Tuesday, July 30, 2013

Buka Puasa Mana ?

Salam,

Bulan Ramadhan adalah bulan yang melatih kita mengawal segala nafsu yang ada kat dalam diri, baik nafsu makan, nafsu mengate/ gosip , nafsu shopping, dan lain-lain (nampak tak , tak da idea, bila tulis dan `lain-lain')


Tapi , sekarang bukan masalah tak ada idea, ni masalah, bila bulan Ramadhan ni lah, orang duk gila shopping sebab shopping complex baik online ataupun offline dok sibuk buat sales, promotion , ngan baju cantik-cantik , ok , sekarang kita dah ada pihak untuk disalahkan, sebab selalu asyik salahkan syaiton jek.

Bulan ramadhon jugaklah nafsu makan bertingkat-tingkat, aku tengok anak buah aku yang 9 bulan tuh gigit buah epal tuh rasa terliur * telan air liur
Bukan ape, dah kalau pergi bazar tuh kau tahulah .. tahukan? so , tak payah elaborate.

Tapi, aku rasa nafsu makan ngan shopping aku under control, sebab aku tak delah nangis-nangis kalau tak dapatkan.. Yelah, kena fikir road tax kereta , duit raya, duit tuh duit nih, dulu masa budak nganga je lah, mak pak huluq , senang ke susah depa, mana kita tahu kan, kalau tahu pun, buat tak tahu jek lah...

bila dah besaq gabak ni, nak tak nak ko hadaplah... orang ni pun satu lain kali nak tukar kereta baru ke hape jangan buat time raya, tapi, tak dapatlah tayang kereta raya kat kaum kerabat.

Masalahnya , sekarang bukan kereta baru, ni kereta dah berabad, nak buek camno hadap jek, mujur ada kereta.

Baiklah, bila kita tahu kita kena bayar macam-macam.

Pilihan yang ada setakat ni ialah potong bajet makan.
Tak payah nak restoran yang ada tax, ( sepanjang bulan puasa , cuma 2 kali jek pergi :P)

Pergi bazar, pilih makanan yang bawah 5 ringgit. 
Tu yang update kat instagram dengan hastag #cabaran5ringgit hehe.

Nampak tak perbezaan?, kalau lah restoran yang ada tax tu paling kurang 15 hinggit ,
pergi bazar dah boleh makan untuk 3 hari. 

Tapi takkanlah RM15 kan kalau kat fancy restaurant. Katakanlah RM30 sekali makan, 6 hari beb boleh makan dengan hanya belanja 5 hinggit di bazar.





Mee udang utara kat bazar ramadhan Desa jaya , Johor agak memuaskan hati aku .
RM5. menu lain kalau rajin nak tengok : #cabaran5ringgit

Tapi, masalahnya hari-hari kau nak pergi bazar sepanjang 29 hari puasa?

Baguslah kalau pergi berbuka dengan keluarga, tu memang FOC, buka puasa ngan orang masjid , ni pun Alhamdulillah boleh tunjuk kat mak pak, buat calon menantu pilihan.

Selain tu mestilah nak pergi buffet ramadhon, makan kat restoran ada tax, dan LAIN-LAIN (fefaham sendiri tak da idea)

Oleh yang demikian, kawan-kawan satu batch sekolah zaman pertengahan aku (SAKTI) , yang dikenali sebagai DragonS odyssey  (ODC) cawangan Johor telah mengadakan buka puasa  di Kapten Steamboat.

Ni lah motif entry ni, panjang tak aku karang mukadimah.


Sebagai wanita melayu yang segan lagi sopan ssangat selain sibuk aaaamat, aku tak pernah join event ODC, tapi ada awek comel nak bawak aku kan , so aku pergilah, kalau harap aku nak sampai Kapten Steamboat and grill  ni, kang tak jadi iftar, sahur baru sampai.

Bila ada gathering, biasalah selain tanya buat apa sekarang, update jugak keadaan fizikal masing-masing,



 makin panjang ke rambut,

Raya balik mana?



 Raya balik  kampung isteri dulu okay tahun pertama jadik laki bini, sweet tak sweet..
jangan pandang rupe tau.




 dah berubah ke perangai dulu?



Dah makin kurus  atau sudah sekarang bertukar warna mata?



Ada style bergambar terbaru ka? 
senyum  sambil besarkan mata tanpa cermin mata, mahupun senyum sikit, cover comel, atau ketawa ceria, ada jugak yang kembung pipi style, gadis remaja zaman sekarang, eh, mungkin lah ada sesuatu di mulutnya.


