisak Ahmad, yang baru diservis dengan baik dan 'berpatutan' oleh Perodua Pontian.




MyVi ni telah membantu melancarkan perjalanan kami dengan adanya GPS dan membuat kerja dengan baik.
Iklan MyVi 'sangat'.




Kami berlima (si Ijah pukul 12 malam nya, baru kata nak ikut, pagi Subuh baru packing) , maka, masing-masing harus pandai bajet, pakaian untuk 4 hari 3 malam, kalau jenis yang setiap hari handbag kena tukar ikut tudung, kasut kena match dengan baju yang dipakai. haruslah membawa MPV ataupun lori Volvo (cubaan membuat kelakar)




Maka, pagi itu jugak kita belajar mana tempat air untuk kereta, 
Maka , keluarlah dialog-dialog seperti;

 Tubeng, " tengok air, dia dah tinggal sikit dah, kalau Azri dah bebel"

Ikin , "letak air paras sini, line merah ni" (ada ke line merah?)

Nisak, "Oh, itu eh tempat air?", "habis yang ni apa?"

Ijah/Tubeng/Ikin "Itu tempat air untuk wiper, boleh jugak kau nak isi "

Mun, "hahahahahahaha" *picit kamera*




Penginapan

Ikin, cikgu yang pernah menuntut di IPG Pulau Pinang nih, maka sebagai seorang guru yang berkaliber, dan mempunyai pengalaman 9 bulan di Penang, maka dia secara automatik nya membut itinerary, reservation bagai, dia cadangkan beberapa hotel, tapi aku lantak pi lah..

aku bukan kisah sangat, walaupun kadang-kadang nak jugaklah merasa tidur atas katil King beralaskan cadar sutera dihiasi bunga Lavender , ada private pool dengan dinding bilik air gelas lutsinar, ah. cukuplah, aku katakan,cadar dan tilam tak berdaki, tempat tak de hantu dan menakutkan,. Maka itu sudah cukup.

Dan Ikin telah menempah bilik di Recsam, akibat last minute , kelebihan sebagai kakitangan kerajaan tidak dapat digunakan dek bilik di hotel Seri malaysia dan hotel mana tah penuh.


Tapi sebab aku tak expect tinggi, kerana aku pikir hotel bajet yang kat rumah kedai jek.

dan  Seameo Recsam is way toooooo goood ..... 

Ikin tempah awal ; Harga dia RM94 untuk bilik dengan 2 katil bujang dengan cadar jenama Akemi, bilik luas muat tempat sembahyang disediakan sejadah, aircond dan kipas siling, tv kotak kecik, ada astro beberapa channel, shower air panas tak de bath tub.
tapi kita order satu lagi tilam (sehelai tuala, dengan cadar, bantal), RM10 sehari. 

Kita romantik, kongsi satu bantal satu selimut, dengan Ijah.. hehe...


Tapi, Ikin cakap harga dia dah naik lepas ni, jadi RM129.  Nasib baik, Ikin sayang tempah kan..

Nak tengok harga dia : Sameo Recsam




Kitaorang kat tingkat 1


Nak amik gambar lawa-lawa , tak sempat, dek masuk-masuk memasing terus letak beg dan lanyak katil, penat, malas nak layan aku. Tu yang asyik  si Zawani jek yang masuk frame nih.


Ahli Rombongan



Kita nak cube  tengok boleh lagi ke buat  benda-benda kreatif macam buat folio sejarah, keceriaan dorm dan kelas tu.Hmmm., heremmm..

Budak kilang aku, Huda suka tengok aku tengah buat apa kat PC,
tanya apesal aku letak bunga matahari? 

Aku cakap , aku dapat inspirasi dari Jaafar Onn (tipu).

" Ha,? Jaafar Onn suka bunga matahari ke?"

Ok. Foinee.



Baiklah, habis sudah episod 1,

Saksikan saya, pengacara anda , Mun Meletss di episod akan datang yang disiarkan pada hari tak tahu bila. Jangan lupa tau, kerana kita ada paparan pencarian makanan di Penang yang pasti lebih menarik. Tidak percaya?



Mari kita saksikan teaser.




Kuah habis ku telan.
Apa? Masih tak cukup mengundang?






Sekian,
bawa bertenang dan telan air liur. 
Senyum dengan ikhlas selalu.