Monday, August 31, 2015

Ada apa di Pontian? : Gunung Pulai


As salam,


Ha, korang jangan over eh, asal Pontian je nak kaitkan ngan Mr. Ahmad Maslan..
Apa ingat Pontian tak de lain yang menarik ke?

Jadi, siapa yang boring dok tengok siling, tingkap , stalking orang, moh lerr kita pi tengok alam, keluarkanlah sisi lasak maskulin korang.. lels

Entri lepas; kau dan aku, sahabat , aku ada cerita pasal kawan aku acah-acah  bengang pasai aku tak ajak depa join untuk aktiviti ni
yelah, aku hike dah 2 kali dah dengan diaorang, kami sama-sama rehat bila salah seorang kami tak larat... pergi gunung Pulai macam entri bawah ni pun dengan diaorang...uuuuuu

Lain kali kita pi lagi na, kita pi masuk Hutan Pelajaran.

Baik, aku nak cerita pasal hari tu ...
Hari Selasa lalu, hari bekerja , aku pi Gunung Pulai.  
Kalau masa dulu masa kerja , memang mimpi jeklah nak berjalan hari kerja kalau tak potong cuti tahunan.

Seronoknya jadi student ,cheq rase mude .. cheq suka! (gaya Che Ta)

Tapi miskinlah.. aku dah biasa hidup susah, hangpa aku tak tahulah..

Naik bukan ikut pintu Gunung Pulai 2.. hang pi pintu Gunung Pulai 1. Nak naik ikut Gunung Pulai 2, pak cik yang jaga kat situ tak bagi , dia kata kena ada permit, nak masuk duduk dalam pun tak boleh pasai masa tu hujan, dia tak kasi jugak ..hewhewhew 
Okay, asal aku nak naik gunung ade jek kan...



Ini semua kira rakan baru, yang hat depan ni ja aku kenal lama sikit dari yang lain .
 Diaorang ni otai gunung, gunung-gunung kat Malaysia ni dah jadi makanan ruji, jadi setakat gunung Pulai  trek jalan tar ni, hmmm , gula-gula je lah.. 
(Iyerr,aku baru lepas lempar bola boling)




Kalau bab bergambar, buat aksi pelik , tak duduk diam, tu aku lah tu.
 Bila keluar gambar , rasa buruk , tak sangka wajah camtu, ku fikir wajahku bagai model SK II dalam tv. #Pleasejangancarutaku




No more picture okay.. (tapi kau sengih  kemain.). Dahlah bawak air, jatuh air muka .
 Ni masa-masa awal , tengok 5 minit setengah lagi...




K..siapa ntah belakang sekali nuu.. pancit ke Senah?



Bila sampai tanda 3100 km, ada pit stop, so kitaorang lepak jap ..




Ni aku malas amik gambar dengan orang kecil molek... Nampak aku seperti Giant gila katang #sangat 
Orang Petite ni untung, sebab tak nampak tua.. forever 13 .. gitew..



Nak sampai puncak , dia punya kecerunan makin tinggi, kurang 1 km lagi nak sampai, aku mula dah keluar ayat bawal power aku, " Korang naik, pastu turun, kau amik aku kat sini"  Lol

Tapi ,  sebab kan aku pegang quote,



" When you're about to quit, remember why you're started"



Blerghhhh....sembang!
Hingat pulak aku masa tu segala quote bagai..



Yang penting jangan berhenti melangkah, jangan gelabah, jalan je lah.. 
ya, dak, sponsor transport merangkap driver kami.



Kami sampai jugak ke garisan STOP
Nak tengok gambar kat puncak?



Comey ke idok.. diaorang ni ohhsemm , sebab walau diaorang ni first time aku jumpa, rela penuhi request aku tiarap lagu nih ala-ala cover majalah mangga.  Eh, mana ade sakit siku tongkat dagu kat tar.




"Confirm ini pertama kali dan terakhir aku hiking ngan budak ni. Serik aku!"
Nampak? aku boleh baca  tau apa yang mereka.... .... hei, husnuzon...



Ha, inilah paling puncak yang termampu, tulisan STOP ni jek lah bukti kau dah sampai,  atas ni dia buat bangunan tentera.. Jadi memang tak boleh langsung nak tengok pemandangan... kau rasa? berbaloi ke tidak 5 km kegigihan kau tu..





Tiada apa yang sia-sia dengan setiap pengalaman.

