Tuesday, November 17, 2015

Resepi mudah : Ayam black pepper

As salam,


Hello uolls , tengah mengulor ke tu? hari ni saya share resepi baru.. resepi yang mudah, lazat dan sesuai untuk orang yang pemalas macam uolls, hahaha



okay tak kalau aku jadi pengacara rancangan masak? ihiks

korang pun mesti bila  kat dapur tu verangan kan ada cooking show sendiri... padahal masak setahun 3 kali jerr...

Kay nak buat video over pulakkan (malas padahal)

okay kita jangan buang masa yang sebentar cuma di dunia ini

. .. kita mulakan dengan bahan-bahan dia

pertama,  basmalah

Resepi untuk seekor ayam


  1. Selabu  bawang putih
  2. Sepanjang jari kelingking saya, halia
  3. Sebotol sos lada hitam jenama Bumi Hijau
  4. Seekor ayam
  5. garam dan air (optional)


Ya ampun, senangnyaaa... setakat halia, bawang putih , garam , air takkan takde kot kat dapur...luls

Okay macam biasa halia , bawang putih, hancurkan, tak kisah nk tumbuk ke , blend ke waima kunyah sampai lumat pun  boleh... euww..

gaullah sos, bawang, halia , buh dalam ayam... garam ni macam biasalah ikut sedap rasa, jumlah garam sangatlah 'subjektif', .... kalau tak mahu bubuh pun tak pe sebab sos lada hitam  ni dia dah letak perasa (geng kurang masin, tak pandai agak garam) ...perap lah setengah sejam atau lebih...





" Ha lahhhh, kaki ayam pun nak bubuh, hati , jantung pun nak bubuh..." nada siam
well, mahal okay, jangan membazir.
Ni dengan meat ball, kita masuk sekali masa perap ayam tadi.



Blur lah kan.. sebab muka tak seputih  model iklan  KColly and Qu Puteh walaupun baju tema colour korporat produk....  makan, rambut jadi putih, mata jadi biru ko...





korang nak masak kaedah apa pun jadi apa pun tak pe,

kalau panggang, jadilah dia ayam panggang black pepper atau nak hipster sikit bunyi, black pepper chicken bbq #hentammmm . Lagipun asalnya,memang nak buat BBQ pun di tepi air tejun Gunung Pulai, tapi dia jadi macam masak kat rumah
Tuang semua buh dalam kuali , sampai ayam masak pun boleh, tanpa minyak pun jadi sebab dia kan berair-air hasil buh air sikit dalam botol sos pasai nak habiskan sisa , sekali lagi, jangan membazir, membazir amalan syaiton nirajim.

saya memang suka kaedah masak buh semua dalam kuali ni, jimat minyak ,tak sepah korang punya dapur, nak basuh perkakas senang, korang tak payah tumis ke goreng ke  pastu minyak terpericik , habis kulit uolls yang mulus tu berparut.... :P  Lagipun,  kita kan health conscious..

Masak ikut kreativiti,  ni basiclah ade orang suka tambah bahan lain seperti lemon untuk counter rase manis bak kata kawan saya (hasil dari sos mungkin)..

Well , kawan saya ni memang cerewet.. ni resepi dia sebenarnya....hahaha..

Tapi yang lain cakap .. wei, sedapnya.. nak mintak resepi .. :P

Info tambahan, masakan menggunakan sos ni memang memudahkan rakyat jelata, saya masak udang black pepper pakai sos Bumi Hijau ni jek... (ngan bawang of course) terus standard masterchef US final  atau high end restaurant ko..Gitchu perasaanya.

Okay sekian , puan-puan .. selamat mencuba! Kita jumpa lagi di lain masa .. InsyaAllah..


Muah muah...hahahahha (macam biasa penaja Gegar Vaganza)

md : Di saat, kita makan walau apa pun hidangan yang kita makan, waima roti expired pun, bersyukurlah.. rezeki kita.. doa kepada saudara Islam kita yang menjadi mangsa keganasan, kebencian orang kafir....kebencian merosakkan, meruntuhkan , memusnahkan semua.
Sending love to all.


Thursday, November 5, 2015

Hiking di Gunung Berembun

As salam,

Tanggal 31 Oktober 2015, ketika waktu zohor, aku , Mun Cun (Mok Cun versi Selatan) bersama kawan-kawan telah bertolak ke Nogori Sembilan...

demi agenda pendakian ke Gunung Berembun, Jelebu.

Ketika dalam perjalanan dengan Avanza hijau, pada pukul 4.20 petang, whatapps dari team lagi satu, penumpang kereta Viva

'Accident'.

Yupp. tu je.

Aku beritahu kawan-kawan kat kereta tu, tapi semua abaikan aku..

fine. .. Mereka menyalahkan nada aku yang tidak menggambarkan 'urgency'

Okay, trip cancel... mungkin itu yang bakal terjadi.

Meh pendekkan cerita ;

sampai kaki gunung loji Pantai-kena psiko pasal naik dah lewat petang-turun balik-jumpa team lain kat kedai tak ingat nama tapi dia ada jual kambing panggang-D'pedas kot- team tu amik team viva kat Yong Peng (perjalanan 2 jam pergi , 2 jam balik)-lepak-minum-baring-makan-pukul 11 diaorang sampai-sesi perkenalan-kemas barang

Pukul 12/12.30 malam start mendaki
( Tak hingat pak cik kerja kat loji tu nasihat kan, lain kali nak daki tu siang, langit cerah lagi, ni dah lah gelap, kan ada apa-apa, dah nanti susahkan polis , jabatan hutan bagai)





kat kedai makan D'pedas (kalau aku tak silap) , hujan lebat, tuan kedai baik hati bagi lepak, tak nak banyak kali kena pindah pulakkan sebab customer lain nak duduk, sempat lah jumpa geng kancil Turbo..... beg aku memang aku minimumkan barang, ada baju ja , barang-barang berat aku mintak ampun... serik macam kat entri lepas Gunung Ledang, semput bawak barang berat bak iblis ,(propa dan exaggerate harus ada ye). Siap aku diketawakan , sebab beg aku ringan gila compare beg orang lain, berat macam manusia penuh dosa.