 



 

 Selain update petua-petua bagaimana mendapat jambang yang rapi dan perut yang kempis didalam gambar


  
 Ya, beramah tamah, adakah Yasmin seorang doktor atau pengacara , serta Tubeng apakah itu muka tahan sakit pewot.


 
 Atau muka menahan ngantuk , sehingga mamai mendengar cerita Pjord, mungkin terlalu menarik jalan ceritanya.


Update jugak couple yang eh , tak tahu bercinta sejak bila bebudak nih. Kat sekolah dah start eh?
Yang penting bertunang dah. 
 Bila langsungnya nih?



Jugak gosip eh, betul ke? sekarang  ...huhu
Oh, Ain sekarang kerja hospital Sultanah Aminah, pharmacist kat situ rupenya.. ohhhh

Oh, Nutdieya kerja kat HSA jugak, doktor .... oh, Yas pun dah balik dari Jordan ,doktor jugak bulan 10 ni kot start.


 
 Zuai, Kpop lover kat Lotte Chemical Titan , Pjord  kerja Ambank Bukit Indah .




Terjadi jugak sesi kejut- mengejut, walaupun lelaki , dia orang punya rasa untuk mengembirakan sahabat kadang-kadang lebih daripada perempuan , maka cek yam  terus terkezut, lalu terharu dek kek harijadi muncul tiba-tiba.


dan sesi bergambar syok sendiri di sekitar Kapten Stemaboat

Tak jauh beza baju aku ngan mak cik korea dalam drama, tapi si kamilia anak buah aku tu cakap baju aku ni macam mbah yut.  
Hoi Plag Jalan-Jalan Cari Makan tuh, tapi biasa jek...huhu
Hai , abang comel, butang sampai atas, jangan marah eh .:P




 Walaupun rock sembahyang maghrib tidak lupa, tak gitu, Tubeng yang matang?. Sembahyang lah di mana pun, walau tempat sembahyang cover ngan divider lipat-lipat.



 bila pulak nak bergambar dengan orang kanan.




 Adik, kenapa tak cakap nak amik gambar, nampak belakang je..Autograph pun akak boleh bagi.
 Ke belakang lagi cantik? kecik hati akak, dik..



 Dessert ada ABC, buat sendiri dalam hidup, aiskrim mint kesukaan ramai..yummeyh...




 Baiklah over memang bagi kat kau.




 Dah bergambar ramai-ramai, tu maksudnya nak balik lah, tu, okeh, salam-salam, peluk-peluk, laga-laga pipi mesra-mesra, pastu buat muka..

haha... Kidding :P




 
 I know you love me kan, Tubeng, awek comel. terharu ai.


Tolong jagakan hadphone ai eh?




RM35 sorang, aku ngan Tubeng padahai lupa kitaorang tak dak duit lupa nak cucuk ,  terpaksa korek-korek wallet, nasib baik cukup.. hahaha kalau tak , tak pasal-pasal pinjam duit kengkawan yang dah lama tak jumpa, malu tau.
Huahua, 35 hinggit makanan seminggu tuh :P


md : Sempena malam 10 hari ramdhan ni nak minta maaf zahir dan batin , jika ada menyinggung perasaan.  Saya gurau-gurau jek. kalau tak berkenan, habaq mai. I delete. Okeh... *buatmukakesian



Wednesday, July 24, 2013

Kisah Mbah Saya



As salam,



Mbah saya sangat penyayang, terlalu ambil berat, dan kadang-kadang agak garang, macam mak saya. hehe

Mbah saya berkahwin ketika umur 14  tahun, dengan mbah lanang (atuk lelaki) waktu itu berumur 40 tahun.

Mereka berkahwin, dan hidup sederhana , makanan favorite  sepanjang zaman nya ialah ubi rebus, kentang rebus , sayur cekuk manis atau apa-apa sayur  masak lemak, mee goreng, dan pisang .Dikurniakan 6 orang cahaya mata.

Emak saya anak yang kedua, yang terkenal dengan suara lantang, tahi lalat di hidung dan garang, maklumlah cikgu..hehe... I love you Mom..(ececeh time kat belog lah nak mom bagai)

Mbah saya tidak pandai menulis, dan membaca kerana tidak pernah ke sekolah, dia hanya tahu baca surah-surah ringkas dan nampak kesedihannya kerana dia pernah mengeluh, dirinya tak pandai.