Aku rasa kena cari instant shawl lah untuk buat aktiviti, pasai pakai tudung bawal lepas 10 minit, dah kemana hala dah, brooch dari dagu nak ke telinga, pipi tanpa segan silu berebut nak show off...
pakai tudung sarung awning, aku ade inferiority complex, takut nampak tua. #sejenismanusiasukarmenerimahakikat
#janganhantarpergihospitalpermaipliz




Ahh, persetankan semua tu, mari kita hidup ikut syariat, ingati mati, buat apa yang dicita-citakan, buang ketakutan tak tentu hala. Live up your life!



Tiba masa turun, masing-masing dah lapar, ada monyet ikut kami.. come on monkey, awat hang ikut kami, lapaq ka, dapat bau makanan ka.. sekali, bebudak ni pi keluarkan tuna wrap (kawan aku, Ain baik sangat tolong buatkan, macam dia bekalkan aku makanan untuk aku, aww sweet), dan monyet tu kejar... aku dah ke depan dulu dah.. Tapi , diaorang berani, pi lawan  balik, monyet tu siap tunjuk gigi....





Masing-masing terbayang dah kambing ... aku yang melantak nasi lemak pagi tu pun lapaq dah... cari port air  terjun.. dan bersedia nak bbq..

Sekali, stove rosak dah.....engineer sekalian berusaha untuk membaiki alat yang paling penting didalam dunia ketika itu.






Hmmm, Si jejaka paling kacak ,  paling berani sekali, paling kuat sekali, bawak dua beg masa turun... (ikut tatabahasa BM SPM, jangan letak paling dan sekali dalam satu ayat  ,ye adik-adik)
dan paling nak hidupkan api pakai manual, tapi....hmm tak pelah , malas cerita.





Si Bell, yang mendapat gelaran dewi gunung , paling sedih dan bermuram durja tidak dapat membakar kambing yang telah diperap dengan herba resepi rahsianya.





Doa juga telah dipanjatkan, namun apakan daya
Segala usaha sekalian engineer tidak dapat mengeluarkan api walau sebesar biji sawi .


Tak pa na, kita pi sembahyang dulu (hmm, pasai tu no, api tak hidup), pastu singgah Maslee, beli dapur..kita masak.
Teka kitaorang masak kat mana, bukan akulah masak, depa ar..




hidangan entree ini dimasak di gazebo tepi tasik UTM, gelap gelita tak pa, asal makan..




Bertemankan torch light handphone, stove RM42 berapa sen tah.sponsor daripada orang dah kerja. Mereka berjaya masak.. Alhamdulillah.. nikmat tuhan mana yang mahu kamu dustakan.





Lighting kesian, namun inilah usaha aku tolong potong ,  buat-buatlah ada kerja, pasai nak makan makanan depa..lol ,,niat kau kan, ikhlas beralas!




Bell, selain suka panjat gunung, dia juga suka Kpop, Jadi aku yang jahil korea ni first time aku dengar Ramyun.. Ramen aku pernah dengarlah...well, you know, aku kan bias. Jepun aku suka, asal barang korea ke , cerita korea ke, aku .. pandang sebelah mata..


Ramyun, sejenis mee segera paling famous korea.. dia pi beli hot n spicy.. and I like it so much..sekarang, kau telan balik apa yang kau tak suka tu !
3 daripada kami, kecundang dek kepedasannya..siap geletis tak tahan..

Aku bukan nak poyolah, tapi aku rasa okaylah pedas dia tu... lain kali boleh tambah cili padi :P





Okay, tanpa msg, no trans fat.. hmm,  kita break jap eh mee maggi kari letup..  : D

md: lepas tengok video dia pi hiking ngan baby , buat hati aku terkinja-kinja nak baby berangan nak hike ngan dia , sebelum aku teringat aku pegang anak buah aku 130 saat (kiralah sangat kau) pastu ngadu penat dan  pass kat mak aku.




Friday, August 28, 2015

kau dan aku, sahabat

As salam,



Aku mungkin tidak ramai kawan, tapi aku bersyukur, aku dianugerahi orang-orang yang baik disekeliling aku, dan lebih indah jika mereka menjadi kawan .

Menginjak dewasa,  aku masih mahukan kawan yang aku boleh berbual dan bertanya benda paling merepek atau paling peribadi  kat dunia ni,  dan dia melayan

Seperti,


"Eh, macam mana kau tahu yang kau dah habis berak?"

"Bila aku tekan-tekan perut dia tak keluar.. Ntah ek"

"Aku, kalau lepas berak, aku kencing, tu tanda dah habis ar tu.."


Okay, perbualan yang lebih hardcore dirahsiakan.. huhu.. korang semua mesti ada geng-geng yang kau tak malu nak cerita kat  diaorang kan..