Tapi pendakian ke Gua Kambing, tak mencanak gila, so okay lah untuk insan lemah lembut  seperti aku.
Bila sampai Gua Kambing, majoriti  nak lepak je kat Gua Kambing,





Bell, si pemilik Viva mangsa accident cool lagi masak kan untuk makhluk-makhluk kelaparan.




Grilled lamb dan  spaghetti Aglio Olio , hmmm, inilah menu yang buat aku nak join trip ni ..muahaha... sebab makan, kau sanggup daki gunung, apesal tak order jek kat restaurant wei....




Salah seorang makhluk kelaparan melantak.



Pagi subuh di gua kambing, menyaksikan 2 bujang lapok berpelilkat.



Gitew adik-adik comel undergrad Human Resourcce UTM, senyum lebor sebelum kami semua mentel tak larat, perjalanan dari Gua Kambing ke puncak mencanak,  terus serik tak nak join hiking lagi...mihihi



Allah.. nak angkat badan langkah kayu pun alahhhh...


hmm, gambar makhluk ni lagi, banyak pulak kat kamera aku...buh jeklah , pakai jeans untuk hiking ... hewhewhew...



Setiap pengalaman hiking berbeza, kali ini ,yang paling mencabar bagi aku  sebab trek tanah licin lembik, masa turun tak terkira aku jatuh tergolek berapa banyak, memang mengumpul tanahlah aku wei... ada dapat seekar agaknya kalau kikis,,, :P



Okay, aku malas nak fikir pasal fakta nombor, nak tahu ukur sendiri..




Sampai-sampai aku terbongkang ar apa lagi , sebelum tempat pembongkangan aku di ambil alih 2 insan bercinta ni ha,...




Ni lah mangsa kemalangan yang report sepatah kata Accident tu.. saksi segala-galanya, pasai dia tak tidoq...Pastu ada test hari Isnin ,gigih hafal fakta masa mendaki dengan cedera masa kemalangan lagi.
Tegar-tegar.




Bagus juga pakai beg hiking ni ada belt kat pinggang  boleh lah cover air bag tu... #IfyouknowwhatImean


Moh ler kite ke tempat kapal terbang perang tentera british zaman perang dunia ke-2 terhempas.



Okay, added value untuk gunung ni, dia ada tinggalan sejarah yang boleh dilihat..



Rustic effect kata kau ,... bersama kanak-kanak 



Ya, adik-adik inilah sebahagian bangkai pesawat, belah ekor kot,, #malasgoogle



Ommo ada makhluk halus dalam ni ( berani ar kau cakap sekarang, ce kat hutan nun )



Engineer dan scientist mungkin akan melihat ini sebagai bahan kajian masa hadapan dan bukti kepakaran manusia. Pencinta sejarah mungkin akan memandang ini sebagai sumber apa yang terjadi masa sekarang dan  IGers , akan melihat ini  sebagai tempat bergambar dan bahan #2000kidsmustknowthis




Kat sini, Bell masak lagi, egg roll , sausage .. kami melantak ar , apa lagi...gigih Bumak ni, walau derita tetap memenuhi keperluan anak-anaknya.




Dan tetap tersenyum gembira, di mana-mana ... 



Masa turun, kami lepak kat Lata Berembun, mandi manda , bersihkan apa yang patut dan buang apa yang patut..lol

Gerak lagi lima minit pukul 7 lebih kurang, sampai 7.30 petang, dan sampai-sampai jek hujan dengan lebatnya turun.. Maka kami pun lencun bersama, masuk kereta  bersama, kepam bersama...

Seperti biasa, sesi penghargaan;



Terima Kasih kepada manusia-manusia mangsa kemalasan dan  kelembapan aku; Zhafron, Mat Keng dan Toge. Kalau diaorang tak naik, memang aku tak naik lah..

Wei geng, tak nak grad ke?! 
Tengok ni si Healme ni, gigih tak join aktiviti lagha, sebab buat project... leuls





Sejuta penghargaan kepada team ABC: Mount Berembun Trip , tanpa teamwork semua benda hampir mustahil.
Bell, Aiman, Paan, Zira, Iza, Adam, Syed, hakim , CK, Tirah, Zhaf dan Dila (gigih nak ingat nama , maklumlah baru kenal)

Kadang-kadang bukan soal destinasi mana , tapi dengan siapa , kita ke destinasi tu,


Btw, nak tengok keadaan Viva yang accident tu?
Tegar tak tegar mereka ni.. Tabik Spring ku berikan...


Satu-satunya yang aku benci pasal trip ni ialah, aku rasa comot berkerak nak mampus pakaian aku, dan yang buat aku lagi tak puas hati apesal orang lain tak secomot aku... Arghhh... aku rasa bukan aku jek yang jatuh tergolek...lels...




Aku dikatakan macam-macam dan disamakan dengan Orang asli, tak kisahlah nakk. mak redho, orang asli pun orang ye dak.



Yang penting  vogue... posing harus, 

Muah muah  , gaya pengasas Qu Puteh.