Thursday, February 14, 2019

Ke Kedah; Kawan Kahwin dan Hiking di Gunung Baling



As Salam,


Ini adalah post pertama di tahun 2019, tetapi hal yang bakal anda baca seterusnya, berlaku pada 2018. Apakan daya, bulan Februari baru publish, memang kalau keje kat Astro Awani ke, memang kene berhenti terus. Tuhh, berangan!

Disember 2018, adalah waktu dimana, orang rata-rata di laman sosial bercuti dan refleks apa yang berlaku di tahun 2018.

Jadi secara tak sengaja aku pun terkesanlah dengan semua pencapaian dan gambar percutian mereka.
Haha, over sangat feeling kau.

Aku nak cuti 21 dan 22 Disember, tapi dah 2 orang team aku yang kerja, bos mesti tak bagi, 
depa bolehlah kata alasan balik kampung, anak isteri bagai.
Aku yang bak teratai layu di tasik madu ni macammana?

Ada sepupu aku kahwin, dan dapat jemputan kahwin kawan hiking. Dia founder @ketegaqhikers
OMG, bila ada kawan hiking kahwin, mesti ada aktiviti hiking. 

Aku bergetar tulang rusuk tengok orang amik gambar kat Bukit Kodiang atau stage namenya, Bukit Mok Cun.
ni gambaq aku curi dari IG Bell @nabila_afandi, si pengantinnya.



Kota Tinggi-Pontian-Terminal Bersepadu Selatan-Sungai Petani


Aku memula redha nak kena kerja, tapi aku buat keputusan last minute, 
aku tekad, sebagai manusia yang tak rela berkorban keseronokan demi kerja.
Aku mesej bos aku guna ayat terbaik aku ketika itu. 
Aku cakap dengan member aku,  kalau tak dapat cuti, aku resign.
Haha, spesis manusia yang dah biasa resign memang macam tu. #maluapabosskurr

Aku dapat pergi kenduri kahwin sepupu 21 dan 22 Disember, di Kota Tinggi,
22hb malam, Pontian-KL , sampai 1.40 pagi.
Tidur dekat TBS pasal tiket dah habis paling awal 11.30 pagi
Masa ni dah ragu-ragu, betul ke apa aku nak buat ni, nak patah balik Pontian, orang kampung semua dah tahu aku nak pi Kedah, cuti demi hidup mati pun dah dapat, macam sia-sia lah aku bagi mesej panjang lebar kat boss aku.
23hb KL-Sungai Petani :11.30 pagi 
Sampai Sungai Petani, dalam pukul 6 petang
Nasib baik Sungai Petani ada Grab, mencari jugaklah rumahnya , tahulah kampung bukan macam taman perumahan.
 Mesej member, Tirah untuk  send location.
Sampai rumah, of course kenduri dah habis.
Pengantin pun dah tukaq baju tidur dengan bertuala atas kepala.
lol



Sempatlah tengok Bell buka hadiah kawan-kawan dia bagi, mengalirkan airmata dek terharu.
Aku  macam biasa, bawa diri sebagai hadiah.


Gigih ya saya malam tu, Aisyah bawa ke homestay, dan berkenalan dengan kawan-kawan hiking Bell yang lain.
Aku pengsan terus pastu, membuta.

Hiking Gunung Baling: Sungai Petani - Baling

Bila bangun 4 pagi esoknya, dah lah bila bangun, orang lain dah siap, 
dan kena melalui perjalanan 1 jam dari Sungai Petani ke Baling
Walaupun, seperti biasa aku akan jatuh berpuluh kali, sebab balancing aku berbanding orang lain memang out, jadilah aku sweeper tak bertauliah (sebab paling pancit dan lambat as always)

Semua itu, berbaloi, view 360  darjah di Puncak Gunung Baling adalah tercantik , memang sesuai untuk instagram feed korang bagi meraih likes. Lulzz angat,



Nasiblah depa pakai iPhone, dapatlah  dua tiga, gambar helok.

Dengarnya,  sebelum Gunung Baling ni viral , orang tempatan selamba je naik tanpa perlu guide pun, Tapi, setelah ramai orang datang, Jabatan Hutan wajibkan kena ada guide untuk daki.
Untuk trip 10 orang ni, kami bayar seorang RM 15, dapat sijil sekali.