Setiap kali , aku pergi suatu tempat, dari sekolah ke matrikulasi,  universiti, tempat kerja , dan kemudian ke universiti balik, aku berjumpa dan berkawan yang masyaAllah , sangat baik... yang tak baik biaq pi... haha

Tapi, walau jauh mana kita pergi, ramai mana yang kita jumpa, ada sesetengah kawan yang kita akan selalu kacau  mereka, walau kena marah ke maki ke, tetap nak cari kawan ni.




Cari , bukan semestinya jumpa empat mata.. well, you know...


Macam aku , aku adalah manusia paling menjengkelkan dalam dunia . Namun, bukan semua orang aku tunjuk kejengkelan aku. Jadi, pada sesiapa yang aku pernah jengkelkan, anda adalah orang yang terpilih, kerana saya selesa bergaul dengan anda, and You're Awesome , ye, ibuku, maklah paling awesome sebab menghadap manusia jengkel ini paling lama berbanding manusia-manusia lain di muka bumi.

Antara kawan-kawan aku yang paling lama bertahan, ialah kawan sekolah menengah , kami share crush masing-masing , kongsi makanan , bantal dan selimut, merajuk, pernah tak bercakap, pernah gelak, pernah menangis sebab perangai annoying  makhluk mana tu ntah, uhuk uhuk ...(is it obvious, who is the person?).

Tapi, tak sangka selepas masing-masing dah 27 tahun, tak sangka ia terjadi lagi ........................





Maafkan bahasa  Terengganu + Kedah + Johor + British (sangat)+ budak hipster  saya 
#Lol  #SelamatHariKebangsaan 

Jadi, bagaimana nak pujuk kawan merajuk ni?  
Hehe ,diaorang main-main jek kan Nisak, kan Tubeng...
Btw, aku pi Gunung Pulai tu jugak, entri lain lah naa.


La ni cheq nak habaq masa 1 Zulkaedah hari tu, kami pi beraya , ke tempat kami berkenalan, membesar dan menimba ilmu selama 5 tahun. Kota Tinggi.




Pergi rumah Tubeng kat Air Tawar 5, Nisak request lempeng cicah sambal sardin.. Semua Tubeng masak, bakal isteri mithali sangat nih.. P/s: yang kuning tu bukan roti jala, tu lempeng colour kuning..




Nisak bawak mak dia sekali, Nisak adalah kaki homesick sejak zaman sekolah..oops. #caripasalpecahrahsia


Lepas raya rumah Tubeng, kami pi raya rumah Syira kat Bandar Mas, comel sangat goreng pisang untuk kami.. Pastu pi sekolah. Gigih si Syira tak mau keluar kereta  , takut terserempak ngan cikgu lettew, padahal aku pun segan gak..hehe



Rindu perhimpunan Isnin ka?



Ada wakaf tau sekarang.


Boleh, main cuit tiang lain kali.



Nak amik gambar nampak bas, haish tak faham aku budak-budak ni




Bergambar dengan air pancut paling hidup segan mati tak mahu dalam dunia, apa-apa pun  yang kita rancang nak bina atau beli , fikirkan sekali maintenance dia ye.





Okay, ini ke gaya paling Peterpan (style cover album band) yang kau boleh buat?
"Actually, the real Superman is me" kata Zawani di dalam hati



Sayang Syira, pasai belanja kami minum... hehe



Sekarang , Imod dah ada anak uolls, bak kata Syira, Fatma lah paling berjaya sekarang, haha
Nama baby , tak mahu kalah , Hud Affan Mikhail.
Entri kenduri kahwin Fatma :

DBSB Siri 16 : Semarak Cinta Fatma dan Azrul


Kami pernah masuk bersesak dalam fitting room Aeon Tebrau (paling gempak lah tu, lepak tengok wayang kat sini, masa tu) , try baju Scarlet Maternity. Gambar dan cerita pasal plan ketika itu , ada dalam entri 5 tahun lepas. The Backup Plan
...
 Setia tau Iolls tulis blog bertahun-tahun. Nampak tak, sebenarnya I seorang yang setia... ehem
 Hai , Fattah Amin :P

Bila kita bergaduh dengan kawan kita, pasangan, atau merajuk dengan adik beradik, mak pak, cuba ingat jasa mereka dan saat manis bersama.

Hehe, ni kira tengah memujuklah ni..
 Lain kali kita buat aktiviti sekali eh...
Friends who eat together, stay together -_<


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim) 
sumber