Mbah saya sebelum ini duduk dengan Pak uda saya, dia biasa buat kerja sendiri dari kecil, basuh baju, memasak, dan pada suatu hari dia jatuh dan mengakibatkan dirinya terpaksa di masukkan hospital untuk pembedahan, agak lama ketika proses itu, kami bergilir-gilir teman mbah di hospital,

Kerana kesakitan, mbah tak boleh berjalan, maka dia hanya terlantar di katil, makan , dan buang air di tempat yang sama.

Ketika itu, pertengahan 2009 kalau tak silap, saya masih belajar di UiTM Arau, nasib baik masa tu saya cuti, dan menangguhkan praktikal (sebab malas nak cari tempat:p) Jadi, kira oklah kan sebab dapat gilir-gilir jaga mbah, dengan mak cik-mak cik.

Saya belajar macam mana nak uruskan berak kencing orang dewasa, pakai kan pampers dewasa, (kadang-kadang saya ada juga tolong pesakit katil-katil sebelah, kot-kot ada anak handsome boleh buat mak mentua :P)


ketika itu ujian untuk kita dan mbah, mbah menghadapai kesakitan, harus duduk di hospital, dan kami warisnya kena bertolak ansur, untuk bergilir-gilir jaga mbah.


Kepenatan buat aktiviti harian (untuk mak dan mak cik-mak cik) harus dikorbankan, kebosanan dan tak best duduk hospital jangan cakaplah, bukan hospital Misiku Kuza pun ada astro, doktor handsome.. harap jugaklah kan jumpe...


Saat itu,dilalui hingga lepas operation, bila darah , gula semua okay, physiotherapy sekejap, belajar guna kerusi roda semua settle, baru boleh balik.

Kali ni, mbah duduk rumah keluarga saya, kerana faktor, mak sudah pencen boleh tengokkan mbah( walaupun sibuk dengan aktiviti orang pencen jugak), rumah kami tak da tangga, bilik mbah dekat dengan toilet, jadi agak mudahlah.


Masa ni, kita orang tak harap sangat mbah boleh jalan,  bila dia tak dapat gerak sendiri , yelah, nak alih, dari kerusi roda ke katil, nak mandi , buang air semua kena dibantu, ujian untuk kita sejauh mana kita bersabar dan tahap keimanan kita.

Tapi, mbah kuat semangat, walaupun kadang-kadang dia mengeluh, dia nak berjalan kembali, dia nak uruskan diri dia sendiri, dia belajar berjalan kembali , guna tongkat kaki empat. sikit-sikit.
Akhirnya dia boleh berjalan dengan tongkat satu, dia boleh uruskan diri dia sendiri, buat kerja-kerja ringan, cuma biasalah selsema, batuk, sakit kepala , sakit perut, saki-sakit kaki tu ada jugak dia adukan.



Tapi, inilah masalahnya, bila dia rasa dia boleh buat, sebenarnya dia dah tak larat, hmm, biasalah, orang tua mana nak duduk saja, kalau dia nampak bersepah dia kemas, menyapu, kalau nampak pinggan bertimbun dia basuh, walaupun dia tak larat. haha, tahu jeklah, aku ni kan 'rajin' .


Eh, apa ni tukar pulak saya kepada aku!

orang tua walaupun dah kata banyak kali tak payah buat, dia buat jugak... (jangan cakap orang tua , budak-budak sampai dah besar panjang pun sama, degil)

Ingatan mbah boleh dikatakan baik,tapi semakin merosot , kadang-kadang dia terlupa, kadang-kadang dia cakap jawa (aku pun ya kan jek), kadang-kadang dia sembahyang bukan pada waktunya,

sehinggalah pada tarikh 6 july 2013, Sabtu

aku balik Pontian , tengok mbah tak da, pergi hospital.
Rupanya, ada kejadian yang masih jadi teka-teki hingga sekarang.


Mak cik aku , Mak na (anak yang ke-4) ,pada pandangan aku, paling penyayang dan lemah lembut terhadap mbah ,dan Ain , sepupu aku bawak mbah dari hospital dengan kaki berbalut


Disyaki melecur akibat minyak panas, atau air panas!




 



Gambar pada Hari Kedua Kejadian

Mbah disyaki  cuba memasak jemput-jemput. Cuba hidupkan api, tapi nasib tak baik berlaku kebakaran, dan memadamkan api menggunakan periuk buat simbah air, lalu, minyak panas mengenai kaki dan tangannya.