Jalan menuju puncak banyak batu-batu sampai ada seluar yang terkoyak,
nasib  dia pakai tight , kalau tak belanja  lah jawabnya bulu kaki tu.

Kata penulis The Subtle Art of not Giving A F*ck, 
I didn't like to climb much. I just liked to imagine the summit,
I wanted the reward and not struggle
but life doesn't work that way
our struggles determine our success, our problem birth our happiness,
If you think at any point you're allowed to stop climbing, I'm afraid you're missing the point,
Because the joy is the climb itself.

Masa ni, aku baru beli Oppo F9, selama ni aku memang anti tak nak beli phone seupamanya, tapi dasar lemah dengan sales girl, ataupun sales girl tu power sangat, walaupun aku macam ragu,
Aku tewas. haha.
Puiii, selepas keluar kedai, masuk je dalam kereta, aku terus benci handphone tu, kriteria aku, ialah kamera, sebab aku tak mampu nak beli iPhone aku redhakan jelah.

Lihatlah hasil gambar kamera Oppo yang jengkel.

Kenapa dia jengkel? Sebab walau kita amik gambar tanpa filter, color die macam buh filter Lark kat IG.
Annoying gile, lepas tu, kat kawasan kurang pencahayaan gile kabur, sharpness out, baik lagi Sony M4 Aqua  8MP  aku dulu,
Stabilization dia pun out, gambar gegar even ada pergerakan yang minimal.
Ah benci, tiada satu pun yang menarik kat HP tu..
Haha, orang kalau dah benci, bau wangi daun kesum pun dia kata bau kentut lepas makan durian.









Bila turun, lagilah aku tergolek hamster, asyik lajak, sampai guide tu pun heran. 
Dia habaq, lajaq sungguh la dia ni. 





Yes, I hate this camera.  Masa ni baru 2 hari pakai, dah ada kat mudah.com, aku pi iklan, nak jual.



Kite benornye nak tunjuk kita punya tangan calar balar dan lumpur kat seluar dan kasut kita yang sampai sekarang tak hilang dia punya lumpur, walau dah basuh 2 kali.
Tapi pasal kamera ni smoothen semua benda, tak nampak tangan kite calar wak.

Lepas sampai bawah, dah lah aku last yand sampai,  yang penting dapat jugak sijil. 




Kenduri bertandang Bell dan Din

Kita check in kat homestay di Baling.
Petang lepas mandi, kita makan kenduri... Yeee haaaa...




Menu kenduri Kedah , gulai, tempoyak petai..



Bell dan Din sungguh segak dengan persalinan berkonsepkan P ramlee.



Bersama P. RamDin dan SaloBell. (kamera: Huawei, model tak tahu)



Sebenarnya, sebelum pergi Kedah ni, aku agak kekok nak bersosial, aku punya perangai intovert menjadi-jadi,
Aku malas nak kenal dengan orang baru.
Tapi, Alhamdulillah mereka semua baik dan friendly mashaAllah, buat aku tak rasa kekok.


Malam tu, kitaorang buat BBQ , sedapnyeeeeeee orang masak.
Aku potong  timun cina pun jadi, tu pasai manis.



Gravy sauce tu dapppnyer.
Tapi, lihatlah hasil gambar kamera handphone yang dibenci ini.





Sebab Oppo dikenali sebagai selfie expert, kamera depan lebih tinggi megapixel nye, 25 MP front camera, kamera belakang 16 MP,  like, what??
Aku langsung tak rasa feature itu menarik. Kenapa nak kompromi dengan kamera belakang, kalaupun nak naikkan kualiti kamera depan.

Ok,aku rasa aku boleh tukar tajuk post ni, kepada Review negatif pembenci Oppo ,
Sekarang ia sudah bertukar pemilik, semoga pemilik baru bahagia dengan handphone tu.


Terima Kasih Bell dan Din hantar aku kat bus stand Sungai Petani.

Semoga Bahagia, ke Jannah anda  berdua.
Terima Kasih memilih Johor sebagai tempat mastautin dan agar Johor menjadi sebahagian pengalaman manis anda berdua.