Tapi, mbah mati-mati menafikan dia masak-masak, dia tak cerita langsung pasal kejadian tu, dan kami mengganggap dia lupa, walaupun aku seboleh-boleh nak tahu jawapan sebenar dengan bertanya soalan-soalan yang dia pun tak senang..huhu..

Ketika kejadian, ayah aku berada di rumah, tapi sedang tidur, Ain yang menemani mbah pada malamnya telah pergi kerja setelah memasak jemput-jemput untuk mbah.

 Emak aku pergi mengaji , dan bila ayah aku bangun dia tengok, air dah macam banjir kat bahagian dapur masak, dan bila bertanya pada mbah aku dia tak beri jawapan.

Pak Long aku (duduk dekat dengan rumah aku) pergi jenguk mbah aku, dia tengok kaki mbah aku macam melepuh , dia tanya mbah aku , kenapa?.mbah cakap dia  tak tahu.

Sehinggalah, Mak Long aku beri idea pada Pak Long, mungkin kejadian yang disyaki itu berlaku, lalu telefonlah Mak Na dan Ain untuk dihantar ke hospital.


semua, yang tanya kat dia, jawapan diberi, tak tahulah apa penyakit ni, dia kata dia memang sakit kaki dah lama.




Sisa kebakaran. mbah yang bersihkan jelaga tuh dengan adanya sisa-sisa surat khabar

 Masa awal-awal kena dia masih boleh jalan guna tongkat, lepas tu lepas seminggu aku balik , tengok mbah dah tak boleh jalan, kena pakai kerusi roda.

Kembali kepada hari-hari ketika 4 tahun lalu,
mbah harus dibantu menguruskan diri, dan mengadu sakit, aku tahu memang sakit.

kejadian ini, seperti mengejutkan kami, kami sebagai waris mungkin sedikit sibuk menjalani hidup masing-masing hingga terlepas pandang,
Ya, walaupun sudah ditutup gas, dipesan supaya jangan ke dapur, jangan memasak, tapi benda nak jadi.

Kami sebenarnya bernasib baik, mbah selamat dalam kejadian tu, bayangkan kudrat yang tak seberapa tu nak padamkan api, nak lap lantai, nak bersihkan sisa jelaga.

Kita tak nak perkara yang tak elok terjadi, kita tak mahu perkara yang bakal kita sesali  terjadi.

Sebenarnya tak susah nak buat orang tua gembira,  bila anak-anak ,cucu-cucunya dan saudara-saudara datang melawat.

Tapi, kami ni serumah , tak heran sangatlah kot..huhu



The Imans; Iman Haidar (yang muke terkezut), Kamilia Iman (senyum cover), Iman Alif (yang kaki terjuntai)




bersama Mbah yut mereka, ya, Iman Alif tu boleh berada dalam posisi itu , sama, selama beberapa jam dengan wujudnya iPad.



Iman Haidar kenan dekat Hyun Bin katanya, sebab tengok Secret Garden masa pregnant. 
Menurut kakak aku lah kan

Nampak ia seperti kemalangan, nampak ia seperti teruk, tapi hikmah nya terlalu dalam, ia menjadi anugerah untuk waris-waris lebih memberi perhatian, dan sekurang-kurangnya berbudi terhadap orang yang pernah berkorban untuk kita.

Kerana, ramai di luar sana, yang tak berpeluang membalas jasa orang tua mereka.

Allah masih sayangkan kami, masih terus memberi peluang untuk kita berbakti pada orang yang tersayang. 






md : Hari ini dah 15 Ramadhan. Bulan cantik. 
md : Harap kita tidak lalai, bukan sahaja terhadap orang tua, tapi generasi lebih muda read: Kanak-kanak mati dalam kereta




Ralat :Sebenarnya, mbah ada 7 orang anak, mak nah anak ke-5.
Pembetulan oleh anak kedua mak na, Ziha.

Sunday, July 14, 2013

Panasonic Lumix GF5 for sale

As salam,


helooOOO reader(s),

My gorgeous Lumix GF5 is up to to sell,

so, who want to take her as your new best friend or maybe a soul mate,

you can read my review here,       kenapa panasonic Lumix GF5


Package includes:

  • Lens  14 mm, and  14-42mm
  • 8GB memory card
  • tripod
  • Lumix G camera bag

condition:9.5/10


For enquiries :

 comment at this post or e-mail at muna8_8muni@yahoo.com.my or whatapps ; 012-7448660










Gambar sekadar hiasan. 

Comey ke idok.. (hok kamera tuh , yang 2 orang dalam gambar tuh memey tau dah)